SELAMAT DATANG KE ARASY MISTERI, SEMOGA PERKONGSIAN ILMU INI DAPAT DI MANAFAATKAN BERSAMA, DI HARAP TIDAK ADA PENYALAH GUNAAN UNTUK KEGUNAAN KEARAH KEMUNGKARAN. INSYAALLAH. SEBARANG CADANGAN ATAU PANDANGAN ANDA BOLEH DIKONGSIKAN ARASY MISTERI 013-2554392 / 012-9715794 / ARASHMISTERI@GMAIL.COM TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI ARASY MISTERI

MISTERI TERSEREMPAK HANTU PENANGGAL DIJUGRA:

Dua bulan saja aku  dan keluarga menetap diKg:Permatang Pasir Jugra Banting  dari Batu 11 Telok Panglima Garang satelah ayah ku meninggal dunia.Aku telahpun menempuh satu pengalaman yang amat menakut dan menyeramkan.Kejadian berlaku sewaktu didalam perjalanan pulang dari masjid kerumah ku.Masa itu kampung ni masih lagi belum mempunyai bekalan letrik dan air paip.Hutan dan semak samun masih tebal.Kenderaanpun masih belum banyak lagi.Kalau malam saja agak sunyi.Tiada tempat berkumpul  untuk sebarang aktiviti selain masjid dan kedai kopi.Bagi gulungan remaja atau anak muda yang agak babas sedikit yang lelakinya akan berkumpul dikedai kopi.Anak dara tak ditemui keluar malam.Ibu aku tidak membenarkan aku bercampur gaul atau berkawan rapat dengan budak budak nakal ni.Jadi kenalah campur orang masjid je.Magrib dan Isyak pastilah dimasjid sembahyang berjemaah.

Budak budak nakal ni peratikan je sikap aku yang tak mau campur dia orang dari jauh.Ada kesempatan akan mengutok dan mengata aku secara terang terang."Budak alim.Budak sombong.Mangkok ayun dan orang Kuat.Sesekali berasap dan berapi juga telinga aku dibuatnya.Hendak pula bila waktu ramai orang,waktu itulah budak budak nakal ni menyakat.Panggilan atau nama yang paling tip top yang sering digunakan adalah ORANG KUAT.Sampai budak kecil yang berusia 8 tahunpun berani memanggil aku dengan nama tersebut.Aku jadi penasaran dibuatnya.Kadang kalanya rasa nak belasah je,tapi terasa takut pulak sebab dia orang ramai.Aku pula masih belum punya rakan didalam kampong.Walhal...aku sendiripun penakut juga.Pada satu malam didalam perjalanan pulang  dari masjid sedang aku memboncing basikal untuk pulang kerumah,tiba tiba aku merasakan seram sejuk.Bulu roma ditengkok dan tangan ku tegak meremang.Aku jadi tidak menentu.

Aku percepatkan kayuhan basikal ku.Terasa bagaikan ada sesuatu yang sedang memerhatikan aku.Semaki lama semakin pantas aku mengayuh basikal.Peluh jantan membasahi seluruh pakaian aku.Kupiah yang aku pakai melayang jatuh keatas jalan raya namun tidak aku hiraukan kerana takut untuk berpatah balik.Yang penting dimasa itu aku ingin segra sampai kerumah.Dalam anggaran 50m hendak sampai kerumah aku tiba tiba aku terlihat dihadapan aku ada sesuatu lembaga  yang berterbangan melayang dengan pantas.Berderau darah ku.Malah jantung ku berdegup kencang.Seluruh tubuh ku mulai menggigil.Namun aku cuba sedaya upaya untuk mengawal ketakutan ku.Apapun aku harus segra sampai kerumah.Aku tak berani melihat kekanan atau kekiri,mentelah nak melihat kebelakang.Minta maaflah banyak banyak.Kelihatan persimpangan kerumah aku sudah agak hampir.Terasa lapang dan selamat sedikit.Aku segra membalok basikal ku memasuki titi  rumah.

Dengan tidak semena mena aku terlihat satu lembaga terbang melintasi kepala aku lalu hinggap keatas pokok manggis yang berada dikiri jalan masuk kerumah aku.Jaraknya hanya 20m saja dari kedudukan aku.Aduhhhh aku kehilangan punca.Mata ku terbeliak melihat lembaga tersebut.Matanya merah saga merenong tajam kepada ku.Gigi dan taringnya kelihatan amat tajam.Berambut panjang dan badannya hanya separas pusat.Kelihatan tali perutnya berjuntaian.Sungguh menakutkan.Disebabkan pandangan mataku tertumpu kepadanya aku tidak menyedari bahawa basikal ku masih bergerak pantas dan akhirnya melanggar pokok kelapa.Aku tersungkur dipangkal pokok kelapa tersebut menyembah bumi.Walaupun demikian,dengan pantas aku segra bangun dan berlari lintang pukang pulang kerumah.Sampai dirumah pintu rumah aku ketok bagai nak roboh.Ibu yang membuka pintu rumah seakan memahami keadaan aku yang ketakutan.Ibu membuka dan menutup pintu rumah tampa sepatahpun berbicara.

