SELAMAT DATANG KE ARASY MISTERI, SEMOGA PERKONGSIAN ILMU INI DAPAT DI MANAFAATKAN BERSAMA, DI HARAP TIDAK ADA PENYALAH GUNAAN UNTUK KEGUNAAN KEARAH KEMUNGKARAN. INSYAALLAH. SEBARANG CADANGAN ATAU PANDANGAN ANDA BOLEH DIKONGSIKAN ARASY MISTERI 013-2554392 / 012-9715794 / ARASHMISTERI@GMAIL.COM TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI ARASY MISTERI

MISTERI BERTEMBUNG PENUNGGU SG:PASIR JUGRA


Masih segar didalam ingatan aku sewaktu dibangku sekolah menengah dalam tingkatan 3.Aku bersekolah di Sekolah Sultan Abdul Samad Telok Datuk Banting Kuala Langat Selangor Darul Ehsan.Rasanya terlampau banyak kenangan manis yang ditempuhi bersama rakan rakan sebaya sama ada didalam atau diluar sekolah.Disini ingin aku kongsikan bersama semua pengalaman aku bersama rakan rakan baik aku sewaktu cuti persekolahan akhir tahun.(Sekitar tahun 80 han).Kami merancang untuk memancing ikan disungai Jugra dengan menggunakan sampan bapa saudara aku sendiri.Kami semuanya berlima.Mohd Yunus,Samsuddin Ahmad,Tan Beng,Mutasah dan aku  bertolak awal pagi sekitar jam 8.00 dari rumah aku menuju kepengkalan nelayan disungai Durian.Sampai disana aku mencari sampan bapa saudara aku.


