SELAMAT DATANG KE ARASY MISTERI, SEMOGA PERKONGSIAN ILMU INI DAPAT DI MANAFAATKAN BERSAMA, DI HARAP TIDAK ADA PENYALAH GUNAAN UNTUK KEGUNAAN KEARAH KEMUNGKARAN. INSYAALLAH. SEBARANG CADANGAN ATAU PANDANGAN ANDA BOLEH DIKONGSIKAN ARASY MISTERI 013-2554392 / 012-9715794 / ARASHMISTERI@GMAIL.COM TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI ARASY MISTERI

MISTERI MENDEKUT BURUNG WAK WAK DIJUGRA:

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi.Itulah perbidalan orang tua tua yang aku rasa amat bersesuaian dengan minat memburu,menangkap,menjerat,menjaring,memikat,menanggok dan mendekut binatang tertentu.Diantara binatang yang menjadi buruan atau perhatian yang diminati ramai adalah ayam hutan,burung ayam ayam,wak wak,burung punai tanah,punai daun,burung merbah,burung puyuh,burung tekukur,merbok,murai batu,sebarau,serindit,bayan dan tanau.Selain berminat dengan aktiviti tersebut sebagai pengisi masa lapang,meneruskan warisan,sebagai sumber makanan sampingan dan menjana ekonoml.Diantara kebanyakan aktiviti tersebut YANG PALING AKU BERMINAT dan menjadikan sumber pendapatan tetap dan menjana ekonomi keluarga adalah penjualan burung tekukur beserta keseluruhan peralatan yang diperlukan oleh peminat burung tekukur.Bukan sekadar untuk tempahan persaorangan.

Aku juga membekalkan keseluruhan peralatan kekedai kedai Haiwan disekitar Banting,Kelang dan Kuala Lumpur.Aku juga dikenali ramai peminat atau pemikat burung tekukur bukan saja didalam Kuala Langat malah hampir 1 negeri Selangur Darul Ehsan.Malah aku juga mempunyai beberapa kenalan dari negeri Sembilan,Melaka,Pahang,Kelantan dan Perak.Bukan nak berbangga tetapi sekadar mengenang kenangan silam.Walhal....bukan tiada orang yang lebih otai daripada aku.Namun HAKIKATnya akulah yang paling dikenali,diminati dan disegani.Kenapa..?.KERANA RAHSIA DIDALAM ILMU.Bermulanya sesuatu itu dengan niat dan minat yang mendalam.Kemudian aku bergerak dengan segala ILMU YANG TELAHPUN SEDIA ADA PADA AKU.Bak perpatah Melayu ada berkata:Nak menyamun tuntut ilmu menyamun.Nak Kahwin tuntut ilmu kahwin.Nak jadi imam tuntut ilmu menjadi imam.

Kerana itu nak memikat,menangkap,menjerat,mendekut dan sebagainya juga wajiblah mempelajari ilmunya.Diantara kelebihan ilmu yang aku gunakan itu adalah dari ILMU WARISAN KETURUNAN yang menjadikan aku mempunyai kelebihan kelebihan saperti dibawah:

1.Berkebolehan menangkap burung tekukur yang menjadi rebutan ramai kaki kaki pemikat lainnya.

2.Berkebolehan mengenal pasti dengan tepat burung tekukur mana yang boleh dijadikan pemikat atau denak yang baik.

3.Berkebolehan menjadikan pemikat atau denak didalam jangka masa kurang dari 1 tahun.

4.Memulihkan pemikat atau denak yang telah kalah berlaga kurang dari jangka masa 6 bulan.

5.Mengubati sebarang penyakit yang dihidapi burung tekukur dan merbuk.Juga menjaga atau memulihkan suara yang rosak.

6.Membuat keseluruhan peralatan yang diperlukan oleh peminat yang membuat tempahan.

7.Merawat orang atau sipemikat burung atau binatang lain yang TERSAMPUK atau KETEGUR dihutan,ladang atau kebun.

BENARLAH BAGAI DIKATA.SETIAP KEJAYAAN ITU ADA RAHSIANYA.DAN SETIAP RAHSIA ITU ADA HIKMAHNYA.Samalah didalam bidang apa sekalipun.USHA ITU TANGGA KEJAYAAN.Disini juga aku mempunyai begitu ramai peminat dan kenalan dari berbagai bangsa.Buka saja Melayu malah kaum Cina dan India.Semuanya menggelarkan aku atau memanggil aku dengan panggilan SIFU TEKUKUR bagi kaum Cina dan India.Manakala sebangsa menggelar atau memanggil aku dengan gelaran RAJA TEKUKUR.

Masa berlalu terlalu pantas.Semuanya tinggal kenangan silam,Aku telahpun bersara atau meninggalkan bidang ini apabila usia ku semakin meningkat tua.Bukan tak minat lagi tetapi melihatkan tiada seorangpun anak anak lelaki ku yang berminat untuk meneruskannya.Lagipun ada warisan lain yang lebih penting dan memerlukan kena aku jalankan.Bukan untuk diri dan keluarga saja malah untuk SEMUA ANAK ANAK BANGSA MELAYU.

