SELAMAT DATANG KE ARASY MISTERI, SEMOGA PERKONGSIAN ILMU INI DAPAT DI MANAFAATKAN BERSAMA, DI HARAP TIDAK ADA PENYALAH GUNAAN UNTUK KEGUNAAN KEARAH KEMUNGKARAN. INSYAALLAH. SEBARANG CADANGAN ATAU PANDANGAN ANDA BOLEH DIKONGSIKAN ARASY MISTERI 013-2554392 / 012-9715794 / ARASHMISTERI@GMAIL.COM TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI ARASY MISTERI

ALAM PENGASIH


ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH. PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS                                                          

Sebelum ini,telah diterangkan secara panjang lebar dan terpeinci bahawa Suku Kaum Bugis menjalani kehidupannya dengan penuh PERADAPAN.Ini adalah untuk menepati Matlamat atau Sasaran didalam hidupnya.Dimana ikhtiar atau usha dunia dan akhirat akan diselaraskan bersama.Bagitu juga dengan ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH, PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS.Setiap satu daripadanya mempunyai Matlamat dan caranya yang tersendiri.Masyarakat Melayu hari ini agak sensitive,tidak senang,gusar,takut,tidak percaya,atau membuat andayan yang nagetif terhadap ilmu ini.Malah ada yang mendakwa ilmu ini Syirik atau salah disisi agama.Bergantunglah kepada ilmu individu itu sendiri.Hanya ilmu pengetahuan yang menyeluruh atau meliputi sahaja dapat membuat keputusan tepat dan meyakinkan.

Janganlah membuat keputusan hanya berpandukan 1 sumber.Contoh berpandukan ilmu Fekah,yakni Syariat semata mata.Berpadu dan rujuklah juga kepada ilmu Tasauff,Tarikat,Hakikat dan Makrifat.Al quran dan hadis.Dan lihatlah kepada Matlamat,Fakta dan Sejarah atau Asal usulnya.Janganlah  disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.Ibarat parang yang tajam.Digunakan untuk membuat kerja atau kemudahan manusia.Membantu mempermudahkan kerja.Untuk keselamatan sebagai senjata.Dan......Ianya juga bolih digunakan untuk mencedera atau membunuh.Jadi terpulanglah kepada kita .Nak guna atau tidak dan untuk tujuan apa. Baik atau buruk.Kebaikan atau keburukan...?.Pastikan untuk Kebaikan diatas kejujuran,keikhlasan dan amanah kita kepada Allah S.W.T.Dan atas dasar Manusia merancang,berusha,berdoa dan bertawakal.Allah yang menentukan segalanya.’Pintalah kepada aku,nescaya aku perkenankan’.Itu janji Allah kepada hambanya.Dia maha tahu akan segalanya.Doa orang yang berada didalam  kesusahan mudah dimakbulkan.Tetapi wajib berikhtiar,dan tepat kepada cara atau kaedah yang diguna pakai.Insaallah.Ikutilah satu persatu ilmu ini dengan cermat dan teliti.


ILMU KEBATINAN PENGASIH:


Ilmu ini adalah ikhtiar atau usha membantu kepada ikhtiar zahir.Setiap ilmu Kebatinan yang dipaparkan didalam ARASY MISTERI adalah ilmu kebatinan yang berada dialam Melayu  bermula dari awal kurun ke14 lagi.Disini dipaparkan maklumat ILMU PENGASIH dari Suku Kaum Bugis.Ilmu ini disasarkan kepada individu individu saperti dibawah:

1.Individu lelaki atau perempuan yang benar benar ikhlas dan jujur untuk berumah tangga,tetapi ditolak disebabkan KEMISKINANNYA.
2.Individu lelaki atau perempuan yang benar benar ikhlas dan jujur untuk berumah tangga, tetapi ditolak disebabkan BUROK RUPA PARASNYA tidak cantik,tidak tampan,terlampau kurus, atau terlampau gemok.
3.Individu lelaki atau perempuan yang CACAT FIZIKAL tetap mampu menyara kehidupan berkeluarga.
4.Individu lelaki yang telah menjadi DUDA.Jujur dan ikhlas ingin berumah tangga.
5.Individu perempuan yang telah menjadi Janda.Jujur ikhlas ingin berumah tangga.
6.Individu lelaki atau perempuan yang telah berumur.Jujur dan ikhlas ingin berumah tangga.
7.Individu lelaki atau perempuan yang benar benar jujur dan ikhlas berusha menyelamatkan individu lain dari melakukan maksiat dan dosa.
8.Suami atau Istri yang berusha menyelamatkan rumah tangga yang bermasalah.
9.Individu lelaki atau perempuan yang marwahnya dicabar,dihina dan dimaki hamun dihalayak ramai.Malah kaum keluarga dan keturunannya juga dirobik marwahnya.Namun hendaklah kerana Allah.
10.Individu lelaki atau perempuan yang dizolimi atau dipermainkan secara sengaja.

Dari itu tidak wajar dan berdosa mana mana individu yang menyalah gunakan ilmu ini.Kepada 10 Individu tersebut diatas,gunakan ianya sebagai ikhtiar dengan penoh amanah,jujur dan ikhlas.Diahiri dengan berdoa dan berserah diri pada Allah S.W.T.Ingat...buat baik,niat dan perbuatan yang betul.Maka dibalas Allah dengan pahala,keberkatan dan nikmat rahmatnya.Insaallah.Ikutilah ilmu Pengasih yang tertera dibawah ini:
Terbahagi kepada 2 bahgian.

1.Pengasih Khas dan 
2.Pengasih Awam atau Umum.


PENGASIH KHAS:


Ilmu Kebatinan ini digunakan sebagai usha atau ikhtiar menakluki atau menawan sekeping hati yang dimiliki Individu yang dihajatkan atau dicintai secara halus,ghaib atau batin.Bermakna hanya kepada yang dimaksudkan.Berbagai jenis dan kaedah serta nama yang berbagai.Selain ilmu Kebatinan Pengasih.Kaedah menggunakan Minyak Pengasih juga agak meluas diguna dan diperturunkan kepada PEWARIS ilmu Kebatinan Pengasih dari orang berilmu Suku Kaum Bugis.

1.Menggunakan Minyak Pengasih Khas.(11 ramuan terpilih).
2.Menggunakan makanan dan minuman.
3.Menggunakan Minyak Wangi.
4.Menggunakan asap rokok.
5.Menggunakan alat persolikan wanita.
6.Menggunakan pakayan.
7.Menggunakan cahaya bulan,matahari dan lampu.
8.Menggunakan gambar.
9.Menggunakan bantal.
10.Menggunakan kain Selimut.
11.Menggunakan Makrifat.
12.Menggunakan hembusan.
13.Menggunakan tenungan mata.
14.Menggunakan  tepukan.
15Menggunakan Hikmah Suara.
16.Makan Sirih.
17.Menggunakan Hikmah Seri Wajah.
18.Menggunakan kapo Sireh.
19.Memuja Semangat.
20.Menggunakan Air Sulong .
21.Membuai buah Limau.
22.Menggunakan azimat atau wafak.
23.Menggunakan bahan Semula Jadi alam.
24.Menggunakan ayat ayat Al Quran.
25.Menggunakan Asmaul Husna.
26.Menggunakan Doa doa Khusus.
27.Menggunakan Hikmah Bulan Melayu secara mandi.


Diantar nama nama ilmu Pengasih juga ada berbagai mengikut kepada guru dan wilayah atau negeri asal.Diantara nama nama tersebut adalah:

1.Pengasih Kundang Semangat.
2.Pengasih Puja Semangat.
3.Pengasih Perindu.
4.Pengasih Pelambai.
5.Pengasih Asam digunong garam dilaut.
6.Pengasih Asal Jadi.
7.Pengasih Semula Jadi.
8.Pengasih Hikmah Suara.
9.Pengasih Hikmah Seri Wajah.
10.Pengasih Praka Jelebu.
11.Pengasih Panah Ar Juna.
12.Pengasih Pendam Berahi.
13.Pengasih Segulung Tikar dan bermacam lagi nama nama yang tidak dapat dinyatakan disini.Untuk maklumat lanjut rujuk kepada tajuk:MAKLUMAT KHUSUS ILMU PENGASIH didalam ARASY MISTERI.


