SELAMAT DATANG KE ARASY MISTERI, SEMOGA PERKONGSIAN ILMU INI DAPAT DI MANAFAATKAN BERSAMA, DI HARAP TIDAK ADA PENYALAH GUNAAN UNTUK KEGUNAAN KEARAH KEMUNGKARAN. INSYAALLAH. SEBARANG CADANGAN ATAU PANDANGAN ANDA BOLEH DIKONGSIKAN ARASY MISTERI 013-2554392 / 012-9715794 / ARASHMISTERI@GMAIL.COM TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI ARASY MISTERI

BERTEMU SIPETAPA:


Berbalik kepada Misteri Istana Lama Sultan Abdul Samad, selain kewujudan Peti besi dan juga kegiatan pencari harta karun.Aku masih ingat kepada pengalaman aku bertemu dan berkenalan dengan saorang insan yang agak luar biasa.Satirin B Abdullah berasal dari Madura Indonisia.Pada mulanya aku mendapat cerita adanya seorang PETAPA  yang datang dari Indonisia sedang bertapa diIstana Lama tersebut.Kehadirannya diketahui anak muda kampong ku.Jadi ramailah yang datang bertemu dengannya.Masing masing kononnya nak menuntut ilmu.Hari demi hari semakin ramai yang datang.malahan ada yang datang dari luar kampong aku.Hal ini menjadikan aku kurang berminat untuk bertemu dengannya.Bukan apa,aku tak suka orang mengetahui yang aku juga mempunyai hasrat untuk berguru. 

Aku suka berahsia dan bersahaja saje.Lagipun aku memikirkan pastinya sipetapa ini mempunyai matlamatnya yang tersendiri bertapa disitu.Bukankah kehadiran orang ramai akan menggangu pertapaannya..?.Sebab itu aku mengambil keputusan agar tidak bertemunya.Ada rezeki bertemu juga,dan tidak akan kemana.Tampa aku duga,disatu pagi sedang aku bersarapan pagi dikedai minum dipekan kampong ku dia datang duduk bersarapan semeja dengan ku.Sambil minum kami berbual mesra.Melalui perbualan dapatlah aku mengetahui dialah sipetapa itu.Aku ingat lagi waktu itu hari Jumaat.Telah hampir 1 bulan rupanya dia telah berada dikampong ku.Tapi aku tak pernah melihatnya.Dan aku sangkekan sipetapa tidak makan dan minum.Hanya duduk berzikir.Rupanya tidak.Setiap hari Jumaat pagi dia akan keluar kepekan.

Bersarapan,membeli biskut kering 1kg dan air mineral 1 botol besar.Itulah bekalan makanan dan minuman untuk 1 minggu,yakni dari Jumaat ke Jumaat depan.Kerana itu dia hanya akan keluar 1 minggu 1x saja pada hari Jumaat.Perjalanan dari Istana lama ke pekan kurang lebih 1 km.Lepas Solat Jumaat barulah dia berjalan kaki semula kembali ke Istana Lama itu.Terasa belas dihati ini,malah aku sendiri kagum dengan semangat dan keberaniannya.Sepanjang pengetahuan aku belum ada manusia walau 1 orangpun yang sanggup menempati tempat itu walaupun 1 hari 1 malam.Tapi dia, rasanya dah hampir 1 bulan.Tak banyak yang kami dapat bualkan,maklumlah kali pertama bertemu dan berkenalan.Dan aku dapat merasakan dia ni bersikap berhati hati didalam setiap pertuturannya.

Lepas bersarapan aku terus membayar sarapan kami berdua.Dia kelihatan kurang senang,malu agaknya.Lepas itu kami berjabat salam dan dia terus kemasjid.Aku pula terus pulang kerumah.Waktu solat Jumaat aku lihat dia ada dimasjid.Selesai solat Jumaat akupun keluar masjid terus kepekan membeli beberapa barangan.Sewaktu perjalanan pulang aku lihat dia sedang berjalan kaki hendak kembali keIstana Lama.Akupun menumpangkannya menaiki motosikal cabuk ku.Alangkah gembiranya dia.Apa tidaknya perjalanan itu jauh.Didalam perjalanan kami sempat berbual bual seketika.Aku sempat bertanya padanya.”Saudara aku ingin bertanya kalau tidak menjadi kesalahan”.Lalu dia pantas menjawap.”Ya Pak,ada apa persoalan itu?”Begini aku sekadar ingin tahu dalam kamu duduk disana adakah ada pantang makanan yang tidak boleh dimakan”.Kata aku kepadanya.

