SELAMAT DATANG KE ARASY MISTERI, SEMOGA PERKONGSIAN ILMU INI DAPAT DI MANAFAATKAN BERSAMA, DI HARAP TIDAK ADA PENYALAH GUNAAN UNTUK KEGUNAAN KEARAH KEMUNGKARAN. INSYAALLAH. SEBARANG CADANGAN ATAU PANDANGAN ANDA BOLEH DIKONGSIKAN ARASY MISTERI 013-2554392 / 012-9715794 / ARASHMISTERI@GMAIL.COM TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI ARASY MISTERI

GADIS  SUNTI  DILARIKAN  BUNIAN


Diceritakan dari satu generasi kesatu generasi dari mulut kemulut oleh orang orang tua  sekitar jajahan Jugra.Dizaman dahulu dikaki bukit dipenghujung bukit(sekarang berhampiran kunci air chodoi)  Pak Tam dan Mak Tam bersama anaknya menetap disebuah pondok buruk.Sudah hampir 20 tahun menetap disitu.Pak Tam dan Mak Tam berasal dari Palimbang Indonesia.Kedua pasangan suami isteri ini berperahu meninggalkan kampong lamannya disana disebabkan perbalahan keluarga yang tercetus.Hari  hari Pak Tam dan Mak Tam akan membuat atap nipah untuk dijual dan juga menjadi nelayan.Hidup keduanya amat bahgia dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Seri Melati.Pak Tam dan Mak Tam amat menyayangi anak gadisnya walaupun rupa parasnya tidak secantik Mak Tam.

Seri Melati seorang yang amat pemalu.Dia amat rajin membantu kedua orang tuanya melakukan sebarang kerja.Malah amat jujur dan amanah.Suatu hari Pak Tam dan Mak Tam pergi ke sungai menangkap ikan dan udang untuk dibuat lauk makan tengah hari.Sebelum pergi keduanya berpesan agar masak nasi dan menyediakan ramuan potongan bawang ,lada dan serai untuk memasak udang dan ikan.Seri Melati menghantar kedua orang tuanya ketepi anak sungai dimana Pak Tam menyimpan perahunya.”Ayah dan Mak,hati hati”.Kata Seri Melati.”Hemm,,pergilah balik ingat pesan ayah dan mak tadi.Jangan kau lupa.Nanti kebulo ayah dan mak nanti”.Seri angguk kepala lantas beredar segra.Pada waktu pulang Seri berselisih dengan seorang lelaki bunian bernama Awang.Disebabkan Awang  adalah orang bunian Seri tidak dapat melihatnya.

Tampa disedari oleh Seri, Awang telah mengikutnya balik kerumah.Sesampai dirumah dengan segra Seri membuka tutup tempayan untuk mengambil beras.Alangkah terperanjatnya Seri bila mana dilihatnya beras telahpun habis.Dengan segra Seri berlari keluar rumah untuk memberi tahu ayah dan ibunya.Awang juga telah mengikutnya dari belakang.Alangkah sedihnya Seri bila mana dilihatnya perahu sudah tiada.Tahulah seri yang kedua orang tuanya telahpun pergi.Seri tidak dapat menahan kesedihan lalu menangis tersedu sedu.Dengan berat hati Seri pulang semula kerumah.Dia duduk menangis diatas tangga dihadapan rumahnya.Awang merasa amat kesihan dan ingin membantu.Lalu Awang mencari akal dan tipu muslihat.”Gadis ini pilihan aku.Dia sangat jujur,ikhlas dan amanah pada firasat ku.Tapi....bagai mana aku hendak membantunya.”Fikir Awang.Awang terpandangkan sepohon pokok delima yang lebat berbuah.Awang mendapat akal lalu dengan segera menjalankan rancangannya.Sementara Seri masih lagi menangis apabila terkenangkan ayah dan ibunya pasti amat hampa dan kelaparan nanti.

