MENUNTUT ILMU KEBERANIAN
Pekara utama atau pekara pokok yang
aku fikirkan sewaktu itu adalah bagai mana aku ingin meneruskan kehidupan yang serba mencabar didalam keadaan aku
sendiri mempunyai kelemahan yang amat ketara.Kelemahan aku adalah tidak kuat
semangat,atau dengan erti kata lain yang lebih tepat PENAKUT.Perkara inilah
yang sering menghantui penghidupan aku.Puas aku mencari jalan atau ikhtiar
dengan berjumpa orang tua tua kampong minta diajar atau diturunkan sebarang
keilmuan atau petua untuk kuat semangat dan tidak lagi menjadi penakut.Namun
usha aku ini sia sia.Berbagai amalan dan petua diberi,tapi tidak satupun yang
aku rasakan menjadi.Atau mungkin aku sendiri kurang sabar agaknya.Kalau boleh 1
bulan 2 dah menjadi.Dari itu aku teruskan pencarian tampa hentinya.
Aku amat yakin dan percaya yang
pastinya aku akan dapat menemui caranya.Tampa aku duga suatu hari aku telah
ditemukan dengan seorang tua yang datang menziarahi makam Al Marhum. Masa itu aku tertidur kerana keletihan
membersihkan kawasan makam sendirian.Kebetulan rakan sekampung Cuma datang waktu pagi sahaja.Penjaga makam
pula pergi rumah orang kahwin.Sewaktu aku terjaga,aku lihat seorang tua juga
sedang tidur disamping aku.Aku bingkas duduk.Timbul tanda tanya dalam hati ku...bila masa orang tua ni
datang dan berbaring disisi aku...?Siapa dia...?.Rasanya aku tertidurpun taklah
lama sangat.Mungkin letih sangat agaknya.
Aku berhasrat untuk menyambung
pekerjaan aku semula.Belumpun sempat aku bergerak orang tua tu sudahpun
tersedar dari tidurnya dan duduk bersila.”Nak kau hendak kemana.Duduklah dekat
tok ni”.Aku bersalaman dengannya dan berkata.”Cadang nak habiskan kerja menyapu
sampah”.Dia tersenyum dan mengurut jangutnya yang putih itu.”Anak orang sini ke
...?” Tanya dia lagi.”Ya tok saya orang kampong ni.Rumah saya tidak jauh dari
sini”.Dia menganggok kepala beberapa kali dan berkata.”Besar pahalanya kita
membersihkan kawasan makam ni.Dan berkat keihlasan dan kejujuran melakukan
tugas ini Allah akan memberikan ganjaran.Ganjaran itu tidak semestinya diahirat
saja,malah diduniapun kita akan menerimanya.Cuma...kita sedar atau tidak.tahu
atau tidak tahu,perasan atau tidak
perasan.”
Aku tertarik dengan percakapannya.Aku
termenong panjang dan cuba menghayati percakapannya.Lama juga aku cuba mencari
maksud percakapannya sahingga aku terkejut bila mana bahu aku ditepuk.”Apa yang
dimenongkan,jauh sangat tu.Kalau nak kuat semangat dan menjadi berani.Inilah
tempatnya.Tak susah nak.Keluar rumah baca 1x Fatihah.Datang sini tepat jam
12.00 tengah hari.Hari kedua cara sama
datang sini tepat jam 7.00 petang.Hari ketiga cara sama datang sini tepat jam 12.00 tengah malam.Duduk sini 1 jam
baliklah.Insaallah anak akan menjadi kuat semangat dan jadi orang yang berani
seumur hidup.Yakinlah pada Allah S.W.T.Dia maha tahu,maha pengasih dan
penyayang.Dan....ingatlah sampai masanya anak akan mewarisi segala keilmuan
warisan datuk nenek kamu sendiri.Cara yang Tok cakap tadi paling afdal buat semuanya dalam 1 hari.”
Aku terpaku dibuatnya.Dia bagaikan
dapat mengetahui apa yang aku cari selama ini.Dan dia seolah olah faham dan
kenal asal usul keturunan aku.Aku sendiri kurang jelas.”Sudahlah,pergilah
sambung kerja kamu.Tok nak kedalam sekejap”.Kata orang tua tu lalu masuk
kedalam bangunan makam Sultan.Akupun keluar dari bangunan tersebut terus ambil
penyapu untuk membersihkan kawasan belakang bangunan makam yang belum habis
disapu.Baru aku hendak menyapu,aku teringat yang aku langsung tak bertanyakan
namanya,duduk dimana dan aku langsung tidak mengucapkan terima kasih kepadanya.Dengan
pantas aku mencampakkan penyapu dan berlari lari anak memasuki bangunan makam.Alangkah
terperanjatnya aku apabila mendapati bangunan itu kosong.Orang tua itu telah
tiada.Aku berlari semula keluar dari bangunan makam dan mencari diseluruh kawasan
makam.
