MISTERI HARIMAU
JADIAN JUGRA
Diceritakan oleh orang orang tua
dizaman dahulu bahawa harimau jadian ini dipanggil atau digelar TOK TENGKIS.Asal usulnya
dikatakan dari bangsa jin Islam.Wujud dirinya sebagai seakor harimau sebesar
lembu jantan dan capik sebelah kakinya.Berkebolihan bergerak sepantas
kilat.Tidak pernah mencedra atau menggangu binatang ternakan dan
manusia.Dikatakan berada dimana mana bukit dan gunung dengan syarat tiada
pembangunan yang terlampau ketara dikawasan tersebut .Amat menggemari memakan
buah durian.Yuniknya Tok Tengkis ini memakan buah durian adalah dengan mengopik
kulitnya,memakan isinya,biji buah durian tersebut disusun semula pada kulit
durian dan di cantum semula kulitnya sebagai mana asal.Waktu ia
mencari buah durian adalah pada watu malam.Kebiasaannya jam 12.00 malam keatas.
Kerana itu pada musim buah
durian,orang tua tua kampong tidak akan mengutip buah durian yang gugur pada pukul 12.00 malam keatas.Dikuwatiri
terserempak dengannya.Juga diceritakan oleh orang orang tua bahawa terdapatnya
segelintir individu yang berkawan baik dengan Tok Tengkis.Aku sendiri pernah
melihat Tok Tengkis dari jarak dekat.Waktu itu aku masih ingat lagi malam
bulan penuh,15 hari bulan melayu.Cahaya
bulan terang benderang.Aku terjaga dari
tidur disebabkan terdengar bunyi pergerakan diluar bilik ku.Lantas akupun duduk
dan menajamkan pendengaran ku.Aku dengar bunyi pergerakan bergerak macam lembu
berjalan.Kemudian tercium bau hamis dan bunyi air telaga berkocak.Disini aku
sudahpun mengenal pasti apakah benda tersebut.
Ini adalah kerana ibu aku pernah bercerita kejadian nenek aku
melihat Tok Tengkis turun dari bukit pergi ketelaga rumah kami dan minum air
disitu.Namun aku tidak pernah melihatnya sendiri.Malam itu rupanya giliran aku
pula menyaksikan
perkara
sama.Kebetulan bilik aku bertentangan dengan telaga tersebut yang jaraknya Cuma
50m sahaja. Aku macam tak percaya dengan apa yang aku lihat.Tetapi
itulah kenyataan yang aku saksikan didepan mata.Aku rasa amat bertuah sekali
kerana Allah S.W.T. memberikan aku peluang melihat salah satu mahlok ciptaannya
dialam ghaib dari bilik tidur ku.Sekiranya aku berada diluar rumah atau dihutan
terserempak dengannya entahlah.Mungkin tak cukup tanah untuk aku
berlari agaknya.
Ataupun langsung tak berlari.Menjadi
patung Cendana.Kaku tidak bergerak.Itulah kali pertama aku melihatnya didalam
hidup ku.Kali kedua aku melihatnya pada jarak hampir 300m.Kali ini bukannya aku
seorang tetapi bersama dengan 6 lagi
rakan ku.Aku masih ingat lagi,sewaktu itu cuti sekolah penggal pertama sewaktu
aku bersekolah di Sek,Men,Vokasional Kelang.Aku punya seorang rakan yang
mendakwe dirinya memiliki kemahiran turun menurun MENYERU TOK TENGKIS agar
menampakkan dirinya kealam nyata.Dia mewarisi kepakaran ini dari bapanya.Rakan
aku ini bernama Mazlan B Hj:Sulaiman tinggal diPendamaran Kelang.Mazlan pernah
bercerita pada rakan rakan lain yang keturunannya memiliki kepakaran tersebut
dan ianya menjadi bahan ketawa dikalangan rakan rakan.
