AYAM HUTAN
MENJADI DAUN
Salleh letop dan Man ayam merupakan
pemburu ayam tegar.Mereka memburu ayam secara menembaknya dengan senapang patah
dengan menaiki motosikal.Keduanya mempunyai kebolihan masing masing.Salleh
letop berkebolihan menembak ayam dari atas motosikal yang sedang
bergerak.Manakala Man ayam berkebolihan mencari lokasi dimana ayam hutan
berada.Gandingan keduanya merupakan gandingan yang amat mantap.Kedua mereka
pula amat dibenci oleh kaki memikat ayam dengan menggunakan denak dan kaki tangguk
ayam disebelah malam.Apa tidaknya kebanyakan ayam didalam jajahan Jugra pada
waktu itu hampir pupus dikerjakan oleh mereka berdua.Pantang berkokok dan
pantang melintas lorong atau jalan pasti meletop senapang Salleh.
Kerana itu juga orang kampong memanggilnya
dengan nama Salleh Letop.Pagi dan petang keduanya akan menembak ayam
hutan.Boleh dikatakan hari hari.Satu hari diantara 20 ke 40 ekor ayam yang
dapat ditembak pagi dan petang.Semuanya dijual kepada orang kampong dan taukeh
Cina yang senentiasa memborongnya.Banyak mana sekalipun dia tak tolak.Salleh
Letop dan Man ayam menjadikan punca
pendapatan harian mereka berdua.Lagipun keduanya penganggur terhormat.Bila
malam keduanya akan melapak diwarong Mak Janda dikampong sebelah.Sambil makan
malam sambil bincang lokasi mana nak diredah esoknya sambil sambil mengurat Mak
Janda.Bak kata Man ayam.”Ayam baik punya.Ada ummm”Mak Janda ni taukeh warong
makan tersebut.Layanannya mencairkan setiap pelanggan yang datang kewarongnya.
Inikan pulak Salleh Letop dan Man
ayam.Suatu petang keduanya pergi memburu ayam diSungai Hantu Kelanang.Sebelum
ini keduanya tidak pernak memburu ayam dikawasan tersebut.Cuma Man besi yang
ada beberapa kali kekawasan itu memasang tajo dan memancing ikan haruan disitu
sewaktu adiknya berkatan dahulu.Waktu inilah Man ayam mengetahui dikawasan itu
banyak ayam.Walaupun Man ayam sudah lama tahu namun dia tak berminat nak
beritahu Salleh Letop sebab nama tempat itupun sudah menggerunkan dirinya.Dulu
dia memancing disitu pun dia belum tahu nama tempat atau kawasan tersebut
Sungai Hantu.Lagipun waktu itu Man ayam bertujuh.Sampai disatu simpang empat
mereka menghentikan motosikal untuk mendengar dimana ayam hutan berkokok.Salleh
letop memasukkan peluru kedalam senapangnya sebagai langkah persediaan.
Sejurus kemudian terdengar kokokan
ayam disebelah kiri jalan.Dengan segra Mereka menuju kelorong jalan
kiri.Dianggarkan dalam jarak 30 batang kelapa sawit.Sampai disana mereka
berhenti terdengar kokokan ayam diatas lagi jarak kurang lebih 40 pokok kelapa
sawit dihadapan lagi.Mereka terus kehadapan lagi dan lagi dan lagi.Walaupun ada
kokokan ayam, didalam perjalanan sejauh itupun masih tidak kelihatan walau
seakorpun.Mereka telah jauh masuk kedalam kawasan Sungai Hantu.Tiba tiba
melintas sekawan ayam hutan hampir 10 ekor betul betul dihadapan motosikal.Man
ayam tergamam seketika.Bagitu juga dengan Salleh Letop.”Aduhhhh,dekat
sangat”.kata Salleh.Dilihatnya kesemua ayam hutan tersebut masuk kedalam semak
samun.”Tak boleh tembak Man.Terus masuk semak”kata Salleh Letop.