Namun usha aku gagal.Aku amat sedih dan kesal
kerana tidak dapat bertemunya dan mengucapkan terima kasi.Disebabkan rasa
kecawa pada hari itu akhirnya aku pulang kerumah.Sampai dirumah aku baringkan
diri aku diatas katil.Fikiran aku melayang laying .Dicuping telinga teriyang
riyang segala percakapan orang tua tersebut.Aku hayati segalanya dengan penuh
teliti.Dia ada mencadangkan agar aku melakukan apa yang diberitahu.Pergi
kemakam sebanyak 3 kali.Yang terakhir tepat pukul 12.00 tengah malam.Aduhhh ini
yang berat ni.Adakah aku mampu melakukannya...?.Tapi aku harus mencuba
dahulu.Belum cuba belum tahu.Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk
melakukannya.Akupun memikirkan kelengkapan apa yang perlu aku bawa.Sudah pasti
lampu suloh,lilin dan senjata untuk mempertahankan diri.
Tentang senjata,aku rasa
bermasalah.Apa senjata yang aku atau keluarga aku ada.Pisau potong sayur
adalah.Puas aku fikirkan.Teringat pula keris pusaka datuk yang disimpan ibu aku.Pun aku rasa tak
sesuai.Mungkin bahayanya pada serangan binatang buas atau binatang yang
menjalar.Oh yeee.parang panjang penebas rumput.Itu yang paling sesuai aku
rasakan.Dan itu sahaja yang ada.Boleh le,paling tidak buat semangat
keberanian.Aku juga terbayang pastinya cabaran paling sukar akan menanti bila
nak kemakam waktu malam.Sedangkan pergi kepekan atau kemasjid bila malampun aku
takut.Pergi juga tapi kayuh basikal tak pernahnya perlahan.Macam
pelesit.Bedesup desup.Itu naik basikal.Tapi untuk kemakam aku kena jalan kaki
sebab malam jalan tak ada lampu.Wahhh...boleh ke?.
Aku pasti belum ada budak sebaya aku
yang berani naik kemakam jam 12.00 malam seorang diri.Emmm..tak mungkin aku
dapat melakukannya.Sesuatu yang amat mustahil .Aku malas nak
memikirkannya.Rasanya tak susah sangat sekadar pergi 3 kali sahaja.Tapi yang
terakhir tulah yang aku tak sanggup.Macam mana ye.Ligat kepala otak aku
berfikir.Ahh...malaslah.Biarlah aku macam ni.Aku malas nak fikir dan nak ingat
soal ini lagi.Hampir 1 minggu berlalu.Aku tak fikir langsung dan tidak juga
kemakam pada sabtu dan ahad disebabkan ada orang kampong upah aku membersihkan
kebunnya.Nak cepat siap.Tempoh diberikan 2 minggu saje.Kalau nak cepat ajak
kawan tolong.Tapi banyak masalahnya.Datang lambatlah,kejap kerja kejap
tidak,nak duit dululah,macam macam le.Lebih baik aku urus sendiri.
Jadi akupun membersihkan kebun
tersebut sendirian.Kebetulan cuti sekolah.Aku ushakan pagi dan petang.Tengah
hari aku balik makan dan solat.Lepas itu sambung kerja semula.Jam 6.00 petang
baru aku berhenti dan pulang kerumah.Tapi yang peliknya bila aku berhenti
sebentar untuk minum atau melepaskan penat seketika.Terpandang saje parang
panjang ,aku terus terkenangkan percakapan orang tua tu.Hari hari macam tu
sampai selesailah kerja pembersihan kebun itu dalam masa 10 hari sahaja.Mau
tidak mau aku terpaksa memikirkan semula hal tersebut.”Sampai bila “.Akhirnya
aku membuat keputusan muktamad akan aku lakukan besok hari.”Besoknya pagi pagi
lagi aku kepekan membeli ubat lampu suloh,ubat nyamok dan lilin.Buat persiapan
malam nanti.