Waktu itu aku gagal untuk mengenal pasti dengan tepat manakah sampan bapa saudara aku kerana tiada nombor pendaftaran pada sampan,dan ditempat biasa dia mendarat dan meletakkan sampannya terdapat satu lagi sampan yang amat serupa bentuk dan warnanya.Disebabkan aku malas hendak pulang mencari bapa saudara aku untuk mendapatkan bantuan mengenal pasti sampan tersebut aku pukul nasib je.Lagipun aku sudahpun mendapatkan kebenaran untuk menggunakannya.Maka aku main agak agak je memilih salah satu dari sampan tersebut.Satelah semua barang barang yang dibawa dimuatkan didalam sampan dan rakan rakan ku telah berada didalam sampan akupun mendayung sampan.Kesemua rakan aku ni tak seorangpun yang pandai berdayung.Usah kata berdayung,naik sampanpun tak pernah.
Terasa kesal juga dihati bila terpaksa berdayung seorang diri.Apa tidaknya dengan muatan lima orang  bukanlah mudah untuk mendayung.Terasa berat yang amat.Tetapi disebabkan semangat untuk memancing dan rasa simpati kepada rakan rakan yang ingin merasai pengalaman menaiki sampan dan memancing menggunakan sampan aku gagahkan juga.Sewaktu berdayung dari sungai Durian air sungai masih penuh dan tenang tidak berarus.Aku berdayung perlahan lahan.Semua rakan rakan aku terasa terhuja dan memuji  aku kerana pandai berdayung dan mengemudikan sampan.Sampai dikuala sungai durian aku melabuhkan sampan disitu untuk kami mulakan aktiviti memancing.Waktu itu kami dengan mudah mendapat hasil tangkapan terdiri dari ikan sembilang beberapa ekor tiap tiap seseorang.Semuanya mendapat tangkapan masing masing.Apa tidaknya kuala sungai Durian semamangnya merupakan lubok ikan sembilang apabila air sungai pasang penuh.Terpancar kegembiraan disetiap wajah rakan rakan aku.Hanya aku sendiri yang kurang merasai kegembiraan disebabkan tidak dapat memancing dengan tumpuan disebabkan terpaksa membantu semua rakan aku ni memotong atau membuang sengat ikan sembilang yang didaratkan didalam sampan.Hasil tangkapan pula sewaktu itu silih berganti dan berturut turut.Bila keadaan reda.sudah tiada ikan yang didaratkan didalam sampan barulah aku dapat tumpuan untuk memancing namun sudah terlambat.Air sungai Jugra mulai surut dengan deras.Tiada satu ikanpun yang memakan umpan.
Hampir 1 jam aku dan rakan rakan aku memancing dengan penuh kesabaran,namun tiada seorangpun yang mendapat hasil tangkapan.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk beralih kelokasi lain mencuba nasib.Akupun berdayung semula mengikut arus sungai Jugra.Apabila bertemu sahaja anak sungai kecil aku akan berlabuh  untuk memancing.Telah hampir 5 anak sungai kami  mencuba nasib namun hampa.Akhirnya kami sudah sampai keKuala Sungai Jugra.Disebabkan umpan kami telah hampir habis maka aku terpaksa membuat keputusan berhenti memancing dan mula mencari umpan dengan menjala udang untuk dijadikan umpan memancing.Sepanjang pengetahuan aku,lokasi mencari udang yang banyak adalah disg:Pasir yang berada tidak jauh dari tempat kami berada. Dari itu akupun segra mendayung kearah sungai Pasir.Dalam 15 minit aku berdayung maka sampailah kami kesitu.
Aku segra mengambil jala untuk segra mencari umpan.Sabelum aku memulakan aktiviti menjala aku terpaksa memberi tahu kesemua rakan rakan aku agar duduk diam sahaja agar imbangan sampan menjadi setabil.Tidak terlampau bergoyang goyang supaya memudahkan aku menjala.Akupun segra memulakan aktiviti menjala.Satelah jala ditibarkan kedalam sungai akupun segra dan berhati hati menarik jala dan memuntalnya sedikit agar udang dan ikan yang terperangkap didalamnya tidak terlepas.Apabila jala keluar sahaja dari permukaan air aku lihat terdapat hampir puluhan ekor udang gantung dan udang putih didalam jala aku.Apa lagi bersorak dan bertepok tangan semua rakan rakan aku kegembiraan.Al maklum tak pernah agaknya melihat secara dekat keadaan tersebut sabelum ini.
Aku segra mengutip dan mengeluarkan udang udang tersebut dari dalam jala ku dan kumasukkan kedalam  bekas umpan.Hampir 30 ekor semuanya.Pada hari itu aku akui sememangnya amat banyak udang yang diperolihi.Semakin dalam aku menyusuli sg:Pasir kehulunya semakin banyak udang  sehingga jumlahnya mula menakutkan hati aku sendiri.Kata orang tua tua sekiranya terlampau banyak udang berhati hatilah kerana ada kemungkinan ada buaya atau bahaya yang lain.Dengan segra aku berhenti dari terus menjala udang.Sebaliknya aku ikat sampan dipangkal pokok bakau lalu mengambil keputusan untuk berehat seketika untuk melepaskan penat.Aku menyuroh semua rakan rakan aku mengalas perut dengan bekalan yang telah dibawa masing masing,memandangkan matahari telahpun tegak diatas kepala.
