MENANGGUK AYAM
HUTAN DITENGAH MALAM
Salim, Salam dan Sharif.Tiga beradik
yang mempunyai hobi yang sama menangguk ayan hutan ditengah malam.Puas kedua
orang tua mereka Pak Ngah Leman dan Mak Ngah Som melarang dan menasihati ketiga
tiga anaknya agar menghentikan kegiatan tersebut namun gagal.Walaupun baru 1
bulan mereka giat menangguk ayam namun keseronokan dirasai amat memuaskan
ketiga beradik ini.Oleh kerana hasil tangkapan juga begitu lumayan mereka
sanggup meredah semak samun mencari dimana tempat ayam hutan tidur.Pagi atau
petang mereka 3 beradik akan mencari lokasi dan membersihkannya.Ditinggalkan 3
hari agar ayam hutan tidak takut.Hari ke 4 barulah malamnya mereka 3 beradik
akan menangguknya.Malah mereka membuat buku catatan khas untuk mempermudahkan
kerja dan tepat masanya.Semua hasil tangkapan akan dijual kerestoran Sea Food
Cina.
Hantar banyak mana sekalipun.Walau
100ekor sekalipun 1 hari tetap tak menolak.Malah mereka ini diberi bayaran agak
mahal sedikit dari tempat lain.Manalah ke3 beradik ini tidak menggila.Waktu
siang nak menunggu malam terasa lama sangat.Tiga beradik ini pula bersaing
dengan 1 lagi kumpulan pemburu ayam
hutan dimalam hari.Tetapi kumpulan ini tidak menggunakan kaedah menangguk ayam tetapi
menembaknya menggunakan senapang angin buatan sendiri.Kumpulan ini digelar
PEMBUNUH MALAM.Ahli kumpulan seramai 7 orang.Dari hasil tangkapan PEMBURU MALAM
jauh mengatasi kumpulan 3 beradik ini.Kelebihan 3 beradik ini pula pandai
mencari dan mengesan tempat ayam hutan tidur.Jadi antara kedua kumpulan ini
saling berlumba lumba menangkap ayam hutan ditengah malam dari jam 12.00 tengah
malam sehingga jam 5.00 pagi.
Pada tengah hari khamis itu Pak Ngah
sekeluarga makan tengah hari sekeluarga.Kebetulan Mak Ngah masak kari ayam hutan dan sup cendawan dengan
ayam hutan.Semenjak hari pertama lagi 3 beradik ni minta Mak Ngah masak ayam
tetapi ditolak oleh Mak Ngah.Bukannya apa,malas nak cabut bulu dan
menyiyangnya.Bila malam tadi ketiga beradik ini baru tahu kenapa selama ini mak
mereka menolak untuk masak ayam.Tak usah nak masak,Nak goring berkunyetpun dia
tak mahu.Selama ini ketiga beradik ini tertanya tanya kenapa dan mengapa Mak
Ngah enggan memasak ayam hutan.Kalau ayam ternak bila bilapun boleh.Ketiga
beradik ni dalam diam diam mencari jawapan.Terfikir juga ada kemungkinan besar
ada kaitannya dengan larangan bapa mereka”..?.Sehinggalah malam tersebut ibunya
Mak Ngah terlepas cakap.
“Engkau tiga beradik ni sama saje.kan
mak dah cakap kalau nak sangat makan ayam beli saja ayam dipasar.Ayam juga, tak
ada bezanya.” Salim bersuara.”Mak kami teringin sangat nak rasa daging ayam
hutan,lagipun tak payah keluar belanja dan orang Cina teramat suka makan sebab
dia orang kata ayam hutan bebas dari bahan kimia,menyumbang pada kesihatan dan
rasanya amat sedap kerana itu taukeh restoran Cina tu sanggup membeli dari kami
walaupun 100 ekor sehari.”Mak Ngah agak terperanjat mendengar penerangan Salim.Dia termenong memikirkan kata kata
Salim.”Ye ke sedap,pembohongnya.Dulu mak pernah makan masa emak kecil dulu.Sama
saje.”Mak Ngah berkata.Salam pula menyampok.”Udahlah bang orang dah tak
sudi”.Sharif pula bersuara.”Mak sampai hati ye kat kita orang”.
