SELAMAT DATANG KE ARASY MISTERI, SEMOGA PERKONGSIAN ILMU INI DAPAT DI MANAFAATKAN BERSAMA, DI HARAP TIDAK ADA PENYALAH GUNAAN UNTUK KEGUNAAN KEARAH KEMUNGKARAN. INSYAALLAH. SEBARANG CADANGAN ATAU PANDANGAN ANDA BOLEH DIKONGSIKAN ARASY MISTERI 013-2554392 / 012-9715794 / ARASHMISTERI@GMAIL.COM TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI ARASY MISTERI

MISTERI  KERAMAT  PEHA  SEBELAH  JUGRA


Adalah diantara kuburan lama yang terdapat dibukit Jugra.Terletak dikaki bukit Jugra didalam kawasan Batu Hampar.Sekiranya anda berada diRumah Pasung,sekarang ini dijadikan MUZIUM INSITU JUGRA anda hanya perlu berjalan kaki kehadapan sedikit.(500m).Keramat Peha Sebelah mendapat namanya dari cerita cerita orang tua tua dizaman daulu yang menetap dikawasan Jugra.Bermula ceritanya apabila seorang nelayan tempatan menjala udang diBatu Hampar terlihat sedelah kaki manusia tersangkut dicelah celah akar pokok bakau.Disebabkan ketakutan nelayan tersebut terus meninggalkan tempat tersebut lalu pulang kerumah.Malamnya nelayan tersebut bermimpi seorang Panglima berkaki sebelah sahaja datang bertongkat menemuinya.Didalam mimpi tersebut Panglima ini mengakui bahawa didalam pertempuran dengan lanun dilaut dia telah kehilangan kakinya. (putus dan tercampak kakinya kelaut) hanyut sampai ke Batu Hampar.

Panglima tersebut meminta nelayan tersebut menyempurnakan pengkebumian kakinya mengikut syarak agama Islam.Dengan itu nelayan tersebutpun mengambil kaki tersebut dan menyempurnakan pengkebumiannya bersama beberapa orang kampong.Dari peristiwa itulah orang kampong menggelar keramat tersebut dengan gelaran atau panggilan Keramat Peha Sebelah.Keramat Peha Sebelah ini juga pernah menggemparkan seluruh Negara apabila tersiarnya berita didalam akbar akbar berkaitan ada Individu yang tidak bertanggung jawap menjalankan aktiviti pemujaan,khurafat,bidaah dan syirik sehingga mendorong Jabatan Agama Islam Kuala Langat,PDRM dan segelintir penduduk tempatan memecah dan merobohkan penempatan dan bangsal yang dibina disekitar makam tersebut.

Kononnya Individu terlibat dilindungi oleh Kerabat DiRaja dan disuroh menjaga kawasan tersebut.Dia diberi imbuhan ribuan ringgit setiap bulan.Sebelum tindaan hendak diambil Individu tersebut telah menghilangkan diri meninggalkan tempat tersebut.Individu tersebut bukannya terdiri dari orang kampong atau anak tempatan disitu tetapi orang luar.Disini aku ingin berkongsi pengalaman, yang aku tempuhi sendiri dimakam tersebut sewaktu aku berusia  15 tahun.Satu petang aku terserempak dengan Lijam rakan baru ku dipekan Kg:Kelanang.Usianya 19 tahun.Empat tahun lebih tua dari aku.Berasal dari kampong tersebut.Lijam merupakan anak murid kesayangan Pak Ali Belacak.Guru Silat Lintau.Pak Ali mempunyai ramai murid.Tetapi Lijamlah yang paling disayanginya.Pak Ali ni boleh tahan juga ilmunya.Suatu ketika ribut melanda kampongnya diKg:Rabe.Sekarang ditukar nama kepada Kg:Cantik atau Kg:Seri Jugra.Waktu itu dia bersama sama beberapa orang kampong didalam perjalanan pulang dari rumah orang kenduri.Pak Ali seorang dihimpap pokok kelapa yang tumbang dipukul ribut.Beberapa orang kampong yang berjalan bersamanya terkejut bila mana pokok kelapa itu tumbang dan hampir mengenai mereka dan Pak Ali seta merta hilang.Kelang  kabut mereka mencari Pak Ali disekitar kawasan tersebut,tetapi tidak ditemui.Akhirnya mereka duduk diatas batang kelapa yang tumbang sebentar melepaskan penat dan ingin berbincang tindakan selanjutnya yang perlu diambil.