Masing masingpun segra mengalas perut sambil berbual bual kosong.Aku lihat air sungai Pasir sedang tenang mengalir.Tiada tanda tanda air sungai mulai akan pasang.Aku mengambil keputusan untuk mengutip siput hisap untuk dibawa pulang,kerana waktu itu semua siput tersebut berkumpul pada batang dan akar pokok bakau.Rasanya dalam waktu hampir 1 jam aku telah berjaya mengutip lebih dari 20 kilo siput hisab sambil sambil menyusor keluar dari hulu kekuala Sg:Pasir.Sedang aku asik mengutip siput kedengaran beberapa kali air sungai menggelocak akibat ikan yang menghambur kepermukaan air,bagitu jua dengan udang.Satu petanda baik bagi aku.Aku perhatikan dengan penuh teliti akan segala riak dan pergerakan yang terhasil.Aku pasti sekumpulan ikan ikan Siakap telahpun menghadirkan diri disg:Pasir untuk mencari mangsanya udang gantung,udang putih dan ikan belanak beserta anak ikan jenjolong.
Tampa membuang masa aku segra mengambil jala untuk menjala ikan Siakap yang aku lihat dari riak dan pergerakan air sungai yang lesu mengalir.Dalam hati kecil aku berkata kata.”Hari ini hari yang bertuah,banyak rezeki.” Aku segra menibarkan jala kepermukaan air sungai yang ada riyak pergerakan ikan Siakap.Aku biarkan seketika sambil cuba mengesan pergerakan didalam jala aku.Terasa pergerakannya.Aku tersenyum lebar.Aku pasti ada hasil tangkapan ikan Siakap didalam jalaku.Terasa ia meruntun untuk melepaskan diri dari dalam jala aku.Aku segra memintal jala ku dengan berhati hati agar ikan Siakap tidak terlepas.Aku segra menarik jala ku keluar dari permukaan air.Tepat ramalan aku bila mana kelihatan 3 ekor ikan Siakap  berada didalam jala aku.Apa lagi bersorak rakan rakan aku kegembiraan.
Aku segra mengeluarkan ikan tersebut dan aku masukkan kedalam tong pelastik yang berisi udang.Berebut rakan rakan aku berusha hendak melihat ikan Siakap didalam tong pelastik sehingga sampan kami bergoyang kencang.Aku segra duduk daripada berdiri,tak jadi hendak menjala.Aku memberi nasihat dan peringatan kepada rakan semua agar duduk diam.Bukan apa sukar aku hendak menjala didalam keadaan sedemikian dan ikan akan lari jauh disebabkan kocakan air yang terhasil dari sampan yang tidak setabil.Tapi...rakan rakan aku ni tak menghiraukan kata kata aku dek terlampau gelojoh nak melihat ikan Siakap yang menggelitik didalam tong.Almaklumlah mungkin tidak pernah melihat ikan Siakap hidup didepan mata agaknya.Melihatkan tingkah laku rakan semua,terasa geli hati juga.
Dan dalam diam aku juga tumpang gembira.Bila keadaan telah tenang kembali aku berdiri semula bersedia untuk menjala.Aku melihat riak ikan Siakap tidak jauh dari sampan.Dengan pantas aku menibarkan jala kearah riak air tersebut.Dalam waktu yang sama tiba tiba sampan ku rasakan bergoyang kencang mengakibatkan aku hilang imbangan badan lalu terjatuh kedalam sungai Pasir.”Gedebowww”.Aku kini telahpun berada didasar perut sg:Pasir.Perkara pertama yang aku ingat adalah untuk menyelamatkan jala bapa saudara aku.Disebabkan tali jala tidak terlucut dari pergelangan tangan kanan aku maka dapatlah aku segra berusha menyelamatkan jala tersebut.Didalam air aku terpaksa menahan pernafasan sambil dengan pantas menggulung jala tersebut ketangan kanan.
Tidak pernah aku mengalami keadaan sedemikian rupa.Apabila jala telah semuanya tergulung ditangan kanan sambil arus sungai terus menerus menghanyutkan aku tampa henti.Aku segra berusha sedaya upaya berenang kepermukaan dengan sisa sisa tenaga yang ada.Akhirnya aku berjaya juga kepermukaan air sungai dan berpegang kepada jangkau akar pokok bakau.Rupanya arus sungai Pasir dibawahnya agak deras dan diatasnya agak kelihatan lemah.Aku dihanyutkan hampir 100m dari sampan,dimana aku terjatuh tadi.Kedengaran dari jauh rakan rakan aku semuanya menggelabah dan ada yang menangis.Diakhiri dengan kata sepakat untuk mendapatkan bantuan dari nelayan yang akan melalui kuala Sg:Pasir untuk pulang kepengkalan nelayan.Waktu itu timbul pula difikiran aku untuk menyakat.
Atau mempermainkan rakan rakan aku yang tengah menggelabah dan ketakutan.Aku lihat Samsuddin membuka tali ikatan sampan,dan Mohd Yunus cuba mendayung sampan mengikut arus sungai.Sekejap ketengah sekejap ketepi.Geli hati aku melihat keadaan tersebut.Aku berselindung disebalik akar pokok bakau.Apabila kelihatan sampan sudah agak hampir aku terus menyelam dan berpaut diluan hadapan sampan.Didalam kedudukan tersebut tidak seorangpun dari rakan rakan aku yang terlihat atau menyedari akan kehadiran aku.Hanya kepala keparas lahir aku sahaja yang kelihatan ditepi luan sampan hadapan.Dapat aku bernafas dan mendengar setiap patah percakapan rakan rakan yang menggelabah dan ketakutan.Aku berusha untuk mencari jalan menyakat atau menakut nakutkan rakan rakan ku.