Jam 11.30 aku sudah bertolak dari
rumah kemakam dengan membaca Fatihah 1x.Tepat jam 12.00 akupun sampai.jam 12.30
aku balik.Tak ada masalah.Petang jam 6.30 petang aku pergi lagi
kemakam.Alhamdulillah pun tak ada masalah.Tapi takutlah juga,orang kata berani
berani takut.Malamnya lepas solat Isyak aku dah mula menggelabah dan tidak
tentu arah.Masa semakin hampir.Aku asik tengok jam sahaja.Menggelisah
dibuatnya.Macam kucing hilang anak.Aku cadang naik cepat sikit.Dalam jam
11.20,bukan apa.Manalah tahu ada masalah ke..?Gedebak gedebuk udah pukul 11.00
malam.Akupun segra mencapai segala keperluan dan duduk dianak tangga hadapan
rumah.Jantung aku berdegup kencang.Peluh jantan mulai keluar membasahi baju
ku.Aku mula tak menentu.Perasaan mula berkecamuk.
Sudah jam 11.20 malam.Masa dah sampai
untuk aku bertolak kemakam.Aku berdoa pada AllahS,W,T, agar melindungi diri aku
dari segala musibah.Aku membaca Fatihah 1x terus melangkah.Langkah pertama saje
udah meremang bulu tengkok.Aku teruskan juga melangkah.Dipertengahan jalan dari
rumah nak kejalan besar,tiba tiba buah kelapa jatuh tidak jauh dari
aku.Gedebuk....aku melompat terperanjat.Berderau darah aku dibuatnya.Aku
teruskan perjalanan tampa melihat belakang,kanan atau kiri.Aku terus
melangkah.Dah sampai kesimpang 3 makam.Dari situ bersusun pokok pokok buluh
sampai tangki air tangga makam.Dari sini aku dah mula merasa semacam.Bagaikan
diperhatikan.Aku tetap melangkah.Lampu suloh ditangan kiri,manakala parang
panjang ditangan kanan aku.
Aku mula terdengar bunyi sesuatu yang
bergerak dikiri ku.Bunyi ranting patah dipijak dan bunyi daun daun kering
dipijak sesuatu.Aku mula terasa takut.Hati kecil aku tertanya tanya,apakah itu.Entah entah harimau.Allah,gementar
seluruh badan aku dibuatnya bila dikatakan harimau.Jam tu jugak peloh jantan
merecik diseluruh tubuh aku.Tak boleh jadi,bahaya ni.Akupun berhenti melangkah
dan menyuloh kearah bunyi pergerakan tersebut.Bila disuloh pergerakan itu
berhenti.tiada bunyi apapun.Aku teruskan melangkah.Baru beberapa langkah pergerakan
tersebut menghasilkan bunyi sebagai mana tadi.Lalu aku berhenti dan menyuloh
semula kearah bunyi tersebut.Senyap sunyi.Aku mula jadi serba salah.Nak
teruskan atau berpatah balik.Aku juga merasakan tidak tentu arah
dibuatnya.Apapun terjadi aku kena juga menghadapinya.Kalau tidak sampai bila
aku akan berubah.Itulah yang aku fikirkan disaat itu.Biar apapun yang berlaku
aku kena teruskan juga.
Aku tarik nafas dalam dalam dan aku
lepaskan perlahan lahan.Walaupun degup jantung aku kencang.Aku tetap melangkah
dan melangkah.Aku sudahpun sampai separuh jalan,yakni pertengahan jalan nak
sampai ketangki air makam.Bunyi pergerakan tadi telahpun hilang.Aku terasa lega
sedikit.Aku tetap berjalan tampa henti.Tiba tiba angin bertiup kencang.Aku
dongakkan kepala melihat bintang dilangit.Berterabo banyaknya.Makna bukan hari
nak hujan.Sejurus kemudian angin itu berhenti.Sewaktu itu jugalah seluruh bulu
roma aku meremang.Mata ku meliyar memerhatikan keadaan kanan dan kiri ku,tiada
apa apa masalah.Aku menyuloh kehadapan untuk meneruskan perjalanan tetapi
bagaikan terlihat diatas pokok yang melempai melintang jalan ada sesuatu yang
seakan putih berada disitu.
