SELAMAT DATANG KE ARASY MISTERI, SEMOGA PERKONGSIAN ILMU INI DAPAT DI MANAFAATKAN BERSAMA, DI HARAP TIDAK ADA PENYALAH GUNAAN UNTUK KEGUNAAN KEARAH KEMUNGKARAN. INSYAALLAH. SEBARANG CADANGAN ATAU PANDANGAN ANDA BOLEH DIKONGSIKAN ARASY MISTERI 013-2554392 / 012-9715794 / ARASHMISTERI@GMAIL.COM TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI ARASY MISTERI

MISTERI LEMBAGA DIPERDU POKOK BALAK:

Masih segar didalam ingatan aku sewaktu musim buah durian tiba dijajahan bukit Jugra.Keseluruhan penduduk kampong yang mempunyai dusun durian ataupun beberapa pokok durian yang berbuah akan bergembira.Ini adalah kerana suasananya yang tersendiri amat menghiburkan.Apa tidaknya,waktu itu akan berlakunya beberapa perkara yang tidak akan berlaku sekiranya tiada musim buah durian.Diantaranya adalah saperti tersebut dibawah:

1.Keseluruhan kawasan dusun akan dibersihkan dari semak samun.

2.Sekiranya pondok kecil sedia ada untuk menjadi temat menjaga dusun telah uzur.Ianya akan digantikan dengan yang baru.Bagitu  juga sekiranya tiada berpondok maka pondok akan dibina.aka pondok akan dibina.

3.Saudara mara dan sahabat handai sama ada dekat ataupun jauh akan berkumpul dimusim durian.

4.Ada juga diantara penduduk kampong yang berjalan dengan hidung tinggi.Almaklum...duit durian tengah lebat hasilnya.

5.Kedapatan ramai pemborong atau pembeli persaorangan yang berulang alik memasuki kampong untuk membeli buah durian.Suasana amat ceria dengan pemilihan buah durian dan tawar menawar.

6.Suasana duduk dipondok durian bersama saudara mara atau rakan sekampong amat menghiburkan sambil menanti buah durian gugur dan mengawasi dusun dari sebarang kecurian.

7.Mengutip durian diwaktu awal pagi adalah masa yang paling menggembirakan.Semua buah tersebut dikumpulkan dan dibersihkan satu persatu.

8.Setiap hari selagi musimnya durian tak habis lagi akan mendapat upah yang amat lumayan dari tuan kebun atau dusun.Lazimnya upah diberi mengikut gaji hari.

9.Waktu musim durianlah yang tak kenal mengenalkan diri.Yang nakal dan sombongpun menjadi tak sombong.Yang taknak berkawanpun jadi kawan baik dan macam macam perubahan yang dibawakan SIRAJA BUAH ini kepada penduduk kampong.

Aku masih terbayang salah satu pengalaman dimusim durian tu.Waktu itu aruah nenek aku masih hidup.Beliau meminta aku bersama sepupu ku untuk menjaga durian dipondok belakang rumah yang berhampiran dengan tanah perkuburan orang dizaman dahulu.Malah disitu terdapatnya pohon balak yang teramat tinggi dan dikatakan berpenunggu.Jangan kata malam,disiang haripun terasa amat menakutkan bila memasuki kawasan tersebut.Waktu yang sama bapa saudara aku baru beberapa minggu mendirikan rumah tangga.Pada suatu malam aku dan sepupu ku dihalau balik kerumah oleh bapa saudara aku yang tengah kemarok jadi pengantin baru.Beliau membawa isteri barunya kepondok durian tersebut malam itu juga.

Mungkin hendak memberikan isterinya merasai suasana menjaga durian dipondok agaknya.Tapi...cakaplah baik baik.Ini tidak main halau je.Aku dan sepupu ku entah berapa kapal menyumpah menyeranah bapa saudara ku yang baik budi bahasanya didalam hati kami.Mau tak mau kami terpaksalah tidur dirumah nenek je.Malam itu kami berdua tak dapat melelapkan mata.Akhirnya kami duduk berborak sambil bermain dam.Lepas satu perlawanan ke satu perlawanan dengan ceria.Tiba tiba kami berdua terdengar satu rempuhan yang kuat pada pintu dan ketukan bertalu talu yang amat keras bunyinya.Kami berdua terperanjat dan tergamam dibuatnya.Nenek terjaga dari tidurnya lantas meluru membuka pintu.Aku jua terdengar bunyi orang berlari kencang memasuki kamar ditengah rumah lalu senyap.Sejurus kemudian aku terdengar nenek memasuki kamar tersebut dan memanggil namanya.Aku dan sepupuku mendapatkan nenek.