Tiba tiba Seri terdengar orang bercakap.”Mudah mudahan lorong ini menemukan aku dengan buah delima.”Seri terpinga pinga,Sejurus kemudian Seri mengesat air matanya dan terlihat seorang pemuda berjalan sambil membawa karong barangan.”Assalamualaikum “.Awang memberi salam.”Waalaikumsalam”jawap Seri.”Boleh saya menumpang duduk sebentar,penat sangat rasanya.Dah berhari hari saya berjalan.”Kata Awang sambil duduk tercungap cungap.”Boleh duduklah,tapi jangan masuk rumah.Ayah dan ibu dah pesan jangan benarkan sesiapa masuk kalau dia orang tak ada dirumah.”kata Seri dengan jujur.Awang membalas.”Saya duduk disini saje,saya tak boleh lama.Risau tak dapat cari buah delima.Nak buat ubat emak saya yang sakit.Sesiapa yang dapat berikan buah delima walaupun sebiji saya berikan karong berisi beras padanya.”Mendengarkan beras Seri tersentak.Dalam fikiran Seri terbayangkan berasnya dah habis.

Seri lantas kedapor mengambil air masak lalu diletakkan saja diatas tangga sambil berkata.”Minumlah ini saja yang ada”.Seri langsung tak memandang wajah Awang.Kalau bercakappun memandang kearah lain.”Awang segra mengambil air dan meminumnya dengan rakus”Maaflah saya tak sopan,saya terlalu dahaga.Saya tak minum dari semalam.Air bekal dah habis.”Kesian sangat Seri mendengarnya.”Buah delima ada dihadapan tu,ambillah sebanyak mana suka.Ambil sendiri”Kata Seri pada Awang.Mendengar saja Seri berkata sedemikian Awang terus berlari kearah pokok delima.Seri mengintai sedikit dipintu.Dilihatnya Awang menangis tersedu sedu sambil memetik 3 biji buah delima samil bercakap “Emak Awang dah dapat.Tunggu Awang balik Mak”.Tampa sedar Seri mengalirkan air matanya.Hati kecilnya berkata.”Kesian sipemuda dan emaknya.””Cik saya ambil 3 biji buah delima untuk emak saya.Ambillah beras yang tak seberapa ni sebagai ganti.Saya akan ingat jasa Cik membantu saya.Doakan emak saya sembuh ye.Saya kena cepat,selamat tinggal.Semuga jumpa lagi.Assalamualaikum”.Awangpun berlari lari anak tergesa gesa meninggalkan Seri.Apabila dirasakan telah tidak terlihat lagi oleh Seri dengan pantas Awang kembali semula keasalnya.Awang kembali semula kepada Seri.Awang melihat Seri sudahpun menaiki rumahnya dengan membawa karung yang berisi beras keruang dapur.Dengan segra Seri memasukkan kedalam tempayan berasnya.Awang memasuki ruang dapur dan duduk bersandar disudut dapur sambil memerhati kepada Seri.

Dilihatnya Seri membasuh beras kemudian menghidupkan api didapur kayu untuk memasak nasi.Terkial kial dia cuba menghidupkan api.Awang tersenyum melihat gelagat Seri.Awang menubingkan jari telunjuknya,dengan segra apipun bernyala.Seri tersenyum lalu segra meletakkan periok nasinya kedapur kayu yang telah bernyala.Ditambahnya kayu lagi agar nasi cepat masak.Seri kemudian menyediakan pula potongan bawang merah,bawang putih.halia,serai dan cili padi didalam bekas kecil.Seri tersenyum kerana semuanya telah disediakan sebagai mana pesanan kedua orang tuanya.Awang tetap duduk disitu dan memerhatikan gelagat Seri.Seri kemudianya mengemas rumah.Awang amat kagum dengan kerajinan Seri.”Rasanya amat sesuai aku jadikan isteri ku”,kata hati Awang.