Aku meluru memasuki rumah terus memasuki kamar tidur ku.Terasa selamat,namun tubuh badan aku masih menggigil dan peluh jantan masih juga membasahi seluruh badan ku.Bayangan rupa lembaga tersebut masih  kelihatan dalam fikiran ku.Sebentar kemudian ibu memasuki kamar aku dengan membawa 1 gelas air putih.Ibu duduk disisi aku sambil memegang gelas air tersebut sambil mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu.Habis membaca air itu disuruh aku meminumnya dengan berselawat keatas nabi sebanyak 3x.Ibu hanya tersenyum tampa sebarang percakapan.Hanya kepala aku yang diusapnya beberapa kali dengan jari jemari lembutnya.Apabila air tersebut aku minum terasa diri ku mula bersemangat kembali.Rasa  takut dan menggigil beransur hilang sedikit demi sedikit.Selama ini aku tidak tahu yang ibu pandai memulihkan semangat  atau menawar air jampi.Boleh tahan juga ibu ku ini.

Malam itu aku tidur dengan nyenyak sekali tampa sebarang gangguan.Besok paginya sedang bersarapan pagi barulah aku menceritakan kejadian tersebut kepada ibu.Kelihatan ibu langsung tidak terperanjat malah bersahaja.Aku hairan dibuatnya.Aku tanyakan dengan bersungguh sungguh kepada ibu apakah yang aku lihat malam tu.Ibu hanya tersenyum dan berkata "Hantu Penanggal".Ibu tidak berminat untuk bercerita panjang .Agaknya tak mahu aku ketakutan.Nanti aku tak mau pula pergi masjid untuk solat berjemaah magrib dan isyak.Hanya  sesudah hampir 1 bulan kejadian itu berlalu barulah ibu bercerita tentang hantu penanggal.Kata Ibu,hantu penanggal adalah hantu yang dibela oleh dukun atau bidan bersalin.Tujuannya agar sidukun atau bidan tersebut akan mendapat kepandaian mengubati sebarang penyakit dan awed muda.Pada waktu tertentu sidukun atau bidan terpaksa memberi makan hantu penanggal belaannya.

Sekiranya tidak diberi makan hantu penanggal akan merayau mencari makanannya sendiri.Makanan yang paling dia suka adalah darah perempuan beranak sulung. uri dan temuni bayi yang baru lahir.Seandainya tiada makanan kegemarannya ini maka dia akan mengamuk menghisap darah sesiapa saja yang berkesempatan dilahir mangsanya.Kerana itu dizaman dahulu sekiranya ada anggota keluarga yang hampir nak bersalin maka ketua keluarga atau suami kepada perempuan yang nak bersalin akan berusha memagari rumahnya secara batin dan petua.Diantara petua yang dibuat adalah meletakkan duri pokok ROKAM diatas pintu,tingkap,lubang angin dan dipelanta bawah rumah.Jenis pokok pokok berduri saperti pokok bunga kertas,kektes,jarum seribu dan pokok Limau akan ditanam berhampiran rumah.Dikatakan Hantu Penanggal takut kepada pokok berduri disebabkan takut tali perutnya yang berjurai tersebut tersangkut pada duri duri ni.Wallahhuaklam.


Kesimpulan:
Petua adalah kepercayaan orang tua tua dizaman dahulu kala berlandaskan kejadian yang ditempuhi.Pengalaman tersebut dijadikan sebagai ikhtiar atau usha dengan penuh kepercayaan.Percaya kepada ikhtiar dan percaya kepada bantuan Allah S.W.T.TUA PETUA DARI ILMU.Semuanya dengan izin Allah.S.W.T. jua.

Anda juga mungkin meminati untuk membaca cerita-cerita misteri yang lain sila Klik Disini

Hak cipta penulisan adalah hak arash misteri.Sebarang cetakan, olahan semula, terbitan majalah, terbitan sebarang media dan copy paste hendaklah mendapat keizinan arash misteri.








