SELAMAT DATANG KE ARASY MISTERI, SEMOGA PERKONGSIAN ILMU INI DAPAT DI MANAFAATKAN BERSAMA, DI HARAP TIDAK ADA PENYALAH GUNAAN UNTUK KEGUNAAN KEARAH KEMUNGKARAN. INSYAALLAH. SEBARANG CADANGAN ATAU PANDANGAN ANDA BOLEH DIKONGSIKAN ARASY MISTERI 013-2554392 / 012-9715794 / ARASHMISTERI@GMAIL.COM TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI ARASY MISTERI

PERADAPAN KHUSUS


Jika anda berminat untuk berkongsi masalah, khidmat nasihat & mempelajari keilmuan seperti diatas anda boleh menghubungi Arasy Misteri 013-2554392 / 012-9715794 / arashmisteri@gmail.com


PERADAPAN KHUSUS ORANG BERILMU SUKU KAUM BUGIS

PERADAPAN KHAS HENDAK TIDUR.
Orang berilmu dari Suku Kaum Bugis mengamalkan peradapan khas ini seumur hidupnya apabila hendak tidur.Diamalkan ditempat tidur tidak mengira atas katil,tilam,tikar,lantai atau sofa.Diamalkan secara duduk bersila dan ada wuduk atau air sembahyang.

1.Duduk bersila.
2.Beristigfar 3x.
3.Berdoa kepada Allah S.W.T. perlindungan dari segala musibah sewaktu tidur dan diberikan keberkatan dan nikmat tidur itu sendiri.
4.Beramal ilmu Kebatinan mengikut keperluan.
5.Menggunakan ilmu Pendinding dari musoh,ilmu Sihir dan gangguan mahlok halus syaitan,iblis dan jin.
6.Membaca Al Fatihah 1x.Ayat Qursey 1x.Selawat Nabi 3x.
7.Membaca Istigfar 3x dan mengucap 2 Kalimah Sahadat 1x
8.Berbaring ditempat tidur.
9.Berzikir sampai tertidur.

Keterangan:Berwuduk itu sunat dan membersihkan diri.Langkah pertama untuk tidur dan sunat bila hendak melakukan sex.Duduk bersila sebagai langkah kita tidak terus tidur atau tertidur tampa melakukan peradapan ini. Contoh,tidak mengucap 2 Kalimah Syahadat.Ditakdirkan mati didalam tidur tidaklah sempurna matinya.Beristigfar itu muhasabah diri. Berdoa itu keperluan perlindungan keselamatan.Beramal ilmu Kebatinan ikut keperluan itu adalah Ikhtiar urusan dunia.Menggunakan ilmu Pendinding sebagai ikhtiar Keselamatan dalam tidur.Membaca Al Fatihah,Ayat Qursey dan Selawat mendapat keberkatan dan rahmat Allah.Berzikir itu Afdal dan berpahala.Malaikat suka kepada insan yang berzikir.Apa bila terjaga sahaja dari tidur terus melakukan PERADAPAN KHAS BANGUN TIDUR.
Diantara amalan Kebatinan mengikut keperluan sewaktu hendah tidur bolih diamalkan adalah saperti dibawah:

1.Amalan Kebatinan ilmu Pelias Kulit.Masa diambil 2minit.
2.Amalan Kebatinan Kebal Besi.Masa diambil 2minit.
3.Amalan Kebatinan Kekuatan Tangan.Masa diambil 3minit.
4.Amalan Kebatinan Pukulan Dalaman.Masa diambil 3minit.
5.Amalan Kebatinan Awet Muda.Masa diambil 2minit.
6.Amalan Kebatinan Penimbul Semula Jadi.Masa diambil 1minit.
7.Amalan Kebatinan Pendinding Sihir dan Gangguan Mahlok Halus.Masa diambil 3minit.
8.Amalan Kebatinan Kuat Tenaga Batin.Masa diambil 5minit.
9.Amalan Kebatinan Gagah.Masa diambil 3minit.