Untuk memastikan aku suloh tepat
kearah benda putih diatas pokok buluh yang melempai tersebut.Aku tergamam
dibuatnya seketika.Biji mata aku tidak berkedip,malah tubuh badan aku juga
sudah terkaku.Yang aku suloh itu merupakan wanita berambut panjang,bermata
merah dan berpakayan putih sedang bersisir rambut menggunakan tulang
ikan.Hampir hampir lampu suloh dan parang panjang terlepas dari tangan aku.Aku
merasakan seluruh tubuh badan aku lemah seakan hilang tenaga.Aku sudah tidak
mampu berbuat apa apa lagi.Jangan kata nak lari.Dalam keadaan itu aku hanya
mampu berserah pada Allah S.W.T.Apa bila teringat sahaja akan Allah,secara
sendirinya hati ku menyebut Allah,Allah,Allah.tampa henti.Disaat itu juga aku
merasakan bagai ada satu kekuatan membantu ku.Tubuh badan ku kembali segar dan
boleh digerakkan.Kini aku sedar bahawa aku berdepan dengan JELMAAN syaitan.Aku
membaca ayat Qursey lalu ke hembuskan kearahnya.Sepantas kilat ianya terbang
menghilangkan diri.Allah Hu Akbar.Betapa aku dapat merasakan kebesaran Allah
S.W.T.dan hikmah ayat sucinya.Aku teruskan perjalanan sehingga sampai ketangki
air anak tangga.Aku berhenti seketika melepaskan penat.Dalam masa aku berhenti
terdengar seolah olah ada orang menuruni anak tangga tersebut sambil berbual
bual.Mungkin 2 atau 3 orang.Lapang dade sikit,ada orang datang menziarah
rupanya.Akupun menantilah dianak tangga pertama.Beberapa ketika aku menanti
tidak juga terlihat orang yang turun.Jadi aku terus menaiki anak tangga
tersebut.
Didalam aku menaiki anak tanga
tersebut tiba tiba aku terdengar bunyi kera dan lotong bertelingkah sesame
sendiri bagaikan melihat sesuatu yang menakutkannya.Tidak aku pedulikan,aku
tetap melangkah menyusuli anak tangga.Sampailah aku dikawasan tanah perkuburan
dibahgian bawah makam.Kini dikiri dan kanan aku adalah kuburan.Aku terus juga
melangkah setapak demi setapak.Entah macam mana dari pancaran lampu suloh aku seolah
terlihat ada benda bergerak gerak disalah satu kuburan dikanan aku.Aku ingatkan
ular,lantas dengan segra aku menyulohnya.Terjerit aku”Allah”.Yang terlihat oleh
aku adalah sepasang tangan yang bersilang terketar ketar keluar dari perut
kubur.Seketika itu juga hati dan mulut aku mulai berzikir
semula”Allah,Allah,Allah.”
Sepantas kilat aku bergegas menuju
kemakam yang telahpun hampir.Apabila sampai keperkarangan makam aku merasa lega
yang amat sangat.Aku tersenyum bangga. Belum sempat aku melangkahkan kaki
memasuki bangunan makam tiba tiba aku terdengar dengan jelas bunyi ngauman
harimau dari atas bukit.Terperanjat aku bukan kepalang.Dengan pantas aku
menyuloh keatas bukit.Puas aku menyuloh tak nampak apa apa.Akhirnya aku
menyuloh kepada pangkal pokok leban yang rindang.Terlihat oleh aku seakor
harimau belang sedang menggonggong
seakor ayam yang masih hidup dan menggelupor.Apabila terlihat aku menyulohnya
dia terus memanjat pokok leban membawa ayam itu bersamanya.Disebabkan pokok
leban itu rending dan berdaun lebat,aku tidak dapat melihat harimau itu lagi.
Hanya pokoknya yang bergoyan
goyang.Akupun melangkah memasuki bangunan makam.Baru dua langkah aku terdengar
ayam berkiyok.lalu aku suloh semula keatas pokok leban.Sunguh aku tidak percaya
melihatkan seorang wanita tidak berpakayan sedang memakan ayam diatas pokok
tersebut.Aku menjadi hairan,,,seolah olah apa yang aku lihat ini seolah olah
pernah aku lihat sebelumnya.Aku sendiri hairan.Dari apa yang aku lihat seolah
olah perempuan tersebut langsung tidak memperdulikan aku menyulohnya.Jadi
akupun tidak lagi memperdulikannya lalu melangkah terus kedalam bangunan lalu
membuka pintu makam.Terasalah sangat apabila
memasuki makam dan menyalakan lilin walaupun hanya 2 batang cahayanya
sudah cukup menerangi keseluruhan ruang
didalam makam.
1 batang lilin aku letakkan dipusara
dan1 batang lagi aku letakkan ditengah tengah pintu yang aku buka kedua
daunnya.(kiri dan kanan).Tingkap yang ada semua aku tidak buka.Aku pula
kemudiannya duduk ditengah pusara berhadapan dengan pintu.Bukan apa sekiranya
harimau tadi hendak memasuki makam aku terlebih dahulu dapat melihatnya.Kalau
itu berlaku aku akan segra menutup pintu makam.Aku tidak terfikir langsung
untuk menutupnya kembali.Bukankah mudah dan selamat.Dan sekiranya harimau
tersebut hendak memasuki makam,sedangkan pintu terbuka luas,tak mungkin aku
sempat menutup pintu.Entahlah,aku sendiri pada waktu itu seolah olah tak
bimbang sangat pasal harimau dan perempuan tampa pakayan tersebut.Apabila duduk
dipesara Al Marhum,akupun fidyahkan Fatihah dan surah Al Ikhlas sebanyak
mungkin menanti atau mencukupkan masa 1 jam.