Selesai sahaja mengemas didalam rumah Seri keluar rumah dan menyapu sampah dihalaman rumah.Awang pula duduk ditangga memerhatikan Seri.Rasanya semakin lama semakin sayang.Awang tersenyum sendiri.Dia tahu bahawa segala lakunannya tadi telah berjaya menghampirkan dirinya kepada Seri  dan Seri telah terpedaya.”Sudah lama sangat aku disini,biarlah aku pulang dahulu.”Kata hati kecil Awang.Lalu Awangpun kembali semula kealamnya.Seri yang tidak tahu apa yang berlaku terus menyapu dengan tekun.”Assalamualaikum Seri.dah masak nasi.Ayah dan mak kau dah lapa ni”.Kata Pak Tam.Mak Tam tersenyum sambil berkata,” Seri ambik ni untuk lauk hari ini.Ramuan kau dah sediakan”..? Seri berlari lari anak menghampiri ibunya lalu mengambil hasil tangkapan berupa ikan sembilang dan udang.”Semua ramuan dah Seri sediakan mak”.Kata Seri dengan lembut.

“Kau buatlah apa yang patut ibu nak mandi dulu.”kata Mak Tam.Sementara Pak Tam pula menyidai jalanya yang basah.Kemudian Pak Tam duduk ditangga  sambil menggulung rokok daunnya. Berkepul asap keluar dari hidungnya.Pak Tam mengelamun seketika.Dilihatnya laman rumah bersih disapu anak dara suntinya.Dia memusing pula melihat kedalam pondoknya.Semuanya bersih dan teratur.Terasa berbangga sangat dia mempunyai seorang anak gadis yang boleh dibanga dan diharapkan.”Ayah ,Ibu makan.Semua dah siap”.Seri bersuara sambil menyenduk nasi.Berasap lagi.Semuanya telah tersedia dengan cukup rapi dan tersusun.”Cepatlah ayah dan ibu.Seri dah lapa ni”.Kata Seri saja menyakat kedua orang tuanya.Sejurus kemudian Pak Tam dan Mak Tampun datang  dan duduk  bersila mengadap juadah yang disediakan.

Ikan sembilang masak asam pedas.Udang pula digoring berkunyet dicampur serai dan halia  sedikit.Dipipiskan cili padi .Kegemaran Pak Tam sekeluarga.Maka tiga beranak inipun makanlah sekeluarga.Hari itu Pak Tam merasa amat berlainan sangat masakan yang dimakan.Pak Tam berhenti seketika.Diambilnya mangkok kuah berisi asam pedas.Diciumnya.Diletakkannya kembali.Pak Tam berkerut dahinya memikirkan sesuatu.Terasa ada keganjilan tapi tidak tahu apa.Mak Tam kehairanan melihat telatah Pak Tam.Diperhatikannya sambil makan.Pak Tam menyuwap nasi semula.Tetapi dia mencium bau nasi tersebut terlebih daulu.Sekali lagi berkerut dahinya.Dirasakan nasi yang dimakan itulah yang ada kelainan.Berbau harum sedikit dan sedap sangat bila dimakan.

“Paknya,kenapa”..?Tanya Mak Tam.Pak Tam tidak menjawap.Dia meneruskan makan..Ditambahnya nasi, dimakannya lagi.Amatlah berselaranya pada hari itu.Mak Tam menggeling gelengkan kepala melihat kelakuan Pak Tam.Selesai makan Pak Tam duduk menyandarkan dirinya diserambi pondok sambil menghisap rokok daunnya.Aduh sedapnya, terasa amat nikmat kepuasan lepas makan hisap rokok.Sejurus kemudian Mak Tam menghampirinya”Amboi senang hati nampak”.Kata Mak Tam.”Ya maknya,perut dah kenyang.Senanglah hati.Hari ini Seri masak sedap sangat”.Kata Pak Tam sambil menyedut rokok daunnya dalam dalam dan menghembuskan kembali asapnya.Tiba tiba Pak Tam teringatkan keganjilan waktu makan tadi.”Oh ye maknya, tak rasa ke sesuatu yang ganjil waktu makan tadi”..?.

