SELAMAT DATANG KE ARASY MISTERI, SEMOGA PERKONGSIAN ILMU INI DAPAT DI MANAFAATKAN BERSAMA, DI HARAP TIDAK ADA PENYALAH GUNAAN UNTUK KEGUNAAN KEARAH KEMUNGKARAN. INSYAALLAH. SEBARANG CADANGAN ATAU PANDANGAN ANDA BOLEH DIKONGSIKAN ARASY MISTERI 013-2554392 / 012-9715794 / ARASHMISTERI@GMAIL.COM TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI ARASY MISTERI

MISTERI PUAKA KUBUR LAMA DITEBING SUNGAI BANDAR JUGRA:

Sebut saja pasal memancing akulah diantara pemancing tegar dimasa itu. Dari parit,tali air,kolam,lombong,persisiran pantai,sungai dan laut dalam.Disuatu masa beberapa rakan ku mengajak aku pergi memancing disungai kampong Bandar.Sudah terlalu lama aku tidak pergi memancing dikawasan tersebut.Rakan rakan ku mengatakan telah mengenal pasti lubuk ikan dikawasan tersebut hasil maklumat dari salah saorang nelayan tempatan yang merupakan anak jati kampong Bandar itu sendiri.Malahan sudah 2 kali rakan rakan aku ini telah pergi mencuba nasib dilubok tersebut.Penghasilannya tidak mengecawakan.Aku jadi bersemangat juga untuk turut serta mencuba nasib.Kami semua berbincang untuk mendapatkan kata sepakat memilih waktu yang terbaik untuk kelubuk tersebut.Apabila tiba pada waktunya kami bertigapun  menaiki sampan berenjin 15 kuda menyusuli sungai jugra kehulunya untuk sampai kesungai Bandar.Waktu itu jam 5.00 petang.Didalam perjalanan menyusuli sungai tersebut terasa damai.

Pemandangannya indah dan aku rasa keadaannya tidak banyak berubah berbanding sewaktu aku selalu mengikuti bapa saudara ku Pak Tam memancing Sesumpit,menjala udang galah dan menyerampang dimalam hari.Rasanya dengan beliaulah aku banyak menimba pengetahuan berkaitan dunia nelayan.Pak Tam adalah pesara Guru Besar yang bertugas disekolah rendah kg:Olak Lempit Banting Kuala Langat.Beliau juga merupakan salah saorang dari anak murid kesayangan Kiyai Hj:Salleh yang tersohor diJohor.Pak Tam memiliki ilmu Kebatinan tetapi tak siapa yang mengetahuinya terkecuali orang yang terdekat dengannya.Beliau jenis merendah diri dan agak pendiam.Malahan anak anaknya sendiripun tidak mengetahuinya.Aku rasa pelik juga,dengan aku dia begitu mudah membuka rahsia kehidupannya.Malah selalu memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada apa saja yang aku inginkan.Semuga rohnya ditempatkan dikalangan para suhadah dan ambiak Allah S.W.T.

Aku terkenang pengalaman pertama mengikuti arwah dan anaknya yang bernama Salehuddin menyusuri sungai Bandar sehingga sampai kesungai Jugra.Waktu itu aku melihat Pak Tam amat meminati menjala dikawasan reba pokok bakau dan pokok mati yang tumbang ke sungai.Lazimnya orang menjala akan mencari tempat yang sesuai dan selamat.Selain untuk mendapatkan hasil tangkapan ianya juga untuk memastikan jala tidak tersangkut.Tapi Pak Tam tidak sedemikian.Kalau ada reba pokok bakau atau pokok mati tumbang keair sungai dahannya.Itulah kegemarannya.Beliau akan menjala disitu.Pastilah jalanya akan tersangkut.Bila jalanya sangkut beliau akan segra menyelam.Kali pertama aku menyaksikan beliau menyelam cukup lama.Kalau orang biasa rasanya dah lemas.Aku jadi tak menentu dibuatnya.Aku asik bertanya kepada Salehuddin 10 kali sekejap mengapa bapanya tak timbul timbul lagi.Saleh sampai marah dan hendak mengetok kepala aku dengan pendayung.

