Aku masih ingat lagi pada suatu petang bapa saudara ku salah seorang nelayan dan merupakan pemancing tegar dikampong ku bernama Suhaimik B Mujiruba mengajak aku pergi memancing diPasang Api Kuala sungai Jugra.Aku amat terhuja dengan ajakannya lalu bersetuju.Sebut saja Pasang Api Kuala sungai Jugra pasti menjanjikan 1000 kepuasan.Bukan saja keindahan pemandangan malah merupakan lubok ikan yang menjadi surge para pemancing.Aku masih ingat lagi pada masa itu bapa saudara aku masih lagi belum mempunyai sampan.Kalau dia nak memancing kena tompang sampan orang kalau ada kekosongan.Tetapi disepanjang ingatan akulah,hampir 70% dari aktiviti memancingnya ditebing tebing sungai Jugra.
Hari itu aku mengikutinya dengan berbasikal masing masing melalui jalan benting atau ban yang berada disepanjang hutan bakau.Waktu itu hutang bakau masih dara dan menghijau tampa sebarang gangguan manusia atau aktiviti tertentu.Industri Kayu bakau untuk membuat kayu arang tengah begitu pesat dibangunkan.Hasil hasil hutan bakau masih melimpah ruah disana sini.Kalau setakat nak makan Lokan,Siput Hisab dan Siput Beliong amatlah mudah mendapatkannya.Namun ....kena berhati hati dengan ular Bakau dan ular Kapak yang amat berbisa dan ditakuti.
Selain itu kenalah berhati hati dengan penunggu sedia ada yang telah bermestautin ratusan tahun.Semuanya terdiri dari kaum Syaitan,Iblis dan Jin.Dan ada juga beberapa lokasi yang dihuni oleh kaum orang Bunian Islam dan Kafir.Waktu itu juga bekalan letrik masih belum memasuki kampong kami dan kampong kampong berhampiran.Bila malam menjelang faham faham saja le gelap dan sunyinya.Itu belum lagi ancaman binatang buas saperti beruang,harimau,buaya dan ular berbisa.Namun sepanjang ingatan aku...aku pasti belum pernah berlaku penduduk kampong dijajahan Jugra yang mati atau tercedera akibat serangan binatang buas.Kalau adapun semuanya masih sempat menyelamatkan diri.Tetapi kalau musibah melibatkan syaitan,iblis,Jin tu amatlah kerap berlaku.
Ada yang hilang tampa dapat dikesan.Ada yang dapat akhirnya ditemui tetapi sudah hilang kewarasan fikirannya.Ada yang ditemui nun jauh ditengah hutan dari temat atau lokasi asal ia hilang dalam keadaan lemah tidak bermaya dan ada juga yang pulang dengan sendirinya dengan membawa berbagai bagai cerita misteri satelah disangkekan telah hilang terus atau dianggap mati oleh penduduk kampong kerana hilang berbulan bulan lamanya.Malahan ada yang hilang 1 minggu pulang saja dikatakan telah menjadi bomoh kerana berkahwin dengan orang bunian.Macam macam ada.Aku pula bila terkenangkan cerita cerita misteri dan seram mulalah takut dan cemas.Namun kerana minat yang mendalam berkaitan memancing aku lupakan atau tolak tepi semua tu.Kami bertolak jam 5.00 petang.Sampai ditempat meletakkan kenderaan kaki pancing kamipun menyimpan basikal ditepi belukar.
Aku dan Bapa saudara aku tergesa gesa kekolam berhampiran untuk menjala udang.Kolam itu bersambung dengan tali air terus kesungai Jugra.Kalau air pasang segala udang dan ikan akan memasuki kolam tersebut dan bila air surut ianya akan terperangkap didalam kolam tersebut.Hanya dengan beberapa kali menjala sahaja bapa saudara ku telah dapat menangkap hampir 70 ekor udang.Rasanya sudah lebih dari mencukupi untuk dibuat umpan.Malah boleh dibuat lauk makan malam.Selesai menjala kami terpaksa menyeberangi tali air melalui sebuah titi kayu bakau.Titinya menggunakan kayu bakau 2 batang.Kenalah berjalan dengan berhati hati.Waktu itu air surut ditali air dan disungai Jugra.Kami berjaya melepasi titi tersebut dan menyusur lorong keKuala Pasang Api sungai Jugra.Sampai ditebing..kami lihat air sungai baru hendak pasang.Satu petanda baik dan kami nanti nantikan.
Bapa saudara ku memulakan pancingan.Tak sampai 10 minit dia berjaya mendaratkan ikan Gemang seberat 2 kilo.Pancingan keduanya mendapat ikan Tirus 3 kilo.Dan pancingan ketiganya mendapat ikan Kerapu 2 kilo.Aku pula langsung tidak mendapat tindak balas.Panas aku dibuatnya.Orang tua ni penganyir.Dengan siapapun dia memancing pasti dia akan mendahului orang lain.Aku hanya mendapat habuan satelah penantian hampir 1jam dengan mendaratkan ikan pari seberat hampir 5 kilo.Kali kedua dengan mendaratkan ikan Kurau hampir 2kilo.Itulah saja tangkapan yang kami dapat.Apapun pada pendapat aku ianya sudah lebih dari memadai.Apabila air telah pasang penuh kamipun beransur pulang dianggarkan jam 2.00 pagi.Sewaktu didalam perjalanan pulang dari tebing ketali air aku merasa seram sejuk.