Tanya Pak Tam pada isterinya.”Ada,kenapa”..?.jawap Mak Tam.”Apa yang ganjil Mak nya”..?.Tak sabar Pak Tam hendak tau jawapannya.”Ganjinya pada Paknya,makan lahap sampai bertambah tambah.Kah,kah,kahkah”.Mak Tam tergelak sambil mencubit peha Pak Tam dengan kuat tapi manje.”Adoiiii”terjerit Pak Tam dibuatnya.Kemudian kedua duanya tergelak bersama sambil bersenda gurau.Seri yang didapur tersenyum mendengar gelak ketawa dan senda gurau kedua orang tuanya sambil membasuh pinggan. Dihatinya berkata betapa beruntungnya dia yang memiliki kedua orang tua yang bahagia dan amat sayang padanya.Selesai sahaja membuat kerja kerja didapur Seripun mendapatkan kedua orang tuanya diserambi.Seri merebahkan badannya disamping ibunya,dan mukanya diletakkan diatas riba ibu tersayang.

Mak Tam membelai rambut anak daranya dengan penuh kasih sayang.Tiba tiba Seri teringatkan peristiwa pagi tersebut lantas spontan duduk semula.Pak Tam dan Mak Tam terkejut dengan sikap anak gadisnya.Belum sempat bertanya Seri telahpun berbicara.”Ayah,ibu, Seri minta maaf sebab terlupa nak cakap yang beras kita sudah habis.Seri nak ambil beras baru tahu.Seri lari ketebing nak cakap.Sampai sana ayah dan ibu  dah pergi.Seri balik kerumah menangis.Tiba tiba orang datang minta tolong carikan buah delima.Katanya dah berhari hari dia berjalan dari jauh untuk mencari buah tersebut untuk ubatkan ibunya yang sakit kuat.Seri kesian padanya.Dia duduk dibawah aje.Seri dah cakap pada dia ayah dan mak pesan tak bagi orang masuk rumah bila ayah dan mak tak ada dirumah.Seripun tak keluar rumah,kat dalam sahaja.

Orang tu ada bawa sekarung beras.Dia cakap sesiapa yang dapat beri atau carikan buah delima walau 1 biji dia akan hadiahkan beras tersebut.Seri tak ceritapun yang beras kita dah habis.Jadi Seri suroh dia ambil  sendiri buah delima kat pokok kita tu.Dia Cuma ambil 3 biji lalu menangis sebab gembira sangat.Seripun nangis juga kesian kat dia dan mak dia yang sakit.Jadi dia berilah beras sekarung.Diletak kat tangga lalu pergi.”Panjang lebar Seri bercerita pada kedua orang tuanya Pak Tam menadah tangan seraya berkata. 

“Aku bersukur pada mu ya Allah”Mak Tam pula menepuk dahinya, kerana baru teringat yang berasnya telah habis.”Seri kamu anak yang baik.Salah emak nak.Emak yang terlupa cakap kepada ayah kamu yang beras dah habis malam tadi.”Kata Mak Tam dan memelok anak gadisnya dengan penuh kasih sayang.Pak Tam termenong panjang memikirkan cerita anak gadisnya.Kata hati kecilnya.”Patulah aku rasa ganjil sangat.Beras yang dimakan tu lain dari yang lain.Harum dan sedap dimakan.”Lantas Pak Tam bingkas bangun dan meluru kedapur lalu membuka penutup tempayan menyimpan beras.Diambilnya segengam diperhati dan diciumnya.Kata Pak Tam didalam hatinya.”Memang lain sangat berasnya dari beras biasa.Ianya lebih putih dan panjang sedikit dari yang biasa.”Diciumnya pula.”Emmm..harum sangat”.Pak Tam segra memanggil Mak Tam .”Maknya,mari sekejap”.Mak Tam dan Seripun datang segra mendapatkan Pak Tam. Pak Tam menunjukkan beras tersebut kepada Mak Tam.Diperhatikan dan diciumnya beras tersebut.”Ya lah Paknya,beras ini lain dari yang biasa kita makan.Baunyapun harum.”Sejak dari hari itu beras tersebut tidak pernah luak walaupun telah digunakan berhari hari.Pak Tam tiga beranak berasa amat hairan namun tidak bersangka buruk.Pada satu malam Seri bermimpi bertemu dengan Awang.Awang menyatakan ibunya telah sembuh dan mengucapkan berbanyak terima kasih kerana memberikan buah delima tempoh hari.

