BAYI DIDALAM KANDUNGAN
HILANG
Gadung dan Silu telah 5 tahun berumah
tangga dikampong halamannya diSungai Judah Pulau Carey Banting Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan.Meraka adalah dari suku kaum asli yang menetap
disana.Kemana saja keduanya pergi pasti menjadi bahan cerita dan ketawa orang
dikampongnya dan kampong kampong berhampiran.Hari demi hari Gadung amat sedih
dengan nasib yang menimpanya.Telah puas dia membawa isterinya berubat dengan
Tok Batin yang ada ditempatnya.Malah dia juga pernah berubat dengan beberapa
Tok Bati yang diluar dari daerahnya. Disebabkan segala ushanya gagal Gadung
terfikir untuk berkahwin lagi.Namun Gadung tak mampu berbuat demikian kerana
Silu adalah cinta pertamanya.Dan dia tidak sampai hati melukai hati dan
perasaan isteri tersayangnya Silu.
Silu memahami penderitaan
suaminya.Pernah juga terfikir akan Silu untuk menyuroh Suaminya kahwin
lagi.Namun setiap kali dia hendak menyatakan hasratnya,setiap kali itulah
mulutnya tidak mampu menyatakannya.Silu amat mencintai suaminya.Namun apa bila
terkenangkan nasib dia dan suaminya yang kerap menjadi bahan cerita dan ketawa
ramai hatinya amat sedih dan kecawa.Suatu hari Gadung turun kesungai memancing
ikan dengan perahunya.Waktu itu air sungai bunga pasang.Dia mendayung sampan mengikut
aliran arus yang lemah.Tujuannya mencari tempat yang baru dan sesuai untuk
memancing.Ditempat biasa dia memancing hasilnya tidak seberapa dan telah ramai
yang datang dan memancing disitu.Sejak kahwin Gadung dan Silu tidak pernah berpisah walau kemana saja tak
kira siang maupun malam.Termasuklah bila memancing.Apabila memancing ditempat
biasa sudah pasti menempuh keadaan yang tidak menyenangkan dan menyakitkan hati
dan perasaan Gadung dan Silu.Gadung mendayung perahunya tampa haluan dan
melayani perasaannya.Sudah terlampau jauh dia berdayung meninggalkan kampong
halamannya.Gadung memberhentikan sampannya dan ditambatnya kesebatang pokok
bakau yang amat rindang ditebing sungai.Gadung mencuba nasibnya disitu.Dia
terus memancing.Agak lama dia menanti namun tiada ikan yang mahu memakan
umpannya.
Disebabkan rasa bosan Gadung mengikat
tali pancingnya keibu jari kaki kanannya lalu berbaring didalam
perahunya.Sebenarnya sudah kerap dia berbuat demikian terutama waktu makan
ataupun menggulong rokok daunnya.Biarpun lama dia berbaring masih lagi
pancingnya tidak dimakan ikan.Angin bertiup sepoi sepoi bahasa,semakin lama
semakin nyaman dan menyenangkan.Mata Gadung
semakin lama semakin berat dan layu.Akhirnya Gadung tertidur.Gadung
hanya tersedar apabila air sungai telahpun pasang penuh.Digulungnya tali
pancingnya pada poyan kayunya.Dia berdayung semula untuk pulang.Didalam
perjalanan pulang dia melintasi sebatang sungai kecil,tiba tiba mengambur ikan
Siakap ditengah anak sungai tersebut,Wahhh.....ada Siakap disini.
Dengan segra Gadung membalokkan
perahunya.Gadung mengikatkan perahunya pada akar pokok bakau ditebing sungai kecil tersebut.”Pow” bunyi
air menggelocak bila mana ada ikan sikap mengambur lagi .Dengan pantas dan bersemangat
Gadung segra mencampakkan pancingnya.Gadung menanti dengan penuh debaran,dia
mencapai rokoknya lalu dihidupkan dengan mancis yang hampir basah.Baru 3 kali
dia menyedut rokoknya pancingnya telah disentap ikan.Lintang pukang Gadung
menyentap talinya.Gadung dapat mendaratkan ikan siakap kedalam perahunya.Dia
segera mencangkokkan umpan kemata kailnya dan dicampakkannya kembali
kesungai.Sebentar kemudian umpannya disambar ikan.Bagitulah keadaannya setiap
kali pancing dilabuhkan kedalam sungai.
