MISTERI KERAMAT
RUBIAH JUGRA
Mengikut cerita dari orang orang tua
dibeberapa daerah diJugra Keramat Rubiah mendapat namanya dari kejadian
pengkebumian seorang gadis sunti berdarah bugis berasal dari Salawesi Selatan
akibat sakit perut.Beliau dikatakan melarikan dirinya keJugra kerana tidak mahu
dikahwinkan dengan anak raja dari Pasai ditanah Seberang.(Indonesia). Makamnya
terletak dikaki bukit Jugra.(sebelum sampai kepersimpangan jalan keMakam Al
Marhum Sultan Abdul Samad .Sekiranya anda dari pekan Kg:Permatang
Pasir.)Sewaktu hidupnya beliau kuat beramal ibadat.Disetiap perbuatan atau
pekerjaannya beliau akan memulakannya dengan BISMILLAH....ROHIM serta SELAWAT
KEATAS NABI MUHAMMAD S.A.W.Hati dan bibirnya tidak lengkang dari
ZIKIRULLAH.Dipercayai Makam beliau telah wujud sebelum pemerintahan Al Marhum
Sultan Abdul Samad lagi.Dipercayai wujud pada kurun ke16 .Dimasa lalu Makam ini
juga menjadi tumpuan ramai pengunjung dari dalam dan luar Jugra.Disebabkan
ramai yang datang seolah olah berlangsungnya satu keramayan atau pesta.Hari ini
ianya terbiar tampa sebarang pembilaan atau mercu tanda.Dan lebih menyedihkan
tanah atau kawasan tersebut telahpun dimiliki oleh bukan bumiputra.
Disini ingin aku kongsikan bersama
anda semua pengalaman MISTERI yang aku
tempuhi sendiri sewaktu aku berusia 19 tahun diMakam tersebut yang secara
kebetulan berada tidak jauh dari belakang rumah aku.
Pada suatu pagi sekitar jam 10.00
pagi aku dan ibu ku didatangi oleh seorang perempuan sekitau usia 50han
berketurunan mamak Muslim dari Kelang.Namanya Maimun.Ibu ku mempelawanya masuk
kerumah.berkenalan dan berbual mesra.Melalui perbualannya dengan ibu aku
dapatlah aku ketahui tujuan dia datang kerumah aku.Katanya dia mengidap satu
penyakit ganjil atau misteri.Bila mana tubuh badannya lemah tidak bermaya.Bila
sakitnya datang apa kerjapun tidak dapat dilakukannya. .Hanya solat sebentar.Lepas itu dia terbaring sepanjang hari.Sudah kehospital
namun Dokter mengesahkan kesihatannya baik.Juga sudah berubat kampong namun
tidak ada perubahan.Siang dan malam dia berdoa agar Allah tunjukkan jalan
penyembuhan.Satu malam dia didatangi seorang perempuan cantik bernama Rubiah
dari Jugra.
Rubiah merawatnya 3 malam berturut
turut didalam mimpi.Rubiah berpesan bila semboh datanglah keJugra dan
sedekahkan Surah Yassin dan kalau sudi tukarkan kain balutan nisannya dengan
kain bewarna hijau, itu sahaja.Dalam mimpi Rubiah ada menunjukkan gambaran
rumah ini.Kerana itu Maimun dengan mudah mencari rumah kami.Maimun meminta izin
dari ibu aku untuk keMakam Rubiah.Memandangkan semak samun,ibu suroh aku
membantu Maimun keMakam tersebut.Aku tebas semak samun,membuat lorong hingga
sampai keMakam tersebut.Aku juga membersihkan Makam tersebut sebersih
bersihnya.Kemudian aku hidupkan ungun api berhampiran Makam untuk menghalau
nyamok yang begitu banyak dan membakar sampah sarap dan daun kering.Aku juga
menyediakan tempat duduk pada Maimun
dengan menggunakan pelepah pelepah daun pokok tukas.Maimunpun membaca surah
Yassin.Selesai membaca Yassin Maimun mengeluarkan kain bewarna hijau lalu
dibalut pada kedua dua batu nisan dan diiekatnya dengan kain hijau juga.Sebelum
pulang Maimun berpesan agar aku dapat
meluangkan masa membersihkan makam tersebut bila ada kelapangan dan memberi
wang sebanyak RM50.Maimun juga meminta aku menghantarnya kepekan Kg:Permatang
Pasir untuk menunggu teksi kepekan Banting.Dari pekan Banting pula Maimun akan
menaiki bas atau teksi keKelang.Satelah Maimun selamat menaiki teksi akupun
pulang kerumah aku.
Disebabkan amanahnya aku akan datang
dan membersihkan Makam Rubiah pada setiap pagi Jumaat disetiap minggu.Perkara
ini berjalan berbulan bulan sehingga pada satu tahap aku rasa bagaikan satu
kemestian.Tidak boleh tidak aku mesti keMakam tersebut untuk
membersihkannya.Pada satu malam Jumaat lepas Isyak aku duduk sendirian didalam
kamar ku.Entah mengapa tiba tiba aku merasa seram sejuk.Seluruh bulu roma ku
berdiri dan aku terhidu bau yang amat harum.Aku membaca beberapa ayat suci
sambil memerhatikan disetiap sudut kamar ku.Tidak kelihatan apa apa yang
mencurigakan atau menyeramkan.Namun demikian aku dapat merasakan seolah olah
ada seseorang disamping aku.Aku tidak langsung merasa takut.
