MISTERI GANGGUAN JIN
SITUKANG SIHIR
Seawal usia 17 tahun meniti usia mula
remaja.Aku telahpun berangan angan untuk memiliki seorang dua teman istimewa
dalam hidup ku.Sebagai mana rakan rakan sebaya dengan ku.Semuanya telahpun
berpacaran.Terasa dipersenda dan tersisih.Melihat akan keindahan dan kemanisan
rakan berpacaran hari demi hari.Terasa jauh disudut hati ini bagaikan
meruntun.Mendengus dan merintih.Ingin merasai,ingin memiliki dan dimiliki.Puas
aku cuba menghindari .Atas kesedaran keinsafan,amanah dan harapan ibu
tersayang.Aku terus bersendiri dan menghindari.Biarpun aku tahu ramai juga yang
meminati diri ini.Namun diri ini tidak mampu berusaha mendekati.Biarpun didepan
mata.Itulah aku.Mahu tapi malu.Ada waktu dan ketikanya rakan sebaya marah dan
mengatakan aku bodoh,pengecut,bacul dan memilih.Bila mana tersedar ada gadis
yang diminati ramai cuba mendampingi ku.Sedangkan aku buat tak tau atau tak
perasan saje.
Bukan memuji diri,atau masuk bakul
angkat sendiri.Sewaktu aku bersekolah disekolah Sultan Abdul Samad Telok Datuk
Banting Kuala Langat Selangor dulu aku punya ramai peminat.Tetapi disebabkan
sifat aku yang pendiam dan pemalu tu menjadi penghalang untuk aku
berpacaran.Satu hari aku terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah
bas.Berita kemalangan itu tersibar luas.Semua rakan dan kenalan termasuk
peminat paminat aku datang berkunjung kerumah ku.Bukan apapun...cedera ringan
je.Tapi basikal aku hancur.Disini ibu aku telah dapat membaca atau meramal bahawa anak kesayangannya ni ada
ramai anak gadis yang menaruh hati pada ku.Apa lagi berkutbah lah tampa
henti.Berhenti kejab untuk sembayang dan makan je.Lepas tu sambung lagi kutbah
2,3,4,dan 5 kutbah lagi.Bagitulah ibu ku.Sayang sangat pada ku.Hampir 1 minggu
aku tidak kesekolah.Atas nasihat sauda mara aku pergi berurut dengan dukun
kampong.
Aku sampai dirumah dukun tersebut
tepat jam 8.00 malam bersama sepupu ku Amir Sarifuddin.Kami disambut oleh
seorang nenek tua berusia sekitar 60 han.Kami dipersilakan masuk kerumahnya.Pelik
bin ajaib.Apa bila aku melangkah saja kedalam rumah itu seluruh tubuh badan ku
rasa semacam saja. Bulu roma ku meremang,degupan jantung ku tiba tiba
kencang.Aku perhatikan Amir,dia juga kelihatan resah gelisah.Nenek tua itu
bertutur dalam bahasa JAWA HALUS.Aku terpinga pinga kerana tidak
memahami,mujurlah seketika kemudian ada orang datang.Seorang gadis jelita
bertubuh sederhana berambut panjang ikal mayang.Aku terpegun dan terpesona
seketika.Masyaallah indahnya ciptaan tuhan.Kata hati ku.Beberapa ketika gadis
tersebut berbual dengan nenek itu.Aku dan Amir mendengar saja sambil
tersenyum.Sepatah haram kami tak faham.Keduanya bercakap dalam daileg Jawa
halus.Ini nenek saya,datang atas hajat apa?.Gadis jelita bersuara sambil
memandang kearah aku..Jelas kelihatan matanya cantik sekali,pandangan matanya
redup dan menggiurkan.Subhanallah,astarafirullah halazim.Kata hati aku.Cukuplah
pandangan tersebut.Tak mampu rasanya aku menatapnya.