Belum sempat berbincang apa apa,kesemuanya merasakan seolah olah batang kelapa tersebut terasa bergegar dan bergegar sedikit demi sedikit.Masing masing dapat merasakan gegaran tersebut walaupun tidak sekuat mana.Mereka sependapat menyangkekan gempa bumi.Apabila salah seorang dari pada mereka bangun tidak terasa gegaran tersebut lalu memberi tahu yang lain.Maka semuanya berdiri.Benar,tiada rasa gegaran.Bila duduk semula diatas batang kelapa terasa gegarannya.Mereka sependapat tiada gempa bumi.Lalu mereka menyuloh batang kelapa tersebut dari pangkal  nak kehujung(Pucok).Baru suku perjalanan tiba tiba mereka melihat kupiah dan rambut manusia dibawah batang pokok kelapa yang  tumbang tersebut.Melalui kupiah tersebut mereka tahu Pak Ali lah yang berada dibawah batang pokok kelapa tersebut.

Masing masing kelam kabut berusha menyelamatkan Pak Ali.Mereka mendapatkan bantuan orang kampong dan membawa peralatan.Dibahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan memotong dan mengalih batang kelapa.Satu kumpulan lagi menggali disekeliling Pak Ali.Semua mengandaikan Pak Ali telah meninggal dunia.Sedang kumpulan pertama memotong batang kelapa tidak jauh dari Pak Ali terbenam dan satu kumpulan menggali tanah disekeliling Pak Ali tiba tiba beberapa penggali terjerit.”Ha Pak Ali masih hidup”.Masing masing berpusa pusa merapatkan diri tolong segra menggali dengan pantas.Sementara itu batang pokok kelapa telah dipotong.Penggalian sudah sampai keparas  bahu,tba tiba Pak Ali membuka matanya dan berkata.”Basuh kepala dan muka aku dulu.”Beberapa orang berlari mendapatkan air lalu membasuh kepala dan muka Pak Ali dari tanah.Kemudian Pak Ali menyuroh semuanya segra mencari bekas air dan mengangkut air dari sungai yang tidak jauh dari situ.Tidak seorangpun yang terkecuali.Maka semuapun meninggalkan Pak Ali seorang diri tertanam diperut bumi.Apa bila semua orang kembali kesitu membawa air Pak Ali sudah tiada ditempatnya.Tinggal lubang sahaja.Masing masing terpinga pinga dan menggelabah.”Oooi aku disini.Mandikan aku disini”.Jerit Pak Ali yang duduk diatas bungkahan bungkahan batu.Jadi orang ramaipun memandi dan membersihkan tubuh badan Pak Ali disitu.Pak Ali dilihat tidak langsung mengalami sebarang kecederaan,dan tidak menunjukkan kelebihannya meloloskan diri dari terperosok dari perut bumi.

Sejak dari itu orang kampong menggelar Pak Ali  dengan gelaran Pendekar Ali.Cerita ini tersebar luas hampir keseluruh jajahan Jugra menyebabkan ramailah yang meminta Pak Ali mengajar ilmu persilatannya dikampong masing masing.Namun Pak Ali menolaknya dan hanya bersetuju mengajar dirumahnya sahaja.Sewaktu Pak Ali hampir menghembuskan nafas terakhir dia telah menuruhkan semua ilmunya kepada Lijam dan berpesan salepas dia dikebumikan Lijam hendaklah pergi bertapa diPulau Besar Melaka selama 7 hari bagi mewarisi keilmuannya.Berbalik kepada pertemuan aku dan Lijam dipekan Kelanang,Lijam meminta aku membawanya keKeramat Peha Sebelah besok pagi disebabkan dia tidak pernah pergi keMakan tersebut.Jadi akupun bersetuju.Lijam amat berharapkan kepada aku.