Seluruh bulu roma ku berdiri.Aku tidak berani melihat keadaan sekeliling.Hanya melihat dihadapan.Mentelahkan bapa saudara aku berjalan dihadapan aku dengan tenang.Kami telah menghampiri titi kayu bakar untuk melintasinya.Tiba tiba kami terdengar bunyi kocakan air dari tengah tali air tersebut.Bapa saudara aku dengan sepontan menyuloh kearah bunyi tersebut sedangkan aku terus memintasnya kehadapan untuk melintas titi kayu bakau.Belum sempat aku memijak titi tersebut bapa saudar ku dengan pantas menarik aku kebelakang.Hampir saja aku terjatuh ditali air.Dengan pantas juga dia dapat menyeberangi titi tersebut lantas berlari lari anak arah keban.Aku ditinggalkan bersendirian terketar ketar meniti titi kayu bakau sehinggalah aku selamat keseberang.Dapat aku rasakan ada yang tidak kena.
Semakin lama semakin seram dan aku mulai merasa ketakutan.Aku menjerit memanggil bapa saudara aku namun dia telah jauh meninggalkan aku .Tiada sebarang jawapan darinya.Sayup sayup kedengaran air ditali air berkocak semakin kuat dan kedengaran suara perempuan ketawa mengilai ngilai.Aku tergamam seketika.Gementar seluruh tubuh badanku .Peluh jantan mulai merecik keluar seluruh tubuh badan.Degupan jantungku mulai kencang.Aku tahu....aku kini berdepan dengan gangguan hantu air atau penunggu ditali air tersebut.Aku segra membaca ayat Kursey berulang ulang kali sambil terus mengorak langkah menuju keban untuk mendapatkan basikal aku.Apabila sampai diban aku segra menaiki basikal ku.Tidak kelihatan basikal bapa saudara ku .Aku tahu dia telahpun meninggalkan aku sendirian.
Berkapal sumpah seranah ,dan maki hamun aku padanya.Sakit hati aku hanya tuhan yang tahu.Didalam perjalanan pulang terasa pula bagai diikuti sesuatu dari belakang.Aduh......aku percepatkan kayuhan basikal sambil berzikir tampa henti.Waktu ini aku berserah diri pada Allah S.W.T saje.Terasa cepat betul aku telah sampai kerumah ku.Aku duduk ditangga rumah ku melepaskan penat.Teringat saja kejadian tersebut terasa kecut hati ku.Dalam 10 minit kemudian aku terpandang bapa saudara ku baru sampai kerumah.Kami sama sama berpandangan.Masing masing bingung dan kehairanan.Aku langsung tidak bercakap malah merenung tajam padanya.Bukan apa sakit hati dibuatnya.Diapula agaknya gementar dan menyangke aku adalah samaran hantu air.Tidak bercakap cakap dan merenung tajam padanya.Lagipun aku telah sampai lebih dahulu darinya.
Alamakkkk....aku baru tersedar.Macam mana ye.Jalannya satu.Dia cabut dulu dan aku kemudian.Tetapi aku sampai dulu dia kemudian.Kami tak berselisih jalanpun..?.Pelik tapi benar.Kalau dah takut agaknya macam macam boleh terjadikan..?.Kerana perasaan takut dia lebih menebal dari aku yang masih budak mentah dan balasan dia meninggalkan aku...demam tak kebah selama 3 hari.Malah hasil pancingan diapun tidak sampai kerumah.Semuanya berterabo cicir didalam perjalanan.Sejak dari itu kami berdua tidak lagi berani pergi memancing kelokasi tersebut.Beberapa hari salepas kejadian terdengar juga cerita budak kampong ku dan beberapa pemancing dari luar yang turut terkena gangguan hantu air tersebut.Lama kelamaan tempat tersebut terus sunyi dari kunjungan kaki pancing.Sekiranya ada yang berhajat sangat untuk memancing dilokasi tersebut,merika akan datang disiang hari dalam jumlah seramai 5 orang keatas.Sabelum senja berlabuh merika akan segra meninggalkan lokasi tersebut biarpun hasil tangkapan ada atau tiada.Yang pasti keselamatan diutamakan.
Kesimpulan:
1.Berlindung diri kepada Allah S.W.T. disetiap ketika.
2.Pengawalan rasa takut adalah lebih baik dari melarikan diri mengikuti perasaan takut yang memuncak.
3.Syaitan ,Iblis dan Jin amat bijak mencari ruang dan kelemahan diri manusia itu sendiri.Terutama rasa takut dan lupa akan tuhannya.
Anda juga mungkin meminati untuk membaca cerita-cerita misteri yang lain sila Klik Disini
Hak cipta penulisan adalah hak arash misteri.Sebarang cetakan, olahan semula, terbitan majalah, terbitan sebarang media dan copy paste hendaklah mendapat keizinan arash misteri.