“Tak kenapa,kita kedepan lagi.Ini
baru mula.Banyak lagi didalam”.kata Man ayam.Mereka berduapun menunggang
motosikal kehadapan lagi.Sejurus kemudian mereka terserempak dengan sekumpulan ayam hutan hampir 30 ekor
semuanya.Sallah segra mengacukan senapangnya tiba tiba motosikal hilang kawalan
lalu terbabas melanggar pokok kelapa
sawit.”TOM”.Senapang Salleh meletop.Salleh terjatuh ketanah dan Man ayam
terperesok dipangkal pokok Kelapa sawit.Ayam hutan terperanjat lalu semua
melarikan diri.Nasib baik tiada kecederaan kepada keduanya.”kau tak apa apa
Man”,,?.tanyaSalleh.Man menjawap .”Aku tak apa apa.Tapi....?”Salleh angkat
kening lalu berkata.”Tapi apa...?”.Man ayam tidak menjawap.Dia bagaikan
memikirkan sesuatu.Diangkatnya moto yang menyembah bumi tampa sebarang kata
kata.Sallah bertanya lagi”Tapi kenapa..?.”Man memandang tepat kearah Salleh
lalu berkata.”Aku rasa macam ada benda melanggar aku.”Salleh
tertawa.”Kak.kah,kah,kah,betullah tu.Pokok kelapa sawit yang langgar engkau
ye.Bukan engkau yang langgar pokok kelapa sawit”.Man ayam tidak
menjawap.Mukanya merah padam menahan kemarahan.”Sudahlah,jom kita kedepan lagi
tengok apa macam.”Man ayam pun menghidupkan injin motosikalnya lalu bergerak
kehadapan lagi.Baru saja melepasi 10 pokok kelapa bali sudah terserempak
sepasang ayam hutan .Salleh Letop segra menghalakan senapangnya,tiba tiba seakor ayam hutan jantan terbang dari arah
kiri terus melanggar muka Salleh.Salleh terperanjat dan tertembak keatas pokok
Kelapa sawit.Man ayam tak perasan ayam hutan yang melanggar muka Salleh.Man
melihat Salleh Letop menembak keatas pokok.
Sangkanya ada ayan hutan diatas
pokok.”Setan punya ayam,kau langgar muka aku.”Jerit Salleh letop.Ayam yang
melanggar muka Salleh Letop tadi terbang hinggap keatas dahan pokok Jejawi.”Mampus
kau kali ini”.Salleh berkata,terus dengan pantas menembak ayam hutan
tersebut.”TOM”.Bergema bunyi tembakan
Salleh Letop.Melambung ayam hutan tersebut kena tembakkannya.Beterbangan
dan bertaburan bulunya.Man ayam berlari kearah pokok Jejawi tersebut untuk
mengutip ayam tersebut.Salleh Letop mengisi peluru kedalam senapangnya untuk
persediaan menembak lagi.Sesampai Man ayam dibawah pokok Jejawi puas dia
mencari ayam hutan tersebut tetapi tidak ditemui.Yang ada hanyalah taburan daun
daun keing.Man ayam memanggil Salleh Letop dengan segra.Salleh Letop segra
mendapatkan Man ayam.
“Kenapa Man,tak jumpa ke ayam
tu”..?.Salleh berkata.”Ha,itu yang aku pelik ni.Usah kata ayam.Bulu sehelaipun
aku tak jumpa.Darah setitikpun tak ada”..?.Salleh termenung,diperhatikan dahan
pokok Jejawi tempat ayam hutan yang ditembak tadi.Betul betul diatas
kepalanya.Bermakna kalau jatuhpun pasti ditempat dia berdiri sekarang atau
sekitar berhampiran.Salleh Letop jadi tak puas hati,dia sendiri turut serta
membantu Man ayam mencari.Puas mencari tidak juga bertemu.Man ayam terperasan
daun kering yang bertaburan.Diambilnya sehelai.Dilihat dan ditelitinya dengan
cermat.Dipadankan dengan daun daun yang bertaburan disitu.Diperhatikan
sekeliling kawasan berhampiran.Langsung tiada daun tersebut bertaburan dan daun
tersebut bukannya daun pokok Jejawi.
Sepontan bulu tengkoknya
meremang.Salleh Letop juga merasa seluruh bulu romanya berdiri.Salleh Letop
melihat Man ayam tercegat saje,macam memikirkan sesuatu.Belum sempat Salleh
Letop mengajak Man pulang dengan
sendirinya senapangnya meletop keudara.”TOM”.Salleh Letop dan Man ayam
TERPERANJAT BEROK.Keduanya pucat muka dan seluruh tubuh badannya
menggigil.Hasrat keduanya nak cabut lari,tapi tidak mampu berbuat demikian
disebabkan lutut masing masing terasa longgar macam nak tercabut.Mereka
gagahkan juga berjalan kearah motosikal dengan bersusah payah.Akhirnya keduanya
sampai ke motosikal.Man ayam cuba menghidupkan motosikal tetapi tidak
berdaya.”Kita lepak dulu.”kata Man ayam kepada Salleh Letop.Mereka berduapun
duduk bersandar pada pangkal pokok kelapa sawit.
Masing masing cuba bertenang dan
memulihkan semangat masing masing.Hari sudah hampir senje.Man ayam
bersuara.”Tak boleh jadi ni Salleh,rupanya hari dah hampir senje.Jom cabut
cepat.”Mereka bergegas menaiki motosikal.Man menghidupkan injin motosikalnya
berkali kali namun gagal.Sudah.....kau buat hal pulak”kata Man ayam.Salleh
menggaru kepala beberapa kali.”Hemmm...hanco,hanco”kata Man terus menolak
motosikal diikuti Salleh dari belakang.Sebentar kemudian hari sudahpun
gelap.Masing masing berjalan tampa bersuara.Melangkah dan melangkah.Sewaktu
berjalan meredah malam berbagai bagai suara kedengaran.Ada bunyi orang berjalan
dalam semak,ada bunyi orang ketawa,ada bunyi ayam berkokok.ada bunyi orang
mengaji,berzikir,tercium bau yang amat busuk sehingga loya tekak dan akhirnya
motosikal sudah tidak boleh ditolak lagi.