PENGASIH AWAM ATAU UMUM:

 Ilmu Pengasih ini bersifat Awam atau Umum.Membawa maksud kepada orang disekelilingnya.Tidak sesuai digunakan untuk 1 orang yang kita hajati.Tujuan ilmu ini adalah untuk MEWUJUDKAN KEADAAN ATAU SUASANA orang disekelilingnya kasih dan sayang padanya.Serta kelihatan cantik,Jelita, tampan atau menawan.Sebagai mana ilmu Pengasih khas ia juga mempunyai cara dan nama yang berlainan.Selain ilmu Kebatinan,kaedah menggunakan Minyak yang dirumus Khas dan dibuat pengisian Ilmu Kebatinan juga amat luas dipergunakan.Malahan semua peralatan menghias diri atau wajah akan turut dibuat pengisian Kebatinan.Terutama pasangan pengantin baru.Dengan izin limpah kurnia zat Allah S.W.T. Insaallah hikmahnya menjadikan individu yang menggunakannya menjadi amat terhuja dan bersukur kepada nikmatnya.(Minyak Aura Seri).


Cara beramal ilmu Kebatinan Pengasih AWAM atau UMUM .

1.Pengamalan sewaktu bangun tidur.
2.Pengamalan sewaktu mandi.
3.Pengamalan dengan mandi limau.
4.Pengamalan dengan mandi air Sulong 13,14,15hb melayu.
5.Pengamalan dengan mandi bunga.
6.Pengamalan waktu Subuh.
7.Pengamalan lepas solat.
8.Pengamalan Doa Nabi Allah Yusof.
9.Pengamalan Asmaul Husna.



Diantara nama nama yang tidak asing bagi masyarakat Suku Kaum Bugis kepada ilmu Kebatinan ini adalah saperti berikut:

1.Pengasih Asik Sekampong.
2.Pengasih Asik Senegeri.
3.Pengasih Doa Anak Yatim Dagang.
4.Pengasih Doa Cinta Mani.
5.Pengasih Cahaya Nabi Allah Yusof.
6.Pengasih Doa Gunong Syair.
7.Pengasih Seri Wajah dan lain lain lagi.

Untuk keterangan atau maklumat lanjut sila rujuk:KETERANGAN KHUSUS ILMU KEBATINAN PENGASIH didalam ARASY MISTERI.


MINYAK PENGASIH:


Minyak Pengasih diperbuat mengikut tahap ilmu pengetahuan Kebatinan dan juga kemahiran individu yang membuatnya.Minyak ini juga terbahagi kepada 2 jenis.Pertama untuk Pengasih Khas dan kedua untuk Pengasih Awam atau Umum.Maklumat yang dipaparkan ini adalah dari Suku Kaum Bugis.Insaallah tidak melangar akidah dan syarak.Tidak bertulang belakangkan bantuan syaitan,iblis dan jin.Ianya dari limpah kurnia zat Allah,bahan alam semula jadi dan Doa Nabi Allah Yusuff dan pengisian Ilmu Kebatinan Pengasih itu sendiri.


RAMUAN BAHAN SEMULA JADI:


1.Air mata Ikan DUYONG.
2.Mani Gajag Putih.(yang telah disamah dengan tanah liat).
3.Akar Buloh Perindu.
4.Akar Cenduai.
5.Akar Cengkoi.
6.Bunga Senduduk Putih tumbuh atas batu.
7.Bunga Serai diambil 1hb Muharam.
8.Kapas Sulong.
9.Akar Buloh Kembar.
10.Kayu Cinta Mani.(yang betina).
11.Minyak Kelapa Hijau.

Sekiranya ada minyak kelapa Hijau dan menepati syarat pembuatannya.Cukup salah satu bahan diatas digunakan dari 1 hingga 10 itu dicampurkan kedalam minyak Kelapa Hijau tadi. Lagi banyak ramuan lebih kuatlah kesannya.Diantara 11 barangan tersebut yang paling sukar mendapatkannya adalah saperti:

1.Air mata Duyong.
2.Mani Gajah Putih.
3.Akar Buloh Perindu.
4.Akar Cenduai.
5.Akar Cengkoi.