Hasil tangkapannya hari itu begitu
banyak sehingga umpannya habis.Gadung tersenyum gembira melihat hasil
tangkapannya.Dia amat berpuas hati dengan tangkapannya.Seumur hidupnya dia
tidak pernah merasakan tangkapan dan kepuasan sedemikian.Gadungpun membuka
ikatan tali perahunya dan berdayung pulang.Hari itu Gadung menjual kebanyakan
tangkapannya pada pemborong ikan.Dia hanya mengambil sedikit ikan Siakap sahaja
untuk dibawa pulang.Sesampai dirumah Silu segra menyambut suaminya.Dia segra
kedapur menjerang air dan menyiyang ikan Siakap untuk dijadikan lauk.Gadung
pula duduk menyandarkan dirinya kedinding sambil menghisap rokok daun.Gadung
merancang untuk pergi semula kesitu esok hari untuk memancing.Dia terkenangkan
masa dia memancing tadi.
Dia amat terhuja dan merasa
puas.Gadung menguntum senyuman sendirian.Tampa disedarinya Silu telah berada
disisinya membawa kopi panas kegemarannya.Silu menampar bahu suaminya.Gadung
tergelujat terperanjat dibuatnya.”Gadung ngapak senyum sendirik.”kata Silu
sambil menjeling manja.”Silu buat Gadung
anjat,hilang mangat” (semangat).Gadungpun menghirup kopi panas dan menceritakan
kepada Silu kejadian tersebut.Gadung juga memberi duit hasil jualan
ikannya.Terbeliak mata Silu melihat duit yang banyak sehingga terlopong
mulutnya.Gadung ketawa terbahak bahak melihatkan tingkah laku isterinya
sedemikian.Malam itu Gadung memberi tahu Silu rancangannya untuk pergi semula
memancing dianak sungai tersebut bersama Silu.Alangkah gembiranya Silu tidak
terhingga.
Keesokan paginya selepas sarapan pagi
Gadung dan Silu bergegas mencari umpan untuk memancing ditepi pantai.Gadung dan
Silu mencari pumpun sarang dan juga pumpun pasir.Apa bila dirasakan telah
mencukupi maka keduanya pun bergegas menuju keperahu.Gadung segra mendayung
perahunya.Didalam dia mendayung perahunya dia berangan angan akan keseronokan
memancing nanti.Akhirnya Gadung dan Silu sampai keanak sungai tesebut.Dengan
segra keduanya melabuhkan pancing masing masing.Silu mendapatkan hasil
pertamanya.Ikan Siakap seberat 2
kilo.Kemudian Gadung pula mendapat tangkapannya seberat 500g.Silu mentertawakan
Gadung dengan hasil tangkapannya.Sejurus kemudian Silu menyentap tali
pancingnya.Tersentak Gadung melihat gelagat isterinya.”Besau ni Silu”.Kata
Gadung pada Silu.
Bersunguh sunguh amat Silu menarik
tali pancing dan akhirnya tertawa berdekah dekah.Rupanya Silu sengaja menyakat
Gadung.Gadung pun turut ketawa.Begitulah sikap dan tingkah laku kedua pasangan
ini suka bersenda gurau walau dimana meraka berada.Hari itu hasil tangkapan
melebihi dari semalam.Keduanya amat terhuja dan sangat gembira.Begitulah
keadaannya selama 7 hari berturut.Masuk hari yang kelapan tidak ada sebarang
tangkapan. Gadung termenong melihat air sungai yang mengalir lemah.Dia hairan
kenapa hari ini langsung tiada tangkapan.Silu juga merasakan hal yang
sama.Akhirnya Gadung mencadangkan agar menyusuli sungai kecil itu kedalam
sedikit kepada Silu dan Silu bersetuju.Gadungpun mendayung perahunya.Semakin
lama semakin dalam.”Gedebow”.bunyi air berkocak dan tiba tiba seakor ikan
Siakap melompat dari permukaan air terus memasuki perahu dan menggelupur.