Besok paginya jam 9.00 pagi kami bertolak dari pekan Kg:Permatang Pasir lepas bersarapan pagi.Entah dimana silapnya,kami tidak dapat mencari Makam tersebut.Walaupun kedudukannya dari jalan besar hanya 30m sahaja.Malah entah bagai mana kami boleh tersesat jauh ketengah hutan.Lijam amat marah pada aku pada mulanya bila gagal mencari Keramat tersebut lalu membuat keputusan  agar aku berada dibelakangnya.Dia sendiri yang hendak mencari dan menjadi KEPALA JALAN.Aku akur sahaja dengan kehendaknya.Bila ditegur dia marah.Disatu tahap bekalan airpun dah habis.Dan aku terpaksa memberi kata dua kepadanya sama ada buat haluan masing masing atau terpaksa ikut aku semula tampa banyak cakap.Aku terpaksa berbuat demikian kerana sedar telah jauh masuk kedalam hutan dan matahari telah mulai condong.

Aku anggarkan kami telah berjalan hampir 6 jam berpandukan kedudukan matahari.Dari atas bukit sewaktu itu aku melihat pemandangan yang saulana mata memandang.Nampak paya bakau dan anak sungai.Aku camkan betul betul.Ya,aku pasti sangat anak sungai tersebut dan aku sudah dapat membaca kedudukan kami yang telah jauh tersasar kepenghujung bukit.Dengan itu segra aku membuat keputusan mencari jalan pintas.Bergerak dengan agak pantas.Didalam perjalanan aku terjumpa akar kayu yang boleh mengeluarkan air untuk diminum berjuntai juntai pada pokok.Aku cantas dan meminum airnya.Lijampun meminumnya.Badan kami terasa bertenaga dan kehausanpun hilang.Setiap perjalanan aku aturkan mengikut kaki bukit dianggarkan ketinggian 100 ke 200 kaki sahaja.Dari paras ini dengan mudah aku dapat melihat kebawah dan mengecam atau mengagak kedudukan kami.

Akhirnya kami terus sampai kekeramat tersebut.Aku amat bersukur kepada Allah S.W.T. kerana selamat sampai.Memandangkan Keramat tersebut dipenuhi daun daun kayu yang bertimbun kami sapu dan bersihkan.Kemudian kami bakar dan melepaskan penat lelah duduk bersandar dipangkal pokok yang berasingan.Mata hari sudah agak condong.Aku agak sudah pukul 5.00 petang.Entah bila Lijam sudah terlelap.Mungkin keletihan yang amat sangat agak aku.Akupun terasa amat letih juga,fikiran dah mula nak melayang.Kelopak matapun dah terasa berat.Tiba tiba aku terdengar suara orang memberi salam lantas segra menjawap salam.Kelihatan 7 lelaki dewasa semua berpakayan serba hitam dan bertanjak muncul.Salah satu daripadanya lengkap memakai SELAPANG ditubuhnya.Dialah ketuanya dari semua pemuda tersebut.