“Hey budak budak ni,susah betul aku
dibuatnya.Tak faham faham.Tak reti reti.Emak malas nak siang,rebos dan nak
cabut bulu lagi.Laceh punya kerja.Belikan senang ,balik mak terus masak.”Salim
terbeliak mata mendengar cakap maknya.Lalu berkata.”La pasal tu saja
ke.Kah,kak,kah,kah”Dia tergelak sambil menepok nepok lantai.Salam dan Sharifpun
turut serta tergelak dan menepok lantai.Mak Ngah jadi pelik dan berkata.”Apa
melantaknya engkau orang ni”.Salam,Sharif dan Salim terdiam.Salim bersuara
memujuk manja.”Emak jangan marah ye.Malam ni kalau ada hasil tangkapan besok
pagi kami bawa kekedai ayam Mail.Suroh dia sembelih dan masukkan dalam mesinnya
selesai masalah.Kami bayarlah upahnya.Balik mak tinggal masak saje”.Mak Ngah
baru faham dan tersengih sengih malu.
Dalam hatinya berkata.”Ye jugak.Bodoh
betul aku ni.Tak pernahpun terfikir.”Sewaktu makan tengah hari tu bukan hanya
Salim,Salam Sharif sahaja yang berselara malah Pak Ngah dan Mak Ngahpun
sama.Semua makan bertambah.Lepas makan Pak Ngah memanggil ketiga tiga anaknya
untuk duduk bersamanya diserambi.Diserambi Pak Ngah mula berceramah.”Hari ini
tertunailah sudah hajat kamu nak makan daging ayam hutan.Bilakah pula kamu
semua nak sampaikan hajat atau permintaan ayah ,agar kamu semua menghentikan
kerja menangguk ayam malam.”Ketiganya masing masing menundukkan kepala.Tidak
menjawap walaupun sepatah.Masing masing bermuka muram.Pak Ngah bersuara
lagi.”Ayah melarang dengan bersebab.Demi keselamatan kamu semua.Jangan asik nak
suka sahaja.Nanti dapat duke.Kamu semua tak fikir langsung pasal keselamatan.
Bila malam macam macam bahaya,entah
mana ular berbisa,entah mana lipan dan kala jengking,entah mana hantu dan
setan.Belum kena ye le.Dah kena nanti baru engkau orang tau.Lagi satu,kalau nak
cari rezeki ada banyak kerja lain yang boleh diushakan lagi.Jadi ayah rasa
hentikanlah.Itu saje yang ayah nak cakap.”Ketiga beradik nipun berlalu pergi
tampa sebarang jawapan atau pengakuan.Disebabkan ketagihan dan lumayannya hasil
pendapatan jualan hasil tangkapan ketiga beradik ini tetap juga meneroskan
kegiatan tersebut.Malam tu malam Jumaat,tepat jam 12.00 ketiga beradik ini mula
bergerak kelokasi.Tiba jam 12.30.mereka bergerak perlahan lahan menyusup
kebawah pokok cempedak.Kalau ikut pemantawan sabelumnya banyak ayam yang tidur
disitu.Dianggarkan 15 ekor semuanya.
Langkah pertama ketiga beradik ini
menyerkop pokok tersebut dengan jaring burung secara keliling.Kedua mereka akan
menangguk ayam yang ada tidur diatas
pokok tersebut secara serentak.Mana yang terbang akan tersangkut jaring
burong.Malam tu selesai sahaja memasang jaring burung mereka mula mengesan
najis ayam hutan dibawah pokok cempedak.Dengan itu mudahlah mereka
mengesan belah mana ayam hutan tidur
lalu menyuloh dan menangguknya.Malam tu kelihatan najis ayam banyak disebelah
kiri pokok tersebut.Mereka berpakat untuk menyuloh serentak.Belumpun sempat nak
menyuloh sepontan ketiga beradik ni ditimpa air dari atas pokok cempedak
tersebut.”RAW”bunyi air tersebut.Ketiga beradik ni terpinga pinga dan tertanya
tanya sendiri,air apa pulak ni..?.