Waktu ini aku rasa macam berada
dirumah sendiri.Tak ada perasaan takut langsung.Mungkin kalau begini keadaannya
aku mampu bertahan sampai pagi.Sedang aku membaca Fatihah tiba tiba
tingkap makam dibelakang aku terbuka dengan sendirinya dan
menghasikan bunyi yang cukup menakutkan.Jantung aku berdegup kencang.Aku terasa
tidak sanggup melihat kebelakang,usahkan hendak menutup tingkap itu kembali.Perasaan
takut menjelma kembali menjalar perlahan lahan dalam diri aku.Aku cuba
mengawalnya.Parang panjang yang aku letakkan dilantai marmar aku ambil dan aku
genggam erat.Takut keadaan tidak terduga terjadi.Tiba tiba aku tercium bau yang
amat harum yang akhirnya memenuhi seluruh ruang makam.Aku mula gementar.Aku
kuatkan genggaman memegang ulu parang panjang ku.Aku perlu bersedia diatas
apapun kemungkinan.Sepontan keluar seolah asap berwarna kuning keemasan meliyok
liyok dari lubang pusara.Benar benar dihadapan mata aku.Aku terpaku dan tidak
dapat berbuat apa apa.Hanya melihat kejadian tersebut.Seluruh tubuh badan aku
menggigil dan menggeletar.Malah degup jantung aku berdegup dengan amat laju
sekali.Secara tiba tiba kedengaran pula bunyi gigi berlaga tampa henti.Aku
merasakan ajal aku telahpun menghampiri.Mungkin besok sudah tiada lagi buat
aku.Aku benar benar takut.Apakah gigi berlaga ini akan keluar membaham aku.Aku
sudah tidak mampu lagi rasanya bertahan.Aku segra mengingati Allah,Allah,Allah
sambil memejamkan mata.Aku serahkan diri ini pada mu ya Allah.Engkaulah tempat
aku mengadu.
Dan tempat aku berlindung.Itulah kata
bicara hati kecil aku.Aku terus menerus berserah diri padanya dan berzikir
Allah,Allah,Allah tampa hentinya.Walaupun zikir aku tiada henti namun gigi
berlaga tetap kedengaran.Terasa bagaikan ingin meratah seluruh tubuh
aku.Allah,Allah,Allah lafas tampa henti terus berjuang untuk hidup.Lama
kelamaan terasa bagaikan satu semangat yang kuat mula menjalar diseluruh tubuh
badan ku,biarpun gigi berlaga terus berlaga dan berlaga.Aku membuka mata
ku,tidak kelihatan asap kuning keemasan lagi.Namun bunyi gigi masih
kedengaran,hanya tidak sekuat mulanya.Disebabkan terlampau kuat menggengam ulu
parang dan terlampau lama maka tangan kanan mula terasa kebas dan sakit.Aku
kalih atau ubah pula ketangan kiri.Sewaktu inilah ghaib serta merta bunyi gigi
berlagaAku kehairanan dan timbul persoalan.Kenapa gigi berlaga tidak lagi mahu
berlaga.?Aku ubah semula parang tersebut ketangan asal.Yakni tangan kanan yang sakit
dan kebas tersebut.Aku genggam semula kuat kuat walaupun terasa sakit.Secara
mendadak bunyi gigi berlaga kembali berlaga.
Allah Hu Akbar.Aku baru terlihat dan
terperasan.Rupa rupanya bunyi gigi berlaga yang hampir membunuh aku itu adalah
terhasilnya dari tangan kanan ku yang menggigil memegang parang panjang yang
mata hujungnya menyentuh atau terkena lantai marmar lalu menghasilkan bunyi
sedemikian.Subhanallah.Degupan jantung ku serta merta terhenti seketika dari
kepantasannya berdegup pada asalnya..Bulu roma yang keletihan berdiri entah
berapa jam terus merebahkan dirinya kekulit yang juga menegang keras kembali
lembut.Waktu itu kepala menggaling tampa perlu diperintah.Hati ketawa tampa
suara,tampa mau berbicara.Telinga yang kedinginan terasa ada api kehangatan.Sunyi
sepi buat seketika.Serentak,senada,seierama.Satu suara seluruh anggota akur
berbicara tampa suara.ITULAH AKU.Bagai air dilautan .Ada pasang ada
surutnya.Ada takutnya.Adalah juga beraninya.Namun aku sedar.Masih belum
kepenghujungnya.Aku masih perlu meneruskan perjuangan ini.Aku lontarkan
pandangan kehadapan,melihat lilin ditengah pintu membakar diri demi memberi
cahaya .Sudah lebih dari separuh bantuan diberi.Membakar diri demi menolong
aku.”Pop”.Tibatiba dipadamkan.Bagaikan apinya digenggam atau ditutup.Tiada
tanda ditiup angin.