Dan beberapa amalan Kebatinan yang tidak dinyatakan disini.Untuk pengetahuan anda semua amat mudah,ringkas dan masa yang singkat sahaja yang diperlukan untuk mengamalkan amalan ilmu Kebatinan tersebut tetapi ianya hendaklah menepati masa yang telah ditetapkan.Contoh beramal selama 3 bulan berturut tampa tertinggal walaupun sehari.Sekiranya tertinggal batal dan perlu diulang kembali.Peradapan ini dilakukan sama ada hendak tidur waktu malam atau siang.Apapun pada pendapat aku ianya amatlah mudah.Alah bisa tegal biasa.Hendak seribu daya.Tak hendak seribu dalih.Dan untuk pengetahuan anda semua ada diantara amalan Kebatinan itu hanya diamalkan waktu hendak tidur sahaja.Dan ada yang diamalkan waktu hendak tidur dan bangun tidur.Ada juga amalan Kebatinan yang hanya diamalkan waktu bangun tidur sahaja.Bermacam cara pengamalan lain  yang terdapat didalam bidang keilmuan  Suku Kaum Bugis bergantung kepada apakah ilmu yang diamalkan 


PERADAPAN  KHAS BANGUN TIDUR:

 Didalam ilmu penghidupan Suku Kaum Bugis bermulanya awal hari adalah pada waktu bangun tidur.Diwajibkan semua orang didalam masyarakat itu agar bangun awal setiap hari.Masa atau waktu yang tepat adalah sebelum waktu subuh.Tidak saperti pendapat suku suku lain,yang berpendapat awal hari adalah pada waktu solat Subuh.Mengapa awal hari  dikatekan waktu bangun tidur...?.Ini adalah disebabkan Faktor yang sedia ada didalam peradapan itu sendiri yang mencakupi ikhtiar dunia dan akhirat.Lihat keterangan dibawah:

1.Mengucap sukur dengan ALHAMDULILLAH. {kerana tidak mati dalam tidur).
2.Berniat:Sahaja aku beribadah disepanjang hidup ku pada hari ini kerana Allah Taala. {Bermula sesuatu itu dengan niat.Insaallah para Malaikat akan mencatat setiap perbuatan atau pekerjaan itu adalah ibadah kepada Allah}
3.Mengucap 2 Kalimah Syahadat. {Bermuhasabah diri dan beriktikad Allah tuhan ku sembah.Nabi Muhammad itu utusannya.Melaksanakan apa yang disuroh dan meninggalkan segala yang dilarang pada hari ini.}
3 perkara diatas itu adalah kewajipan hamba kepada tuhannya dan merupakan ibadah terawal atau permulaan.Dan ianya merupakan ikhtiar Akhirat.
4.Beramal ilmu Kebatinan mengikut keperluan.Ianya merupakan kewajipan ikhtiar kehidupan atau ikhtiar dunia. (kemudahan,keselamatan dan kesihatan}.
5.Melakukan Senaman Khusus.(untuk melancarkan perjalanan darah,memperbetulkan kedudukan urat saraf diseluroh tubuh badan dan  melancarkan saluran pernafasan untuk jantung dan paru paru.)
6.Meminum air masak dengan berselawat 3x.(Ikhtiar kesihatan ).

Kesimpulan: Peradapan khas bangun tidur ini melengkapi segala ikhtiar atau usha zahir dan batin, dunia dan akhirat.Merangkumi  kesukuran,ibadah,muhasabah diri,kelengkapan diri untuk kemudahan,kesihatan dan keselamatan.
Diantara amalan ilmu kebatinan yang bolih diamalkan pada waktu bangun tidur adalah saperti berikut:

1.Ilmu Kebatinan Pelias Kulit.(masa digunakan 2 minit).
2.Ilmu Kebatinan Kebal Besi.(masa digunakan 2 minit).
3.Ilmu Kebatinan Penimbul Semula Jadi.(masa digunakan 2 minit).
4.Ilmu Kebatinan Gagah.(masa digunakan 3 minit).
5.Ilmu Kebatinan Penderas.(masa digunakan 2 minit)
6.Ilmu Kebatinan Pukulan Dalaman.(masa digunakan 2 minit).
7.Ilmu Kebatinan Pukulan Pembisa.(masa digunakan 3 minit)
8.Ilmu Kebatinan Kudratullah.(masa digunakan 3 minit).
9.Ilmu Kebatinan Ketahanan Tangan.(masa digunakan 2 minit)
10.Ilmu Kebatinan Kekuatan Tangan.(masa digunakan 2 minit).
11.Ilmu Kebatinan Seri Muka.(masa digunakan 2 minit). 