Aku pula agak simpati dengan nasibnya
yang senentiasa menjadi bahan ketawa.Aku tahu dan faham bahawa Mazlan sangat
jujur orangnya.Disebabkan kejujuran dan sifat tidak pandai menyimpan rahsia lah
dia menjadi bahan senda gurau dan bahan ketawa.Sehingga rakan rakan memanggil
Mazlan dengan panggilan nama Mazlan Harimau.Aku pula tak berani nak menyokong
cerita Mazlan waktu itu sebab takut menerima nasib serupa dengannya.Mazlan agak
kesal dengan apa yang berlaku sehingga mula menjauhkan dirinya dari semua rakan
rakan kami.Suatu hari aku bertemu dengan Mazlan dan berbual bual
kosong.Sungguhpun demikian Mazlan tetap merasa kesal dan tidak berpuas hati
dengan rakan rakan yang mempersenda dan mentertawakan dirinya.
Aku pula menasihati dirinya agar
jangan ambil hati sangat dengan apa yang terjadi.Kata Mazlan.”Aku nak sangat
buktikan kepada semua yang gelakkan aku.Bahawa aku bukan pembohong.Masalahnya
rumah aku diPendamaran mana ada bukit.Kalau belakang rumah aku ada bukit,malam
ini juga aku buktikan.Aku ajak dia orang semua melihat sendiri.Biar dia orang
terkencing dalam seluar.Padan muka.”Aku pula mendapat akal lalu mencadangkan
membantunya.”Apa kata aku cadangkan cuti sekolah ini aku ajak dia orang semua
ikut aku balik kampong dan bermalam dirumah aku.Kebetulan belakang rumah aku
adalah bukit Jugra.Tetapi kita berdua rahsiakan kedatangan kau dan rahsiakan
apa kita nak buat malamnya.”Mazlan amat gembira dan bersetuju sebab tinggal
beberapa hari sahaja lagi cuti sekolah akan tiba.Dengan itu akupun mempelawa
rakan rakan kerumah ku dengan alasan ketempat sejarah.
Pucuk dicita ulam mendatang.Orang
mengantuk disorongkan bantal.Semua setuju dan amat terhuja.Rancangan diatur
menjadi tampa sebarang masalah dan syak wasangke.Sampai masanya maka rancangan
aku dan Mazlanpun berjalan.Pada malamnya lepas makan malam kami semua duduk
berkompol berbual bual diserambi rumah
aku.Rosli,Kamal,Ali,Bidin,Mamat,Mazlan dan aku berbual bual kosong.Rosli
berkata.”Malam ni takkanlah kita berborak saje sampai pagi.”Kamal pula
mencelah.”Habis kita nak buat apa pula malam malam buta ni.”Ali dengan sepontan
menjawap.”Bukan ke kita ada Pawang Harimau Jadian.Jadi bolehlah kita suroh dia
panggil harimaunya kemari.Kah,kah,kah”Ali katawa.Disambut pula dengan derayan
tawa Mamat,Bidin,Kamal dan Rosli.
Kamal pula bersuara.”Buat apa nak
panggil Harimau Jadian siMazlan ni?”Bidin mencelah.”Aiii...tak faham faham.Kita
semua kiralah bulunya ada berapa.Kah,kah,kah.Aku yang sejak tadi mendiamkan
diri menjeling kearah Mazlan.Mazlan pura pura tergelak sama.Mamat
bersuara.”Mazlan Harimau Jadian kau tu ada bulu ke tidak.entah entah gigipun
tak ada Kah,kah,kah.Mamat dan yang lain sambong tergelak.Aku lihat muka Mazlan
dah semacam.Telinganya dah nak berasap.Jadi akupun menukar topic
perbualan.Besok kita ketempat tempat bersejarah didalam kampong ni.Malam ni jap
lagi kita keluar berjalan kaki bersiar siar disekeliling kampong.Semua
bersetuju.Jadi jam 10.00malam akupun membawa semua berjalaaan kaki kearah
simpang Makam.