Sementara rakan rakan ku ada yang menangis dan bertelingkah sesame sendiri mencari jalan penyelesayan meminta bantuan sekiranya bertemu nelayan yang didalam perjalanan pulang kepengkalan.Aku segra menjalankan perancangan yang terlintas difikiran ku.Dengan kekuatan yang ada,aku berusha menggoyangkan sampan dan sesekali menghenjut sampan dari dalam air.Usha aku berhasil.Semua rakan rakan aku senyap sunyi.Tidak kedengaran tangisan atau sepatah perkataanpun.Aku tahu...pasti rakan rakan aku kebingungan dan ketakutan.Aku teruskan lagi menggoyang sampan dari dalam air.Apabila aku berhenti dan bernafas dipermukaan air diluan hadapan sampan...senyap sunyi.Seketika aku kepenatan lalu mendiamkan diri sambil berpaut diluan sampan.Terdengar Mutasah bersuara.
“Kenapa sampan tadi bergoyang ha”.Tan Beng menjawap.”Ada buaya ke?”Aku tersentak mendengarkan perkataan buaya.Hati aku menyumpah menyeranah siTan Beng yang bermulut celupar.Dia duduk bersama Mohd Yunus dibahgian belakang sekali.Aku merancang untuk menyelam kebahgian belakang sampan agar dapat aku menyergah atau menakut nakutkan Tan Beng.Biar padan mukanya yang bermulut celupar.Dengan segera aku menyelam kebahgian belakang sampan.Sedang aku menyelam tiba tiba kelihatan tidak jauh dari aku pergerakan seolah olah kayu hitam yang hanyut dibawa air.Berbentuk hadapan agak tirus dan kemudian besar dan mula mengecil dan tirus dihujung.Panjangnya aku rasa 3 kali ganda sampan kami.Aku tergamam seketika didalam air.Aku terfikir apakah benda itu.Kayu hanyut ke?.
Kalau kayu hanyut bagai mana boleh menongkah arus menuju kehulu sg:Pasir.Sedangkan air sg:Pasir sedang surut kearah laut.Sampan kami juga dibawa arus sg:Pasir menuju kekuala sungai bertemu laut.Aduhhhhh.Tidak syak lagi bukan kayu hanyut.Menyedari akan hal tersebut,gementar seluruh tubuh badan aku.Aku segra dengan pantas berenang kepermukaan air dan berpaut ketepi dinding sampan sambil menggelupur untuk naik kedalam sampan.Tindakan aku yang sepontan itu rupanya lebih memeranjatkan semua rakan rakan aku lalu semuanya tergamam.Tidak seorangpun yang membantu aku.Terpaksalah aku sendiri bersusah payah untuk menaiki sampan sambil menjerit jerit meminta pertolongan.Waktu itu tiada lain yang aku fikirkan,pastinya kayu yang aku sangke hanyut itu bukanlah kayu hanyut.
Dari bentuk rupa dan pergerakannya menongkah arus aku pasti ianya adalah buaya atau penunggu sg:Pasir.Apabila berjaya menaiki sampan tampa sebarang bantuan rakan rakan aku,aku merasa lega  dan menarik nafas panjang.Aku terfikir...kalaulah aku tidak sempat menyelamatkan diri menaiki sampan tidak mustahil sang buaya tersebut akan bertindak menyambar kaki atau badan ku.Samalah halnya sekiranya sipenunggu sg:Pasir.Dah pastinya aku ditarik kedasar dan mati kelemasan.Namun musibah itu semua tidak berlaku dengan izin Allah S.W.T.Berpantang maut sabelum ajal.Aku terasa amat keletihan.Rakan rakan aku baru tersedar dari perasaan tergamam yang amat sangat.Semuanya merasa gembira dan berbagai bagai persoalan yang dikemukakan.Aku hanya tersenyum tawar.
Tidak sepatah perkataanpun yang aku bicarakan.Melainkan memikirkan sang buaya atau sipenunggu sg:Pasir tadi.Aku rasakan masih tidak selamat selagi berada dikawasan tersebut.Bila bila masa sang buaya atau penunggu sg:Pasir akan bertindak menenggelamkan sampan kami.Tampa bersuara aku mencapai pandayung lantas berdayung dengan pantas sambil berdoa agar Allah S.W.T. melindungi kami dari segala musibah.Perbuatan aku menjadi kehairanan dan tanda tanya pada rakan rakan semua.Malah semuanya mendiamkan diri.Tidak saorangpun yang berani bersuara.Perjalanan pulang dari meninggalkan sg:Pasir menuju pulang ke sg:Durian jua mengikut arus sungai yang mula pasang.Aku tidak mengalami kesukaran berdayung mengikut aliran arus sungai yang pasang.Tidak lama kemudian sudah kelihatan sungai Durian dihadapan.
Aku berhenti mendayung disebuah tebing yang agak redup dari sinaran panah mentari petang yang masih membakar.Aku ikatkan sampan pada pangkal banir pokok bakau lalu aku mula bersuara.”Ini tempat terakhir kita semua memancing ikan.Siapa nak memancing,pancinglah.Ini lubok ikan.”Masing masing tersenyum dan segra melakukan pancingan.Keadaan mulai ceria kembali apabila setiap pancingan memperolihi penghasilan.Bermula dengan Tan Beng mendapat ikan Sembilang.Kedua Mohd Yunus mendapat ikan Bagok dan diikuti Samsuddin dan Mutasah mendapat ikan gelama pisang.Bertalu talu  ikan didaratkan kedalam sampan oleh rakan rakan aku.Keadaan itu tidak langsung aku hiraukan.Bagi aku biarlah rakan rakan aku bergembira dan menikmati kenikmatan memancing.
Mungkin ini kali pertama dan terakhir rakan rakan aku memancing bersama aku dengan menggunakan sampan bapa saudara aku.Salepas dari ini aku tak pasti lagi.Sedang rakan rakan aku asik memancing aku termenong terkenangkan kejadian bertembung benda tersebut didasar sg:Pasir.Kalaulah buaya,aku pasti telah disambar.Dengan tiba tiba aku teringatkan cerita orang tua tua dikampong ku.Sungai Jugra mempunyai beberapa anak anak sungai kecil.Diantaranya sg:Simpang Lima,sg:Duhaka,sg:Tempayan,sg:Hijau,sg:Judah,sg:selamah,sg:Simpang lima,sg:Air Hitam,sg:Pasir,sg:Durian dan beberapa anak sungai lain.Diantara anak anak sungai yang aku sebutkan tadi.Mengikut cerita orang tua tua kampong dan beberapa nelayan orang asli ada buaya atau penunggunya.