Maklumatnya aku paparkan didalam ARASY MISTERI.Diruangan ini pula aku ingin memaparkan pengalaman misteri yang aku alami sendiri diJugra sewaktu aku berusia  18 tahun.Pada satu malam bulan gelap aku bersama  3 rakan ku pergi kekawasan Revolusi Hijau yang baru mula diteroka diPulau Nyatoh  dipenghujung kampong ku.Almaklum tanah rancangan baru dibuka.Kawasan tersebut lapang bagaikan padang rumput sarjana mata memandang.Disinilah tempat paling bersesuaian mendekut burung Wak Wak.Saban malam ada saja beberapa kumpulan anak anak muda dan orang orang tua yang akan mendekut dikawasan tersebut yang berkeluasan hampir 100 ekar.Sekurang kurangnya 3 atau 5 kumpulan akan mendekut dikawasan itu.Sewaktu kami sampai kedengaran bunyi dekut ditiga kawasan berasingan.Bermakna sudah ada 3 kumpulan yang telah mendahului kami.Tidaklah kami hiraukan sangat.

Rezeki masing masing.Lagipun taklah sunyi.Terasa agak meriah suasananya.Kami segra memasang jaring pada batang buluh yang dibawa.Malam itu aku bersama Abu dan Melan.Abu memulakan tiupan dekut sebagai pembuka tirai.Hampir 1 jam beliau mendekut.Namun entah kenapa tidak seekurpun burung Wak Wak yang melangar jaring kami.Bukannya burung tak ada,ada tetapi tak melangar jaring kami.Melan pula mencubanya,hasilnya tetap sama.Akhirnya Melan berhenti mendekut.Beliau merungut"Pelik betul malam ni,kenapa burung tak mau langar jaring.Dipanggil datang bukan tak datang.Mangkok betul le".Melan menghulurkan pendekut buluh pada ku.Aku mengambilnya lalu berkata."Kita rehatlah dulu minum dan hisaplah rokok dulu.Jangan tergesa gesa.Sabar sabar dulu".Kami bertigapun duduk setempat sambil minum kopi panas dan merokok.

Didalam hati ku timbul persoalan jua akan kelainan yang berlaku.Sesuatu yang sabelumnya tidak pernah terjadi.Entah kenapa aku tiba tiba merasa seram sejuk yang amat sangat.Aku melihat keadaan sekeliling,namun tidak pula kelihatan apa apa yang mencurigakan.Semakin lama semakin menjadi jadi rasa seram tersebut.Harun menyuroh aku memulakan tiupan dekut.Disebabkan aku merasa ada yang tidak kena maka aku menolaknya dengan alasan takda semangat atau mood.Mau tak mau Harun terpaksalah mendekut.Tak sampai 5 minit mendekut kami terlihat satu bayangan lembaga bewarna hitam melayang laju melanggar jaring kami.Kami terkaku tidak dapat berbuat apa apa.Macam PATUNG CENDANA.Entah berapa lama kami berkeadaan sedemikian.Keadaan jadi sunyi sepi.Apabila aku tersedar dengan segra aku beristigfar.

Didalam hati aku berdoa agar kami bertiga dilindungi dari sebarang musibah.Aku berzikir didalam hati.Melan pula mula menyuloh keserata kawasan berhampiran bagaikan sedang mencari sesuatu.Aku dan Harun mula mengesaki tindakan Melan.Pasti ada kaitan dengan kejadian yang kami lihat tadi.Satelah berpuas hati dengan tindakan menyuloh tadi Melan segra mendapatkan kami lalu berbisik."Hooi aku dah puas cari tak jumpa jaring.Dengan batang batang buluhpun aku tak jumpa.Balik balik".Aku dan Harun saling berpandangan.Melan bersuara lagi."Tak reti reti lagi ke...?"Sepontan aku dan Harun menjawap serentak."Reti".Dan dengan segra Kami bertigapun serentak mengorak langkah segra meninggalkan kawasan tersebut.Disiang harinya kami bertiga kembali kekawasan tersebut untuk mencari jaring yang hilang namun tidak kami temui.


Kesimpulannya:

Allah S.W.T.menjadikan malam dan siang dengan bersebab.Pada fitrahnya malam tuhan jadikan untuk manusia tidur dan beristirehat dan siang hari untuk mencari rezeki.Disamping menunaikan segala perintah Allah.Apabila kamu melanggari fitrah tersebut maka terjadilah atau bertemulah dengan segala fitrah dimalam hari.{ISI KEGELAPAN/PENGHUNI KEGELAPAN}.Untuk itu persiapkan diri sebaik mungkin untuk menghadapi ISI/PENGHUNI KEGELAPAN MALAM.

Anda juga mungkin meminati untuk membaca cerita-cerita misteri yang lain sila Klik Disini

Hak cipta penulisan adalah hak arash misteri.Sebarang cetakan, olahan semula, terbitan majalah, terbitan sebarang media dan copy paste hendaklah mendapat keizinan arash misteri.