 “Pasti ada Pak,ya barang makanan itu mesti halal.Engak boleh haram.Tidak boleh makan makanan yang berdarah.Sapertinya daging haiwan apa saja kok yang berdarah.Juga minum mabok Pak.Mengapa bapak Tanya demikian?”.Lantas aku menjawap.”Tak ada apa apa,sekadar ingin tahu”.Tampa sedar kami telahpun sampai ke Istana tersebut.”Engak mau mampir dulu omong omong kosong Pak”.Katanya.Lalu aku menjawap.”Tak apalah,lain kali sahaja ye”.Akupun terus pulang kerumah.Sejak dari itu aku tidak pernah bertemu dengannya,dan aku akui tidak pula pergi ke Istana Lama menjengoknya.Didalam pada itu terdengar juga cerita budak budak kampong yang kecawa bila mana semua maksud atau hajat meraka tidak ditunaikan malah ditolak secara terhormat oleh sipetapa.

Aku mendiamkan diri saje,sekadar pasang telinga.Bukan saja budak kampong ku malah orang luarpun mengalami nasib yang sama.Disini aku memikirkan dan cuba menganalisis sendiri,mengapa dan kenapa..?.Apakah sipetapa tidak dibenarkan menurunkan ilmunya atau mungkin sipetapa ni takut ilmu pertapaannya terbatal...?.Ada kemungkinan juga sipetapa tidak mahu dirinya menjadi perhatian ramai.Dari itu langkah terbaik menolak secara hormat.Akhirnya orang ramai kecawa dan tidak mahu lagi memperdulikannya.Ada kemungkinan inilah sebab musababnya.Sekiranya tepat aku rasa sipetapa telah mengambil langkah bijak.Apapun aku akan terus mengikuti perkembangannya.Pada aku sifat berhati hati,perihatin,jangan mudah percaya dan terlampau taksub akan menjerumuskan diri seseorang kedalam lembah kesesatan dan kebatilan sahaja.Sedangkan aku masih diperingkat mengenali sipetapa.

Untuk mendapatkan jawapan segra aku rasakan adalah lebih baik aku mendekatkan diri dengannya secara tidak ketara dan tidak dapat diketahui orang kampong.Maka aku mencari akal.Akhirnya aku menemukan jalannya.Besok tengah harinya aku membawa makanan tengah hari untuknya.Lusa aku membawa makan malam untuknya.Paling tidak,aku akan membawa air kopi panas dan sebuku roti kosong untuk alas perutnya.Setiap kali datang aku cuma meluangkan masa anggaran ½ jam sahaja.Aku tidak mahu menggangu pekerjaannya.Malah aku tidak pernahpun bertanya apakah matlamatnya dia bertapa.Rupa rupanya setiap tutur kata dan gerak geri aku diikuti dan direnong didalam makrifatnya.

Aku berkata demikian kerana pada satu malam aku datang menghantarkan makanan malam dia menahan aku dari pulang.”Pak kalau tidak keberatan,bisa kita ngomong lama sedikit”.Aku tersentak dengan apa yang diperkatakannya.Sudah lama aku menantikan saat ini.Lalu aku menjawap dengan bersahaja.”Ya bisa saja”.Bermulalah perbualan kami dengan rancak dan mesra sekali.Didalam sepanjang perbualan aku bersamanya aku tertarik kepada pentafsiran aku dari sudut keilmuannya.Katanya:”Bapak amat baik pada saya,jujur dan ikhlas.Bersesuayan dengan darah yang mengalir didalam tubuh bapak.Pastinya Keturunan bapak dari Keturunan orang yang tinggi mertabat dan keilmuannya.Sama ada bapak sudah maklum atau engak.Apa pun sampai waktu dan ketikanya Bapak akan mendapatnya.”

Saya hanya tersenyum tampa berkata apa apa.Pada malam itu sabelum suboh sempat juga dia menurunkan beberapa ilmu kebatinannya pada saya.”Bapak semamangnya layak mendapatkannya.Dari hari pertama pertemuan kita saya sudah merasakannya Bapak”.Itulah kata kata terakhirnya pada saya.Sejak itu sipetapa menghilang entah kemana.Berminggu juga aku berulang alik kesitu mencari dan menantinya.Namun sia sia saje.Apakah mungkin pertapaannya telah selesai dan dia kembali pulang ke Madura Indonesia..?.Hanya tuhan yang mengetahui.Dengan itu aku merasakan segalanya telahpun berakhir.Apapun aku tetap berbangga dan bersukur kepada Allah S.W.T. Kerana dapat berkenalan dan menambah ilmu didade.4 tahun berlalu dengan begitu pantas.Disatu pagi aku bersarapan pagi dipekan kampong ku .