Ikan tersebut terperanjat terkena
pendayung Gadung lalu melompat kedalam perahu.Dengan segra Gadung menangkap
ikan tersebut lalu dimasukkan didalam guni.Gadungpun segra mengikat tali
perahunya pada jangkau pokok bakau lalu memancing disitu bersama Silu.Pantang
baling pancing pasti disambar ikan.Kali ini bukan sahaja ikan Siakap,tetapi
Sembilang,Gelama,Tirus,Kurau dan ikan Malong.Hasil tangkapan juga amat
banyak.Satelah umpan pada hari itu telah habisMeraka kembali pulang.Besok
datang lagi.Memancing lagi dapat lagi.Habis umpan merakapun pulang.Malam itu
Gadung mengira duit hasil pendapatan jualan ikannya bersama Silu.Banyak
sekali.Itulah hasil pengumpulan jual ikan dari hari pertama sehinggalah hari
yang kesepuluh.Malah seumur hidup meraka tidak pernah memegang atau melihat
duit sebanyak itu.
Didalam kegembiraan tersebut Badung
terfikir,untuk apa duit banyak sedangkan orang kampongnya tetap juga mengata
dan mentertawakan meraka.Badung termenung panjang.Dilihatnya Silu telah
tertidur akibat keletihan.Badung menghisap rokok daunnya.Disedutnya dalam dalam
dan dihembuskannya kembali asapnya.Fikirannya melayang layang entah kemana.Tiba
tiba Gadung terfikir alangkah baiknya sekiranya dia punya anak bersama
Silu.Pastinya gembira.Boleh belikan baju baru,bawa kepekan jalan jalan dan
menyekolahkan anak kesayangannya.
Tampa sedar air matanya mengalir.Hatinya
menjadi sebak dan pilu.Silu terjaga dan berkata.”Badung kau nangis bah,kenapak
to.Tido le esok nak pegi pancing bah”.Gadung membisu seribu bahasa.Hatinya
masih hiba dan pilu mengenangkan untung nasibnya.Silu bertanya lagi.”Badung
ngapa bah”.Badung mengesat air matanya.Dia tidak mahu mengecilkan atau
menyusahkan hati isterinya bila mana berterus terang nanti.”Engak apak apak
bah,akok dah antok antok nak tidok bah.”kata Badung untuk berselindung.Diapun
berpura pura berbaring disisi Silu lalu memejamkan matanya.Silu tahu Gadung
menyembunyikan perasaan sedihnya.Silu termenong,terasa kesihan sayu belas pada
Badung yang amat dicintainya.Puas Badung cuba tidur entah kenapa matanya tetap
tidak mahu tidur.Pusing kekanan,pusing kekiri,menelentang dan menelangkop.Namun
dia gagal juga untuk tidur.Akhirnya Badung duduk bersila mencapai rokok
daunnya.Dipancis dan disedutnya.Silu hanya memerhati.
Malas dia hendak bertanya.Hatinya
juga masih pilu.Badung menyedut rokoknya dengan penuh nikmat sekali.Fikirannya
memikirkan rancangan esok hari.Nak memancing..?.Dapat ikan banyak mesti
jual.Dapat duit banyakpun nak dibuat apa..?.Sedangkan duit yang adapun masih
terlalu banyak.Sedangkan keperluan hidupnya tidak menggunakan duit yang
banyak..?.Badung termenong panjang.Terfikir olehnya mengapa akhir akhir ini
rezekinya melampah ruah.Apa mungkin disebabkan tempat baru dianak sungai dia
memancing itu semimangnya lubok ikan yang tidak diketahui orang lain..?.Bagai
mana dengan udang disana..?.Adakah udang juga banyak disana.Kalau udang banyak
kena berhati hati.Kata orang ada buaya.Tapi sudah beberapa kali dia
memancing,tidak terlihat tanda tanda riyak udang banyak.
Bagai mana dengan hasil hasil yang
lain saperti lokan,siput beliong,siput hisap dan ketam batu..?.Untuk mengetahui
semua ini Badung fikir dia perlu meninjau dan memantau terlebih dahulu.”Lebih
baik dia pergi meninjau dan memantau kawasan,tak payah memancing dahulu.Dia
menolih kearah Silu untuk menyatakan hasratnya namun dilihatnya Silu telahpun
tertidur lagi.Badung membaringkan dirinya disamping Silu dan dipeloknya dengan
penuh kasih sayang.Badungpun tertidur.Awal subuhnya Silu telah bangun menjerang
air dan membuat sarapan pagi dan bekalan untuk memancing lagi.Satelah selesai
Silu mengejutkan Suaminya.Badung tidak memperdulikan Silu mengejutkannya.Sudah
banyak kali Silu mengejutkan dirinya dia masih tidak bangun.Silu kehairanan dan
berasa pelik.