No comments:

Penawar Mata,Penaik Seri Wajah Lelaki & Perempuan

 Toner Mata Nur Theraphy


Klik untuk maklumat lanjut

Toner mata nur theraphy merupakan toner mata yang didatangkan dalam bentuk titis yang dibuat dari Air zam-zam, air mawar, herba terpilih , 30 juzuk Al-Quran dan doa pilihan

KEGUNAAN

  • Meningkatkan kadar kelembapan mata
  • Pencuci mata
  • Menyingkir kekotoran (habuk dan bahan asing)
  • Menigkatkan kesegaran mata / Mata lesu / Keletihan mata
  • Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata
  • Mengatasi mata merah dan meradang.
  • Menggurangkan bengkak mata
  • Merawat jangkitan mata
  • Mencantikkan mata
  • Memperbaiki keadaan penglihatan


Klik untuk maklumat lanjut


SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN MENIMPA.SESAL DAHULU PENDAPATAN,SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.JANGANLAH SAMPAI NASI MENJADI BUBUR.UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA TERSAYANG.TIADA GUNANYA WANG RINGGIT DAN HARTA YANG MENGGUNUNG APABILA MUSIBAH INI TELAH MENYELUBUNGI HIDUP ANDA.


SEGALA KEINDAHAN,KENIKMATAN DAN APA SAJA YANG ANDA MILIKI TIDAK AKAN MEMBAWA ERTI APA -APA ATAUPUN HILANG DENGAN SEKELIP MATA.SEDARLAH WAHAI ANAK BANGSA KU.PERIHATINLAH KEPADA KEHIDUPAN YANG SERBA MENCABAR INI.KEPERIHATINAN KEPADA KESIHATAN DANKESELAMATAN ADALAH IBU ATAU TERAS KEPADA KEHIDUPAN YANG BERJAYA DAN SEMPURNA.


DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.DILIPUTI DENGAN TAUFIK DAN HIDAYAH.DILIMPAHI NIKMAT DAN HIKMAH IMAN DAN ISLAM SEPANJANG KEHIDUPAN. DENGAN IZIN LIMPAH KURNIA DAN RAHMAT ALLAH S,W,T.INSYAALLAH.





Semua persoalan anda sendiri mungkin ada jawapannya. Tetapi anda tidak ada jalan penyelesayan.Ataupun gagal untuk menyelesaikannya.Dari itu ARASY MISTERI berusha membantu anda.Ingatlah setiap masalah ada jalan menyelesaikannya.Ada waktu dan ketikanya keluarga,saudara mara, dan rakan terdekatpun tidak dapat membantu atau meringankan bebanan kita.Atau kita sendiri malu dan merahsiakan dari pengetahuan orang lain.Justeru itu jadikanlah ARASY MISTERI sebagai panduan,pedoman,mencurah permasalahan rumah tangga,permasalahan remaja,anak anak dan kekeluargaan kepada ARASY MISTERI.Inilah bidang kami,yang tuhan kurniakan.Kami cuba membantu dan berkongsi permasalahan anda.





haruman pengikat kasih sayang (Aura Kasih ), menaikkan seri wajah (Aura Seri ) & menghindari gangguan dari makhluk halus (Aura Sufi) yang telah di doakan dengan ayat-ayat al-quran & doa-doa terpilih.insaallah dengan izin allah serba sedikit permasalahan diatas dapat diperbaiki.




RAHSIA RUMAH TANGGA BAHAGIA:

Didalam masyarakat atau kehidupan orang dizaman dahulu,amat menitik beratkan persoalan berumah tangga dan kebahgiaannya.Orang berilmu dari Suku Kaum Bugis akan menerapkan atau mengajar anak anaknya sama ada lelaki atau perempuan keseluruhan ilmu pengetahuan berkaitan rumah tangga.Dari tujuan,matlamat,tanggung jawab,pantang larang dan ilmu Kebatinan berumah tangga itu sendiri.Tidak ada insan didunia ini tidak mengira bangsa dan agama yang mahukan rumah tangganya roboh,huru hara,tidak tenteram atau aman damai.Keseluruhan mahukan rumah tangga yang berkekalan aman dan bahgia hingga keakhir hayat.


More..




ALAM PENGASIH


ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH. PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS

Sebelum ini,telah diterangkan secara panjang lebar dan terpeinci bahawa Suku Kaum Bugis menjalani kehidupannya dengan penuh PERADAPAN.Ini adalah untuk menepati Matlamat atau Sasaran didalam hidupnya.Dimana ikhtiar atau usha dunia dan akhirat akan diselaraskan bersama.Bagitu juga dengan ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH, PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS.Setiap satu daripadanya mempunyai Matlamat dan caranya yang tersendiri.Masyarakat Melayu hari ini agak sensitive,tidak senang,gusar,takut,tidak percaya,atau membuat andayan yang nagetif terhadap ilmu ini.Malah ada yang mendakwa ilmu ini Syirik atau salah disisi agama.Bergantunglah kepada ilmu individu itu sendiri.Hanya ilmu pengetahuan yang menyeluruh atau meliputi sahaja dapat membuat keputusan tepat dan meyakinkan.