Yang sering diceritakan,berada dianak sungai Simpang Lima,Judah dan sungai Pasir.Meremang bulu roma aku seketika.Aku amat bersukur kerana terselamat dari sebarang musibah.Tidak dapat aku bayangkan,apa akan terjadi dengan keluarga dan saudara mara bila mana musibah terjadi.Bukan sahaja aku,sekiranya menimpa rakan rakan akupun pastinya mengundang permasalahan dan kekesalan yang tidak terhingga.Aku merasakan ajakan memancing bersama rakan rakan yang tidak ada langsung pengalaman adalah satu keputusan atau tindakan yang amat bodoh dan merbahaya.Kenapalah aku langsung tidak terfikir akan segala permasalahan tersebut.Aku menarik nafas panjang.Mungkin inilah kali terakhir aku berbuat demikian.Sesekali terdengar sayup sayup bunyi kenderaan lalu lalang didaratan bunyi kenderaan.
Dari arah bunyinya, datang dari jalan sungai Durian yang berada tidak jauh dari tempat kami berada.Dicelah celah bunyi motosikal dan kerata,terdengar oleh ku bunyi  kecemasan alunan ambulan atau kenderaan PDRM.Berkata hati kecil ku,apakah gerangannya..?Apakah ada orang sakit atau berlakunya kes pergaduhan atau pembunuhan..?.Aku tertanya tanya.Namun aku biarkan persoalan itu tampa jawapan dan berlalu begitu sahaja.Melihat akan keriyangan dan kegembiraan rakan rakan aku mendapat hasil pancingan,membuat aku terbuka hati untuk turut serta memancing.Aku segra mengambil pancing dan memasang umpan udang hidup kemata kail sambil membaca jampi mentera yang boleh didengari oleh semua rakan rakan ku.Bukan apa,saje nak menyakat
“Biamillahhirrohmannirrohim.Wama romaita izromaita wala kinnallah haroma.Ulo ulo tali perambut.Aku mengulo engkau menyambut.Air pasang sampai keinsang.Air surot sampai ke perut.Berkat doa nabi Sulaiman dan nabi Haidir A.S..Berkat doa Laillahaillahlah Muhammad darasullullah”.Aku henbuskan keumpan 3x dan segra melontarkan umpan kearah tengah sungai.Samuddin bersuara,”Wah kawan kita guna jampi menteralah,ini tak patut.Main tipu ni”.Mohd Yunus mencelah.Mutasah pula mencelah.”Kalau ikan hendak makan dan kalau nak jadi rezeki tu tak payah jampi serapah.Macam aku ni .Pantang baling.Akulah juara pancing hari ini.Ha ha ha.”Aduhhh,bedesing telingga aku dibuatnya.Dari segi tangkapan aku akui beliau mendapat hasil terbanyak,dan aku yang paling sedikit.
Sepontan semua rakan rakan aku tergelak.Tan Beng yang dari tadi terdiam juga mula berjenaka dan menyakat aku pula.”Orang pergi memancing mandi.Engkau tak mandi pagi.Itu pasai ikan tak suka makan pancing engkau”.Semuanya tergelak.Aku tersenyum tawar dalam paksaan.Dalam hati tuhan sahaja yang tahu.Apapun aku pasti.ianya sekadar senda gurau atau lawak bodoh.Aku tidak langsung merasa kecil hati atau marah,kerana aku tahu bahawasanya kami semua merupakan rakan atau sahabat yang telah saling mengenali hati budi masing masing dengan mendalam dan menyeluroh.Dah macam adik beradik sepusat sepusing.{sebapa seibu}.Akupun sebenarnya sekadar ingin menghidupkan suasana ceria dan bermaksud ingin menyakat rakan rakan ku.Terasa amat gembira dan bahgia sekali bila bersama. 
Secara tiba tiba aku merasakan tali pancing aku direntap dengan kuat sehingga aku sendiri terpetanjat berok.Lantas aku segra bertindak merentap tali pancing sepantas kilat.Terasa pancing ku berat dan berlakunya perlawanan.Aku pasti pancing ku telah mengena sasaran.Aku terpaksa berhempas pulas melawan tarikan sasaran tersebut.Tidak pernah aku merasakan daya tarikan yang sebegitu .Aku berusha sedaya upaya untuk mendaratkan sasaran kedalam sampan.Semua rakan rakan aku amat terhuja dan bersorak riuh rendah.Bergedamat bunyinya.Sedangkan aku telah mula berpeluh diseluruh tubuh badan.Secara tiba tiba terasa tali pancing aku mulai ringan dan sepontan dari itu menghambur keluar dari permukaan sungai seakur ikan Siakap yang agak besar tidak jauh dari sampan kami.Aku mula bersemangat dan meneruskan perlawanan semula.Rasanya hampir 20 minit pertarungan berlangsung barulah aku berjaya juga mendaratkan ikan Siakap tersebut.Bukan main suka dan gembiranya aku dan rakan rakan.Itulah hasil tangkapan terbaik sepanjang aku memancing.Rasanya berat mencecah 7 kilo.Semua rakan rakan aku semuanya bersemangat untuk meneruskan pancingan masing masing.Kalau boleh nak dapatkan yang lebih baik dari apa yang aku perolihi.Seberapa pancing yang ada semuanya diguna pakai.Berebut rebut masing masing dengan pantas cuba  memulakan pancingan dengan tergesa gesa.Aku percaya semua rakan rakan aku meletakkan harapan yang amat tinggi menggunong agar memperulihi hasil tangkapan yang boleh dibanggakan. 