"Lain kali jangan nak ikut lagi.Memekak je.Duduk diam diam."Bentak Saleh dengan keras pada ku.Aku terpaksa mendiamkan diri walaupun hati ini hanya Allah S.W.T. yang tahu betapa aku amat bimbang.Selang beberapa minit Pak Tam muncul dipermukaan air ditepi sampan.Ditangannya seakor ikan Gemang.Yakni bapak ikan Sembilang.Dicampaknya kedalam sampan lalu menyelam semula.Aku amat terhuja dengan kebolehan Pak Tam.Bagai mana dia dapat menahan nafas dalam jangka masa yang lama dan bagai mana beliau dapat menangkap ikan Gemang yang terperangkap didalam jalanya sewaktu jalanya masih didalam air sungai.Selaman kali kedua dan ketiga itu jua sedemikian.Cuma  selaman kedua beliau menaikkan ikan Siakap dalam 1kg,dan ketiga kalinya beliau menaikkan kedalam sampan ikan sembilang dianggarkan hampir 1kg juga.Selaman keempat kalinya beliau telahpun menggulung jalanya dilengan kanan dan dibawa naik kedalam sampan.

Disini dapatlah aku mengetahui mengapa Pak Tam suka menjala dikawasan sedemikian.Rupa rupanya ditempat sedemikianlah ikan dan udang suka mencari makan atau berkumpul.Tapi aku pasti ianya memerlukan kepakaran dan kelebihan tertentu.Apabila Pak Tam telah menaiki sampan beliau terus mengeluarkan udang udang yang masih terperangkap didalam jalanya.Apa bila dikumpulkan jumlahnya agak lumayan juga.Hampir mencapai 1kg.Itu baru 1 kali menjala.Kalau kawasan  atau tempat biasa menjala 1 kali menjala paling tinggi 300g udang.Inilah diantara kenangan manis aku bersamanya yang tidak mungkin aku lupakan.Mengenangkan kenangan tersebut aku tersenyum sendirian."Hai kawan kita senyum sendiri nampak."Kata Harun.Kudin mencelah pula."Kawan kita dah perasan lebih lah tu."Aku sekadar mendiamkan diri mendengar kata kata rakan ku kerana aku tahu dia orang ni kaki menyakat.

Hampir 15 minit perjalanan kamipun sampai dilokasi yang dimaksudkan.Kami mencampakkan sauh sampan agar sampan dapat berlabuh disitu.Dari tebing sungai rasanya tidak sampai 50miter.Aku amati lokasi tersebut dan aku amat pasti.Ditebing sungai itulah terdapat perkuburan lama kampong Bandar.Untuk memastikan keadaan tersebut aku bertanya kepada kedua rakan aku ini yang sudah 2 kali datang memancing disitu."Apakah tebing berhampiran itu merupaka tanah perkuburan lama  ?".Keduanya tahu atau tidak.Maklumlah dipenuhi semak belukar .Harun bersuara,"Oooi apa nak kalut sangat.Kita bukan memancing diatas tebing.Kita didalam sampan.Bukan pulak memancing atas kuburnya.Kita pancing ajelah."Bedesing telinga aku dibuatnya.Terasa celupar bunyinya.Aku merenong tajam kewajah Harun agar dia faham.

Kudin perasan aku merenong Harun lalu beliau bersuara."Harun jaga mulut sikit".Harun mendiamkan diri saja.Aku segra memulakan pancingan diikuti Kudin dan Harun.Hampir 2 jam kami menanti dengan penuh sabar,namun tiada langsung petanda yang meyakinkan.Senja mula melabuhkan tirainya menandakan malam hampir menjelang.Air sungai mulai bergerak pasang.Dari kejauhan sayup terdengar laungan azan Magrib berkumandang.Ungas rimba mula bersahut sahutan bertingkah sesama sendiri.Didalam melayani bunyi ungas rimba tiba tiba joran aku direntap kuat sehingga melengkung.Sepantas kilat aku menyambar joranku lalu merentapnya.Terasa perlawanannya, aku pasti sudah mengena.Sejurus kemudian Kudin pula melakukan rembatan kencang sambil bersorak.Waaaah,udah kene.Aku berjaya mendaratkan ikan Kurau dianggarkan 2 kilo.Kudin pula berjaya mendaratkan ikan Tirus dianggarkan 1 kilo.Antara kami berdua saling berganti ganti mendapatkan tangkapan.Harun pula jorannya langsung tak berusik.

Dia gelisah semacam.Mungkin panas agaknya bila kami berdua saja yang merasai penghasilan.Sejurus kemudian Joran Harun mula menampakkan tanda dan akhirnya melengkung direntap keras.Puuuh.....Harun punya aksi bagai nak rak."Kali ini  mampus kau". Kata Harun.Aku dan Kudin  melihat saja aksinya yang ditunjukkan Harun.Kalau itulah aksinya,paling kurang 5 kilo atas tu.Aku malas nak melayan lalu meneruskan pancingan bersama sama Kudin.Yang peliknya kejap sangat ikan dah sampai ketepi sampan menggelupur dipermukaan air.Bila Harun mendaratkan kedalam sampan rupanya ikan duri.Adalah agaknya dalam 600g.Aku dan Kudin hampir nak ketawa,tetapi kami tahan.Nak jaga hati kawan.Harun bersuara "Hampas punya ikan,celaka betul".Powww bunyi sesuatu dibaling keair.Merecik air kedalam sampan menimpa kami bertiga.Hari telahpun gelap.Kami tak pasti apakah gerangan bunyi benda jatuh tu.Kudin segra memasang lampu kalimantang.Manakala Harun mencari lampu suluh didalam bagnya.Aku mula merasa seram sejuk.