Semua berjabat salam dengan aku.Ketuanya bertindak seolah olah Panglima atau Hulubalang.Semua pemuda lain akan akur padanya.Dia mengarahkan semua pemuda tersebut duduk berbaris diKeramat tersebut.Kemudian berkata kepada aku.”cu mari kita bersama membaca tahlil”.Tangan aku dipegang dan dipimpinnya ketengah ruang yang dikosongkan.”Duduk sini sebelah Tok”.Kamipun duduk dan membaca tahlil dan doa.Selesai sahaja sebelum mereka pulang semuanya bersalaman dengan aku.Yang Panglima atau Hulubalang tu bukan takat bersalam dengan aku .Malah aku dipeloknya.Bagai anak dengan bapa.Dia juga meninggalkan bekalan makanan yang semuanya dibungkus dengan daun dan diletak didalam upih pinang yang telah dibentuk macam mangkok.Aku tak pernah melihat sebelumnya bekas sebegini.
Apabila semuanya telah meninggalkan aku Lijampun terjaga.Nampak saje bekalan makanan dia terus menerpa dan melahapnya.Makan dengan gelojoh sampai hampir tercekik.Memandangkan kawan aku ni lahap sangat,aku fikir ada lebih baik aku  juga jangan berlengah.Lambat pasti tinggal daun aje.Akupun mengambil beberapa ketul kuih tersebut dan memakannya.Sewaktu sedang makan aku baru terfikir yang sejak pemuda tersebut meninggalkan aku  dalam 5 minit ni,tak terdengar langsung bunyi kenderaan mereka.Mestilah kereta ataupun Van.Sebab semuanya 7 orang.Aku terus berlari kejalan besar yang hanya 10m sahaja,Tidak kelihatan pemuda pemuda tersebut dan juga sebarang kenderaan.Yang kelihatan adalah motosikal aku sahaja ditepi jalan.

Adalah mustahil dengan masa singkat pemuda  pemuda ini meninggalkan aku tampa menaiki kenderaan.Nak kata naik kenderaan tak dengarpun bunyinya..?.Sejurus kemudian  Lijampun datang menghampiri aku lalu bertanya.”Mana kau dapat kuih.Aku tak nampakpun kau bawa tadi..?”.Aku malas nak cerita panjang lalu menyatakan kepadanya orang sedekah waktu dia terlelap.Sejurus kemudian kamipun menaiki motosikal lalu pulang.Peristiwa ini masih segar dalam ingatan aku sehinggalah kehari ini.Persoalan:Siapakah Panglima atau Hulubalang tersebut,dan pengikutnya..?Apakah kaitan mereka dengan Keramat TERSEBUT..?

Kesimpulan:
1.Berdoa ,berikhtiar menggunakan kaedah Kebatinan,bertawakal atau berserah diri kepada Allah S.W.T.dengan keyakinan yang hakiki.
2.Jangan mudah hilang panduan atau peduman Hadapi segalanya dengan tenang,sabar dan penuh semangat.
3.Jangan mudah terleka atau terlalai akan hati dan perasaan kepada Allah S.W.T. walau kemana kamu berada.Walaupun didalam keadaan susah atau senang.Kerana iblis,syaitan dan jin akan mengambil kesempatan yang terluang ini menjalankan ajendanya yang tersembunyi.


Anda juga mungkin meminati untuk membaca cerita-cerita misteri yang lain sila Klik Disini

Hak cipta penulisan adalah hak arash misteri.Sebarang cetakan, olahan semula, terbitan majalah, terbitan sebarang media dan copy paste hendaklah mendapat keizinan arash misteri.

Penawar Mata,Penaik Seri Wajah Lelaki & Perempuan

 Toner Mata Nur Theraphy


Klik untuk maklumat lanjut

Toner mata nur theraphy merupakan toner mata yang didatangkan dalam bentuk titis yang dibuat dari Air zam-zam, air mawar, herba terpilih , 30 juzuk Al-Quran dan doa pilihan

KEGUNAAN

  • Meningkatkan kadar kelembapan mata
  • Pencuci mata
  • Menyingkir kekotoran (habuk dan bahan asing)
  • Menigkatkan kesegaran mata / Mata lesu / Keletihan mata
  • Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata
  • Mengatasi mata merah dan meradang.
  • Menggurangkan bengkak mata
  • Merawat jangkitan mata
  • Mencantikkan mata
  • Memperbaiki keadaan penglihatan


Klik untuk maklumat lanjut


SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN MENIMPA.SESAL DAHULU PENDAPATAN,SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.JANGANLAH SAMPAI NASI MENJADI BUBUR.UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA TERSAYANG.TIADA GUNANYA WANG RINGGIT DAN HARTA YANG MENGGUNUNG APABILA MUSIBAH INI TELAH MENYELUBUNGI HIDUP ANDA.