Aku tersentak apabila Amir mencubit
peha ku tanda suroh menjawab segra.’Nak berurut”.Jawapan ku.Sambil tersenyum
dia berkata,sekejap ye.Lantas kemudian dia bangun meniggalkan kami diikuti
nenek tersebut.Apa bila ke2nya lenyab dari pandangan mata,apalagi Amir terginja
ginja.”Fulamak lawa tu” kata Amir pada aku.Sedangkan aku asik memikirkan mana
tukang urut ini.Wak suami pada nenek langsung tak kelihtan.Tak kanlah nenek
yang urut.Bisik hati aku. Aku mulai resah gelisah.Sesekali angin sepoi bahasa
bertiup masuk melalui pintu yang terbuka luas.Meremang bulu tengkok.Amir pula
kelihatan tersengih sengih sendirian, dan sesekali tersenyum lebar dengan wajah
yang cukup berseri.Kata hati ku,apalah halnya si Amir ni?.Sedang aku asik
memerhati gelagat Amir, aku tersentak dengan kehadiran sigadis yang datang
membawa air minuman.”Jemput minum bang”. Kata gadis itu dengan lembut.Aku tak
mampu menjawap bila mana terpandang sinaran matanya
.Aku rasa bagaikan ada kuasa yang
amat kuat cuba menyerap kepada ku.Apakah ini yang dikatakan cinta pandang
pertama?.Mustahil,bisik hati kecil ku. Siapa gerangan gadis
ini......?.Pertanyaan kedua muncul dari hati ini.Mengapa aku merasakan bagai
sesuatu yang tidak kena malam ni.Terasa sangat.Kesunyiannya lain macam.Bunyi
cengkerik atau cicakpun tidak langsung kedengaran.Sesuatu yang agak luar
biasa.Tak kale aku asik memikir,sigadis keluar semula menemui kami dengan
membawa kain pelikat dan sebotol minyak urut yang dipenuhi akar kayu dan
tulang.
“Nenek dah nak mula urut,buka baju
dan salin kain.” Katanya dengan pandangan mata yang sungguh menggoda.Aku macam
tidak percaya dengan apa yang aku dengar.”Nenek nak urut.Salin kain.”Hati kecil
ku mula menyesal datang berurut.Amir pula bukan main suka.Aku sendiri tidak
faham kenapa dia gembira sangat.Hendak rasanya aku meminta Amir menggantikan
tempat aku.Biarlah aku tak berurut pun tak mengapa.Segan rasanya.”Hai untonglah
awak,nenek urotkan”.Kata Amir bagaikan menyindir.Aku langsung tidak menjawap
cakap Amir.Aku benar benar tersilap langkah.Nak ditolak malu rasanya pada
sigadis Jelita.Ada juga terasa terhuja dengan rupa parasnya,malah sifat lemah
lembutnya.Mungkin boleh dipertimbangkan kemudian agaknya.Aku
mengalamun,terkenang rakan rakan sebaya yang telah berpacaran.Terasa iri
hati.Mau juga rasanya berpacaran.
Hendak pula kalau dapat memiliki
sigadis cucu situkang urut.Pasti semua rakan rakan ku akan TERPERANJAT
BEROK.Dan tak mustahil ada dikalangan
peminat setia ku akan MERAWONG GAJAH.Aku rasa mungkin malam ini dah jodoh aku
bertemunya.Sedang aku mengalamun.tiba tiba aku tersentak bila bahu ku ditepok
dari belakang.Rupanya nenek sigadis jelita telahpun bersiap sedia untuk
mengurut.Lintang pukang aku membuka baju dan memberi tahu nenek urut badan
sahaja.Aku disuroh berbaring secara telentang,menggunakan daileg Jawa Halus
beserta isyarat tangan.Akupun akur berbaring.Tampa aku menduga nenek tersebut
melangkah badan ku dan berdiri mengangkang dibahgian pinggang mengadap aku.Aku
jadi serba tidak menentu,dan amat gusar.”Apa hal pulak nenek ni , tak pernah
rasanya orang berurut cara macam ni.”
Bicara hati kecil ku.Aku lihat nenek
tersebut memejamkan matanya sambil mulutnya berkumat kamit membaca sesuatu
beberapa minit.Selesai saja,nenek ku lihat mencapai botol minyak urut dan
membuka penutupnya.Sekali lagi mulutnya terkumat kami membaca sesuatu yang
tidak kedengaran.Minyak mula dilumur kebadan aku.Waktu ini seluruh badan ku
terasa seram sejuk.Macam nak demam.Kepala aku terasa pening lalat.Walhal urutan
belum bermula.Aku mula pasti ada sesuatu yang salah.Bertentangan dengan fitrah
semula jadi.Dalam diam aku bermunajat kepada Allah agar melindungi zahir dan
batin ku dari segala kemungkinan campor tangan atau tipu daya syaitan,iblis dan
jin.Aku juga membaca beberapa ayat Al Quran dan berzikir secara berterusan
sambil menyerahkan diri padanya.