Selalunya sekali kejut sahaja pasti
Badung bingkas bangun.Silu lalu menjerit”.Hoi”. Badung terperanjat bukan
kepalang.sepontan dia melenting bangun.Silu tergelak bagai nak pecah perut
dibuatnya.Badung segra menerpa Silu lalu digeleteknya Silu hingga silu terjerit
jerit kegelian.Silu kemudian membalas kepada Badung pula, menyebabkan dia juga
terjerit jeit.Suasana pagi amat ceria dengan hilayan tawa dan jerit pekik kedua
pasangan tersebut.Terlupa seketika segala kedukaan.Bagitulah perjalanan kehidupan keduanya,Ada kala suka ada kala
duka.Bagaikan air disungai,ada pasang dan surutnya.Badung kemudian memberi tahu
Silu tentang apa yang difikir dan dirancang untuk hari ini.Silu termenung
sejenak.Difikirkan sedalam dalamnya.Ada kebenaran apa yang dikatakan Badung
padanya.Silupun bersetuju.Lepas sarapan pagi Badung dan Silupun berangkat
pergi.Sampai ditebing sungai,Badung dan Silupun menaiki perahunya.
Sepanjang perjalanan Badung dan Silu
tidak berbicara,hanya kedengaran bunyi kocakan air bila berdayung.Namun kicawan
ungas rimba amat kedengaran bersama desir angin sungai yang lembut dan
menyamankan.Badung dan Silu menghayati pemandangan sungai dan keindahan bukit Jugra dari
perahunya.Sunguh indah dan menawan.Badung terus mendayung dan mendayung
perahunya.Akhirnya sampailah keanak
sungai yang dituju.Badung mendayung perahunya memasuki anak sungai
tersebut dengan perlahan lahan sambil memerhatikan keadaan
sekeliling.Dilihatnya bukit jugra semakin hampit malah amat hampir sekali.Dia
terus juga mendayung untuk mengetahui dimanakah penghujung anak sungai
ini.Akhirnya Badung dan Silu sampai dipenghujung anak sungai tersebut betul
betul dikaki bukit.
Badung mengikatkan perahunya pada
sepohon pokok niris batu yang tumbuh disitu.Badung memerhatikan dengan teliti
dan waspada kepada keadaan sekeliling.Takut ada musuh binatang buas menyerang
saperti harimau,beruang bukit,babi hutan dan ular berbisa.Apabila dia benar
benar pasti tiada sebarang ancaman
bahaya Badung mengetok ngetok perahunya hampir 10 minit diikuti oleh Silu
juga.Sambil mengetok mata mereka melintau meliyar melihat sekeliling.kaedah ini
diguna pakai orang asli sebagai simbolik menyatakan kehadiran mereka kepada
penghuni yang ada disitu.Tidak kira manusia,haiwan,dan makhlok halus.Lepas
mengetok keduanya akan mendiamkan diri tampa bercakap sepatahpun.Sebaliknya
membuka deria rasa hati,fikiran,telinga dan mata sejelas jelasnya.
Disinilah
mereka akan membuat keputusan sama ada perjalanan itu boleh diteruskan atau
tidak.Silu memejamkan mata dan memusatkan tumpuan.Mana kala Badung menghisap
rokok daunya sambil memberi tumpuan.Keadaan menjadi sunyi sepi.Yng kedengaran
hanyalah kicawan ungas rimba.Badung dan Silu dapat merasakan ketenangan didalam
perasaan hati dan fikirannya.Tahulah Kedua pasangan ini bahawa adalah
kemungkinan besar tempat ini selamat dan perjalanan mereka tiada
halangan.Badung dan Silupun melangkah keluar dari perahunya.Mereka melangkah
dengan amat berhati hati.Baru beberapa langkah Badung terdengar deruan air
mengalir.Dia dan Silu segra mencarinya.Benar...ada aliran air dikaki bukit.Badung
meninjau disekeliling kawasan tersebut.