Didalam mimpi Seri merasakan amat mesra dan hilang sedikit rasa malunya.Apabila tersedar dari tidur Seri tersenyum sendiri.Didalam hati kecilnya alangkah baiknya Awang padanya.Dan Awang begitu tampan dan bertubuh sase.Alangkah beruntungnya sesiapa yang menjadi teman hidup Awang.Seri berbicara dihatinya.Menguntum senyuman dibibirnya.”Ahemmm...senyum sendiri nampaknya kau Seri.”kata Pak Tam.Seri tersentak dan malu malu alah.”Apa yang mencuit hati dan perasaan kau Seri.”Tanya Pak Tam.Seri menggelabah,tak tentu arah.”Tak apa apalah ayah”lantas segra meninggalkan Pak Tam sendirian.Pak Tam terasa bagai ada sesuatu yang disorokkan oleh anak gadisnya.Mungkin perasaannya saje.fikir Pak Tam lagi.Besok Pak Tam bercadang mencari siput hisab dan lokan disungai.

Ada orang kampong berpesan minta carikan segra sebab istrinya mengidam.Pak Tam pula telah berjanji untuk mendapatkannya.Hatinya berkata sendirian.”Akan ku cari esok hari,kasihan pada dak Man dan isterinya.”Pak Tam  kemudiannya memanggil isterinya dan memaklumkan hasratnya dan tujuannya esok hari.Mak Tam akur dan berkata.”Molek benar tu ,boleh saya ikut dan cari lebih sikit untuk dibuat lauk.”Pak tam tersengih riang mendengarkan kata isterinya.Malam itu keduanya tidur awal.Manakala Seri terkebil kebil sendirian didalam biliknya.Dia termenung  dan terkenangkan Awang secara tiba tiba.Didalam pada itu Seripun terlelap dan bermimpi lagi.Kali ini Awang mengajaknya kesatu tempat yang dia sendiri tidak tahu dimana.Mulanya Seri menolaknya.Tapi entah kenapa dia akhirnya menurut juga.Seri hairan bagai mana dengan pantas dia dan Awang boleh sampai .Awang pula dilihat bagitu gembira dan ceria.Pemandangan disitu amat cantik.Rumputnya halus,bunga bungaannya semua mekar dan terdapat sungai kecil yang jernih.Kelihatan banyak ikan yang bewarna warni.Seri amat terhuja.Awang pula tak berhenti bergurau senda dengannya.Seri teras amat bahagia waktu itu.Seri mulai merasakan antara  dia dan Awang amat serasi.Kemudian Awang mengajak Seri pulang.Seri terasa tak mau pulang,namun dipujuk Awang dan berjanji akan membawa Seri datang lagi bila masa terluang.

Terjaga dari tidur Seri tersenyum sendiri bila terkenangkan mimpi yang dialaminya.Sejak dari itu setiap malam Seri akan bertemu Awang didalam mimpinya.Disiang harinya Seri amat ceria dan ada waktu dan ketikanya pula akan termenong seorang diri.Pak Tam dan isterinya mulai perasan perubahan  dirinya.Suatu hari Pak Tam berkata pada Isterinya.”Maknya anak kita sudah besar panjang.Rasanya sudah sampai masanya kita carikan jodohnya”.Mak Tam mengeloh panjang lalu berkata.”Paknya,siapalah yang hendakkan anak kita.Rupa tiada,kita pula orang mislin”.Pak Tam berkedut dahi dan terkebil kebil biji mata mendengarkan cakap isterinya.Pak Tam bersuara.”Maknya bukankah jodoh,pertemuan,ajal,maut dan rezeki itu urusan tuhan.Yakinlah padanya.Dia maha tahu akan segalanya”