Sampai disimpang tersebut Mazlanpun
berterus terang menyatakan hasratnya untuk menyeru disimpang tersebut.Sekali
lagi dia dipersenda dan digelakkan.Mazlan bertanya kepada semua terkecuali
aku.”Engkau orang nak bertemu berapa ekor?..”Bidin pantas menjawa.”Tak payah
banyak 25 ekor dah le. Kah,kah,kah.Semuanya tergelak bagai nak pecah
perut,hanya aku dan Mazlan sahaja yang mendiamkan diri.Dalam hati aku
berkata,”Cabul sungguh mulut budak budak ni.”Aku lihat Mazlan telahpun
bertafakur.Berdiri tegak dan memeluk tubuh.Mulutnya berkumat kamit membaca
sesuatu.Hampir 10 minit dia berkeadaan sedemikian.Sementara yang lain aku lihat
sudah tidak ketawa lagi.Tetapi melakukan berbagai bagai aksi melucukan.Bidin
merangkak macam harimau.Ali meniru aksi Mazlan bersama Rosli dan Mamat.Kamal
pula melakukan aksi orang ketakutan.Bagaikan pertunjukan pentas
pantomen.Berlakun tampa suara.
Aku sendiripun hampir ketawa
melihatkan gelagat masing masing.Tiba tiba Mazlan bersuara.”Alhamdulillah,dah
sampai.Dia diatas sana”.Sambil menubing jari kearah atas bukit.Aku terus
melihat kearah yang ditunjukkan Mazlan.Dua bebola bewarna merah sedang bergerak
turun.Keadaan bebola tersebut tidak setabil macam lampu suloh.Tetapi seolah
olah turun naik sedikit.Mazlan aku lihat tersenyum sendiri.Aku mereling rakan
rakan yang beraksi tadi.Semuanya sekompol,berdiri setempat sambil semuanya
melihat kearah bebola merah tersebut.Keadaan jadi sunyi sepi.Bebola merah 2
biji sudah separuh perjalanan.Tiba tiba kami semua terdengar bunyi benda jatuh
disebelah kiri,ada rumpun buluh.Kami segra melihat kearah rumpun buluh
tersebut.Hemm...dah tercegat Tok Tengkis disitu.
Apa lagi...Rosli,Kamal,Ali,Bidin dan
Mamatpun masing masing berebut memelok aku.Semuanya menggeletar.Aku yang tidak
takut dan tidak menggeletarpun jadi begegar macam orang ketakutan bila
diperlakukan sedemikian.Aku hampir susah bernafas dan hampir lemas.Mazlan
bersuara.”Hooi,itu baru satu.Tengok atas sana tu,lagi banyak.Mintak 25.25 lah
yang datang.”Aku,Rosli,Ali,kamal,Bidin dan Mamat segra melihat kearah bukit.Ya
Allah.berserabut dan berterabo disana sini bebola bewarna merah.Terbeliak mata
aku melihatnya.Mazlan bersuara lagi.”Mari sini dekat aku ni.Kata nak jumpa 25
ekor.Sekarang bilang cukup atau tidak.Lepas tu engkau orang kiralah bulunya
ye.”Aku sendiri mula kecut hati perut mendengar Mazlan bercakap sedemikan.Aku
lihat rakan rakan lain semua dah tak boleh nak bercakap.Muka masing masing
pucat lesi.
Rasa rasa aku,kalau dibiarkan lama
sikitpun akupun tak tahan nak mengawal keadaan diri aku sendiri.Lalu aku
bersuara.”Lan cukuplah tu,aku rasa semua
dah percaya.Jom kita balik.”Mazlan sepontan menjawap.”Aii...dah cukup, belum sampai lagi.Macam mana nak bilang
bulunya.”Bunyinya macam menyindir je.Aku berkata lagi pada Mazlan.”Udah
le.Nanti ada yang pengsan disini.Payah kita dibuatnya nanti.”Wal hal aku
sendiripun dah tak mampu lagi berdepan dengan keadaan tersebut.Akhirnya Mazlan
akur pada permintaan aku.Mazlan kembali keposisi asalnya.Berdiri tegak.Berpelok
tubuh dan membaca sesuatu.Akhirnya semua beransur ansur kembali naik kebukit
dan hilang.Tetapi yang dipokok buluh tu tetap tidak bergerak kemana mana.Mazlan
bersuara kembali.”Jom kita balik.Udah selesai.”