Menjengah kedalam kamar tersebut kelihatan nenek membongkok melihat kebawah katil.Dapatlah aku mengagak bahawa bapa saudara  kesayangan ku ini berada dibawah katil menggigil ketakutan.Nenek gagal memujuknya keluar.Seketika nenek baru tersedar yang menantu barunya tiada bersama.Pasti ketinggalan dipondok durian.Apa lagi nenek segra mencari lampu suloh dan parang panjang lalu mengajak kami berdua terus kepondok durian.Sampai saja kami dipondok durian kelihatan menantu nenek tengah tidur dengan nyenyaknya.Heboh nenek cuba mengejutkannya beberapa kali barulah ianya tersedar.Apabila beliau tersedar dari tidurnya,nenek segra mengajaknya pulang kerumah.Sabelum kami sempat meninggalkan pondok durian tersebut terdengar dengan sejelas jelasnya suara perempuan mengilai,Nenek terus memerhati kearah perdu pokok balak sambil mulutnya berkumat kamit membaca sesuatu seketika. 

Aku dan sepupu ku sempat melihat kearah sama.Kelihatan 2 LEMBAGA BERPAKAIAN PUTIH DIPERDU POKOK BALAK.Nenek segra mengajak kami segra pulang dengan tergesa gesa.Apa lagi....semua cabut.Sampai dirumah nenek segra menutup dan mengunci pintu rumah.Aku juga melihat nenek sembahyang 2 rakaat dan membaca yassin.Aku dan sepupuku   segra melelapkan mata kerana jam sudahpun pukul 3.00 pagi.Keesokan harinya kami cuba menyiasat apa sebenarnya yang berlaku.Hasil curi dengar perbualan bapa saudara dengan nenek secara senyap senyap didapur menjadikan kami faham kedudukan sebenarnya.Hem....padan mukanya.Kami bagai nak pecah perut ketawa.Apa tidaknya,sudahlah kami dihalau keluar dari pondok.Dia bawa isterinya bersama tidur dipondok tu. Nasib tak baik dia seorang yang diganggu lembaga diperdu pokok balak tersebut.Kemudian dia cabut lari meninggalkan isterinya dipondok bersendirian.Sampai rumah menyorok bawah katil macam budak budak.

Kesimpulan:
Didalam kehidupan janganlah kita menjadi seorang yang BODOH SOMBONG.Jalanilah kehidupan ini sebagai orang Melayu yang mengamalkan ajaran agama Islam dengan sebenar benarnya.Bukan sekadar diatas nama.

Anda juga mungkin meminati untuk membaca cerita-cerita misteri yang lain sila Klik Disini

Hak cipta penulisan adalah hak arash misteri.Sebarang cetakan, olahan semula, terbitan majalah, terbitan sebarang media dan copy paste hendaklah mendapat keizinan arash misteri.






No comments:

Penawar Mata,Penaik Seri Wajah Lelaki & Perempuan

 Toner Mata Nur Theraphy


Klik untuk maklumat lanjut

Toner mata nur theraphy merupakan toner mata yang didatangkan dalam bentuk titis yang dibuat dari Air zam-zam, air mawar, herba terpilih , 30 juzuk Al-Quran dan doa pilihan

KEGUNAAN

  • Meningkatkan kadar kelembapan mata
  • Pencuci mata
  • Menyingkir kekotoran (habuk dan bahan asing)
  • Menigkatkan kesegaran mata / Mata lesu / Keletihan mata
  • Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata
  • Mengatasi mata merah dan meradang.
  • Menggurangkan bengkak mata
  • Merawat jangkitan mata
  • Mencantikkan mata
  • Memperbaiki keadaan penglihatan


Klik untuk maklumat lanjut


SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN MENIMPA.SESAL DAHULU PENDAPATAN,SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.JANGANLAH SAMPAI NASI MENJADI BUBUR.UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA TERSAYANG.TIADA GUNANYA WANG RINGGIT DAN HARTA YANG MENGGUNUNG APABILA MUSIBAH INI TELAH MENYELUBUNGI HIDUP ANDA.