Masa berlalu, diantara Awang dan Seri sudah tidak boleh dipisahkan.Masing masing sudah jatuh cinta.Biarpun didalam mimpi.Seri tidak tahu bahawa mimpi yang dialami itu adalah pancingan atau perangkap Awang terhadapnya.Suatu hari didalam mimpi Awang membuka rahsia dirinya adalah orang bunian yang beragama Islam dan mengajak Seri kahwin.Untuk membuktikan kebenarannya Awang berjanji akan datang kerumahnya dengan syarat Seri merahsiakan kedatangannya dari orang tuanya.Sebagai mana yang dijanjikan,Awang telah datang kerumah Seri sewaktu kedua orang tua Seri turun kesungai menjala udang..”Assalamualaikum Seri”.Awang memberi salam dalam wujud sebenar.”Waalaikum salam,abang Awang ye.”Seri tercari cari dimana Awang kesayangannya.”Abang kat sini,Seri melangkah 3 langkah lagi kehadapan”.

Seri terus melangkah kehadapan 3 langkah dan berhenti.Awang terus memelok Seri dengan penuh kasih sayang.Seri tergamam namun dapat merasakan kehangatan dan kasih sayang Awang, walaupun tidak dapat melihat wujud Awang.”Seri berkata dengan lembut kepada Awang.”Berdosa bang,lagipun Seri tak nampak abang.”Serta merta Awang memperlihatkan dirinya.”Seri kini percaya bahawa  Awang adalah orang bunian.Namun cinta,kasih dan sayang telah mengatasi segala galanya.Awang dan Seri bergurau senda dengan penuh mesra.Tiba tiba Awang terkenangkan permintaannya kepada Seri belum lagi menerima jawapan.”Seri macam mana jawapan Seri mengenai Perkahwinan kita”..?.Seri tersentak seketika.Wajahnya mulai suram.

Dia kini berada didalam 2 persimpangan.Antara Cinta dan Kasih Sayang kepada Kedua orang tuanya.Awang mengerti lalu member tahu Seri bahawa Kedua orang tua Seri tidak akan membenarkan Seri berkahwin dengan orang bunian.Tetapi Awang menyatakan dia sanggup mati sekiranya tidak dapat kahwin dengan Seri.Maka berderailah air mata Seri mendengarnya.Dia sendiri merasakan perkara yang sama.Demi Cinta Seri mengikut rasa hati lalu bersetuju kahwin lari dengan Awang bila sampai masanya.Awang berjanji akan mengambilnya pada bulan mengambang nanti sementara membuat persiapan perkahwinannya dikampong buniannya.Awangpun pulang meninggalkan Seri.Sejak itu Seri merasakan hidupnya tidak lagi berseri malah merasa sedih untuk meninggalkan kedua insan yang tersayang.

Perubahan Seri amat ketara sehingga Pak Tam dan Mak Tam juga amatlah susah hati.Bila ditanya adakah dia sakit atau ada apa apa masalah,Seri tidak menjawap tetapi air matanya akan mengalir.Seri juga sudah tidak lalu untuk makan.Pak Tam mengesaki sesuatu pasti telah terjadi kepada anaknya.Pak Tam memanggil dukun kampong kerumahnya untuk mengetahui perkara sebenar anak gadisnya.Belum sempat dukun itu memasuki pondok Pak Tam dia tiba tiba rebah ketanah dan muntah darah.Mau tak mau dukun tersebut terpaksa meninggalkan pondok Pak Tam.Pak Tam dan Mak Tam mengesaki ada sesuatu yang tidak kena,namun tidak tanu apakah puncanya.Pak Tam dan Mak Tam sependapat terpaksa juga mencari dukun atau bomoh lain yang lebih handal lagi.Belumpun sempat mencari telah tiba bulan mengambang.

Seri dilarikan Awang kekampong Bunian pada malam itu lalu berkahwin.Meranalah kedua orang tua Seri ditinggalkan anak gadis kesayangannya.Pada satu malam Mak Tam bermimpi bertemu Awang dan Seri ,meraka telahpun berkahwin dan mempunyai anak satu.Didalam mimpi Mak Tam amat gembira bertemu meraka.Hilang kerinduan dan kesedihan.Sebelum pulang Seri ada berpesan.”Sekiranya ayah dan ibu berada didalam kesusahan apa sahaja diperlukan, serulah nama Seri 3 kali.Seri akan cuba membantu apa yang termampu.”Anehnya Pak Tam juga bermimpi waktu dan perkara yang sama.Akhirnya Pak Tam dan isterinya sedia maklum dan pasrah dengan ketentuan Allah S.W.T.Walaupun berat dihati namun terpaksa menerima kenyataan.Seri dan Awang pula tidak melupakan pengurbanan kedua orang tua ini lalu memberi kebajikan, mempermudahkan kehidupan keduanya.Setiap hari Pak Tam dan Mak Tam tidak perlu bekerja mencari rezeki.