Bagitu banyak hasil hasil hutan
sebagai sumber permakanan.Malah terdapat banyak buluh dan juga rotan
disitu.Tidak menjadi masalah langsung untuk membina pondok sekalipun rumah yang
besar.Badung terfikir untuk menetap disitu.Dia kemudian mengajak Silu meninjau
kawasan sekitar berhampiran hutan bakau untuk mengetahui apakah penghasilan
dihutan tersebut juga banyak.Badung dan Silu melangkah kekawasan paya
bakau.Kelihatan pokok bakau disitu banyak yang lurus batangnya.Bagitu banyak
sekali.Badung terfikir amat baik sekali kalau digunakan untuk membuat pondoknya
nanti.Rasanya telah lengkap segala bahan mentah yang ada untuk membina pondok
baru tempat tinggal mereka.Badung tersenyum dan berpuas hati setakat ini.Sampai
dipaya bakau dilihatnya terdapatnya pokok nipah yang agak banyak.
Sudah selengkapnya disini.Ada pokok
nipah bearti atap buat bumbung pondok sudah ada.Silu tiba tiba bersuara.”Badung
,Silu nampak banyak adak lokan jugak siput disinik bah”.Badung memerhati disekelilingnya.Amat
benar apa yang diucapkan Silu.Silu bercadang mahu mengutip lokan sedikit untuk
dibuat lauk namun dilarang oleh Badung.”Silu jangan bah.Kitak hari nik cumak
tinjau kawasan duluk.Tidak boleh carik makan bah.Salah ituk bah.”Silu
membatalkan hasratnya.”Badung,Silu lupak bah.”Kata Silu.”Kau selaluk lupak
bilak jumpak makanan bah,kah,kah,kah”Badung ketawa terbahak bahak.Silu turut
ketawa melihatkan gelagat Badung.Badung kemudiannya mengajak Silu kembali
keperahunya.Keduanya melepaskan penat lelah didalam perahu.Silu membuka bekalan
dibawa lalu makan bersama sama.
Selesai makan keduanya pun berdayung
untuk pulang.Sepanjang perjalanan Badung asik memikirkan cadangannya untuk
menetap ditempat tersebut.Kemudian Badung menyatakan hasratnya pada Silu.Silu
amat terperanjat dengan cadangan yang diutarakan oleh suaminya itu.Namun Silu
mengakui ada mungkin kebenaran cadangan Badung.Silu juga merasakan ditempat
baru tersebut amat baik didiami.Besoknya Badung dan Silupun memulakan kerja
kerja pembinaan pondok barunya.Kali ini Badung bukannya membina pondok sebagai
mana pondok lamanya tetapi jauh lebih besar dari itu.Selain itu diseluruh
kawasan pondok barunya dipasang pagar dari kayu bakau setinggi 10 kaki dan
berpintukan pintu khas yang dicipta Badung dari kayu kayu hanyut yang dikutip
ditepi pantai.
Pintu tersebut pula dipasangkan selak
dari dalam dan juga dipasangkan rantai besi dan mangga besar yang dibelinya
dipekan Banting.Selama 6 bulan Badung dan Silu bertungkus lumus menyiapkan
istana impian mereka berdua.Hiduplah mereka pasangan suami isteri dengan
bahagianya.Pada suatu hari Badung dan Silu menziarahi kedua orang tua Badung
yang masih hidup.Didalam perjalanan itu Badung dan Suri terserempak dengan
orang kampong yang kelang kabut berlari kehulu kehilir.Apabila Badung mendapat
tahu akan perihal sebenar melalui orang kampong dengan segra Badungpun turut
sama berlari sepantas kilat ketempat kejadian.Sampai ditempat kejadian
dilihatnya mayat bergelimpangan hasil amukan seorang pemuda.Badung melihat
pemuda tersebut bermandikan darah.Dia mengamok menghayun parang panjang melibas
apa sahaja.Tiba tiba pemuda tersebut menangkap seorang budak.
Yang kebetulan ada disitu meratapi
kematian ayah dan ibunya yang dibunuh pemuda tersebut.Badung melihat pemuda itu
mengangkat budak itu sebelah tangan.Dijuaknya keudara.Manakala sebelah tangan
pemuda itu menghunus parang untuk memenggal kepala budak tersebut.Dengan pantas
Badung merampas parang tersebut dan berlakulah pergelutan .Badung hampir
terbunuh bila mana pemuda itu dapat merampas kembali parang tersebut dari
Badung dan menendang Badung hingga tersungkur.Apa bila pemuda itu meluru kearah
Badung untuk menikamnya Badung sempat mencapai buluh runcing.Dengan buluh
tersebut Badung merejam perut pemuda tersebut sehingga tembus kebelakang.Maka
matilah pemuda tersebut.Orang kampong memuji muji keberanian Badung.