Sedang bersarapan kesaorangan,tiba tiba aku melihat sebuah kerata Mersedis bercermin gelap berhenti dihadapan kedai minum tempat aku bersarapan.Pemandunya keluar dan membuka pintu belakang.Keluar seorang pemuda bersongkok dan bercermin mata hitam.Sungguh bergaya,pakai baju jaket ala ahli koprat lagi.Aku tidaklah menghiraukan sangat.Aku terus bersarapan.Sejurus kemudian bahu ku ditepok dari belakang.”Assalamualaikum saudaraku”.Aku menjawap salam dan menoleh .Pemuda itu tersenyum.”Bapak tidak ingat saya.”Katanya.Aku terpinga pinga,berkerut dahi cuba mengingati.Puas aku merenong wajahnya,macam kenal tapi tak pasti siapa.Pemuda tersebut masih tersenyum dan membuka cermin mata gelapnya.”Subhanallah,kau Satirin.”Kata ku.Aku baru dapat mengecam dirinya .

Dia tertawa lalu memelok aku.”Bapak akhirnya kita ketemu kembali.”katanya pada aku.Maka kamipun berbual bersama sama.Didalam perbualan Sipetapa ni menceritakan pada aku yang pada kali terakhir aku bertemu dengannya.Dia telah mendapat alamat dari Gurunya bahawa pertapaannya telah tamat.Dan dia diminta untuk bertapa pula diIstana Lama Kg:Bandar selama 44 hari.Tamat disana dia diarahkan sekali lagi oleh gurunya bertapa diMelaka.Disanalah berakhirnya pertapaannya.Apa bila selesai semuanya dia kembali ke Jugra untuk mendapatkan apa yang dicari selama ini.Namun apakah maksud YANG DICARI SELAMA INI tidaklah dinyatakan.Dia juga tidak mahu member tahu aku dimana dia tinggal.Hanya...apa bila kami hendak berpisah.Dia sempat menghulurkan sampul surat berisi duit.Yang aku sendiri pada waktu itu tak tau jumlahnya.

Waktu berpelukan untuk berpisah sempat dia berkata pada ku.”Bapak,jasa baik bapak sentiasa saya ingat.Tak bisa dibalas.Ini oleh oleh buat bapak.Lepas itu terus dia memasukkan sampul surat kedalam poket baju aku.Balik ke rumah aku termenong panjang.Macam tak percaya apa yang aku alami dan aku temui.Apapun tidak ada satupun yang mustahil dengan izin Allah S.W.T.Bukankah  jodoh,pertemuan,ajal maut,dan rezeki ditangan tuhan.Akupun mengeluarkan sampul surat.Terperanjat BEROK  aku dibuatnya.RM300 didalam sampul surat tersebut.Satu nilai yang agak besar pada waktu itu.Misterinya pada perubahan hidupnya.


KESIMPULAN:
1.Jugra dipenuhi Kepelbagayan Sejarah,Misteri dan Mistik.
2.Jugra perlu pembilaan sewajarnya.
3.Harta KARUN telah wujud sejak zaman FIRAUN lagi.Tidak boleh dinafikan akan adanya harta yang tertanam diperut bumi.Namun...usha mendapatkannya ibarat memancing dilautan yang luas.Malah melibatkan 2 alam yang amat jauh berbeza.


Anda juga mungkin meminati untuk membaca cerita-cerita misteri yang lain sila Klik Disini

Hak cipta penulisan adalah hak arash misteri.Sebarang cetakan, olahan semula, terbitan majalah, terbitan sebarang media dan copy paste hendaklah mendapat keizinan arash misteri.

Penawar Mata,Penaik Seri Wajah Lelaki & Perempuan

 Toner Mata Nur Theraphy


Klik untuk maklumat lanjut

Toner mata nur theraphy merupakan toner mata yang didatangkan dalam bentuk titis yang dibuat dari Air zam-zam, air mawar, herba terpilih , 30 juzuk Al-Quran dan doa pilihan

KEGUNAAN

  • Meningkatkan kadar kelembapan mata
  • Pencuci mata
  • Menyingkir kekotoran (habuk dan bahan asing)
  • Menigkatkan kesegaran mata / Mata lesu / Keletihan mata
  • Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata
  • Mengatasi mata merah dan meradang.
  • Menggurangkan bengkak mata
  • Merawat jangkitan mata
  • Mencantikkan mata
  • Memperbaiki keadaan penglihatan


Klik untuk maklumat lanjut


SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN MENIMPA.SESAL DAHULU PENDAPATAN,SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.JANGANLAH SAMPAI NASI MENJADI BUBUR.UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA TERSAYANG.TIADA GUNANYA WANG RINGGIT DAN HARTA YANG MENGGUNUNG APABILA MUSIBAH INI TELAH MENYELUBUNGI HIDUP ANDA.