SEGALA KEINDAHAN,KENIKMATAN DAN APA SAJA YANG ANDA MILIKI TIDAK AKAN MEMBAWA ERTI APA -APA ATAUPUN HILANG DENGAN SEKELIP MATA.SEDARLAH WAHAI ANAK BANGSA KU.PERIHATINLAH KEPADA KEHIDUPAN YANG SERBA MENCABAR INI.KEPERIHATINAN KEPADA KESIHATAN DANKESELAMATAN ADALAH IBU ATAU TERAS KEPADA KEHIDUPAN YANG BERJAYA DAN SEMPURNA.


DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.DILIPUTI DENGAN TAUFIK DAN HIDAYAH.DILIMPAHI NIKMAT DAN HIKMAH IMAN DAN ISLAM SEPANJANG KEHIDUPAN. DENGAN IZIN LIMPAH KURNIA DAN RAHMAT ALLAH S,W,T.INSYAALLAH.





Semua persoalan anda sendiri mungkin ada jawapannya. Tetapi anda tidak ada jalan penyelesayan.Ataupun gagal untuk menyelesaikannya.Dari itu ARASY MISTERI berusha membantu anda.Ingatlah setiap masalah ada jalan menyelesaikannya.Ada waktu dan ketikanya keluarga,saudara mara, dan rakan terdekatpun tidak dapat membantu atau meringankan bebanan kita.Atau kita sendiri malu dan merahsiakan dari pengetahuan orang lain.Justeru itu jadikanlah ARASY MISTERI sebagai panduan,pedoman,mencurah permasalahan rumah tangga,permasalahan remaja,anak anak dan kekeluargaan kepada ARASY MISTERI.Inilah bidang kami,yang tuhan kurniakan.Kami cuba membantu dan berkongsi permasalahan anda.





haruman pengikat kasih sayang (Aura Kasih ), menaikkan seri wajah (Aura Seri ) & menghindari gangguan dari makhluk halus (Aura Sufi) yang telah di doakan dengan ayat-ayat al-quran & doa-doa terpilih.insaallah dengan izin allah serba sedikit permasalahan diatas dapat diperbaiki.




RAHSIA RUMAH TANGGA BAHAGIA:

Didalam masyarakat atau kehidupan orang dizaman dahulu,amat menitik beratkan persoalan berumah tangga dan kebahgiaannya.Orang berilmu dari Suku Kaum Bugis akan menerapkan atau mengajar anak anaknya sama ada lelaki atau perempuan keseluruhan ilmu pengetahuan berkaitan rumah tangga.Dari tujuan,matlamat,tanggung jawab,pantang larang dan ilmu Kebatinan berumah tangga itu sendiri.Tidak ada insan didunia ini tidak mengira bangsa dan agama yang mahukan rumah tangganya roboh,huru hara,tidak tenteram atau aman damai.Keseluruhan mahukan rumah tangga yang berkekalan aman dan bahgia hingga keakhir hayat.


More..




ALAM PENGASIH


ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH. PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS

Sebelum ini,telah diterangkan secara panjang lebar dan terpeinci bahawa Suku Kaum Bugis menjalani kehidupannya dengan penuh PERADAPAN.Ini adalah untuk menepati Matlamat atau Sasaran didalam hidupnya.Dimana ikhtiar atau usha dunia dan akhirat akan diselaraskan bersama.Bagitu juga dengan ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH, PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS.Setiap satu daripadanya mempunyai Matlamat dan caranya yang tersendiri.Masyarakat Melayu hari ini agak sensitive,tidak senang,gusar,takut,tidak percaya,atau membuat andayan yang nagetif terhadap ilmu ini.Malah ada yang mendakwa ilmu ini Syirik atau salah disisi agama.Bergantunglah kepada ilmu individu itu sendiri.Hanya ilmu pengetahuan yang menyeluruh atau meliputi sahaja dapat membuat keputusan tepat dan meyakinkan.