SELAMAT DATANG KE ARASY MISTERI, SEMOGA PERKONGSIAN ILMU INI DAPAT DI MANAFAATKAN BERSAMA, DI HARAP TIDAK ADA PENYALAH GUNAAN UNTUK KEGUNAAN KEARAH KEMUNGKARAN. INSYAALLAH. SEBARANG CADANGAN ATAU PANDANGAN ANDA BOLEH DIKONGSIKAN ARASY MISTERI 013-2554392 / 012-9715794 / ARASHMISTERI@GMAIL.COM TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI ARASY MISTERI

MISTERI  AYAM  HUTAN  JUGRA

Mengikut cerita orang orang tua dizaman dahulu ayam hutan adalah ayam liar yang hidup didalam hutan rimba pada asalnya.Dan ianya dipelihara kebanyakannya oleh orang bunian.Apa bila masa berlalu hutan telah banyak diteroka oleh manusia menjadi kebun,kawasan kampong,perumahan,kilang perindastrian dan Bandar atau pekan sama ada besar atau kecil untuk kehidupan manusia.Masyarakat bunian kebanyakannya akan berpindah dari situ ketempat lain.Tidak semua yang berpindah.Ada juga yang degil tidak mahu berpindah dan terus menetap disitu.Mana yang berpindah pula tidak akan membawa keseluruhan ayam ternakannya. Mana yang tidak dibawa bersama pindah akan dilepaskan hidup bebas didalam hutan atau kebun  kebun manusia.Dan ada yang memasuki kampong kampong berdekatan dengan penempatan manusia.Ada yang bercampur dan berkahwin dengan ayam kampong atau ayam yang dibela oleh orang orang kampong.Jadi boleh dibahagikan ayam hutan kepada dua kumpulan.Pertama.ayam hutan yang bertuan,yakni dibela oleh orang bunian.Dan kedua ayam hutan yang tidak bertuan.Dari dua kumpulan ini,kumpulan ayam hutan yang bertuanlah yang sering berlaku permasalahan apabila ianya cuba ditangkap oleh manusia.Aku sendiripun merupakan peminat ayam hutan ,burung merbok dan tekukor.Aku mewarisi kepakaran menangkap (memikat) kesemua haiwan tersebut.


Dari bapa aku sendiri.Bapa aku pula mewarisi dari datuk aku.Malah aku juga pakar didalam membuat segala peralatan berkaitan alat tangkapannya saperti racik,sangkar pikat,sangkar laying,jebak tekukor dan jebak merbok,tali kaki untuk burung Wak wak,merbok,tekukor dan ayam.Aku juga pernah menjadi pembekal semua peralatan tersebut kekawasan Banting,Kelang dan Kuala Lumpur.Aku pernah juga berguru dengan beberapa orang tua yang pakar didalam dunia haiwan tersebut.Dari tahun 1980 ke tahun 2004 aku amat dikenali ramai dikalangan kaki dan peminat haiwan tersebut.Pada tahun 2005 aku telahpun bersara dari dunia haiwan tersebut untuk menumpukan perhatian  kepada bidang herba dan perubatan Islam.Disini ingin aku kongsikan bersama pengalaman aku dan rakan  rakan aku berkaitan ayam hutan Jugra.

Pada suatu hari aku pergi memikat ayam hutan dikg:Bandar.Aku tiba pada jam 10.00 pagi.Sebaik sahaja aku sampai disitu,ayam hutan telah galak berkokok.Dengan tidak membuang masa akupun melakukan ikhtiar batin sebelum melangkah memasuki kawasan tersebut.Dapat aku rasakan sesuatu yang kurang menyenangkan.Dengan itu...aku membatalkan niat untuk masuk jauh kedalam kawasan tersebut untuk memikat.Lagipun aku bercadang untuk balik awal sedikit.Akupun mencari mencari tempat yang aku rasakan sesuai untuk memasang denak ku.Sekali lagi aku merasakan sesuatu yang kurang enak.Aku memerhati disekeliling ku dan juga kawasan berhampiran.Apakah adanya sesuatu yang merbahaya.Sama ada kepada aku atau denak ku.Kadang kadang ada ular berbisa,biyawak komado atau siburung Helang Indit yang pakar bersembunyi dan menyambar mangsanya
Apa bila aku pasti tidak ada sebarang musoh yang merbahaya barulah aku memasang racik dan denak kesayangan aku itu.Akupun berselindung tidak jauh dari situ.Ditempat aku berselindung juga aku pastikan selamat dari ular berbisa.Akupun duduk menanti ayam hutan liar datang berlaga dengan denak aku.Sejurus kemudian kedengaran denak ku mulai galak berkokok dan bertepok.Ayam hutan liarpun menyahut berkokok.Semakin lama semakin dekat.Aku menanti dengan sabar,sambil sesekali aku menjengah denak ku dari tempat persembunyian.Antara denak dan ayam hutan liar sama sama garang dan sama sama galak berkokok.Aku mematikan diri sebaik mungkin agar ayam hutan liar tidak dapat melihat aku.Entah kenapa keadaan tiba tiba senyap sunyi.Keduanya tidak lagi berkokok.