SEGALA KEINDAHAN,KENIKMATAN DAN APA SAJA YANG ANDA MILIKI TIDAK AKAN MEMBAWA ERTI APA -APA ATAUPUN HILANG DENGAN SEKELIP MATA.SEDARLAH WAHAI ANAK BANGSA KU.PERIHATINLAH KEPADA KEHIDUPAN YANG SERBA MENCABAR INI.KEPERIHATINAN KEPADA KESIHATAN DANKESELAMATAN ADALAH IBU ATAU TERAS KEPADA KEHIDUPAN YANG BERJAYA DAN SEMPURNA.


DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.DILIPUTI DENGAN TAUFIK DAN HIDAYAH.DILIMPAHI NIKMAT DAN HIKMAH IMAN DAN ISLAM SEPANJANG KEHIDUPAN. DENGAN IZIN LIMPAH KURNIA DAN RAHMAT ALLAH S,W,T.INSYAALLAH.





Semua persoalan anda sendiri mungkin ada jawapannya. Tetapi anda tidak ada jalan penyelesayan.Ataupun gagal untuk menyelesaikannya.Dari itu ARASY MISTERI berusha membantu anda.Ingatlah setiap masalah ada jalan menyelesaikannya.Ada waktu dan ketikanya keluarga,saudara mara, dan rakan terdekatpun tidak dapat membantu atau meringankan bebanan kita.Atau kita sendiri malu dan merahsiakan dari pengetahuan orang lain.Justeru itu jadikanlah ARASY MISTERI sebagai panduan,pedoman,mencurah permasalahan rumah tangga,permasalahan remaja,anak anak dan kekeluargaan kepada ARASY MISTERI.Inilah bidang kami,yang tuhan kurniakan.Kami cuba membantu dan berkongsi permasalahan anda.





haruman pengikat kasih sayang (Aura Kasih ), menaikkan seri wajah (Aura Seri ) & menghindari gangguan dari makhluk halus (Aura Sufi) yang telah di doakan dengan ayat-ayat al-quran & doa-doa terpilih.insaallah dengan izin allah serba sedikit permasalahan diatas dapat diperbaiki.




RAHSIA RUMAH TANGGA BAHAGIA:

Didalam masyarakat atau kehidupan orang dizaman dahulu,amat menitik beratkan persoalan berumah tangga dan kebahgiaannya.Orang berilmu dari Suku Kaum Bugis akan menerapkan atau mengajar anak anaknya sama ada lelaki atau perempuan keseluruhan ilmu pengetahuan berkaitan rumah tangga.Dari tujuan,matlamat,tanggung jawab,pantang larang dan ilmu Kebatinan berumah tangga itu sendiri.Tidak ada insan didunia ini tidak mengira bangsa dan agama yang mahukan rumah tangganya roboh,huru hara,tidak tenteram atau aman damai.Keseluruhan mahukan rumah tangga yang berkekalan aman dan bahgia hingga keakhir hayat.


More..




ALAM PENGASIH


ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH. PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS

Sebelum ini,telah diterangkan secara panjang lebar dan terpeinci bahawa Suku Kaum Bugis menjalani kehidupannya dengan penuh PERADAPAN.Ini adalah untuk menepati Matlamat atau Sasaran didalam hidupnya.Dimana ikhtiar atau usha dunia dan akhirat akan diselaraskan bersama.Bagitu juga dengan ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH, PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS.Setiap satu daripadanya mempunyai Matlamat dan caranya yang tersendiri.Masyarakat Melayu hari ini agak sensitive,tidak senang,gusar,takut,tidak percaya,atau membuat andayan yang nagetif terhadap ilmu ini.Malah ada yang mendakwa ilmu ini Syirik atau salah disisi agama.Bergantunglah kepada ilmu individu itu sendiri.Hanya ilmu pengetahuan yang menyeluruh atau meliputi sahaja dapat membuat keputusan tepat dan meyakinkan.