SELAMAT DATANG KE ARASY MISTERI, SEMOGA PERKONGSIAN ILMU INI DAPAT DI MANAFAATKAN BERSAMA, DI HARAP TIDAK ADA PENYALAH GUNAAN UNTUK KEGUNAAN KEARAH KEMUNGKARAN. INSYAALLAH. SEBARANG CADANGAN ATAU PANDANGAN ANDA BOLEH DIKONGSIKAN ARASY MISTERI 013-2554392 / 012-9715794 / ARASHMISTERI@GMAIL.COM TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI ARASY MISTERI

ILMU  KEBATINAN  KEBAL  SEGALA LOGAM

Di dalam keilmuan suku kaum Bugis didalam Khazanah Warisan Suku Kaum Bugis pada kurun Ke14 telah wujudnya ilmu kebatinan ini.Ianya dikatakan sebagai salah satu ilmu tertinggi dan merupakan ilmu PEMUTUS  didalam tuntutan atau pembelajaran ilmu kebal.Ilmu ini  tidak berapa diketahui umum malah dirahsiakan dari pengetahuan umum.Dikatakan  asal usul ilmu ini dari beberapa ahli pertapaan,para wali wali Allah,para aulia,ambiak dan suhadah.Dari sinilah ilmu ini berkembang kepada individu atau orang perseorangan.Mengikut salah silah keilmuan dari keturunan Raja Bugis berdarah putih ilmu ini mula dipelopori oleh keturunannya dari salah seorang wali dari kumpulan wali 9  didalam bermujahadah ke alam ghaib.

Keistimewaan ilmu ini adalah sipengamal ilmu ini mempunyai keistimewaan dari segi daya ketahanan tubuh badan atau kebal diseluruh tubuhnya dari sebarang senjata musuh yang diperbuat dari apapun jenis logam.Bukan sejadar besi...timah, tembaga,perak,suasa,emas dan apapun jenis logam dimuka bumi ini tidak mampu mencederakannya.Kerana itu ilmu ini amat sulit dan agak tersembunyi.Pengamalannya dengan gaya tersendiri.Amatlah beruntung sesiapa yang memiliki ilmu tersebut.Namun...ianya adalah ibarat sebesar biji sawi dari lautan ilmu Allah S.W.T.


RAHSIA RUMAH TANGGA BAHAGIA:

Didalam masyarakat atau kehidupan orang dizaman dahulu,amat menitik beratkan persoalan berumah tangga dan kebahgiaannya.Orang berilmu dari Suku Kaum Bugis akan menerapkan atau mengajar anak anaknya sama ada lelaki atau perempuan keseluruhan ilmu pengetahuan berkaitan rumah tangga.Dari tujuan,matlamat,tanggung jawab,pantang larang dan ilmu Kebatinan berumah tangga itu sendiri.Tidak ada insan didunia ini tidak mengira bangsa dan agama yang mahukan rumah tangganya roboh,huru hara,tidak tenteram atau aman damai.Keseluruhan mahukan rumah tangga yang berkekalan aman dan bahgia hingga keakhir hayat.


More..




ALAM PENGASIH


ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH. PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS

Sebelum ini,telah diterangkan secara panjang lebar dan terpeinci bahawa Suku Kaum Bugis menjalani kehidupannya dengan penuh PERADAPAN.Ini adalah untuk menepati Matlamat atau Sasaran didalam hidupnya.Dimana ikhtiar atau usha dunia dan akhirat akan diselaraskan bersama.Bagitu juga dengan ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH, PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS.Setiap satu daripadanya mempunyai Matlamat dan caranya yang tersendiri.Masyarakat Melayu hari ini agak sensitive,tidak senang,gusar,takut,tidak percaya,atau membuat andayan yang nagetif terhadap ilmu ini.Malah ada yang mendakwa ilmu ini Syirik atau salah disisi agama.Bergantunglah kepada ilmu individu itu sendiri.Hanya ilmu pengetahuan yang menyeluruh atau meliputi sahaja dapat membuat keputusan tepat dan meyakinkan.