Waktu ini aku merasakan seluruh tubuh
badan ku semakin panas.Semakin kuat aku berzikir didalam hati terasa semakin
panas.Disini aku dapat merasakan satu perlawanan atau pertembungan berlaku.Aku
perkuatkan semangat untuk terus berzikir.Tiba tiba aku merasakan tangan nenek
yang mengurut bagaikan tangan mahlok yang amat kasar berbulu dan besar.Aku
pasti sangat tentang itu.Bukan permainan perasaan atau takut.Aku perkuatkan
zikirrullah ku.terus menerus.Ku lihat nenek menjadi resah tidak
menentu.Urutannya semakin lama semakin longer dan lemah.Tangan kasar berbulu
dan besar yang aku rasai tadi hilang secara tiba tiba.Nenek kelihatan bagaikan
bercakap dengan seseorang.Namun tidak kelihatan.Amir hanya mendiamkan
diri.Sepanjang rawatan tersebut sigadis langsung tidak kelihatan atau
kedengaran.
Bagaikan tidak wujud,atau mungkin
tertidur agaknya.Entah kenapa nenek tiba tiba rebah kelantai tidak bermaya.Aku
dan Amir terkejut dengan kejadian itu.Kami jadi tak menentu.Puas kami memanggil
sigadis namun tidak ada sebarang jawapan.Akhirnya kami mencari diseluruh pelusuk
rumah nenek namun sigadis gagal ditemui didalam rumah tersebut.Kemana perginya
sigadis..?Kami lihat semua pintu dan tingkap tertutup dan terkunci rapat.Bagai
mana dia keluar..?Sedang kami mencari
sigadis dan jawapan misteri
kehilangannya didapur rumah tersebut,terdengar pula suara orang bercakap
dibahgian hadapan dalam rumah.Aku dan Amir mendiamkan diri memasang
telinga,mendengar penoh hati hati.Sah...suara sigadis dengan neneknya.Lega
rasanya tidak terhingga.
Apa tidaknya.Nenek dah sedar,cucunya
yang kami sangke hilang itu pula sudahpun ada bersamanya.Aku dan Amir menarik
nafas lega.Kami melangkah semula kehadapan rumah dimana nenek rebah tadi.Sampai
saja disitu kami dikejutkan lagi dengan kejadian diluar jangkaan.Nenek duduk
bersila alah panglima.Mukanya tertunduk dengan rambutnya yang berjurai kusut
masai.Mana kala sigadis tidak kelihatan.Aku dan Amir berpandangan.Berbagai
soalan dan tanda tanya berlegar difikiran masing masing.Tiba tiba nenek
mengangkat kepalanya perlahan lahan.Terlihat matanya mulai merah bernyala,dia
bercakap semula dengan daileg Jawa halusnya.Tapi kali ini suaranya berubah nada
dari sebelumnya.Makin kasar.Tampa membuang masa aku keluarkan duit RM.20,00 ku
letakkan saja diatas lantai.Ku capai baju diatas lantai terus beredar dari rumah
itu.Nak ditungu...untuk apa?.Nenek bercakap kami tak faham.Bercakap macam orang
marah dan ku rasakan bukan nenek lagi yang bercakap tu.Yang aku terfikir nak
cepat keluar dari rumah tu.Tak sanggup lagi berada disitu walaupun beberapa saat lagi.Soal sigadis
jelita tu,dah tak menjadi perkara utama.Aku takut memikirkannya.Biarlah ianya
hilang dari ingatan dan hati aku.Aku tak kisah.Kerana itu aku dan Amir tak
pandang belakang lagi.Capai kenderaan,terus cabut.