Ibu Minyak Pengasih Bahan Semula jadi 

(arashmisteri@gmail.com)



Alhamdulillah keseluruhan bahan atau ramuan tersebut telah sedia ada didalam simpanan ARASY MISTERI bagi membantu insan yang memerlukan.Selain itu harus mengenal pasti atau mengecam buah kelapa hijau

PENGECAMAN KELAPA HIJAU

Dinegara kita terdapat berbagai jenis atau spisis pokok Kelapa.Diantaranya adalah kelapa Sepang,kelapa Gading,kelapa Puyoh,kelapa Pandan,kelapa Puyoh dan beberapa jenis lagi yang tidak dapat disebut disini.Kesluruhannya bolih dibuat minyak.Tetapi untuk minyak masak bukan untuk Minyak Pengasih.Jenis kelapa yang digunakan untuk membuat Minyak Pengasih adalah Kelapa Hijau.Untuk memastikan kelapa hijau atau bukan,campak kedalam air.Lihat kedudukannya betul betul.Pasti tegak,tidak mengiring..Ulang sebanyak 3 kali mencampak kelapa itu kedalam air keputusannya sama juga maka  gunakan ujian kedua pula.
Ujian kedua adalah mengambil buah kelapa hijau yang muda dari pokok yang sama.Keluarkan atau cabut tampoknya.Anda akan melihat bekas tampok pada kelapa tersebut bewarna ping atau merah jambu air.Maka tepat atau sahihlah itu adalah kelapa hijau.Tidak perlu diragukan lagi.
              

CARA PENGAMBILAN BUAH KELAPA HIJAU:


Waktu terbaik mengambilnya adalah pada hari Isnin atau Khamis.Mengambilnya tidak kira pagi atau petang.Namun demikian harus dipastikan buah kelapa tidak bolih jatuh ketanah.Mana yang jatuh ketanah tidak bolih diguna pakai.Cara terbaik adalah menurunkan kelapa tersebut dengan menggunakan tali.Dan 1 orang menyambut ditanah.Sudah disambutpun tidak bolih diletak diatas tanah.Kalau hendak meletakkan juga lapiklah dengan sebarang daun,kertas surat kabar atau pelastik.Jangan mengopik Buah Kelapa tersebut dibawah pokok tersebut.Kopiklah ditempatlain yang agak jauh darinya.Sabut dan tempurong jangan dibuang.


CARA MEMASAK KELAPA HIJAU:


Waktu terbaik adalah pada malam 1hb Muharam Tepat jam 12 malam.Masak dengan menggunakan sabut dan tempurong kelapa tersebut.Bahan lain tidak dibenarkan.Memasak disimpang 3 atau 4 ditengahnya,oleh anak dara sunti.Dan bolih ditemankan seramai manapun.Tetapi anak dara sunti 1 orang yang dibenarkan memasak minyak dengan zikir tidak berhenti sahingga selesai.Didalam memasak dan berzikir itu tadi gadis sunti tersebut kenalah meletakkan dirinya atau membayangkan perasaan yang amat sedih dirinya dan rindu yang amat memilukan hati dan perasaannya hingga mengalirkan air matanya.Walaupun setitik jatuh kedalam minyak yang dimasak.Sekiranya ini dapat dipenuhi maka Insaallah minyak tersebut telah sempurna pembuatannya. Kerana kesukaran membuat minyak inilah maka tidak mudah diberikan kepada orang yang tidak berkenaan dan tidak mahu disalah guna.

Pengurusan selanjutnya adalah memastikan minyak yang dimasak telah benar benar sejuk dan dimasukkan kedalam satu bekas atau botol yang bertutup rapat.Yang terakhir adalah Pengisiyan ilmu Kebatinan Pengasih mengikut adat dan syarat yang telah ditetapkan didalam menghasilkan Minyak Pengasih.Didalam simpanan ARASY MISTERI telah tersedia MINYAK PENGASIH yang melengkapi 11 ramuan yang tersebut itu.Bagitu juga dengan MINYAK AURA SERI untuk seri wajah dan MINYAK AURA KASIH untuk membuka nafsu suami atau isteri tersayang.MINYAK AURA SUFI untuk gangguan mahlok halus dan Sihir.MINYAK PENUNDUK KHAS hanya dikeluarkan sekiranya amat diperlukan.ARASY MISTERI hanya melakukan urusan terus kepada individu yang berurusan dengan kami secara telus jujur dan ikhlas tampa penggunaan orang tengah.ARASY MISTERI juga tidak pernah melantik wakil atau pengidar untuk memasarkan MINYAK keluaran kami.