Sudah........apa pula kali ini.Aku
cuba bertenang sebaik mungkin.Terdengar aku akan deruan angin kencang yang
bertiup tiba tiba.Menderu bunyinya.Secara mengejut ianya berhenti.Terdengar
pula sayup sayup seolah olah bunyi kuda berlari.Semakin lama semakin
jelas.Berkata hati aku.”Siapa pula datang menunggang kuda ni”.Kesudahannya
bunyi tersebut bergerak mengelilingi makam sebanyak 7 pusingan.Berhentinya
betul betul dihadapan pintu makam.Aku mulai resah gelisah.Apa tidaknya lilin
telah terpadam ditengah pintu.Apa diluar sudah tidak kelihatan.Terdengar pula
orang turun dari kuda dan berjalan memasuki makam.Bunyi tapak kaki itu dapat
didengar.Aku masih tidak dapat melihat apa apa pergerakan atau bayangannya.Tapi
aku dapat merasakan kehadiran sesuatu.
Bulu roma ditengkok mula berdiri
kembali.Aku bersedia menghadapi segala kemungkinan yang mungkin berlaku.Aku
hidupkan zikirullah.Allah,Allah,Allah.Semakin lama semakin mantap aku
berzikir.Terasa diri ini terawang awangan.Bagaikan tidak mencecah bumi.”Ya
Allah kau peliharalah hamba mu ini”.Itulah doa dihati.Aku mula terasa pening
pening lalat.Badan aku rasa nak tumbang.Aku lawan
sedayanya.Allah,Allah,Allah.Aku tetap berziki.Lama kelamaan aku kembali
setabil.Keadaan mulai sunyi sepi.Lilin sudah hampir habis dijilat api.Aku
terdengar kokokan ayam hutan.Bearti subuh hampir menjelang.Rasanya aku sudah
berjaya mengharungi segala cabaran.Akhirnya aku berdoa kepada Allah S.W.T. agar
mengkabultan hajat atau harapan ku untuk menjadi orang yang kuat semangat dan
berani.
Berani menempuh segala cabaran dan
dugaan dalam kehidupan.Akupun melangkah meninggalkan makam dengan membawa
segala pengalaman berharga.Sewaktu aku melangkah pulang aku merasakan bagaikan
ramai orang yang mengiringi perjalanan aku.Bila aku berhenti dan menolih ke
belakang tidak kelihatan sesiapapun yang mengiringi aku.Tapi aku langsung tidak
merasa cemas atau takut.Aku merasakan bagaikan semangat aku bagitu kuat dan
kental.Dari itu aku amat bersukur kepada
Allah S,W.T.kerana mengkabulkan doa,hajat dan pengharapan aku selama
ini.Akhirnya aku selamat sampai kerumah dan azan Subuhpun berkumandang.Aku
terus memasuki rumah dan menyimpan semua peralatan lalu mandi.Lepas mandi aku
bersolat dan terus tidur keletihan.
Besoknya aku terjaga pada pukul 10.00 pagi.Ibu aku merasa hairan juga,mengapa
hari itu aku bangun terlalu lewat.”Kau tak sihat ke.”Tanya ibu ku.”Sihat ,Cuma
letih menebas tak berhenti henti agaknya.”Aku cuba berselindung.Bukannya apa
aku merahsiakan dari pengetahuan ibu kerana aku bimbang dia akan risau dan
mungkin tidak membenarkan aku berbuat demikian.Apapun aku merasakan aku
telahpun berjaya mengharungi semua cabaran.Sepantas itu juga terbayang kembali
semua peristiwa yang aku alami dari awal hinggalah terakhir.Barulah aku tersedar
yang ada beberapa kejadian yang aku tempuhi itu seolah olah pernah aku saksikan
atau aku temui sebelumnya.Rasanya aku pasti sangat.Tapi aku tak dapat
mengingati atau mencari puncanya.Puas aku memikirkannya.Didalam aku memikirkan
,tiba tiba terbayang wajah orang tua yang aku temui dimakam.