Sama ada membuat atap untuk dijual atau menjadi nelayan menangkap ikan dan udang untuk dijual dan untuk dibuat lauk.Semuanya telah tersedia dibawah tudong saji.Satu masa pula Mak Tam jatuh sakit lalu meninggal dunia.Tinggallah Pak Tam seorang diri.Hari hari dia meratap akan nasibnya.Dia amat tertekan mengenangkan Mak Tam telah pergi meninggalkannya dan Seri pula tidak akan kembali kepadanya.Segala kesenangan hidup dari kebajikan yang diberi sudah tidak bermakna lagi buatnya.Pak Tam sudah mula berputus ase dengan kehidupannya.Kata Pak Tam seorang diri.”Apalah gunanya hidup ini lagi”.Sejurus kemudian dilihatnya Seri muncul bersama Awang dan cucu lelakinya yang telah berusia 3 tahun.Cucunya berlari mendapatkannya dan memelok  dan mencium Pak Tam lalu berkata.”Atok sekarang atok jangan susah hati walau nenek sudah tiada.Sekarang atok tinggal bersama kami”Pak Tam terharu mendengar cucunya berkata sedemikian.

Lalu Pak Tam memandang kearah Awang dan Seri.Keduanya tersenyum lalu menganggukkan kepala tanda setuju.Tampa banyak bicara Pak Tampun bersetuju.Sepantas kilat Pak Tam telahpun berada diperkampungan orang bunian dirumah menantunya Awang,anak Kesayangannya Seri dan cucu yang bakal dimanjakannya.Sejak itu Pak Tam  tidak lagi pulang kepondok buroknya.Kehilangannya menjadi tanda Tanya kepada semua penduduk jajahan Jugra dan kekal menjadi cerita Misteri .

                              
Kesimpulan;
1.Sebaik baik kejadian adalah manusia. (bukannya orang bunian),
2.Jangan mudah terpedaya dengan segala kebaikan dan kebajikan yang diberikan orang bunian.
3.Hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri.Biar susah bagai mana sekalipun beradalah ditempat sendiri.Kerana tiada bumi yang tidak ditimpa hujan.



Anda juga mungkin meminati untuk membaca cerita-cerita misteri yang lain sila Klik Disini

Hak cipta penulisan adalah hak arash misteri.Sebarang cetakan, olahan semula, terbitan majalah, terbitan sebarang media dan copy paste hendaklah mendapat keizinan arash misteri.

Penawar Mata,Penaik Seri Wajah Lelaki & Perempuan

 Toner Mata Nur Theraphy


Klik untuk maklumat lanjut

Toner mata nur theraphy merupakan toner mata yang didatangkan dalam bentuk titis yang dibuat dari Air zam-zam, air mawar, herba terpilih , 30 juzuk Al-Quran dan doa pilihan

KEGUNAAN

  • Meningkatkan kadar kelembapan mata
  • Pencuci mata
  • Menyingkir kekotoran (habuk dan bahan asing)
  • Menigkatkan kesegaran mata / Mata lesu / Keletihan mata
  • Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata
  • Mengatasi mata merah dan meradang.
  • Menggurangkan bengkak mata
  • Merawat jangkitan mata
  • Mencantikkan mata
  • Memperbaiki keadaan penglihatan


Klik untuk maklumat lanjut


SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN MENIMPA.SESAL DAHULU PENDAPATAN,SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.JANGANLAH SAMPAI NASI MENJADI BUBUR.UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA TERSAYANG.TIADA GUNANYA WANG RINGGIT DAN HARTA YANG MENGGUNUNG APABILA MUSIBAH INI TELAH MENYELUBUNGI HIDUP ANDA.