Didalam perjalanan pulang kami terasa
bagaikan ada yang mengikut kami pulang.Sepanjang panjang perjalanan kami berdua
tidak putus membaca ayat ayat suci
sahingga sampai kerumah aku.Alhamdulillah sukurlah kami selamat sampai
dirumah tampa sebarang kejadian yang tak diingini.Amir takut nak balik kerumah lalu
mengambil keputusan untuk tidur dirumah ku,Kebetulan rumah tak ada
orang.Semuanya tidur dirumah bapa saudara ku diKelang.Jadi tinggallah kami
berdua saja.Masok rumah je aku bergegas kebilik air untuk mandi.Walaupun jam
dah pukul 10,30 malam.Aku amat jarang mandi malam sebab mendengar nasihat orang
orang tua,tak baik mandi malam nanti terkena penyakit paru paru berair.Aku ni
amat yakin dan percaya kepada apapun nasihat orang tua tua.
Malam tu aku terpaksa mandi sebab nak
bersihkan badan dari minyak urut nenek tu. Lepas mandi aku berwuduk dan solat
Isyak.Sebaik saja aku solat aku termenong diatas sejadah.Memikirkan segala
kejadian yang telah aku lalui bersama Amir.Rasanya inilah pengalaman Misteri pertama aku sejak
kami sekeluarga berpindah dari Batu 11, Telok Panglima Garang Banting Kuala
Langat ke Kg:Permatang Pasir Jugra, Banting Kuala Langat Selangor.Sedang aku
bermenong memikirkan segala yang telah dialami,secara tiba tiba muncul wajah
sigadis jelita tampa diundang menerjah kotak pemikiran ku.Serentak ketika itu
juga muncul rasa seram yang teramat sangat.Aku kehairanan,jantung ku pula
berdegup kencang.Mata ku mula meliyar memerhati kesegenap ruang dalam
kamar.Apakah ada sesuatu yang menakutkan...?.
Tidak terlihat sesuatu yang
menakutkan atau ganjil.Tapi mengapa keadaannya amat menyeramkan..?.Aku tertanya
tanya sendiri.Bunyi cengkerik,riyang riyang,burong hantu dan katak memanggil
hujan saling bertingkah satu sama lain.Tiba tiba kedengaran suara Amir menjerit
“Hantu” dari ruang dihadapan rumah.Dan sejurus kemudian kedengaran Amir berlari
kencang.
Belum sempat aku bangun dari sejadah,
Amir telahpun muncul dihadapan ku dengan muka yang pucat lesi.Dengan mata yang
terbeliyak.mulut yang terlopong.Kedua tangannya mencengkam kedua bahu ku dengan
kuat sambil menggoncang badan ku Buat seketika.Aku dapat rasakan ketakutan yang
amat dahsat telah melanda diri Amir.Aku cuba menenangkannya.”Istigfar banyak
banyak Amir.”.Kata aku padanya sambil mengurut dadanya bertalu talu.Dalam waktu
sama dada aku juga berdegup kencang
macam KTM.”Tenang Amir tenang”.Kata ku,walaupun hakikatnya aku sendiri tidak
tenang.Aku sendiri terasa ketakutan dan tak keharuan.Namun aku kawal sebaik
mungkin.Sejurus kemudian aku merasakan Amir mulai sedikit tenang.KU berikan
lagi kata kata perangsang.”Jangan takut Amir,akukan ada,Kita anak jantan.Tak
perlu takut”.
Bukan main lagi,macam berani
sangat.Tak semena mena dinding luar kamar diketok dengan kuat 3 kali berturut
turut.Berderau darah aku.Sejurus kemudian dinding luar kamar dicakar cakar
ganas.Terasa bagaikan cakaran itu mencakar dan merobik seluruh tubuh badan
ku.Waktu ini rasanya dunia dah hampir kiamat.Aku merasakan benda atau mahlok
yang mencakar itu amat marah bukan kepalang.Ataupun mungkin bagaikan ingin
membalas dendam kesumat.Adoiiiii,tuhan saja yang tahu betapa kami berdua merasa
takut yang tidak terhingga dan tersiksa.Peloh merecik dieluruh tubuh
badan.Mungkin peloh jantan.Cakaran semakin lama semakin kuat.Aku mula membaca
ayat Qursey dengan kuat.Semakin aku baca semakin rancak keras dan ganas bunyi
cakaran.Dan semakin pula aku merasakan keberanian dan kekuatan.
