BADI AYAM
HUTAN JUGRA
Diceritakan oleh orang orang tua
dizaman dahulu sekitar tahun 1940
dipenghujung kampong Tongkah tidak jauh dari pantai Morib tinggal sebuah
keluarga berdarah Bugis.Pak Long Seman,Mak Long Kuntum dan anak lelakinya Kadir.Kadir
digelar atau dipanggil dengan panggilan KADIR CHAP atau KADIR LANUN.Pak Long
Seman memiliki ilmu Kebatinan yang agak tinggi.Setakat libasan parang
panjang,tetakan kapak dikepala dan muntahan peluru senapang dan pistol tidak
akan menjejaskan tubuh badannya.Malah sekiranya Long Seman mahu,apabila dia
diserang musuh cukuplah sekadar telapak tangannya menyentoh kulit lawan.Pasti
lawannya akan rebah kebumi.Muka merah padam mula bertukar pucat dan
biru.Mulutpun berbuih.Kalau Long Seman tak menawarkan segra musohnya akan
menemui maut.
Pernah terjadi Long Seman kepekan
Tanjung Sepat untuk membeli jaring ikan.Dia terserempak dengan sekumpulan
pemuda Cina seramai 7 orang membelasah 1 pemuda melayu sehingga separoh
mati.Long Seman cuba menyelamatkan pemuda tersebut dengan menahan kesemua
pemuda Cina ini dari terus menyerang.Akibatnya Long Seman pula yang dikeroyok
dan dibelasah.Menggila serangan dilancarkan pada Long Seman tampa belas
kasihan.Long Seman merayu rayu minta dikasihani.Namun serangan demi serangan
tetap menggila.Pemuda yang cuba dibantu Long Seman hanya mampu melihat dan
menangis.Oleh kerana serangan tiada hentinya Long Seman terpaksa
bertindak.Setiap serangan tidak lagi dibiarkan oleh Long Seman.Dia akan menepis
setiap serangan dengan telapak tangannya.
Itupun sekadar menahan atau menepis
tumbukan dan tendangan sahaja.Yang pastinya telapak tangannya dapat menyentuh
kulit lawan.Sekejap lagi seorang demi seorang rebah menggelupor diatas
bumi.Maka ramailah orang Cina yang datang melihat kejadian tersebut.Sebagai
peringatan dan amaran Long Seman tidak melarikan diri.Dia sengaja menanti
apapun yang akan berlaku.
Dengan bersahaja dia mengeluarkan air putihnya dan
dibacanya sesuatu.Lepas itu Long Seman berkata.” Kalau mau hidup minum air
ini.Tak minum nanti mati jangan salahkan aku”Tapi kena bayar RM10.Salah seorang
terketar ketar menghulurkan duit RM10 kepada Long Seman.Lalu Long Seman
bertanya.” Mana tempat banyak sakit”.Pemuda tersebut menunjukkan pergelangan
tangan kanan yang sudahpun bewarna biru.Disitulah Long Seman mencecahkan
telapak tangannya.Long Seman menyapu sedikit air kesitu dan diberi minum
sedikit.Sepantas kilat dia sembuh.Dengan itu semua rakannya meminta Long Seman
ubatkan dan membayar duit.Dapatlah Long Seman duit berjumlah RM 70.Pemuda yang
dibantu oleh Long Seman tu amat kagum dengan kebolehan Long Seman lalu mengikut
Long Seman pulang.Dirumah ,Long Seman merawat pemuda tersebut dan menyatakan
kenapa Long Seman meminta duit dari semua pemuda Cina yang memukulnya.”Aku
,minta duit bukan sebab cari makan tetapi sebagai peringatan dan amaran.”Sejak
dari itu Pemuda ini akhirnya menjadi murid Long Seman.Lain pula ceritanya
dengan anak Long Seman.Kadir Chap atau Kadir Lanun.