Aku menjangkekan ayam hutan liar telahpun menunjukkan dirinya pada denak aku atau sekarang ini telahpun berdepan dengan denak ku.Hanya menunggu masa untuk bertarung.Aku tetap sabar menanti.Biasanya kalau ditahap sebegini masa diambil tidaklah lama untuk keduanya bertarung.”Hem....berlauklah aku  hari ini.Makan ayam hutan kita” Kata hati kecil ku.Aku tajamkan pendengaran ku.Memantau setiap bunyi yang kedengaran.Sunyi sepi,sesekali kedengaran bunyi motosikal yang lalu tidak jauh dari tempat aku bersembunyi.Lama aku menanti dan terus menanti.Akhirnya aku mengintai perlahan lahan.Macam tak percaya.Denak aku tidak kelihatan.Hilang entah kemana.Aku bergegas berlari menuju ketempat dimana aku memasang denak aku tadi.Aku perhatikan dengan teliti.Racik dipasang masih ada,dan semua matanya didalam keadaan sempurna,Tidak satupun yang matanya tertutup.

Apabila aku melihat ditengah laman atau gelanggang yang dikelilingnya aku pasangkan racik itu tidak kelihatan tumang atau batang pacak denak ku.Sungguh tak masuk akal.Aku cari tumang kedua yang aku cacakkan diluar laman,juga sudah tiada.Yang tinggal hanyalah lubang bekas cacakkan tumang ditanah tersebut.Aku masih ingat lagi sewaktu aku mencacak tumang tersebut tadi.Bukanlah mudah.Tanah tersebut agak keras.Itu aku amatlah pasti sangat.Bagaikan dicabut orang.Sejurus kemudian aku terdengar kokokan ayam tidak jauh dari aku.Aku pasti ianya adalah denakku.Akupun melihat kearah bunyi kokokan tersebut.Ternyata ianya adalah denak aku.Bertenggik diatas busut jantan.Sejurus kemudian hujan panaspun turun sekali imbas sahaja.Aku sudah memahami akan keadaan disebaliknya.Aku melakukan ikhtiar Kebatinan mendinding diri.Kemudiannya aku memerhatikan kembali denak aku.Denak ku galak berkokok.Ku panggil namanya.”Jalak”.Tidak dipedulikannya,Aku berjalan untuk menghampirinya.Dia tetap berkokok dan berkokok.Apabila aku telah hampir dengannya aku melihat tali kaki beserta tumang masih berada dikaki denak aku.Hati aku berbicara.”Sah denak dilepaskan oleh sesuatu yang tidak dapat ku lihat.”Tegak semua bulu roma ku.Aku cuba menangkap tumang denak aku yang terjuntai ditepi busut jantan.Belumpun sempat aku menangkap tumangnya,ia sudahpun melompat ketanah dan berjalan kehadapan.Aku perlahan lahan mengikurinya dari belakang.Dengan bersahaja denak ku terus berjalan tampa memperdulikan aku mengikurinya.Tempat atau kawasan aku memikat itu adalah kebun kelapa sawit dianggarkan dalam 1 ekar.

Berbentuk 4 segi tepat.Terletak berhadapan dengan tanah perkuburan DiRaja kg:Bandar.Apabila aku mempercepatkan langkah  untuk memijak tumang agar denak ku tidak dapat bergerak atau lari,Denak aku juga bergerak pantas.Akhirnya aku berhenti seketika...menghisap rokok.Didalam pada itu aku tetap melihat denak aku.Dia juga berhenti sambil mencakar  dan mengais tanah mencari makan.Aku tahu yang aku telah dipermainkan oleh penunggu disitu atau mungkin disakat orang bunian.Sebelum inipun aku pernah mendengar cerita dari orang kampong tersebut bahawa tanah perkuburan dan kawasan sekitarnya amat keras.Aku juga perasan yang aku telah mengikut denak ku berjalan berkeliling kebun itu beberapa kali.Dan yang lebih memelikkan aku sepanjang perjalanan mesti jalan yang sama.
Mengelilingi kebun tersebut.Sepekara lagi....tumangnya tidak langsung mahu tersangkut dimana mana.Akhirnya aku cuba mengubah haluan perjalanannya.Aku halau denak aku kekawasan dimana laman aku memasangnya tadi.Apabila denak aku sudah hampir.aku tinggalkan dia disitu lalu memasang racik ditempat yang akan dilaluinya.Setelah racik siap aku pasang aku menghalaunya kembali kearah laman dengan harapan denak terkena racik.Hemmm..apa bila sampai sahaja berdekatan laman tiba tiba dia berkokok.Menong aku dibuatnya.Aku cuba menghalaunya agar dia terkena racik.Namun dia menjauhkan dirinya sedikit dari racik lantas berjalan kehadapan.Namun aku masih ada satu peluang lagi.Dihadapannya masih ada racik yang menantinya.