Aku dan Mazlanpun berjalan sama.Yang
lain ikut dibelakang kami.Agaknya tak sampai 10 langkah Rosli,Kamal,Ali,Bidin
dan Mamat tiba tiba berlari lari anak dan mendapatkan kami berdua.Rosli
bersuara.”Engkau dua orang jalan dibelakang.Biar kami jalan didepan.Bende tu
ikut kita balik.”Aku segra melihat kebelakang.Benar bagai dikata Rosli.Tok
Tengkis tu berjalan ikut kami pulang.Aku mula risau.Dalam hati aku berkata
kata.”Apa hal pulak ni”.Mazlan langsung tidak menolih kebelakang.Dia
bersahaja....lalu berkata.”Dia marah sangat tu dengan orang yang cakap
besar.Tunggu masa aje nak makan engkau orang.”Apa lagi...rakan rakan
terlibatpun segra minta maaf dan minta diselamatkan.Dah macam orang mintak
nyawa dibuatnya.Aku pula terpaksa buat buat biasa saje.Pada hal aku sendiripun
tak tenteram dibuatnya.
Sesampainya dirumah aku Rosli,Bidin
dan Ali meminta Mamat tolong bukakan
pintu belakang rumah aku.Ketiganya berkelakuan agak pelik.Aku dan Mazlan jadi
curiga sedikit.Apa hall ah budak budak ni.SiMamat pula macam menyorokkan
sesuatu.Bila ditanya kenapa Rosli,Bidin dan Ali masuk pintu belakang ?.Dia
macam menggelabah menjawap.Katanya masing masing sakit perut nak
ketandas.Sedangkan tandas dalam rumah.Masuk ajelah ikut pintu depan.Aku dan
Mazlan pula lihat Kamal tersengih sengih macam kerang busuk.Lalu Mazlan
berbisik kepada aku.”Rasanya ada benda dia orang pakat atau sorokkan pada
kita.”Aku mengangguk tanda setuju.Lalu Mazlan berkata.”Mengikut cerita bapak
aku.Tok Tengkis kalau marah dan berdendam dengan seseorang.Sampai lubang
cacingpun dia tak akan lepaskan orang tu.
Kamal berubah air mukanya,Dia mula
tak senang duduk.Mazlan mula menyakat Kamal.”Kamal,bapa aku cerita lagi Tok
Tengkis ni dia akan menanti mangsanya tidur lena barulah dia akan mencolik
mangsanya tampa simangsanya sedar apa apapun.Walau simangsa didalam peti besi
sekalipun.Inikan pulak Macam rumah ini.Dia bawa keatas bukit dan makan
mangsanya disana.Kita kalau dimakannya seinci tulangpun tak tinggal Kamal.”Aku lihat
beberapa kali Kamal menegok air liurnya sendiri.”Lebih baik kau terus terang
cakap hal sebenar.Kenapa Rosli,Bidin dan Ali masuk pintu belakang.Kalau tidak
habislah kau Kamal.”Dek terlampau risau dan takut Kamal terus becakap dengan
keadaan tergagap gagap.”Di di di dia orang.Teee kencing.Da dalam seluar.”
Aku dan Mazlan terus ketawa terbahak
bahak.Mamat yang baru duduk bersama kamipun ikut ketawa sampai ditegur ibu aku
hanya dengan berdehem beberapa kali.Masing masing tutup mulut dengan
tangan.Namun kegelian sukar dibendung.Kami tertawa juga akhirnya.Namun nadanya
agak perlahan.Antara dengar dengan tidak.Bila Rosli,Bidin dan Ali datang dan
duduk bersama kami.Mazlan terus bersuara.”Hai...ada orang sakit perut.Tapi
terkencing pulak dalam seluar.”Kami semua tergelak.Inilah pengalaman paling
manis sewaktu dibangku sekolah yang tak mungkin dapat aku lupakan.Juga salah
satu pengalaman Misteri aku bersama rakan rakan aku.
Kesimpulan:
1.Jangan memandang rendah kebolehan
orang lain.
2.Janganlah bersahabat atau berdamping
dengan syaitan,iblis dan jin.
3.Ukurlah baju dibadan
sendiri.Ikutlah kemampuan diri sendiri.
Anda juga mungkin meminati untuk membaca cerita-cerita misteri yang lain sila Klik Disini
Hak cipta penulisan adalah hak arash misteri.Sebarang cetakan, olahan semula, terbitan majalah, terbitan sebarang media dan copy paste hendaklah mendapat keizinan arash misteri.