Terasa bagaikan aku diperhatikan oleh sesuatu yang aku sendiri tidak pasti.Bulu roma ditengkok dan tangan mula meremang."Powwww, sekali lagi air sungai berhampiran sampan berkocak.Kali ini Harun terperasan ada benda melayang bagai dilontar orang dari arah tebing sungai yang ada tanah perkuburan."Hoooi apahal baling baling ni".Harun menjerit kearah tebing sungai.Kudin mencapai lampu suluh lalu  menyuloh kearah tebing.Aku juga mengambil kesempatan melihat sama.Tiba tiba kedengaran bunyi ngauman bagaikan orang hutan melolong keras."Hooooom".Kami bertiga terperanjat BEROK bukan kepalang.Mata kami bertiga tetap melihat kearah tebing.Tak nampak apa apa yang menakutkan.Angin mula bertiup sepoi sepoi bahasa.

Keadaan sunyi sepi seketika."Keluppppp,Kelupppp,Kelupppp"Kedengaran seakan bunyi benda berjalan diatas tanah berselut lumpur ditebing sungai.Kudin segra menyuloh kearah datangnya bunyi tersebut.Apa yang kelihatan adalah pergerakkan tapak kaki yang bergerak dari tebing tersebut menuju ketepi sungai tampa kelihatan apa apapun.Hanya jejek  atau kesan benda yang bergerak.Sampai ditebing sungai terdengar pula bagaikan ianya terjun kedalam sungai.Aku merasakan ada sesuatu yang amat merbahaya dan menakutkan sedang memburu kami.Dengan pantas aku menghidupkan enjin sangkut untuk segra meninggalkan kawasan tersebut.Entah mengapa enjin yang mengaum dengan kuat bila aku memulas minyak sampai habispun tidak mampu menggerakkan sampan kami.

Kami kebingungan bercampur takut.Kudin masih menyuloh kearah pergerakan benda tersebut yang menghasilkan ombak dan percikan air sungai.Ianya bergerak menuju kearah sampan kami.Waktu itu aku merasakan maut sudah menghampiri kami bertiga.Sampan masih tidak boleh digerakkan.Nasib baiklah aku teringat sauh belum lagi dinaikkan.Kalau nak dinaikkanpun rasanya sudah tak sempat.Pergerakan tersebut semakin dekat.Aku segra mengarahkan Kudin mengambil parang dan memotong tali sauh.Dengan sekali cantas sahaja tali sauh putus dan sampan kami meluncur dengan lajunya meninggalkan tempat tersebut.Alhamdulillah akhirnya kami selamat pulang kerumah.Sejak dari kejadian tersebut kami bertiga tidak pernah lagi memasuki kawasan tersebut untuk memancing.Sesungguhnya apa yang kami alami itu benar benar menakut dan menyeramkan.

Kesimpulan:

1.Hakikat kehidupan,kita berkongsi kehidupan bersama makhlok lain dimuka bumi ini.Kerana itu jalanilah kehidupan ini sebagai orang melayu yang beragama Islam.Senentiasa menjaga tutur kata dan perbuatan walau dimana kamu berada.
2.Janganlah terlampau bergembira sehingga lupa kepada kewajipan bersolat  biarpun telah mendengar laungan azan berkumandang.
3.Jangan mudah panik.kehilangan punca atau hilang arah disebabkan rasa takut.Hadapilah perasaan takut itu dengan mengawalnya secara berlindung diri dan memuhun bantuan dari Allah.Akhirnya bertauhid atau berzikirlah sambil bertawakal padanya.

Anda juga mungkin meminati untuk membaca cerita-cerita misteri yang lain sila Klik Disini

Hak cipta penulisan adalah hak arash misteri.Sebarang cetakan, olahan semula, terbitan majalah, terbitan sebarang media dan copy paste hendaklah mendapat keizinan arash misteri.