Amir yang sejak tadi duduk diam
membisu,akhirnya turut sama membaca ayat Qursey.Apa bila bergabung saja bacaan
kami berdua bertambah kuat aku rasakan keberanian dan kekuatan kami.Mau rasanya
keluar rumah bertarong atau menangkap hidup hidup mahlok tersebut.Didalam
kerancakan membaca ayat Qursey,dan bunyi cakaran ganas.Tiba tiba kedengaran
satu letupan diluar kamar serentak bunyi laungan kesakitan yang panjang.Waktu
itu juga terhenti atau hilang bunyi cakaran.Keadaan kembali sunyi dan sepi.Aku
dan Amir berpandangan dan tertanya Tanya.Apakah telah berakhir segala musibah
ini..?
Hampir sejam aku dan Amir menanti dan
menanti, penoh debaran.Apakah mungkin mahlok tersebut akan muncul lagi dengan
ancaman lain.Atau mungkin sedang mencari jalan memasuki rumah aku..?.Gementar
seluruh tubuh badan ku bila membayangkan ini terjadi..
Aku pasti tak mampu menghadapi
serangannya.Jangan kata serangannya,berdepan pun aku belum tentu mampu.Pastinya
mahlok itu amat dahsyat rupa parasnya.Bertaring,bergigi panjang dan
tajam,berkuku tajam dan bermata
merah.Adohhh..tak dapat dan tak sanggup aku meneruskan bayangan tersebut.Peloh
mencurah curah membasahi seluruh pakayan aku.Tampa aku sedar Amir telahpun tertidur.Tinggallah
aku sendiri melayani perasaan.Terasa tekak ku amat dahaga.Nak kedapur mengambil
airpun aku takut.Manalah tahu mahlok tersebut memecah pintu dapur.Atau waktu
aku mengambil air dia dengan pantas mencolik Amir atau membunohnya...?.Ah
segalanya mungkin,Aku terpaksa membatalkan niat tersebut.Aku membaringkan diri
diatas lantai bersebelahan Amir sambil berzikir dan berzikir.
Sesekali terdengar kokokan ayam sahut
menyahut dan bunyi burung tukang,rasanya dah hampir suboh.Entah bila aku
terlelap.Aku terjaga matahari sudahpun terbit.Rupanya aku ketinggalan solat
Suboh.Aku juga baru teringat yang malam tadi aku bermimpi bertemu sigadis
jelita.Didalam mimpi tersebut sigadis amat marah.Bila marah saje ianya bertukar
menjadi mahlok besar menyerupai orang hutan.Pelik bin ajaib.Amirpun mengalami
mimpi yang sama dengan ku.Segala yang berlaku aku ceritakan kepada guru ku
SYAKBAN lepas sesi latihan silat.Dia merupakan guru pertama ku.Melaluinya
barulah aku memahami duduk perkara sebenar.DUKUN tersebut adalah dukun yang
mengamalkan ilmu hitam dan sihir.Mana kala sigadis itu yang ku sangke cucunya
adalah Jin yang dipeliharanya.Bukan manusia atau cucunya.
Sungguh aku tidak menyangke,rupa
rupanya aku dan Amir telah terpedaya dan terjebak dengan manusia yang bersubahat
dan bersahabat dengan syaitan,iblis dan jin.Guru ku didalam pada itu sempat
juga menyakat aku.”orang muda dah pandai bersilat, nak takut apa ye
tak.Serangan dan pertahanan semua dah
boleh.Tapi....Kena gadis cantik,hilang semua ilmu silat.Kah.kah,kah”.Adoi
malunya aku tidak terkata.Terasa tebal kulit muka. Tok Syakban ni orangnya tak
cakap banyak.Kepada orang yang rapat dengannya suka dia berseloroh dan sesekali
menyakat.Tebalkan muka,tahankan telinga,cekalkan hati.Dapatlah rapat atau
belajar dengannya.Suatu masa kalau diizin Allah,akan aku paparkan pengalaman
pait ditempuhi untuk diterima menjadi anak muridnya didalam ARASY MISTERI pada
bahagian CERITA CERITA MISTERI Insaallah.
KESIMPULAN:Belajar melalui kesilapan
dan pengalaman yang lalu.
Anda juga mungkin meminati untuk membaca cerita-cerita misteri yang lain sila Klik Disini
Hak cipta penulisan adalah hak arash misteri.Sebarang cetakan, olahan semula, terbitan majalah, terbitan sebarang media dan copy paste hendaklah mendapat keizinan arash misteri.