SEGALA KEINDAHAN,KENIKMATAN DAN APA SAJA YANG ANDA MILIKI TIDAK AKAN MEMBAWA ERTI APA -APA ATAUPUN HILANG DENGAN SEKELIP MATA.SEDARLAH WAHAI ANAK BANGSA KU.PERIHATINLAH KEPADA KEHIDUPAN YANG SERBA MENCABAR INI.KEPERIHATINAN KEPADA KESIHATAN DANKESELAMATAN ADALAH IBU ATAU TERAS KEPADA KEHIDUPAN YANG BERJAYA DAN SEMPURNA.


DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.DILIPUTI DENGAN TAUFIK DAN HIDAYAH.DILIMPAHI NIKMAT DAN HIKMAH IMAN DAN ISLAM SEPANJANG KEHIDUPAN. DENGAN IZIN LIMPAH KURNIA DAN RAHMAT ALLAH S,W,T.INSYAALLAH.





Semua persoalan anda sendiri mungkin ada jawapannya. Tetapi anda tidak ada jalan penyelesayan.Ataupun gagal untuk menyelesaikannya.Dari itu ARASY MISTERI berusha membantu anda.Ingatlah setiap masalah ada jalan menyelesaikannya.Ada waktu dan ketikanya keluarga,saudara mara, dan rakan terdekatpun tidak dapat membantu atau meringankan bebanan kita.Atau kita sendiri malu dan merahsiakan dari pengetahuan orang lain.Justeru itu jadikanlah ARASY MISTERI sebagai panduan,pedoman,mencurah permasalahan rumah tangga,permasalahan remaja,anak anak dan kekeluargaan kepada ARASY MISTERI.Inilah bidang kami,yang tuhan kurniakan.Kami cuba membantu dan berkongsi permasalahan anda.





haruman pengikat kasih sayang (Aura Kasih ), menaikkan seri wajah (Aura Seri ) & menghindari gangguan dari makhluk halus (Aura Sufi) yang telah di doakan dengan ayat-ayat al-quran & doa-doa terpilih.insaallah dengan izin allah serba sedikit permasalahan diatas dapat diperbaiki.




RAHSIA RUMAH TANGGA BAHAGIA:

Didalam masyarakat atau kehidupan orang dizaman dahulu,amat menitik beratkan persoalan berumah tangga dan kebahgiaannya.Orang berilmu dari Suku Kaum Bugis akan menerapkan atau mengajar anak anaknya sama ada lelaki atau perempuan keseluruhan ilmu pengetahuan berkaitan rumah tangga.Dari tujuan,matlamat,tanggung jawab,pantang larang dan ilmu Kebatinan berumah tangga itu sendiri.Tidak ada insan didunia ini tidak mengira bangsa dan agama yang mahukan rumah tangganya roboh,huru hara,tidak tenteram atau aman damai.Keseluruhan mahukan rumah tangga yang berkekalan aman dan bahgia hingga keakhir hayat.


More..




ALAM PENGASIH


ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH. PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS

Sebelum ini,telah diterangkan secara panjang lebar dan terpeinci bahawa Suku Kaum Bugis menjalani kehidupannya dengan penuh PERADAPAN.Ini adalah untuk menepati Matlamat atau Sasaran didalam hidupnya.Dimana ikhtiar atau usha dunia dan akhirat akan diselaraskan bersama.Bagitu juga dengan ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH, PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS.Setiap satu daripadanya mempunyai Matlamat dan caranya yang tersendiri.Masyarakat Melayu hari ini agak sensitive,tidak senang,gusar,takut,tidak percaya,atau membuat andayan yang nagetif terhadap ilmu ini.Malah ada yang mendakwa ilmu ini Syirik atau salah disisi agama.Bergantunglah kepada ilmu individu itu sendiri.Hanya ilmu pengetahuan yang menyeluruh atau meliputi sahaja dapat membuat keputusan tepat dan meyakinkan.