Aku sekadar mampu melihat dan tersenyum saje.Buat aku.apa yang ada sudah memadai dan amat bersukur.Aku merancang untuk membahagikan ikan Siakap yang aku perulihi  samarata dengan semua rakan rakan aku biar semua merasa dan gembira.Sementara biarlah aku rahsiakan dulu.Hampir 1jam telah berlalu namun tiada tanda tanda yang merangsang semangat memancing.Sunyi dan sepi.Matahari mulai suram dan terselindung dibalik bukit.Air sungai mulai pasang penuh.Aku meramalkan  senja hampir menjelang.Dengan berat hati aku terpaksa mengarahkan semua rakan rakan aku menggulung pancing masing masing untuk pulang.Tampak rasa kekecawaan diwajah masing masing kerana  tidak mendapat sebarang hasil tangkapan untuk mengalahkan aku agaknya.Namun apakan daya,masa pulang telah tiba.
Aku  mendayung sampan mudik kembali kesungai Durian.Sesampai saje dipengkalan aku mendaratkan sampan ditempat asalnya dan mengemas semua barangan.Ikan Siakap aku potong dan aku bahagi bahagikan sama rata.Bukan mainlah gembiranya semua rakan rakan aku.Sampai waktu berpisah.Aku arahkan semua rakan rakan aku untuk segra pulang memandangkan rumah masing masing diluar kampong ku.Aku pula kena mencuci sampan agar bersih dan agar tidak dimarahi bapa saudar aku.Dapat aku rasakan kegembiraan rakan rakan aku itu dengan semua hasil tangkapan dan pengalaman baru memancing denganmenggunakan sampan.Aku sendiripun terasa berbaloi,Cuma keletihan.Selesai mencuci sampan aku segra pulang kerumah.Sampai dirumah aku melihat ibu sedang berbual dengan seorang lelaki cina yang berusia agak lanjut.
Sampai sahaja dirumah aku terdengar ibu bersuara.”Saya tak ada duit,kalau mau l u tangkap anak saya bawa kebalai”.Aku tersentak lantas segra mendapatkan lelaki Cina tersebut.Dari  penerangannya dapatlah aku ketahui bahawa aku telah tersilap membawa sampannya.Dia bekerja mencari rezeki dengan menangkap ketam menggunakan sampan.Kerana itu dia tidak dapat mencari rezeki dan menuntut aku membayar ganti rugi RM50.Malah dia mengakui telah membuat lapuran polis diatas kehilangan sampannya.Aku tergamam dan terperanjat dengan apa yang telah terjadi.Sungguh aku tidak menduga dengan segala apa yang berlaku.Macam tak percaya,tapi itulah yang berlaku.Aku tidak menyangka sama sekali bahawa kegembiraan yang kami nikmati diakhiri dengan permasalahan yang tidak diduga dan aku terpaksa menghadapinya sendiri.
Aku terasa menyesal.Hanya disebabkan sedikit kecuayan aku terperangkap dengan permasalahan yang tidak terduga.Mujurlah aku mempunyai sedikit wang simpanan hasil mengambil upah membersih kebun orang.Lantas dengan segra aku mengambilnya dan menyerahkan RM50 kepada lelaki Cina tersebut sambil memuhun maaf dan memintanya menarik kembali lapuran polis yang telah dibuat.Mana kala ibu aku lihat berkurung didalam bilik.Aku pasti ibu amat marah pada segala apa yang terjadi.Aku pula tidak berani berdepan dengan kemarahan ibu.Segala hasil tangkapan udang dan ikan aku terpaksa uruskan sendiri.Aku siang dan basuh bersih bersih.Kemudian aku limau dan kunyetkan bersama sedikit garam.Lepas isyak aku menggoringnya lalu akumakan bersama nasi yang panas.Walaupun sedap dimakan,namun selera makan aku menjadi tawar.
Aku takut mengajak ibu makan bersama lantaran pintu biliknya berkunci.Namun demikian aku persiapkan makan malam yang terbaik buat ibu tersayang.Bila aku fikirkan kembali akan aktiviti memancing bersama rakan rakan aku bersampan dan segala apa yang aku tempuhi....terasa sangat tidak berbaloi.Apa tidaknya,sekiranya aku ditakdirkan  menjadi mangsa penunggu sungai Pasir.Sudah pasti kematian aku sungguh trajis.Sudah tentu juga ibu,saudara mara dan penduduk kampong semuanya terperanjat dan gempar dengan trajidi yang menimpa aku.Dan sudah pasti mayat aku juga didalam keadaan yang tidak dapat hendak aku bayangkan.Nauzubillahiminzolik.Aku amat bersukur kepada Allah S.W.T kerana terselamat dan masih diberi peluang untuk terus menjalani kehidupan didunia ini.Disini aku terasa sungguh akan kelemahan dan kebodohan diri ini.Tidak pernah mahu memikirkan secara mendalam akan kebaikan dan keburukan akan segala pekerjaan yang dibuat dan apakah kesannya terhadap orang disekeliling kita.Dahlah macam tu...tak pasal melayang duit simpanan RM50.Silap hari bulan kena penjara lagi.Aku ambil pengajaran dan iktibar dari apa yang aku lalui ini.Sewaktu aku memaparkan kisah ini ....terasa ianya baru semalam berlalu.Dalam kepahitan ada kemanisan.Kenangan silam yang mengundang rasa rindu dendam kepada zaman persekolahan.Buat teman yang kaki pancing..hati hati dan berwaspada selalu.Jangan memancing hingga terpancing dengan......?Faham faham sendiri.
Kesimpulan:
1.Berpantang maut sabelum ajal.
2.Tiada yang mustahil dengan izin Allah S.W.T.
3.Hanya Allah S.W.T tempat bermuhun dan berlindung.
4.Berfikirlah secara mendalam akan segala apa yang hendak dilakukan.
5.Didalam apa bentuk pekerjaan atau perbuatan utamakan keselamatan dan 
Orang tersayang.