No comments:

Penawar Mata,Penaik Seri Wajah Lelaki & Perempuan

 Toner Mata Nur Theraphy


Klik untuk maklumat lanjut

Toner mata nur theraphy merupakan toner mata yang didatangkan dalam bentuk titis yang dibuat dari Air zam-zam, air mawar, herba terpilih , 30 juzuk Al-Quran dan doa pilihan

KEGUNAAN

  • Meningkatkan kadar kelembapan mata
  • Pencuci mata
  • Menyingkir kekotoran (habuk dan bahan asing)
  • Menigkatkan kesegaran mata / Mata lesu / Keletihan mata
  • Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata
  • Mengatasi mata merah dan meradang.
  • Menggurangkan bengkak mata
  • Merawat jangkitan mata
  • Mencantikkan mata
  • Memperbaiki keadaan penglihatan


Klik untuk maklumat lanjut


SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN MENIMPA.SESAL DAHULU PENDAPATAN,SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.JANGANLAH SAMPAI NASI MENJADI BUBUR.UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA TERSAYANG.TIADA GUNANYA WANG RINGGIT DAN HARTA YANG MENGGUNUNG APABILA MUSIBAH INI TELAH MENYELUBUNGI HIDUP ANDA.


SEGALA KEINDAHAN,KENIKMATAN DAN APA SAJA YANG ANDA MILIKI TIDAK AKAN MEMBAWA ERTI APA -APA ATAUPUN HILANG DENGAN SEKELIP MATA.SEDARLAH WAHAI ANAK BANGSA KU.PERIHATINLAH KEPADA KEHIDUPAN YANG SERBA MENCABAR INI.KEPERIHATINAN KEPADA KESIHATAN DANKESELAMATAN ADALAH IBU ATAU TERAS KEPADA KEHIDUPAN YANG BERJAYA DAN SEMPURNA.


DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.DILIPUTI DENGAN TAUFIK DAN HIDAYAH.DILIMPAHI NIKMAT DAN HIKMAH IMAN DAN ISLAM SEPANJANG KEHIDUPAN. DENGAN IZIN LIMPAH KURNIA DAN RAHMAT ALLAH S,W,T.INSYAALLAH.





Semua persoalan anda sendiri mungkin ada jawapannya. Tetapi anda tidak ada jalan penyelesayan.Ataupun gagal untuk menyelesaikannya.Dari itu ARASY MISTERI berusha membantu anda.Ingatlah setiap masalah ada jalan menyelesaikannya.Ada waktu dan ketikanya keluarga,saudara mara, dan rakan terdekatpun tidak dapat membantu atau meringankan bebanan kita.Atau kita sendiri malu dan merahsiakan dari pengetahuan orang lain.Justeru itu jadikanlah ARASY MISTERI sebagai panduan,pedoman,mencurah permasalahan rumah tangga,permasalahan remaja,anak anak dan kekeluargaan kepada ARASY MISTERI.Inilah bidang kami,yang tuhan kurniakan.Kami cuba membantu dan berkongsi permasalahan anda.





haruman pengikat kasih sayang (Aura Kasih ), menaikkan seri wajah (Aura Seri ) & menghindari gangguan dari makhluk halus (Aura Sufi) yang telah di doakan dengan ayat-ayat al-quran & doa-doa terpilih.insaallah dengan izin allah serba sedikit permasalahan diatas dapat diperbaiki.




RAHSIA RUMAH TANGGA BAHAGIA:

Didalam masyarakat atau kehidupan orang dizaman dahulu,amat menitik beratkan persoalan berumah tangga dan kebahgiaannya.Orang berilmu dari Suku Kaum Bugis akan menerapkan atau mengajar anak anaknya sama ada lelaki atau perempuan keseluruhan ilmu pengetahuan berkaitan rumah tangga.Dari tujuan,matlamat,tanggung jawab,pantang larang dan ilmu Kebatinan berumah tangga itu sendiri.Tidak ada insan didunia ini tidak mengira bangsa dan agama yang mahukan rumah tangganya roboh,huru hara,tidak tenteram atau aman damai.Keseluruhan mahukan rumah tangga yang berkekalan aman dan bahgia hingga keakhir hayat.


More..




ALAM PENGASIH


ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH. PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS

Sebelum ini,telah diterangkan secara panjang lebar dan terpeinci bahawa Suku Kaum Bugis menjalani kehidupannya dengan penuh PERADAPAN.Ini adalah untuk menepati Matlamat atau Sasaran didalam hidupnya.Dimana ikhtiar atau usha dunia dan akhirat akan diselaraskan bersama.Bagitu juga dengan ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH, PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS.Setiap satu daripadanya mempunyai Matlamat dan caranya yang tersendiri.Masyarakat Melayu hari ini agak sensitive,tidak senang,gusar,takut,tidak percaya,atau membuat andayan yang nagetif terhadap ilmu ini.Malah ada yang mendakwa ilmu ini Syirik atau salah disisi agama.Bergantunglah kepada ilmu individu itu sendiri.Hanya ilmu pengetahuan yang menyeluruh atau meliputi sahaja dapat membuat keputusan tepat dan meyakinkan.