No comments:

Penawar Mata,Penaik Seri Wajah Lelaki & Perempuan

 Toner Mata Nur Theraphy


Klik untuk maklumat lanjut

Toner mata nur theraphy merupakan toner mata yang didatangkan dalam bentuk titis yang dibuat dari Air zam-zam, air mawar, herba terpilih , 30 juzuk Al-Quran dan doa pilihan

KEGUNAAN

  • Meningkatkan kadar kelembapan mata
  • Pencuci mata
  • Menyingkir kekotoran (habuk dan bahan asing)
  • Menigkatkan kesegaran mata / Mata lesu / Keletihan mata
  • Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata
  • Mengatasi mata merah dan meradang.
  • Menggurangkan bengkak mata
  • Merawat jangkitan mata
  • Mencantikkan mata
  • Memperbaiki keadaan penglihatan


Klik untuk maklumat lanjut


SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN MENIMPA.SESAL DAHULU PENDAPATAN,SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.JANGANLAH SAMPAI NASI MENJADI BUBUR.UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA TERSAYANG.TIADA GUNANYA WANG RINGGIT DAN HARTA YANG MENGGUNUNG APABILA MUSIBAH INI TELAH MENYELUBUNGI HIDUP ANDA.


SEGALA KEINDAHAN,KENIKMATAN DAN APA SAJA YANG ANDA MILIKI TIDAK AKAN MEMBAWA ERTI APA -APA ATAUPUN HILANG DENGAN SEKELIP MATA.SEDARLAH WAHAI ANAK BANGSA KU.PERIHATINLAH KEPADA KEHIDUPAN YANG SERBA MENCABAR INI.KEPERIHATINAN KEPADA KESIHATAN DANKESELAMATAN ADALAH IBU ATAU TERAS KEPADA KEHIDUPAN YANG BERJAYA DAN SEMPURNA.


DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.DILIPUTI DENGAN TAUFIK DAN HIDAYAH.DILIMPAHI NIKMAT DAN HIKMAH IMAN DAN ISLAM SEPANJANG KEHIDUPAN. DENGAN IZIN LIMPAH KURNIA DAN RAHMAT ALLAH S,W,T.INSYAALLAH.





Semua persoalan anda sendiri mungkin ada jawapannya. Tetapi anda tidak ada jalan penyelesayan.Ataupun gagal untuk menyelesaikannya.Dari itu ARASY MISTERI berusha membantu anda.Ingatlah setiap masalah ada jalan menyelesaikannya.Ada waktu dan ketikanya keluarga,saudara mara, dan rakan terdekatpun tidak dapat membantu atau meringankan bebanan kita.Atau kita sendiri malu dan merahsiakan dari pengetahuan orang lain.Justeru itu jadikanlah ARASY MISTERI sebagai panduan,pedoman,mencurah permasalahan rumah tangga,permasalahan remaja,anak anak dan kekeluargaan kepada ARASY MISTERI.Inilah bidang kami,yang tuhan kurniakan.Kami cuba membantu dan berkongsi permasalahan anda.





haruman pengikat kasih sayang (Aura Kasih ), menaikkan seri wajah (Aura Seri ) & menghindari gangguan dari makhluk halus (Aura Sufi) yang telah di doakan dengan ayat-ayat al-quran & doa-doa terpilih.insaallah dengan izin allah serba sedikit permasalahan diatas dapat diperbaiki.




RAHSIA RUMAH TANGGA BAHAGIA:

Didalam masyarakat atau kehidupan orang dizaman dahulu,amat menitik beratkan persoalan berumah tangga dan kebahgiaannya.Orang berilmu dari Suku Kaum Bugis akan menerapkan atau mengajar anak anaknya sama ada lelaki atau perempuan keseluruhan ilmu pengetahuan berkaitan rumah tangga.Dari tujuan,matlamat,tanggung jawab,pantang larang dan ilmu Kebatinan berumah tangga itu sendiri.Tidak ada insan didunia ini tidak mengira bangsa dan agama yang mahukan rumah tangganya roboh,huru hara,tidak tenteram atau aman damai.Keseluruhan mahukan rumah tangga yang berkekalan aman dan bahgia hingga keakhir hayat.


More..




ALAM PENGASIH


ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH. PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS

Sebelum ini,telah diterangkan secara panjang lebar dan terpeinci bahawa Suku Kaum Bugis menjalani kehidupannya dengan penuh PERADAPAN.Ini adalah untuk menepati Matlamat atau Sasaran didalam hidupnya.Dimana ikhtiar atau usha dunia dan akhirat akan diselaraskan bersama.Bagitu juga dengan ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH, PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS.Setiap satu daripadanya mempunyai Matlamat dan caranya yang tersendiri.Masyarakat Melayu hari ini agak sensitive,tidak senang,gusar,takut,tidak percaya,atau membuat andayan yang nagetif terhadap ilmu ini.Malah ada yang mendakwa ilmu ini Syirik atau salah disisi agama.Bergantunglah kepada ilmu individu itu sendiri.Hanya ilmu pengetahuan yang menyeluruh atau meliputi sahaja dapat membuat keputusan tepat dan meyakinkan.