Aku berzikir didalam hati
AllahAllahAllah entah berapa banyak dan berapa lama.Akhirnya bau harum tersebut
hilang dengan sendirinya.Akupun tidak lagi memperdulikan hal tersebut lalu
tidur.Pekara atau kejadian tersebut berlaku setiap malam sehingga aku naik
lali.Ada ketikanya sesekali siangpun bagitu.Pada satu hari aku telah pergi
kerumah guru ku diPasir Panjang Sg:Sekawang Pord Dikson Negeri Sembilan.Sungguh
aku tidak menduga guru ku bertindak diluar kebiasaannya.Selalunya aku disambut
dengan gembira.Dah hampir 3 bulan aku tidak menjenguknya.Tetapi kali ini
tidak.Aku tidak dibenarkan masuk kerumahnya.”Wah,dah pandai engkau bawa
perempuan kerumah Tok.Selalu datang seorang diri.Tapi sekarang dah berdua.Kau
duduklah diluar rumah.”Itulah mukaddimahnya kepada aku sewaktu aku sampai
kerumahnya.
Aku masih ingat lagi pada waktu itu
aku amat sedih dan kebingungan.Puas aku mencari dimanakah letaknya salah dan
silap aku.Aku sendiri tidak tahu.Dan aku jadi bingung bila mana dikatakan aku
datang berdua.Dengan perempuan pulak tu.Aduhhhhh.Tak tahu nak cakap apa,dan nak
buat apa.Sedih sudahlah pasti.Maklumlah guru yang marah.Aku terfikir ada
mungkin guru mungkin tengah menghadapi masalah besar agaknya.Jadi kedatangan ku
tidak bersesuayan dengan masa.Kerana itu aku bercadang untuk pulang semula
kerumah ku.Aku rasa inilah yang terbaik.Hati dan perasaan guru aku
utamakan.Akupun menggalas beg pakayan aku untuk melangkah pulang.Tak sempat aku melangkah guru aku berkata.”Tok
lakukan untuk ingatan dan pelajaran buat kau.Sekarang masuklah.”Barulah aku
dibenarkan masuk kerumahnya.
Legalah sikit Salepas minum kopi panas dan makan
goring pisang panas gurupun menerangkan kedudukan sebenar.”Perbuatan kau selalu
membersihkan Makam dibelakang rumah kamu dengan jujur dan ikhlas itu menjadikan
keramat tersebut ingin mendampingi kamu.Sekiranya dia berdamping terus dengan
kamu.Kamu akan menjadi bomoh.Berkebolehan mengubat orang.Adakah kamu
mahu..?”Kata guru.Aku termenong.Kata guru lagi.”Buatlah keputusan.Sekarang ni
kemana sahaja kau pergi dia akan ikut dan menjaga kamu.Aku telah mendidik
kamu.Kamu sudah boleh membuat keputusan sendiri.”Lantas dengan tegas aku member
jawapan sepontan”Saya tidak behasrat langsung menjadi bomoh.Apa yang Tok ajar
saya pegang dan amalkan didalam kehidupan.Allah tempat bermuhun,Allah tempat
berlindung.Pandang 1 pada semua.Pandang semua pada yang 1.Yang nyata hanya
Allah Allah Allah.
“Alhamdulillah.Tok bersukur pada
Allah.Kamu sudah pandai membuat keputusan.Yang mana kebenaran dan yang mana
kebatilan.Kalau macam tu nanti malam Tok uruskan agar Keramat tersebut menjauh
dari kamu.Usahlah bimbang.”Malam itu aku bermimpi didatangi seorang gadis
jelita berpakayan serba hijau menyatakan hasratnya untuk berkawan dengan
aku.Namun aku menolak dengan kebijaksanaan.Akhirnya dia terpaksa juga
meninggalkan aku.Sejak dari itu aku tidak lagi mengalami kejadian kejadian yang
pelik tetapi benar benar berlaku.Dia tidak lagi mahu mendekatkan dirinya lagi
kepada aku.Aku amat bersukur kepada Allah S.W.T.kerana diberi taufik dan
hidayah
Kesimpulan:
1.Berhati hatilah dengan tipu daya
syaitan,iblis dan jin.
2.Adalah manusia itu sebaik baik
kejadian.
3.Sejahat jahat manusia itu,barulah
sebaik baik jin.
Anda juga mungkin meminati untuk membaca cerita-cerita misteri yang lain sila Klik Disini
Hak cipta penulisan adalah hak arash misteri.Sebarang cetakan, olahan semula, terbitan majalah, terbitan sebarang media dan copy paste hendaklah mendapat keizinan arash misteri.