Aku pasti kali ini dia tidak akan terlepas lagi.Racik tersebut agak tersorok,aku pasang didalan rumput kering.Dengan segra aku menghalaunya kehadapan sedikit agar dia melanggar racik yang ku pasang berlapis lapis.Tepat sekali jangkaan aku.Denak aku melalui rumput kering tersebut betul betul dimana aku memasang racik berlapis lapis.Sudahhhhhhh.Selamba sahaja dia berjalan melanggar racik yang berlapis tersebut tampa satu matapun yang dapat mencerut kakinya.Aduhhhhh.Pelik tapi benar.Terasa sangat yang aku dipermainkan oleh denak aku sendiri dan juga makhlok yang menyakat aku.Kalaulah tidak kerana sayangnya aku pada kebolihan denak aku yang telah banyak berjasa menangkap ayam hutan sebelum ini...rasanya nak saje ku tinggalkan.Dan aku tahu denak ku telah dikuasai olehnya.

Sebagai ikhtiar akhir.Aku duduk bersila diatas tanah berhampiran laman atau gelanggang tersebut.Dan aku melakukan ikhtiar batin,berdoa dan bertawakal kepadanya.Aku berzikir didalam hati terus menerus sambil bertafakur.Dalam jangka masa tidak sampai 10 minit kedengaran bunyi ayam berkokok.Aku membuka mata ku dan aku lihat denak telahpun duduk ditengah laman atau gelanggang.Aku segra menangkapnya,Aku renong matanya dalam dalam,Dapat aku  rasakan ada kuasa yang telah menyerap kepadanya.Aku ambil dahan pokok senduduk yang lebat daunnya aku membuat ikhtiar kebatinan.Kemudian aku kebaskan  3 kali kepada denak kesayangan aku.Satelah selesai aku cabut sehelai bulunya dan aku pacakkan ditengah laman tersebut sambil berkata.”Inilah penggantinya.Duduk engkau disini jangan ikut aku pulang.Binasa engkau nanti”.

Akupun memasukkan denak ku kedalam bag pemikat lantas memungut semua racik yang aku pasang.Waktu itu dapat aku rasakan kehadiran orang bunian yang membuat angkara tersebut.Dia tidak mahu menzahirkan dirinya kepada aku.Dia hanya memerhatikan gerak geri aku.Selesai mengutip semua racik akupun memasangkan lekawnya(alat menyimpan racik) lantas meninggalkan tempat tersebut.Sampai sahaja dirumah aku mengambil kerakap sireh dan sedikit air.Aku ramas daun sireh kedalam air tersebut sehingga hancur.Kemudian aku tapis air tersebut.Air itu aku batinkan dengan ikhtiar batin menghapus dan memusnahkan gangguan makhlok halus .Air ini aku hirup dan aku semburkan 3 kali pada denak.barulah aku melepaskannya didalam rebannya.Alhamdulillah denak ku terlepas dari sebarang unsur makhlok halus.

Kesimpulan:
1.Melengkap diri dengan segala ilmu dan pengetahuan berkaitan apa sahaja pekerjaan atau hobi kegemaran.
2.Utamakan keselamatan dimana sahaja anda berada.
3.Jalani kehidupan sebagai orang Melayu yang beragama Islam.



Anda juga mungkin meminati untuk membaca cerita-cerita misteri yang lain sila Klik Disini

Hak cipta penulisan adalah hak arash misteri.Sebarang cetakan, olahan semula, terbitan majalah, terbitan sebarang media dan copy paste hendaklah mendapat keizinan arash misteri.