Dia ni sejak kecil lagi Long Seman
dah mandikan dengan air penimbul.Sebab tu nakalnya macam pelesit.Usia 15 tahun
sahaja orang kampong Tongkah dan kampong kampong berhampiran sudah
mengenalinya.Kaki gaduh.Satu sebab lagi Kadir nakal sebab Long Seman terlampau
jarang sangat dirumah.Hari hari berburu dengan rakan rakan seperjuangannya.Kebetulan
Tongkah dengan Pulau Carey tidak jauh.Dipulau Carey waktu itu banyak
pelanduk,kijang,napoh,landak ,kancil dan ayam hutan.Jadi apabila masanya lebih
banyak dihutan dari dirumah sendiri maka Long Seman tidak dapat mengawal dan
memantau sangat anaknya.Akhirnya Long Seman membawa anaknya pergi memburu 1
minggu 3 atau 4 kali.Bila Kadir dah tak
sekolah dibawanya hari hari memburu
bersamanya.
Lama kelamaan Kadir dah sebati dengan
ilmu memburu dan tidak lagi bercampo gaul dengan rakan rakannya yang kaki pelesit.Kadir
tiba tiba menjadi budak yang baik.Melihat perkembangan Kadir yang amat
menyenangkan hati Long Seman dan isterinya maka pada satu hari Long Semanpun
menurunkan segala ilmunya pada Kadir.Suatu hari Long Seman dan Kadir sahaja yang pergi berburu.Sewaktu pulang
berburu mereka berdua terserempak dengan 3 pemburu lain.Merekapun
berkenalan.Salah seorang berbangsa Cina menetap diSingapura.Namanya Gan Chu
Huat.Gan seorang yang peramah.Minatnya dalam memburu baru beberapa bulan dan
mengaku tidak berpengalaman.Kedua rakannyapun masih baru dalam 3 ke 4
tahun.Itupun tidak kerap memburu.Gan ni anak orang kaya.
Setiap kali memburu Gan akan
mengeluarkan keseluruhan modal.Janji dia ada teman untuk memburu.Banyak
pengalaman diperolehi oleh Gan dari Long
Seman dan Kadir.Persahabatan mereka bagaikan anak beranak.Sehingga apabila Long
Seman telah meninggalpun Gan tetap meneruskan persahabatan dan minat berburunya
bersama Kadir.Sampai jodohnya,Kadir berumah tangga.Dikurniakan 3 orang cahaya mata.2 perempuan dan 1 lelaki.Anak
lelakinya tidak berminat memburu pelanduk,kijang,kancil,napoh dan landak.Dia
hanya berminat menembak ayam hutan sahaja.Namanya Kidam.Puas Kadir cuba
mengajarnya segala ilmu memburu dan ilmu masuk hutan namun Kidam tidak mahu
belajar.Katanya setakat nak memburu ayam hutan dan menembaknya tak payah
belajar.Pengalaman akan datang sendiri kata Kidam.Disebabkan kedegilannya Kadir
tidak memberi senapangnya.
Kadir tidak mahu perkara buruk
berlaku.Kidam pula tak ambil hati,sebaliknya dia menggunakan kepandayan
berfikir.Kidam akan mengesan dimana ayam hutan mencari makan dan lorong laluan
ayam hutan berjalan.Dia akan memasang jerat sembat.Hasil tangkapan akan dibawa
pulang dan sengaja dipamirkan.Bukan apa,Nak tunjuk pada bapanya bahawa tampa
belajarpun dia masih mampu menangkap ayam hutan tampa sebarang masalah.Kadir
faham namun mendiamkan diri.Pada satu petang
kidam pergi melihat jeratnya.Didapatinya jeratnya banyak yang mengena
tetapi ayamnya tiada.Kidam menyumpah menyeranah sepuas puasnya kerana terlampau
geram.Sakit hatinya bukan kepalang.Apa bila dia mau pulang,jalan keluar dari
tempat itu sudah tidak ditemui.Balik balik berpusing dekat situ juga.