Sepontan itu juga terhidu bau yang
amat hancing.Salim mula bersuara.”Bau air kencing aje ni.”Salam tampa disuroh
menyuloh keatas pokok cempedak.Dia terjerit.”Hantu”.Apa lagi lintang pukang
ketiga tiganya melarikan diri.Sempat juga ketiga beradik ni terdengar suara
perempuan mengilai.Apa lagi....tak cukup tanah ketiga tiga beradik ni berlari
balik kerumah.Sampai dirumah Pak Ngah sudahpun menunggu ditangga hadapan dengan
air penawar yang telah disediakannya.Pak Ngah bersuara.”Kamu bertiga tak payah
cakap apa apa,Ambil air penawar ni selawat nabi 3 kali minum sedikit dan
lebihnya campor dengan air setimba mandikan untuk mandi terahir.Mandi berseh
berseh dulu.Cepat,ayah tunggu disini.Mandi dibilik air luar.”Berebut rebut
masing masing masuk kebilik air dan melakukan apa yang disuroh Pak Ngah.
Lepas mandi ketiga beradik ni Pak
Ngah kebaskan dengan kain hitam 3 kali barulah mereka dibenarkan masuk bilik
dan tidur.Keesokan harinya ketiga beradik ini membuat perbincangan
tertutup.Membincangkan apa yang telah berlaku.Mereka bertiga cuba mencari
jawapan kepada beberapa persoalan yang menghantui pemikiran
mereka.Diantaranya.1.Air kencing apa yang menimpa seluruh tubuh badan mereka
malam tadi..?. 2.Hantu apa diatas pokok cempedak malam tadi..?.3.Bagai mana
bapa mereka boleh tahu yang mereka bertiga menghadapi masalah malam tadi dan
membuat persiapan menanti mereka pulang ditangga rumah ,siap dengan air penawar
yang telah disediakan..?.4.Bila masa bapa mereka sudah pandai membuat
rawatan,sebelum ini mereka bertiga tak tahupun..?.Hanya bapa mereka sahaja yang
boleh menjawap semua persoalan ini.
Mau tak mau,sudah tiada jalan
lain.Untuk mendapatkan jawapan pada persoalan tersebut kenalah mengadap ayah
mereka.Pak Ngah pula bagaikan tahu,dia menjauhkan dirinya apabila ketiga
anaknya cuba menghampiri untuk bertanya soalan.Perbuatan Pak Ngah dan anaknya
menimbulkan tanda tanya dan rasa pelik Mak Ngah.”Ape ke jadahnya orang tua ni
dengan budak budak ni.Tak tahu duduk diam.Sekejap kedepan,sekejap
kebelakang.”Akhirnya Mak Ngah bersuara.”Apa halnya ni bang?”.Pak Ngah
menjawap.”Aku tercium bau hancing. Macam bau air kencing Langsui.Itulah aku mencarinya.Kalau
dapat jumpa nak ku tangkap.Nak ku sumbat dalam botol Langsuinya.Bila aku kedepan ada baunya.Bila
aku kebelakangpun ada baunya.Maknya tak tercium ke barunya”.Mak Ngah menyedut beberapa kali udara melalui
hidungnya.”Tak adapun”.Kata Mak Ngah sambil mengerutkan dahi.
Salim,Salam dan Sharif masing masing
berpandangan sesame sendiri.Salim berkata kepada kedua adiknya Salam dan
Sharif.”Engkau berdua ada ke tercium bau hancing ke lalu mencium baju dan kedua
tangannya.”Tak adapun bang.”Keduanya menjawap serentak.”Pak Ngah tergelak”.Kah,kah,kah, sambil memandang
siling rumah.”Ada orang tu malam tadi dikencingkan hantu Langsui.Hemmm, tak
cukup tanah berlari lintang pukang Kah,kah,kah,kah,kah,kah”.Bagai nak pecah
perut Pak Ngah ketawa sendirian.Mak Ngah baru faham maksudnya lalu
bersuara.”Apa tak kau tangguk sekali Langsui tu.Kah,kah,kah.Mak Ngah pula
tergelak.Akhirnya semua anak beranak ni ketawa berdekah dekah.Pak Ngah pun
bercerita kepada anak anaknya pengalaman
dia berguru dengan datuknya ilmu persilatan dan kebatinan yang selama ini
dirahsiakan.
Jadi ketiga beradik inipun mengambil
keputusan untuk belajar ilmu disebelah malam bagi mengisi masa terluang.Maka
terhenti dan berkuborlah segala kegiatan memburu ayam hutan.
Kesimpulan:
1.Dalam apa keadaan sekalipun
utamakan keselamatan.
2.Tak patah retak,tak retak luka.Tak
luka bengkak.Tak bengkak terguris atau tercalar.Begitulah kesimpulannya apabila
kita tidak mendengar nasihat atau teguran orang tua.Terutama ibu dan bapa kita.