Dan beberapa amalan ilmu Kebatinan yang tidak disebutkan disini.

 

PERADAPAN KHAS MANDI:

Mandi disini membawa maksud membersihkan diri ditempat mandi sama ada bilik air,diperigi atau telaga dan ditepi sungai.Menyentuh soal mandi semua orang tidak mengira bangsa atau agama akan mandi.Keseluruhannya akan mandi sebagai mana biasa orang akan mandi.Tetapi tahukah anda bahawa cara Suku Kaum Bugis mandi agak berbeza,unik,berhikmah dan berperaturan.Dari itu ikuti peradapan dibawah ini.

1.Menutup auratnya dengan memakai kain atau tuala basahan. (Malaikat tidak menghindari dan mengikut ajaran agama Islam.)
2.Mendirus air dari jari jemari kaki,lutut,peha,pinggang,perut,dade,lahir dan kepala secara perlahan lahan dan beransur ansur.Dengan erti kata lain dari bawah bawa naik keatas.(Supaya tubuh badan tidak terperanjat atau menggeletar akibat kesejukan).
3.Berniat mandi sunat Suboh (Hikmahnya sihat tubuh badan).
4.Mandilah secara biasa.
5.Beramal ilmu Kebatinan mengikut keperluan.Dibaca pada air 1 timba dan dimandikan.Dan tidak bolih dibilas dengan air lain.Masa diambil 3 minit.Atau beramal ilmu Kebatinan Awet Muda.Masa diambil 5 minit.
6.Selesai mandi,memerah tuala atau kain basahan yang dipakai tadi dengan beramal Ilmu Kebatinan Kuat Tenaga Batin Lelaki.Masa diambil 2 minit.
7.Beramal ilmu Kebatinan mengikut keperluan lepas mandi.Diantara amalan ilmu Kebatinan yang diamalkan lepas mandi adalah saperti ilmu Kebatinan Pukulan dalaman.Masa diambil 2 minit.Ilmu Kebatinan  Kekuatan Tangan dan lain lain lagi yang tidak disebutkan disini.

Kesimpulan:Menjaga kesopanan waktu mandi,mencegah selsema akibat tubuh badan terperanjat kesejukan,yakni jaga kesihatan.Mendapatkan pahala dengan berniat mandi sunat subuh serta mendapatkan hikmahnya sihat badan.Berikhtiar amalan ilmu Kebatinan untuk kemudahan,kesihatan,keselamatan,Awat Muda dan Memperkuatkan Tenaga Batin Lelaki secara semula Jadi.Betapa banyaknya faedah yang diperolihi daripada peradapan ini.

 


PERADAPAN MAKAN DAN MINUM.

Sebagai mana Peradapan yang lain,peradapan makan dan minum untuk  Suku Kaum Bugis juga berbeza dan unik sekali.Bangsa Melayu tidak mengira suku keseluruhannya akan makan menggunakan tangan setelah membasuh tangannya dengan bersih.Dinegara kita yang berbilang kaum dan budaya,serta kemasukan budaya dari luar telah sedikit sebanyak mengubah cara hidup dan budaya orang Melayu itu sendiri.Penggunaan sudu,garpu,pisau dan kayu penyepit telahpun menjadi kebiasaan masyarakat Melayu.

Tahukah anda bahawa  Allah S.W.T. menjadikan atau menzahirkan Manusia itu dengan penoh kebijaksanaan dan berhikmah.Manusia sebaik baik kejadian.Termasuk jari jemari tangan untuk makan.Menggunakan telapak tangan dan jari jemari atau istilah tangan kosong untuk makan bagi orang melayu mempunyai kelebihan atau hikmahnya yang tidak terdapat pada bangsa bangsa lain didunia.Ikutilah peradapan dibawah.