Masa itu barulah dia teringatkan
nasihat bapanya agar belajar apa yang patut.Namun nasi sudah menjadi bubur.Teramat
kesal .Manakala bapanya Kadir dirumah sudahpun mendapat firasat yang anaknya
telah mendapat kesusahan.Dengan segra Kadir menunggang motosikal mencari
anaknya.Dengan kelebihan ilmu sedia ada mudah Kadir mencari anaknya dan
melepaskan anaknya dari ancaman dan pengaruh makhlok halus.Maka Kidampun dibawa
pulang.Kadir langsung tidak bercakap walau sepatahpun dengan anaknya.Saja nak
beri pengajaran kepada anaknya.Sampai dirumah Kadir terus mandi dan solat
Magrib.Sampai waktu Isyak dia teruslah solat Isyak.Lepas solat mereka
sekeluarga makan bersama.Ibu Kadim tak tahu apa yang berlaku.Waktu makan Kidam
macam orang susah hati.
Apa tidaknya dicuping telinganya asik
terdengar ayam hutan berkokok.Kadim mula risau dan takut.Kadir buat dek
aja.Langsung tak mahu bertanya pasal senja tadi dan pasal apa dia susah
hati.Kadim hilang selera untuk makan malam itu.Dikuis kuisnya nasi namun tak
dimakannya.Bapanya selesai makan je, basuh tangan lalu pergi kedepan.Kadim
sebak didade.Dia juga terus membasuh tangan lantas mendapatkan bapanya.”Ayah
maafkanlah dosa Kadim selama ini.Kadim berjanji akan belajar dengan ayah
bersunguh sunguh.”bicara Kadim dalam esak tangisnya sambil memelok
ayahnya.Kadir terasa jiwanya tersentuh juga melihat dan mendengar kata kata
anaknya itu. Kadir bersuara.”Sesal dulu pendapatan,Sesal kemudian inilah
akibatnya.Kau sudah terkena badi ayam hutan.Sebab itulah kau asik terdengar
ayam hutan berkokok.Kalau tak diubati lama kelaman Kau juga akan berkokok.”
Kidam tergelunjat dan tak tentu arah
mendengarkan cakap ayahny.”Orang tua ibarat Quran yang buruk.Walaupun sudah
buruk tidak boleh dilangkah atau dibuat sesuka hati.”Kata Kadir.Bergenang air
mata dikelopak mata Kidam mendengar kata ayahnya.Lantas Kadir menggunakan ilmu
kebatinannya diserapkan pada air minuman lalu diminumkan pada anaknya.Kemudian
Kadir membatinkan anaknya.Ditepok belakangnya 3 kali dan ditekup kedua telinga
Kadim dengan telapak tangannya beberapa saat.Akhirnya Kadir menepok lantai
dengan kuat sehingga Kadim TERPERANJAT BEROK.Sepontan telinganya sudah tidak
lagi mendengar Kokokan ayam hutan.Bearti badi ayam hutan ditubuh badannya telah
dimusnahkan.Sejak dari itu Kidampun mempelajari segala ilmu kebatinan dari
ayahnya Kadir Chap atau Kadir Lanun.
Kesimpulan:
1.Didalam hidup ini terlau banyak
cabaran dan dugaan yang menanti,Bagitu juga dengan perjalanan hidup yang
semakin berubah oleh perkembangan dunia semasa.Walau apapun,jalanilah kehidupan
ini mengikut cara atau kaedah yang sebenar:HIDUP SEBAGAI BANGSA MELAYU YANG
BERAGAMA ISLAM.Bangsa Melayu yang mengenali aidintiti bangsanya.Hormat kepada
kedua orang tuanya.Hormat kepada orang yang lebih tua darinya.Bersopan santun
berbudi bahasa dan menjunjung agama Islam.Dan...membawa atau menjelmakan Islam
didalam kehidupan seharian.