SEGALA KEINDAHAN,KENIKMATAN DAN APA SAJA YANG ANDA MILIKI TIDAK AKAN MEMBAWA ERTI APA -APA ATAUPUN HILANG DENGAN SEKELIP MATA.SEDARLAH WAHAI ANAK BANGSA KU.PERIHATINLAH KEPADA KEHIDUPAN YANG SERBA MENCABAR INI.KEPERIHATINAN KEPADA KESIHATAN DANKESELAMATAN ADALAH IBU ATAU TERAS KEPADA KEHIDUPAN YANG BERJAYA DAN SEMPURNA.


DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.DILIPUTI DENGAN TAUFIK DAN HIDAYAH.DILIMPAHI NIKMAT DAN HIKMAH IMAN DAN ISLAM SEPANJANG KEHIDUPAN. DENGAN IZIN LIMPAH KURNIA DAN RAHMAT ALLAH S,W,T.INSYAALLAH.





Semua persoalan anda sendiri mungkin ada jawapannya. Tetapi anda tidak ada jalan penyelesayan.Ataupun gagal untuk menyelesaikannya.Dari itu ARASY MISTERI berusha membantu anda.Ingatlah setiap masalah ada jalan menyelesaikannya.Ada waktu dan ketikanya keluarga,saudara mara, dan rakan terdekatpun tidak dapat membantu atau meringankan bebanan kita.Atau kita sendiri malu dan merahsiakan dari pengetahuan orang lain.Justeru itu jadikanlah ARASY MISTERI sebagai panduan,pedoman,mencurah permasalahan rumah tangga,permasalahan remaja,anak anak dan kekeluargaan kepada ARASY MISTERI.Inilah bidang kami,yang tuhan kurniakan.Kami cuba membantu dan berkongsi permasalahan anda.





haruman pengikat kasih sayang (Aura Kasih ), menaikkan seri wajah (Aura Seri ) & menghindari gangguan dari makhluk halus (Aura Sufi) yang telah di doakan dengan ayat-ayat al-quran & doa-doa terpilih.insaallah dengan izin allah serba sedikit permasalahan diatas dapat diperbaiki.




RAHSIA RUMAH TANGGA BAHAGIA:

Didalam masyarakat atau kehidupan orang dizaman dahulu,amat menitik beratkan persoalan berumah tangga dan kebahgiaannya.Orang berilmu dari Suku Kaum Bugis akan menerapkan atau mengajar anak anaknya sama ada lelaki atau perempuan keseluruhan ilmu pengetahuan berkaitan rumah tangga.Dari tujuan,matlamat,tanggung jawab,pantang larang dan ilmu Kebatinan berumah tangga itu sendiri.Tidak ada insan didunia ini tidak mengira bangsa dan agama yang mahukan rumah tangganya roboh,huru hara,tidak tenteram atau aman damai.Keseluruhan mahukan rumah tangga yang berkekalan aman dan bahgia hingga keakhir hayat.


More..




ALAM PENGASIH


ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH. PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS

Sebelum ini,telah diterangkan secara panjang lebar dan terpeinci bahawa Suku Kaum Bugis menjalani kehidupannya dengan penuh PERADAPAN.Ini adalah untuk menepati Matlamat atau Sasaran didalam hidupnya.Dimana ikhtiar atau usha dunia dan akhirat akan diselaraskan bersama.Bagitu juga dengan ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH, PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS.Setiap satu daripadanya mempunyai Matlamat dan caranya yang tersendiri.Masyarakat Melayu hari ini agak sensitive,tidak senang,gusar,takut,tidak percaya,atau membuat andayan yang nagetif terhadap ilmu ini.Malah ada yang mendakwa ilmu ini Syirik atau salah disisi agama.Bergantunglah kepada ilmu individu itu sendiri.Hanya ilmu pengetahuan yang menyeluruh atau meliputi sahaja dapat membuat keputusan tepat dan meyakinkan.