1.Membasuh tangan.(untuk keselamatan dan kebersihan).
2.Memastikan Keselamatan makanan dan minuman.(menggunakan ilmu Petua dan Makrifat.Rujuk tajuk:MENGESAN KEHADIRAN SANTAU) didalam ARASY MISTERI.
3.Membaca ayat Qursey 1x dan selawat Nabi 3x dihembuskan kepada semua makanan dan minuman.(hikmah terhindar dari pekerjaan keji syaitan,iblis dan jin yang berusha mengotori makan dan minum manusia.Dan memecahkan angin didalam seluruh tubuh badan)
4.Membaca Doa makan.(agar diberkati).
5.Mengamalkan ilmu Kebatinan yang diperlukan dengan mengepal nasi 3 kepal lalu ditelan satu persatu.Kebiasaan ilmu Kebatinan yang bolih diamalkan adalah ilmu Kebal dan Ilmu Kuat Tenaga Batin Lelaki serta Ilmu Kebatinan Pelincung Peluru.(ikhtiar dunia).Masa digunakan 3 minit.
6.Makanlah dengan sopan.Waktu makan kurangkan bercakap dan jangan minum air selagi tidak habis makan.Terkecuali tersedak. Dan pastikan tidak teringgal walau 1 biji pun nasi didalam pinggan makan dan waktu makan pastikan tidak berbunyi,dengan menutup rapat bibir atau mulut.Meminum air secara perlahan ditegok,jangan sampai berbunyi dihalkum gop gop gop macam lembu.Ini dikatekan kesopanan makan dan minum orang Melayu.
7.Selesai makan disunatkan Rasurullah menghisap setiap penghujung jari sedikit tangan yang digunakan untuk makan tadi. (hikmahnya untuk kesihatan).Basuh tangan pada pinggan makan yang digunakan,bukan ditempat lain.Air basuh tangan itu mengandungi hikmah atau khasiatnya.Digunakan olih orang berilmu dari Suku Kaum Bugis beramal ilmu Kebatinan.
8.Beramal ilmu Kebatinan yang diperlukan,biasanya ilmu Kebatinan Pukulan Penderas menggunakan air basuh tangan yang disapu pada tangan.Serta beberapa amalan Kebatinan lain.Insaallah pukulan tangan sepantas kilat.Tau tau dah kena aje.Bagitu juga dengan ilmu Kebatinan Pelimun Tumbuk.Kalau diizin Allah bolih cakap pada musoh dimana bahgian anggotanya yang hendak diserang atau  tumbok dan suroh dia bersedia.Atau bak kate orang tua tua dulu,bolih dipangkah atau ditandakan tempat sasaran dan suroh sedia pun kena juga.Inilah salah satu kelebihan atau hikmah yang Allah S,W.T. berikan pada ilmu kebatinan bangsa Melayu.Belum lagi pada hikmah dan kelebihan lain. Masa digunakan 3 minit
9.Mengucap sukur ALHAMDULILLAH kepada Allah diatas rezeki diberikan.Tanda kesukuran hamba kepada tuhannya.Semuga dengan terbukanya rahsia ini anak anak bangsa Melayu tahu bahawa bangsanya ada kelebihan tersendiri.Dan tidak mengagung agungkan ilmu bela diri bangsa lain dan memperkecilkan atau memperlakihkan keupayaan bangsa sendiri.

Kesimpulan: Peradapan yang unik,menarik dan amat menyeluroh.Merangkumi ikhtiar dunia dan akhirat.Dari ciri ciri kebersihan,pemantawan Keselamatan makanan dan minuman,Ibadah.kesukuran,Kesihatan dan hikmah yang diperolihi amatlah besar sekali.

PERADAPAN  KHAS MELAKUKAN SEX:


Sebagai mana yang telah dipaparkan didalam tajuk RAHSIA RUMAH TANGGA BAHGIA didalam ARASY MISTERI terdapat 21 permasalahan yang dikenal pasti masa kini.Keseluruhannya menjurus kepada pencerayan atau rumah tangga yang tidak bahgia.Punca utama bolihlah ditafsir dari ilmu pengetahwan menyeluruh ikhtiar dunia dan akhirat yang amat sedikit.Disini dipaparkan peradapan khas yang diamalkan oleh Suku Kaum Bugis untuk dikongsikan bersama anda sebagai maklumat dan panduan.Diantaranya:

1.Membersihkan diri dengan mandi .
2.Mengamalkan amalan Kebatinan Kuat Tenaga Batin.Dengan menggunakan 1 timba air dimandikan.
3.Mengamalkan ilmu Kebatinan Kuat Tenaga Batin dengan menggunakan tuala atau kain basahan yang digunakan.Diperah dengan bersyarat.
4.Memakai bau bauwan atau minyak wangi yang bolih merangsang nafsu terutama sekali minyak wangi yang dirumus khas dan telah dibuat pengisian Kebatinan pembuka dan pembangkit nafsu suami atau isteri(minyak Aura Kasih).Bukan minyak yang berada dalam pasaran.
5.Menggunakan ilmu Kebatinan membangkitkan keberahiyan isteri dengan meraba dibahgian belakang isteri.
6.Menggunakan ilmu Kebatinan Memperkasa  Senjata dengan menggunakan hikmah air lior ditengah lidah disapu pada Senjata.
7.Bercumbu mesra degan penoh cinta,kasih dan sayang sejati.
8.Menggunakan ilmu Kebatinan Hikmah Kelazatan  dihembus pada alat sulit Istri yang benar benar dipastikan cukup berahi.
9.Melayari bahtera sahingga akhirnya dengan zikirullah.Disini pastikan pernafasan dijaga.Yakni  seperlahan mungkin.Ianya akan membantu lambat keluar air mani.Yang terbaik ke2nya sama sama sampai ke kemuncaknya.Sekiranya salah seorang tercepat keluar airnya,maka pasangannya harus berusha terus agar cepat kekemuncaknya.Jangan mementingkan diri.
10.Akhiri peradapan ini dengan menggunakan ilmu Kebatinan Pengikat Cinta kasih dan Sayang dengan mengucup ubun ubun Isteri atau Suami.Insaallah akan berkekalan dan bahgia rumah tangga sampai akhir hayat,Insaallah.Maklumat lanjut untuk mengetahui kelebihan atau hikmah IlMU KEBATINAN BERUMAH TANGGA Suku Kaum Bugis.Untuk lelaki dan perempuan.Rujuk tajuk:Ilmu Kebatinan Berumah Tangga (perempuan) dan (lelaki) didalam ARASY MISTERI.Terlalu banyak rahsia dan kelebihan yang dimiliki orang dizaman dahulu yang menjadikan rumah tangganya berkekalan dan aman bahagia sahingga akhir hayatnya.Mengapa kita tidak mahu berusha menggunakan segala rahsia dan kelebihan ini.....?.



PERADAPAN  KELUAR  RUMAH:

Membawa maksud melangkah keluar meninggalkan rumah,kediaman atau tempat tinggal.Suku Kaum Bugis menggunakan peradapan ini sebagi ikhtiar keselamatan  rumah,harta dan keselamatan perjalanan.Ikuti butiran dibawah:

1.Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup rapi.Menutup pintu dan tingkap pula dengan Ilmu Kebatinan Pelimun rumah dengan niat:Bukan aku menutup pintu dan tingkap tetapi menutup pandangan orang yang berhakikat salah kepada aku dan rumah ini.
2.Perkara terakhir  menutup dan mengunci pintu hadapan rumah.Juga dengan menggunakan ilmu Kebatinan kunci Batin dengan niat:Bukan aku mengunci pintu.Aku mengunci pintu hati dan fikiran orang yang berhakikat salah kepada aku dan rumah ini.
3.Menggunakan ilmu Kebatinan Pelangkah melihat kepada Keselamatan perjalanan sebagai ikhtiar keselamatan.Sekiranya dilihat perjalanan bermasalah,maka ianya ditangguhkan 5 atau 10 minit.Kemudian akan melihat semula.Sahingga petanda selamat perjalanan baru ianya melangkah pergi.
4.Berdoa kepada Allah S.W.T. agar selamat dan berkat perjalanan.
5.Melangkah dengan kaki kanan dengan menggunakan ilmu Kebatinan Pelangkah.Apa bila telah melangkah tidak dibenarkan menolih kebelakang atau berpatah balik.Sekiranya terpaksa berpatah balik disebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan maka berpatahlah balik.Bermakna batallah usha atau ikhtiar diperbuat daripada pintu hadapan.Bukan semua.Maka mulakan semula cara sama.Yang terbaik bila melangkah janganlah berpatah balik.Kerana itu rancang perjalanan dan buatlah persiapan awal.Elakkan perjalanan yang tergesa gesa.