ILMU KEBATINAN PENUNDUK:


Ilmu Kebatinan Penunduk adalah salah satu dari cabang ilmu yang diguna atau dipakai oleh orang berilmu dikalangan masyarakat Suku Kaum Bugis.Ianya terbahagi kepada 3 bahgian juga.Pertama untuk menundukkan individu tertentu saperti musoh,suami yang panas baran,tidak bertanggung jawap,zalim dan apa saja tingkah laku atau perbuatan yang tidak baik.Dan juga kepada istri yang keras kepala,ego,tidak bertanggung jawap dan apa saja perbuatan yang tidak baik.Kedua dengan menggunakan minyak yang dirumus Khas dan dibuat Pengisiyan ilmu Kebatinan Penunduk.Ketiga dengan menggunakan makanan dan minuman yang telah dibatinkan.Matlamat ilmu Kebatinan ini adalah sebagai Ikhtiar atau usha secara halus atau ghaib menundukkan sasaran tampa disedari agar mudah pengurusan tampa perlu bertengkar,bergadoh,bermasam muka dan memaki hamun.Ilmu ini juga amat berguna untuk mengatasi masalah anak anak yang durhaka,degil,suka keluar berpoya poya,melapak,merempit dan ponting sekolah.Tidak perlu meninggikan suara,maki hamun atau memukul.Hanya dengan cara lembut dan berhimah.Lihat maklumat dibawah:

1.  Ilmu Kebatinan Penunduk secara hembusan saja dan hentak tumit kakikanan kebumi sekadar sarat.
2.    Ilmu Kebatinan Penunduk secara tenungan mata.
3.    Ilmu KebatinanPenunduk secara makan dan minum.
4.    Ilmu Kebatinan Penunduk menggunakan Minyak khas.
5.    Ilmu Kebatinan Penunduk waktu tidur.

Selain dari ilmu tersebut diatas terdapat juga ilmu penunduk yang khas diamalkan olih Individu tertentu bergelar PAWANG untuk menundukkan binatang.Contoh Pawang Gajah , Pawang Ular dan Pawang Buaya.Jenis ilmu Kebatinan yang digunakan adalah dari jenis ilmu Kebatinan Penunduk binatang.Sekiranya Pawang Gajah,maka Gajah sajelah yang boleh ditundukkan.Kalau Pawang Ular maka ularlah yang Boleh ditundukan.Pawang Buaya maka buaya sajelah yang boleh ditundukkan.tidak kepada yang lain.


ILMU KEBATINAN PEMBENCI:


Ilmu kebatinan Pembenci adalah satu ilmu yang berlawanan dengan Fitrah dan bercanggah dengan ajaran agama.Ini adalah kerana sifatnya yang memecah belahkan,menghuru harakan,mencerai beraikan kehidupan atau rumah tangga individu lain.Kerana itu tidak perlu diberi penerangan panjang lebar.Tidak perlu dipelajari tetapi harus ambil perhatian.Berhati hati dan beringat.Sesiapa yang terkena ilmu ini akan menjalani kehidupan yang suram,tidak ceria,kerap bermasalah dan akhirnya bolih menggangu gugat rumah tangga dan kehidupan.Sekiranya berlaku cepatlah berubat.70% dari ilmu Pembenci dari sumber ilmu Sihir atau ilmu hitam.

 

ILMU KEBATINAN PELARIS:


Ilmu Kebatinan Pelaris adalah ilmu kebatinan yang biasa digunakan oleh para peniaga untuk melariskan barangan jualannya.Terbahagi kepada 2.Pertama Pelaris Kedai. Kedua Pelaris jualan barangan.(bergerak).Ketiga:Pelaris diri.Selain itu bercerita pasal Pelaris atau Peniaga dikalangan orang kita masa kini.....macam macam ada.Macam macam cerita.Semuanya ingin memajukan perniagaan masing masing.Masing masing berlumbalah mencari Pelaris.Pengalaman aku sebagai Pengamal Perubatan Tradisional Melayu dan juga Pengamal Perubatan Islam bagitu banyak membantu dan merawat individu Peniaga atau Ushawan yang menghadapi masalah perniagaan disihir atau diganggu mahlok halus.Malah ada yang jatuh sakit dan menderita.