Terasa kesal tidak dapat bertemu dan
mengucapkan terima kasih.Kalaulah aku tahu rumahnya mahu sahaja aku mencarinya
dan menyampaikan kabar gembira ini.Emm....nak buat macam mana.Tapi.....aku rasa
tak puas hati dan hairan juga sebab kehadirannya dan kehilangannya aku rasakan
amatlah Misteri.Dia datang aku tak sedar.Dia pergipun hanya dalam 3 atau 4
minit sahaja aku meninggalkannya.Apakah dia manusia atau sebaliknya...?Aku mula
mengesaki sesuatu yang tak kena.Didalam pada itu aku baru dapat mengingati akan
kejadian tangan sepasang terketar ketar
itu pernah aku lihat didalam salah satu filem melayu dipeti talivisioan. Bagitu
juga dengan harimau dan perempuan tak berpakayan makan ayam atas pokok
leban.Ianya dari cerita Thailand yang juga ada tersiar di peti talivisioan.
“Allah, bagai mana perkara ini boleh
berlaku dan kelihatan benar benar sama dan amat nyata sekali.Apakah sebenarnya
hikmah disebalik semua ini...?.Aku mencuba mencari jawapannya.Segalanya
kelihatan amat misteri.Aku merasakan untuk aku mendapatkan jawapannya,langkah
pertama aku harus menguji akan keberanian atau semangat diri ku.Lepas itu
barulah perlahan lahan aku mencari jawapannya.Aku tersenyum sendiri,rasanya
inilah yang terbaik buat ku.Malamnya aku pergi kepekan membeli barang yang
dipesan oleh ibu ku.Didalam perjalanan pulang aku terfikir untuk menguji diri
ku mala m ini juga.Sesampai dirumah aku terus memberikan barangan yang dibeli
kepada ibu ku.Aku lantas masuk kekamar ku dan merebahkan diri kekatil.Aku cuba
memikirkan cara terbaik aku membuat ujian.
Apakah aku perlu pergi ke makam lagi
ditengah malam..?.Ataupun adakah aku perlu ketempat lain untuk
mengujinya..?.Aku rasa yang terbaik adalah aku membuat ujian secara yang
berbeza.Apakah cara yang terbaik...?.Aku rasa aku ingin berbasikal ditengah
malam mengelilingi Kuala Langat.banyak kampong yang akan aku lalui ,dan pasti
banyak pengalaman yang akan aku tempuhi.Aku tersenyum sendiri lagi sampai ke
telinga.Aku akan mulakan mala mini juga.Aku melihat jam dinding dikamar ku baru
jam 9.00 malam.Emm....lambat lagi.Aku harus menunggu dalam tiga jam lagi.Lama
tu,tapi aku tetap juga kena menanti
waktunya.Kalau nak pergi awal takut ibu aku tahu pula.Pasti dia bising dan
merungut.Maka aku tiada pilihan lain selain terus menanti dan menanti.Didalam
penantian itulah aku terus tertidur.
Didalam tidur ku aku bermimpi
mengembara mencari seorang guru yang dikabarkan mempunyai keilmuan yang
tinggi.Dia tinggal diatas gunong.Aku menggembara meredah kampong,sungai dan
hutan belantara yang amat tebal untuk sampai ke gunong tersebut.Terlalu banyak
cabaran dan dugaan yang aku tempuhi.Malah terlalu banyak kejadian pelik misteri
dan mistik yang aku hadapi.Semuanya dapat aku harungi.Bukannya tiada perasaan
takut dan seram tetapi setiap kali aku menempuh segala rintangan dan cabaran
setiap kali itulah aku akan teringatkan kejayaan aku menempuh cabaran dimakam.Maka aku yakin dengan
kebolehan aku dan zikirrullah akan selalu hidup didalam jiwa ku.Dalam mimpi tu
aku bertemu berbagai bagai jenis makhlok halus yang terdiri dari syaitan,iblis
dan jin.Akhirnya aku berjaya bertemu guru tersebut.Alangkah terperanjatnya aku
apabila aku bertemu dengannya.