Penawar Mata,Penaik Seri Wajah Lelaki & Perempuan

 Toner Mata Nur Theraphy


Klik untuk maklumat lanjut

Toner mata nur theraphy merupakan toner mata yang didatangkan dalam bentuk titis yang dibuat dari Air zam-zam, air mawar, herba terpilih , 30 juzuk Al-Quran dan doa pilihan

KEGUNAAN

  • Meningkatkan kadar kelembapan mata
  • Pencuci mata
  • Menyingkir kekotoran (habuk dan bahan asing)
  • Menigkatkan kesegaran mata / Mata lesu / Keletihan mata
  • Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata
  • Mengatasi mata merah dan meradang.
  • Menggurangkan bengkak mata
  • Merawat jangkitan mata
  • Mencantikkan mata
  • Memperbaiki keadaan penglihatan


Klik untuk maklumat lanjut


SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN MENIMPA.SESAL DAHULU PENDAPATAN,SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.JANGANLAH SAMPAI NASI MENJADI BUBUR.UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA TERSAYANG.TIADA GUNANYA WANG RINGGIT DAN HARTA YANG MENGGUNUNG APABILA MUSIBAH INI TELAH MENYELUBUNGI HIDUP ANDA.


SEGALA KEINDAHAN,KENIKMATAN DAN APA SAJA YANG ANDA MILIKI TIDAK AKAN MEMBAWA ERTI APA -APA ATAUPUN HILANG DENGAN SEKELIP MATA.SEDARLAH WAHAI ANAK BANGSA KU.PERIHATINLAH KEPADA KEHIDUPAN YANG SERBA MENCABAR INI.KEPERIHATINAN KEPADA KESIHATAN DANKESELAMATAN ADALAH IBU ATAU TERAS KEPADA KEHIDUPAN YANG BERJAYA DAN SEMPURNA.


DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.DILIPUTI DENGAN TAUFIK DAN HIDAYAH.DILIMPAHI NIKMAT DAN HIKMAH IMAN DAN ISLAM SEPANJANG KEHIDUPAN. DENGAN IZIN LIMPAH KURNIA DAN RAHMAT ALLAH S,W,T.INSYAALLAH.





Semua persoalan anda sendiri mungkin ada jawapannya. Tetapi anda tidak ada jalan penyelesayan.Ataupun gagal untuk menyelesaikannya.Dari itu ARASY MISTERI berusha membantu anda.Ingatlah setiap masalah ada jalan menyelesaikannya.Ada waktu dan ketikanya keluarga,saudara mara, dan rakan terdekatpun tidak dapat membantu atau meringankan bebanan kita.Atau kita sendiri malu dan merahsiakan dari pengetahuan orang lain.Justeru itu jadikanlah ARASY MISTERI sebagai panduan,pedoman,mencurah permasalahan rumah tangga,permasalahan remaja,anak anak dan kekeluargaan kepada ARASY MISTERI.Inilah bidang kami,yang tuhan kurniakan.Kami cuba membantu dan berkongsi permasalahan anda.





haruman pengikat kasih sayang (Aura Kasih ), menaikkan seri wajah (Aura Seri ) & menghindari gangguan dari makhluk halus (Aura Sufi) yang telah di doakan dengan ayat-ayat al-quran & doa-doa terpilih.insaallah dengan izin allah serba sedikit permasalahan diatas dapat diperbaiki.




RAHSIA RUMAH TANGGA BAHAGIA:

Didalam masyarakat atau kehidupan orang dizaman dahulu,amat menitik beratkan persoalan berumah tangga dan kebahgiaannya.Orang berilmu dari Suku Kaum Bugis akan menerapkan atau mengajar anak anaknya sama ada lelaki atau perempuan keseluruhan ilmu pengetahuan berkaitan rumah tangga.Dari tujuan,matlamat,tanggung jawab,pantang larang dan ilmu Kebatinan berumah tangga itu sendiri.Tidak ada insan didunia ini tidak mengira bangsa dan agama yang mahukan rumah tangganya roboh,huru hara,tidak tenteram atau aman damai.Keseluruhan mahukan rumah tangga yang berkekalan aman dan bahgia hingga keakhir hayat.


More..




ALAM PENGASIH


ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH. PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS

Sebelum ini,telah diterangkan secara panjang lebar dan terpeinci bahawa Suku Kaum Bugis menjalani kehidupannya dengan penuh PERADAPAN.Ini adalah untuk menepati Matlamat atau Sasaran didalam hidupnya.Dimana ikhtiar atau usha dunia dan akhirat akan diselaraskan bersama.Bagitu juga dengan ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH, PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS.Setiap satu daripadanya mempunyai Matlamat dan caranya yang tersendiri.Masyarakat Melayu hari ini agak sensitive,tidak senang,gusar,takut,tidak percaya,atau membuat andayan yang nagetif terhadap ilmu ini.Malah ada yang mendakwa ilmu ini Syirik atau salah disisi agama.Bergantunglah kepada ilmu individu itu sendiri.Hanya ilmu pengetahuan yang menyeluruh atau meliputi sahaja dapat membuat keputusan tepat dan meyakinkan.