Bukan orang Melayu tak pandai berniaga atau tidak perihatin pada perniagaan tetapi angkara hasat,dengki dan kianat bangsa sendiri.Bersainglah secara sihat.Kita sama bangsa dan agama.Rezeki masing masing.Mencari rezeki biarlah berkat.Syaitan,iblis dan jin senentiasa berusha mendorong manusia itu kearah keburukan,kemungkaran dan kemaksiatan.Sifat hasat,dengki,kianat,tamak,tidak bolih melihat orang lain lebih dari dirinya adalah sifat MUSOH ALLAH yang nyata.Berniagalah secara sihat,Insaallah membawa berkat rezeki yang diperolihi.

Ilmu Pelaris mempunyai berbagai kaedah atau caranya.Diantaranya adalah:
1.Menggunakan ilmu Pelaris sewaktu mula membuka perniagaan.
2.Mengamalkan ayat 1000 Dinar dan menampalkan ayat tersebut dikedai.
3.Meletakkan WAFAK PELARIS diatas pintu kedai.
4.Menggunakan tangkal atau azimat pelaris .menggunakan ayat Al Quran.
5.Mengamalkan setiap Suboh membaca Surah Al Wakiah
6.Mengamalkan zikir Asmaul Husna.
7.Menggunakan air zam zam dan minyak Pelaris.

7  kaedah diatas adalah yang paling kurang digunakan oleh Peniaga atau ushawan dikalangan orang Melayu.Ini adalah disebabkan masalah yang dikatakan agak sukar untuk melaksanakan.Kurang masa,tidak sesuai,dan lambat.Pilihan adalah kepada ilmu Pelaris yang cepat dan berkesan.Hari ini buat besok lusa dah nampak kesan .Pelanggan berpusa dan berduyun duyun.Peniaga atau Ushawan tadi puas hati dan gembira tak terhingga.Senyum sampai ketelinga.Sama ada sedar atau tidak.Tau atau buat buat tak tau.Ilmu Pelaris digunakan itu menggunakan bantuan syaitan,iblis dan jin.NAUZUBILLAHHIMINZOLIK.Ingatlah.....keseluruhan rezeki yang diperolihi secara ini akan digunakan untuk kehidupan.Membuat rumah atau membelinya,kenderaan,kegunaan keluarga dan lain lain.

Apakah berkat....?Sumbernya dari perbuatan yang haram.(guna syaitan,iblis dan jin).Perniagaan itu kelihatan halal,pada mata kasar.Rezeki dari sumber yang haram apabila digunakan didalam kehidupan tidak akan membawa berkat.Tetapi akan membawa kepada musibah demi musibah yang tidak pernah terfikir atau terduga akan menimpa.Sama ada cepat atau lambat.Dan ada kemungkinan sewaktu sakaratul maut.

Penawar Mata,Penaik Seri Wajah Lelaki & Perempuan

 Toner Mata Nur Theraphy


Klik untuk maklumat lanjut

Toner mata nur theraphy merupakan toner mata yang didatangkan dalam bentuk titis yang dibuat dari Air zam-zam, air mawar, herba terpilih , 30 juzuk Al-Quran dan doa pilihan

KEGUNAAN

  • Meningkatkan kadar kelembapan mata
  • Pencuci mata
  • Menyingkir kekotoran (habuk dan bahan asing)
  • Menigkatkan kesegaran mata / Mata lesu / Keletihan mata
  • Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata
  • Mengatasi mata merah dan meradang.
  • Menggurangkan bengkak mata
  • Merawat jangkitan mata
  • Mencantikkan mata
  • Memperbaiki keadaan penglihatan


Klik untuk maklumat lanjut


SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN MENIMPA.SESAL DAHULU PENDAPATAN,SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.JANGANLAH SAMPAI NASI MENJADI BUBUR.UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA TERSAYANG.TIADA GUNANYA WANG RINGGIT DAN HARTA YANG MENGGUNUNG APABILA MUSIBAH INI TELAH MENYELUBUNGI HIDUP ANDA.