PERADAPAN MEMASUKI RUMAH:

Apabila hendak memasuki rumah Suku Kaum Bugis juga menggunakan peradapan memasuki rumah atau kediamannya.Tidaklah memasuki secara membabi buta atau menerjah.Ikutilah paparan dibawah:

1.Memberi salam ASSALAMUALAIKUM.(kepada para malaikat).
2.Membaca Al Fatihah 1x.Qursey 1x.Alam Nasroh 1x Selawat 3x (membawa rezeki dan kebajikan,Serta menolak  kejahatan dan keburukan syaitan,iblis dan jin yang mengikuti.Dan mengeluarkan segala keburukan didalam rumah.) 
3.Membuka  pintu hadapan rumah   dengan niat:Bukan aku membuka pintu.Aku membuka pintu rezeki,kenikmatan dan kebajikan untuk masuk dan menolak segala kejahatan dan keburukan.
4.Membuka tingkap tingkap dan pintu dari bahagian hadapan,tengah dan dapur mengikut susunan,Dari hadapan kebelakang dengan satu niat yang sama:Aku buka pintu/tingkap rezeki dan nikmat.

Dikalangan orang berilmu dari Suku Kaum Bugis juga mengamalkan peradapan membuka tingkap diawal waktu Subuh.Walaupun masih gelap.(udara segar bersih dan rezeki masuk) Selain itu setiap subuh mengamalkan membaca surah Al Wakiah,ayat 1000 dinar dan doa Akasah sebagai ikhtiar memudahkan rezeki.Tidak bolih membela anjing,menyimpan patung atau gambar yang tidak dibenarkan oleh agama.(malaikat tidak masuk rumah).Juga tidak dibenarkan menyimpan segala barangan mistik yang mempunyai kuasa bertulang belakang syaitan,iblis dan jin.Contoh,minyak dagu,anak kerak,Janlot,toyol dan lain lain.



PERADAPAN KHAS MEMASUKI RUMAH BARU:

 Membawa maksud menduduki atau mendiami tempat tinggal atau rumah yang baru dibina.Ataupun tempat tinggal atau rumah yang ditinggalkan atau dikosongkan oleh penghuninya.Peradapan ini digunakan bagi memastikan rumah itu selamat diduduki dari sebarang bahaya dan masalah gangguan mahlok halus.Sila lihat paparan dibawah:

1.Membuat tinjawan disiang hari keadaan didalam dan diluar rumah.
2.Membersihkan kawasan dalam dan luar.
3.Menggunakan ilmu Kebatinan Makrifat mengesan kehadiran mahlok halus atau sihir didalam rumah dan kawasan persekitaran.Sekiranya tiada,ushakan dihari lain dengan tidur bersendirian ditengah rumah.Masa jam 12 malam jumaat.Bangun tidur jam 2.30 pagi dan dirikan solat hajat,tahajut dan Istiharah lalu tidur dengan zikirullah.
4.Sekiranya tidak ada apa apa masalah,buatlah pagar ghaib untuk keselamatan didalam dan diluar.Sekiranya ada ikhtiarkan menghalau gangguan tersebut dengan kaedah khas dan membaca Yassin.
5.Memilih waktu berpindah yang bersesuayan mengikut haribulan melayu.
6.Apabila berpindah buat doa selamat dan bacaan Yassin.

Penawar Mata,Penaik Seri Wajah Lelaki & Perempuan

 Toner Mata Nur Theraphy


Klik untuk maklumat lanjut

Toner mata nur theraphy merupakan toner mata yang didatangkan dalam bentuk titis yang dibuat dari Air zam-zam, air mawar, herba terpilih , 30 juzuk Al-Quran dan doa pilihan

KEGUNAAN

  • Meningkatkan kadar kelembapan mata
  • Pencuci mata
  • Menyingkir kekotoran (habuk dan bahan asing)
  • Menigkatkan kesegaran mata / Mata lesu / Keletihan mata
  • Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata
  • Mengatasi mata merah dan meradang.
  • Menggurangkan bengkak mata
  • Merawat jangkitan mata
  • Mencantikkan mata
  • Memperbaiki keadaan penglihatan


Klik untuk maklumat lanjut


SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN MENIMPA.SESAL DAHULU PENDAPATAN,SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.JANGANLAH SAMPAI NASI MENJADI BUBUR.UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA TERSAYANG.TIADA GUNANYA WANG RINGGIT DAN HARTA YANG MENGGUNUNG APABILA MUSIBAH INI TELAH MENYELUBUNGI HIDUP ANDA.