Tok Batin pula mengadakan satu
pesta dan upacara keagaman tanda sukur
dan meraikan keberanian Badung menentang pemuda tersebut.3 malam pesta dan upacara dibuat.Dan dimalam terakhir
Badung diistiharkan sebagai Pahlawan kampung tersebut.Memandangkan Badung telah
menetap ditempat barunya Badung menolak secara hormat TETAPI bertanyakan nasib anak yang
diselamatkan itu.Tok Batin membawa budak tersebut dan ditunjukkan pada Badung
dan menyatakan dia membela sementara.Sekiranya
ada orang yang sudi membelanya nanti maka budak tersebut akan diserahkan
pada yang sudi.Badung segra bertanyakan kepada budak itu adakah dia sudi
menjadi anak angkatnya dan hidup bersamanya.Budak tersebut mahu dirinya diambil
Badung.Kerana itu Tok Batinpun menyerahkan budak tersebut kepada Badung dan
Silu.Maka amatlah suka dan gembiranya Badung dan Silu.
Sejak hari itu Badung dan Silu
memberi nama Udai kepada anak angkat lelakinya.Dengan kehadiran Udai bertambah
cerialah kehidupan mereka.Disatu masa Silu telah hamil.Gadung merasa amat
bertuah dia dan Silu menetap disitu.Tuah kerana Silu hamil dan adanya
Udai.Bagitulah tanggapan dan andayan Badung dan Silu.Apa bila perut Silu telah
memboyot(6 bulan).Badung membawa seorang saudara perempuannya untuk menjaga
Silu dan melakukan kerja kerja rumah.Suatu malam Silu bermimpi didatangi
seorang pemuda dan menyatakan kepadanya telah sampailah masanya Silu dan Gadung
membalas semula semua kebajikan yang telah dinikmati selama ini dengan
menyerahkan bayi dalam kandungannya.Silu hanya mampu menitiskan air matanya.Dia
langsung tidak boleh bercakap atau bergerak didalam mimpi tersebut.
Apabila Silu terjaga dari mimpinya
Silu merasakan perutnya.Alangkah terperanjatnya Silu bukan kepalang apabila
bayi yang dikandungnya telah hilang.Silu menjerit sekuat hati sehingga bergema
suaranya dikaki bukit Jugra dan dihutan bakau.Badung terkejut dari tidurnya dan
tergamam kaku apabila melihat bayinya telahpun hilang dari kandungan Silu.Tidak
ada walau setitik darah sekalipun yang ditinggalkan.Silu meraong merintih
diatas kehilangan bayinya.Badung amat susah hati diatas apa yang telah
berlaku.Satu hari badung mencari rotan diatas bukit dibelakang
kediamannya.Sedang dia mencari rotan tiba tiba dia terserempak dengan seorang
perempuan tua.Melalui perempuan tua tersebut dia diberi tahu keadaan
sebenar.”Kamu telah diperdaya oleh orang bunian.
Segala kesenangan kamu adalah hak
mutlak milik mereka.Kamu memilih menetap diperkampungan orang bunian.Kerana itu
bayi kamu diambil sebagai balasan kebajikannya kepada kamu sekeluarga.Anggaplah
ia sebagai jasa mengenang budi dan takdir dari tuhan.Bayi kamu bila dewasa akan
datang selalu menjengok dan membantu kamu kelak.”Habis bercakap orang tua
tersebutpun menghilangkan diri.Gadung kembali semula kekediamannya dan
menceritakan kepada isterinya.Maka redelah kesedihan Silu.Mulai dari saat itu Udailah menjadi anak kesayangan
dan tempat mencurah kasih sayang Badung dan Silu.
Kesimpulan:
1.Hakikat kehidupan kita berkongsi
kehidupan dengan makhlok makhlok Allah yang lain.
2.Jangan sesekali memandang rendah
kekurangan orang lain,atau menyakiti hati dan perasaan orang lain.
3.Berwaspada selalu dengan segala
tipu daya syaitan,iblis,jin dan juga orang bunian walau kemana kamu berada.Atau
apapun yang kamu lakukan.
4.Sentiasa bermuhun pertolongan dan
perlindungan hanya kepada Allah S.W.T.