Anda juga mungkin meminati untuk membaca cerita-cerita misteri yang lain sila Klik Disini

Hak cipta penulisan adalah hak arash misteri.Sebarang cetakan, olahan semula, terbitan majalah, terbitan sebarang media dan copy paste hendaklah mendapat keizinan arash misteri.

Penawar Mata,Penaik Seri Wajah Lelaki & Perempuan

 Toner Mata Nur Theraphy


Klik untuk maklumat lanjut

Toner mata nur theraphy merupakan toner mata yang didatangkan dalam bentuk titis yang dibuat dari Air zam-zam, air mawar, herba terpilih , 30 juzuk Al-Quran dan doa pilihan

KEGUNAAN

  • Meningkatkan kadar kelembapan mata
  • Pencuci mata
  • Menyingkir kekotoran (habuk dan bahan asing)
  • Menigkatkan kesegaran mata / Mata lesu / Keletihan mata
  • Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata
  • Mengatasi mata merah dan meradang.
  • Menggurangkan bengkak mata
  • Merawat jangkitan mata
  • Mencantikkan mata
  • Memperbaiki keadaan penglihatan


Klik untuk maklumat lanjut


SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN MENIMPA.SESAL DAHULU PENDAPATAN,SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.JANGANLAH SAMPAI NASI MENJADI BUBUR.UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA TERSAYANG.TIADA GUNANYA WANG RINGGIT DAN HARTA YANG MENGGUNUNG APABILA MUSIBAH INI TELAH MENYELUBUNGI HIDUP ANDA.