SEGALA KEINDAHAN,KENIKMATAN DAN APA SAJA YANG ANDA MILIKI TIDAK AKAN MEMBAWA ERTI APA -APA ATAUPUN HILANG DENGAN SEKELIP MATA.SEDARLAH WAHAI ANAK BANGSA KU.PERIHATINLAH KEPADA KEHIDUPAN YANG SERBA MENCABAR INI.KEPERIHATINAN KEPADA KESIHATAN DANKESELAMATAN ADALAH IBU ATAU TERAS KEPADA KEHIDUPAN YANG BERJAYA DAN SEMPURNA.


DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.DILIPUTI DENGAN TAUFIK DAN HIDAYAH.DILIMPAHI NIKMAT DAN HIKMAH IMAN DAN ISLAM SEPANJANG KEHIDUPAN. DENGAN IZIN LIMPAH KURNIA DAN RAHMAT ALLAH S,W,T.INSYAALLAH.





Semua persoalan anda sendiri mungkin ada jawapannya. Tetapi anda tidak ada jalan penyelesayan.Ataupun gagal untuk menyelesaikannya.Dari itu ARASY MISTERI berusha membantu anda.Ingatlah setiap masalah ada jalan menyelesaikannya.Ada waktu dan ketikanya keluarga,saudara mara, dan rakan terdekatpun tidak dapat membantu atau meringankan bebanan kita.Atau kita sendiri malu dan merahsiakan dari pengetahuan orang lain.Justeru itu jadikanlah ARASY MISTERI sebagai panduan,pedoman,mencurah permasalahan rumah tangga,permasalahan remaja,anak anak dan kekeluargaan kepada ARASY MISTERI.Inilah bidang kami,yang tuhan kurniakan.Kami cuba membantu dan berkongsi permasalahan anda.





haruman pengikat kasih sayang (Aura Kasih ), menaikkan seri wajah (Aura Seri ) & menghindari gangguan dari makhluk halus (Aura Sufi) yang telah di doakan dengan ayat-ayat al-quran & doa-doa terpilih.insaallah dengan izin allah serba sedikit permasalahan diatas dapat diperbaiki.




RAHSIA RUMAH TANGGA BAHAGIA:

Didalam masyarakat atau kehidupan orang dizaman dahulu,amat menitik beratkan persoalan berumah tangga dan kebahgiaannya.Orang berilmu dari Suku Kaum Bugis akan menerapkan atau mengajar anak anaknya sama ada lelaki atau perempuan keseluruhan ilmu pengetahuan berkaitan rumah tangga.Dari tujuan,matlamat,tanggung jawab,pantang larang dan ilmu Kebatinan berumah tangga itu sendiri.Tidak ada insan didunia ini tidak mengira bangsa dan agama yang mahukan rumah tangganya roboh,huru hara,tidak tenteram atau aman damai.Keseluruhan mahukan rumah tangga yang berkekalan aman dan bahgia hingga keakhir hayat.


More..




ALAM PENGASIH


ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH. PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS

Sebelum ini,telah diterangkan secara panjang lebar dan terpeinci bahawa Suku Kaum Bugis menjalani kehidupannya dengan penuh PERADAPAN.Ini adalah untuk menepati Matlamat atau Sasaran didalam hidupnya.Dimana ikhtiar atau usha dunia dan akhirat akan diselaraskan bersama.Bagitu juga dengan ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH, PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS.Setiap satu daripadanya mempunyai Matlamat dan caranya yang tersendiri.Masyarakat Melayu hari ini agak sensitive,tidak senang,gusar,takut,tidak percaya,atau membuat andayan yang nagetif terhadap ilmu ini.Malah ada yang mendakwa ilmu ini Syirik atau salah disisi agama.Bergantunglah kepada ilmu individu itu sendiri.Hanya ilmu pengetahuan yang menyeluruh atau meliputi sahaja dapat membuat keputusan tepat dan meyakinkan.