SEGALA KEINDAHAN,KENIKMATAN DAN APA SAJA YANG ANDA MILIKI TIDAK AKAN MEMBAWA ERTI APA -APA ATAUPUN HILANG DENGAN SEKELIP MATA.SEDARLAH WAHAI ANAK BANGSA KU.PERIHATINLAH KEPADA KEHIDUPAN YANG SERBA MENCABAR INI.KEPERIHATINAN KEPADA KESIHATAN DANKESELAMATAN ADALAH IBU ATAU TERAS KEPADA KEHIDUPAN YANG BERJAYA DAN SEMPURNA.


DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.DILIPUTI DENGAN TAUFIK DAN HIDAYAH.DILIMPAHI NIKMAT DAN HIKMAH IMAN DAN ISLAM SEPANJANG KEHIDUPAN. DENGAN IZIN LIMPAH KURNIA DAN RAHMAT ALLAH S,W,T.INSYAALLAH.





Semua persoalan anda sendiri mungkin ada jawapannya. Tetapi anda tidak ada jalan penyelesayan.Ataupun gagal untuk menyelesaikannya.Dari itu ARASY MISTERI berusha membantu anda.Ingatlah setiap masalah ada jalan menyelesaikannya.Ada waktu dan ketikanya keluarga,saudara mara, dan rakan terdekatpun tidak dapat membantu atau meringankan bebanan kita.Atau kita sendiri malu dan merahsiakan dari pengetahuan orang lain.Justeru itu jadikanlah ARASY MISTERI sebagai panduan,pedoman,mencurah permasalahan rumah tangga,permasalahan remaja,anak anak dan kekeluargaan kepada ARASY MISTERI.Inilah bidang kami,yang tuhan kurniakan.Kami cuba membantu dan berkongsi permasalahan anda.





haruman pengikat kasih sayang (Aura Kasih ), menaikkan seri wajah (Aura Seri ) & menghindari gangguan dari makhluk halus (Aura Sufi) yang telah di doakan dengan ayat-ayat al-quran & doa-doa terpilih.insaallah dengan izin allah serba sedikit permasalahan diatas dapat diperbaiki.




RAHSIA RUMAH TANGGA BAHAGIA:

Didalam masyarakat atau kehidupan orang dizaman dahulu,amat menitik beratkan persoalan berumah tangga dan kebahgiaannya.Orang berilmu dari Suku Kaum Bugis akan menerapkan atau mengajar anak anaknya sama ada lelaki atau perempuan keseluruhan ilmu pengetahuan berkaitan rumah tangga.Dari tujuan,matlamat,tanggung jawab,pantang larang dan ilmu Kebatinan berumah tangga itu sendiri.Tidak ada insan didunia ini tidak mengira bangsa dan agama yang mahukan rumah tangganya roboh,huru hara,tidak tenteram atau aman damai.Keseluruhan mahukan rumah tangga yang berkekalan aman dan bahgia hingga keakhir hayat.


More..




ALAM PENGASIH


ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH. PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS

Sebelum ini,telah diterangkan secara panjang lebar dan terpeinci bahawa Suku Kaum Bugis menjalani kehidupannya dengan penuh PERADAPAN.Ini adalah untuk menepati Matlamat atau Sasaran didalam hidupnya.Dimana ikhtiar atau usha dunia dan akhirat akan diselaraskan bersama.Bagitu juga dengan ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH, PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS.Setiap satu daripadanya mempunyai Matlamat dan caranya yang tersendiri.Masyarakat Melayu hari ini agak sensitive,tidak senang,gusar,takut,tidak percaya,atau membuat andayan yang nagetif terhadap ilmu ini.Malah ada yang mendakwa ilmu ini Syirik atau salah disisi agama.Bergantunglah kepada ilmu individu itu sendiri.Hanya ilmu pengetahuan yang menyeluruh atau meliputi sahaja dapat membuat keputusan tepat dan meyakinkan.