SEGALA KEINDAHAN,KENIKMATAN DAN APA SAJA YANG ANDA MILIKI TIDAK AKAN MEMBAWA ERTI APA -APA ATAUPUN HILANG DENGAN SEKELIP MATA.SEDARLAH WAHAI ANAK BANGSA KU.PERIHATINLAH KEPADA KEHIDUPAN YANG SERBA MENCABAR INI.KEPERIHATINAN KEPADA KESIHATAN DANKESELAMATAN ADALAH IBU ATAU TERAS KEPADA KEHIDUPAN YANG BERJAYA DAN SEMPURNA.


DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.DILIPUTI DENGAN TAUFIK DAN HIDAYAH.DILIMPAHI NIKMAT DAN HIKMAH IMAN DAN ISLAM SEPANJANG KEHIDUPAN. DENGAN IZIN LIMPAH KURNIA DAN RAHMAT ALLAH S,W,T.INSYAALLAH.





Semua persoalan anda sendiri mungkin ada jawapannya. Tetapi anda tidak ada jalan penyelesayan.Ataupun gagal untuk menyelesaikannya.Dari itu ARASY MISTERI berusha membantu anda.Ingatlah setiap masalah ada jalan menyelesaikannya.Ada waktu dan ketikanya keluarga,saudara mara, dan rakan terdekatpun tidak dapat membantu atau meringankan bebanan kita.Atau kita sendiri malu dan merahsiakan dari pengetahuan orang lain.Justeru itu jadikanlah ARASY MISTERI sebagai panduan,pedoman,mencurah permasalahan rumah tangga,permasalahan remaja,anak anak dan kekeluargaan kepada ARASY MISTERI.Inilah bidang kami,yang tuhan kurniakan.Kami cuba membantu dan berkongsi permasalahan anda.





haruman pengikat kasih sayang (Aura Kasih ), menaikkan seri wajah (Aura Seri ) & menghindari gangguan dari makhluk halus (Aura Sufi) yang telah di doakan dengan ayat-ayat al-quran & doa-doa terpilih.insaallah dengan izin allah serba sedikit permasalahan diatas dapat diperbaiki.




RAHSIA RUMAH TANGGA BAHAGIA:

Didalam masyarakat atau kehidupan orang dizaman dahulu,amat menitik beratkan persoalan berumah tangga dan kebahgiaannya.Orang berilmu dari Suku Kaum Bugis akan menerapkan atau mengajar anak anaknya sama ada lelaki atau perempuan keseluruhan ilmu pengetahuan berkaitan rumah tangga.Dari tujuan,matlamat,tanggung jawab,pantang larang dan ilmu Kebatinan berumah tangga itu sendiri.Tidak ada insan didunia ini tidak mengira bangsa dan agama yang mahukan rumah tangganya roboh,huru hara,tidak tenteram atau aman damai.Keseluruhan mahukan rumah tangga yang berkekalan aman dan bahgia hingga keakhir hayat.


More..




ALAM PENGASIH


ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH. PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS

Sebelum ini,telah diterangkan secara panjang lebar dan terpeinci bahawa Suku Kaum Bugis menjalani kehidupannya dengan penuh PERADAPAN.Ini adalah untuk menepati Matlamat atau Sasaran didalam hidupnya.Dimana ikhtiar atau usha dunia dan akhirat akan diselaraskan bersama.Bagitu juga dengan ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH, PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS.Setiap satu daripadanya mempunyai Matlamat dan caranya yang tersendiri.Masyarakat Melayu hari ini agak sensitive,tidak senang,gusar,takut,tidak percaya,atau membuat andayan yang nagetif terhadap ilmu ini.Malah ada yang mendakwa ilmu ini Syirik atau salah disisi agama.Bergantunglah kepada ilmu individu itu sendiri.Hanya ilmu pengetahuan yang menyeluruh atau meliputi sahaja dapat membuat keputusan tepat dan meyakinkan.