Guru tersebut adalah orang tua yang
aku temui dimakam tempoh hari.”Selamat bertemu kembali anak ku.Tok bersukur
kepada Allah S.W.T.kerana anak telah diberikan taufik dan hidayah.Ambillah
iktibar dan hikmah dari setiap kejadian yang tuhan jadikan.Adalah manusia itu
sebaik baik kejadian.Dan manusia adalah khalifah dimuka bumi.Bukannya
syaitan,iblis dan jin.Sekiranya manusia itu benar benar beriman kepada
tuhannya,maka tiada apa yang melebihi dari kuasa dan kehendaknya.Iman itu
kepercayaan dan keyakinan yang hakiki.Yakin dan percaya dengan sebenar
benarnya.Bukan sekadar dilidah.Kepadanya kamu meminta,dan kepadanya kamu
berlindung.Ingat musoh mu yang paling utama.Syaitan,iblis dan jin.Dari itu
ikutilah jalannya IHDINAS SIROTAL MUSTAKIM.Dan juga....jalan TAUHID.Hendaklah
kamu bertauhid disetiap detik dan saat yang berlalu.Tauhid adalah
mengingati.Jalannya adalah ZIKIRULLAH.Allah.Allah.Allah.Allah.Allah.
Dengan bahasa isyarat dia menyuroh
aku ikut berzikir dan duduk disebelah nya.Maka aku akur dan duduk disebelahnya
dan berzikir Allah,Allah,Allah terus menerus.Didalam aku berzikir terlihat oleh
ku dari kejauhan seolah olah dari setiap penjuru datangnya begitu ramai manusia
yang juga berzikir Allah,Allah,Allah.Semakin lama semain dekat dan akhirnya
berhimpun menyertai kami berzikir.Semuanya terdiri dari kaum lelaki dan
perempuan yang keseluruhannya memiliki wajah yang bercahaya dan berseri seri.Maka
bergemalahlah zikirrullah.Allah,Allah,Allah.Sejurus kemudian aku merasai diri
ini kosong.Dan sewaktu itu juga ku lihat disekeliling ku telah dibanjiri
manusia seluas 3 padang bola telahpun mengelilingi kami.Semuanya berzikir tampa
henti.Sejurus kemudian seluruh kawasan
yang dibanjiri manusia ini diliputi cahaya putih yang amat terang
benderng Sewaktu inilah aku merasakan
KEBESARAN ALLAH S.W.T.Betapa kecilnya dan hinanya diri ini.
Terasa sebak dihati
ini hinggakan mengalirkan air mata keinsafan.Biarpun aku berzikir terus namun
air mata terus mengalir tampa henti.Keinsafan dan kesedaran semakin menebal
sehingganya aku sudah tidak dapat lagi menahan sedu sedan lalu menangis
setangis tangisnya.Aku tersedar dari mimpi apabila ibu terdengar aku menjerit
Allah,Allah,Allah lalu menangis tampa hentinya lalu aku dikejutkan.Kata ibu aku
hanya tersedar setelah 10 minit dikejutkan.Tersedar sahaja dari mimpi aku terus
memelok ibu ku dengan penuh kasih sayang namun sedu sedan masih juga
berterusan.Ianya hany dapat aku hentikan setelah setengah jam berlalu.Akhirnya
dapatlah aku fahami akan segala galanya.Semua kejadian ada pertalian diantara
satu sama yang lain.Dan mempunyai hikmahnya.Aku amat bersukur kepada Allah
S.W.T. Maka aku berazam memperbaiki diri didalam kehidupan.Segala yang aku
perolehi akan aku gunakan sebaik mungkin.Insaallah.Semuga taufik dan hidayah
akan sentiasa meliputi kehidupan aku. Wala haula wala kuwatailla billa
hilaliyil azim.
Kesimpulan:
1.Lakukan segala pekerjaan dengan
niat kerana Allah S.W.T.Lakukan dengan jujur dan ikhls.
2.Berpandulah kepada AL QURAN dan
HADIS.
3.Adalah manusia dijadikan khalifah
dimuka bumi sebagai bukti Allah maha mengetaui segala yang dijadikan
dibumi,dilangit dan diantara keduanya.
4.Apa bila kamu leka dan lalai maka
syaitan,iblis dan jin akan mengambil kesempatan menjalankan ajendanya.
5.Ketakutan adalah sifat semula jadi
manusia.Namun ketakutan yang berlebihan atau melampau akan memberi ruang dan
peluang yang besar kepada syaitan,iblis dan jin memperdaya manusia,menyakiti dan
boleh mengakibatkan kematian.
6.Berilmu,beramal,beriman,berikhtiar
atau berusha dengan bersunguh sunguh.Berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
7.Allah S.W.T. tempat meminta
pertolongan dan perlindungan yang terbaik dari segala musibah diatas muka bumi.Terutama
syaitan,iblis dan jin.
Anda juga mungkin meminati untuk membaca cerita-cerita misteri yang lain sila Klik Disini
Hak cipta penulisan adalah hak arash misteri.Sebarang cetakan, olahan semula, terbitan majalah, terbitan sebarang media dan copy paste hendaklah mendapat keizinan arash misteri.