“Salleh tolong aku tolak motosikal
ni” kata Man ayam.Salleh segra membantu Man ayam menolak
motosikalnya.TERPERANJAT BEROK Salleh dibuatnya.Terlampau berat sangat,bagaikan
berpikul beratnya.Sepenuh tenaga terpaksa digunakan untuk menolak motosilal
oleh keduanya barulah bergerak sedikit.Salleh bersuara.”Tak boleh jadi ni.Kunci
motosikal.Kita terpaksa tinggalkan disini.”Man ayam tidak membantah terus
sahaja mengunci motosikalnya.Merekapun berjalan terus kehadapan meredah malam
gelap yang diselubungi ketakutan sehigga ketulang.MERAUNG GAJAH dibuatnya.Nak
menyampaikan kejalan raya sahaje mereka terpaksa berjalan kaki sejauh
2km.Sampai dijalan raya pula terasa lega sikit dihati.Mereka duduk melepaskan
penat lelah ditepi jalan.Langsun tidak ada satupun kenderaan yang lalu.
Tekak masing masing punyalah
dahaganya.Air bekal dah habis.Keduanya rasa dah tak larat nak berjalan.Apa kan
daya terpakse juga berjalan.Untuk sampai kerumah mereka terpaksa berjalan
sejauh 3km lagi.Masing masing berjalanpun dah semakin perlahan dan terhuyung
hayang.Tiba tiba kelihatan sinaran lampu kenderaan dari belakang.Terpancar
harapan diwajah mereka berdua.Tunggu punya tunggu kenderaan tersebut tak sampai
sampai juga.Keduanya merungut sendiriTiba tiba lampu kenderaan tersebut padam
dan hilang entah kemana.Alangkah sedihnya rasa dihati keduanya.Mau tak mau
keduanya terpaksalah berjalan kaki lagi.Sudah jauh mereka berjalan mengikut
jalan raya namun tidak satupun kenderaan yang lalu.Rasa nak berderai air mata
keduanya mengenangkan untung nasib masing masing.
Mereka berdua berhenti seketika
melepaskan penat ditepi jalan.Sejurus kemudian kelihatan 5 biji kenderaan
melalui jalan tersebut.Mereka segra bangun dan bersedia untuk menahan kenderaan
tersebut.Masing masing mula gembira dan merasakan penderitaan mereka akan
berakhir .Sejurus kemudian kenderaanpun hampir sampai.Mereka siang siang
melambaikan tangan dan cuba menahan kenderaan tersebut.Tetapi kesemuanya tetap
bergerak,seolah olah mereka tidak dapat melihat mereka berdua.Salleh Letop dan
Man ayam terlompat lompat dan terjerit jerit sambil melambai tangan namun
gagal.Kesemua kenderaan tersebut meluncur laju meninggalkan mereka.Disebabkan
terlampau kecawa dan tertekan keduanya menjerit sekuat kuat hati dan menangis
sepuas puasnya.
Kini kedua duanya merasakan hampir
mati.Segala tenaga telah hampir tiada,semangat mereka telah terbang entah
kemana.Keduanya terjelepok terduduk diatas tanah ditepi jalan.Tidak berhenti
menangis dan menangis.Dimasa itu rasa nak bertaubat dari memburu ayam hutan
lagi.Salleh Letup kemudiannya cuba
berdiri dan memerhati disekeliling kawasan tersebut seandainya ada rumah orang
kampong.Tidak langsung kelihatan.Tetapi ada kelihatan satu jambatan kayu yang
besar berhampiran dengan mereka dan ditepi jalan raya.Amat sesuai berehat
disitu.Sallehpun mengajak Man ayam kesitu.Sungguh Man ayam sudah lagi tidak
mampu untuk berdiri dan berjalan.Salleh Letop cuba membantu memapah Man ayam
dengan sisa sisa tenaga yang ada.Namun akhirnya keduanya rebah ketanah.
Keduanya merangkak rangkak,dan
akhirnya sampai juga keatas jambatan tersebut.Disebabkan teramat letih keduanya
akhirnya tertidur diatas jambatan.Keasokan harinya mereka ditemui oleh orang
kampong yang melalui jalan raya tersebut lalu menghulurkan bantuan.Keduanya
dihantar kerumah masing masing.Sejak dari itu Salleh Letop dan Man ayam sudah
tidak lagi memburu ayam hutan sebaliknya menjadi nelayan persisiran pantai dan
mengambil upah mengait kelapa Sawit.Maka berkembang biaklah semula ayam hutan
diJugra.
Kesimpulan:
1.Janganlah terlampau asik memburu
ayam hutan.
2.Penuhkan ilmu didade sabelum
memburu atau masuk hutan.
3.Jangan bermulut celupar.
4.Apabila berlaku satu satu
musibah,segralah meminta perlindungan dan bantuan dari Allah S.W.T.