MISTERI KERIS PALIMBANG
Seawal berusia 16 tahun aku disuroh
oleh ibu aku untuk membuang Keris pusaka arwah datuk kesungai di Batu
Hampar.Ibu aku bertindak sedemikian adalah kerana keris pusaka tersebut
dikatakan bernyawa.Ibu menyimpan Keris ini didalam almari kain bajunya.Ada masa
masanya ibu terdengar bunyi macam ada tikus didalam almari.Bila dibuka dan
dicari tiada tikus.Sebaliknya kebanyakan pakayan yang berlipat semua berterabo
dan Keris Pusaka sudah beraleh tempat dari tempat asalnya.Ada masa
terdengar bunyi ketukan dari dalam almari dan mengeluarkan bau haruman yang
akan merasakan seram sejuk seluruh tubuh badan.Sewaktu aku sampai diBatu Hampar
tidak ada seorangpun hamba Allah disana yang datang memancing.Aku semamangnya
nak menolongkan ibu membuangnya.
Aku buka bag dan mengeluarkan
bungkusan surat khabar dan membukanya secara berhati hati.Inilah kali terakhir
aku melihat dan memegang keris pusaka.Kerana esok sudah tiada lagi buatnya.Aku
cabutkan mata keris dari sarongnya ku renong dalam dalam,aku berpencak
silat bagaikan Laksamana
HangTuah.Semakin lama semakin rancak pencak silat ku.Dapat aku rasai seolah
olah denyut nadi keris tersebut bagaikan bersatu dengan aku.Aku berhenti
seketika......aku kucup mata keris pusaka.Terasa serap sejuta kasih dan
sayang.Tertutup lapisan lapisan pintu hati lalu terkunci mati.Aku sudah tidak
peduli pada sejuta janji.Biarpun pada ibu sendiri.Keris Pusaka,keris
Keramat,Ditempa campor besi 9 desa.Pamor diseluruh mata keris pamor sakti.
Pamor diberi nama PAMUR NUR SIRAJA
SULAIMAN.Dikatakan asal usul keris pusaka ini asalnya dari SUNAN KALI JAGA atau
nama sebenar Raden Mas Syahid.Keris berulu
Madura.DIseluruh matanya terukir 1 naga
berkepala dua.Juga ada berburung geruda.Keris yang memiliki kekuatan
Mistik yang tersendiri.Aku terhuja melihat dan menggayakannya.Terasa satu
semangat kepahlawanan mengalir dari keris tersebut kedalam jiwa ku.Semakin lama
semakin membara.Aku sarongkan kembali mata keris tersebut kedalam sarongnya.Aku
membuat keputusan agar tidak membuangkannya ketengah sungai diBatu Hampar.Aku
simpan semula didalam bag lantas aku bawa pulang semula kerumah.Sampai dirumah
aku sorokkan dibawah pelanta rumah ku.Bila ibu bertanya,aku terpaksa
berdusta.Aku katakana telah ku buang ditengah sungai diBatu Hampar.Ibu amat
gembira bila mendengar aku telahpun berjaya membuang keris tersebut ditengah
sungai.Malamnya secara sembunyi dan rahsia aku membawa masuk keris pusaka
tersebut kedalam bilik tidur aku.Aku sorokkan didalam laci meja tulis aku.
Suatu hari aku terbaca sebuah buku
berjudol HIKAYAT HANG TUAH milik abang saudara aku Sahadan B Yahya duduk
diKancung Darat Banting.Dalam tempoh beberapa hari sahaja aku sudah boleh
menghabiskan membaca keseluruhan buku tersebut.Didalam cerita buku tersebut
boleh aku bayangkan bahawa Keris Taming Sari matanya tajam sehingga boleh
memenggal putus kepala orang.Dah macam parang tajam matanya.Akupun berhasrat
ingin menjadikan keris pusaka standing keris Taming Sari.Aku berhasrat
menajamkan matanya dengan mengasah matanya dengan menggunakan batu
asah.Kebetulan aku tinggal dirumah seorang diri.Ibu dan Kakak ku pergi rumah
saudara ku.Ada kenduri kahwin.Dapatlah aku menafaatkan masa sepenuhnya untuk
mencapai hasrat hati.Mengasah keris pusaka dengan batu pengasah.
Daripada mata hari naik memancar
sehingga matahari turun aku tetap juga mengasah keris Pusaka.Namun aku rasa
tidak terjejas walau sedikitpun matanya.Batu asah sudah sampai berlekok aku
kerjakan.Akhirnya aku berhenti dari mengasah mata keris dengan menggunakan batu
asah.Pada aku pengalaman 1 hari mengasah Keris dengan batu asah sudah cukup
mengajar aku.Penatnya tuhan saja yang tahu.Udah lah tu,tak terjejas langsung
mata kerisnya.Dimalamnya aku cadang nak sambung mengasah tetapi aku batalkan disebabkan
terasa keletihan yang amat sangat.Jadi malam tu aku tidur awal sikit.Agaknya
dalam pukul 12.00 ataupun 1.00pagi aku telah bermimpi didatangi seorang
pahlawan berpakayan serba hitam,cuba menangkap dan memukul aku.Pahlawan ini
amat marah kepada aku.
Bila aku bertanya mengapa dia amat
marah dan mahu memukul aku dia kata aku
telah melakukan satu kesalahan yang besar.Didalam mimpi tersebut puas aku
berusha agar tidak dapat ditangkap oleh Pahlawan tersebut sehinggalah muncul
seorang tua berjubah dan berserban serba putih datang menyalamatkan aku.Kata
orang tua itu.”Hai Panglima usahlah kau menghukum budak ini kerana
kesalahannya.Kerana dia tidak mengetahui.Pulanglah kamu.”Panglima didalam mimpi
akur lalu mnghilangkan diri.Tinggallah aku dengan orang tua serba putih
tersebut,lalu berkata kepada ku.”Wahai cucu ku,kamu telah melakukan kesalahan
besar tampa kamu sedar .Dari itu jangan kau ulangi kesalahan yang sama.Mengasah
keris dengan batu.”Lepas dia bercakap orang tua itupun ghaib.
Akupun terjaga dari mimpi ku.Aku
lihat rumah aku berpusing ligat.Aku cuba duduk tapi gagal.Kepala aku ligat
berpusing dan berpusing aku tak mampu untuk duduk jadi terpaksalah aku
terbaring.Pandangan mata semakin ligat dan ligat.Kepala aku mula berdengong
Entah bila masanya aku telahpun tidak sedarkan diri.Aku hanya sedar pagi
esoknya pada pukul 7.00 pagi,aku dapati diri aku terbaring diatas lantai simen
ditangga hadapan rumah aku.Aku benar benar TERPERANJAT BEROK.Bagaimana pula aku
boleh berada disitu.Aku cuba bangun tetapi kepala aku amat sakit.Aku merasa
kepala aku.terasa berbanjol.Bila aku tekan sedikit terasa sakitnya.Pasti
disebabkan aku terjatuh malam tadi dari atas ketangga bawah.Itulah puncanya
kepala aku sakit.Namun aku langsung tidak sedar bilakah masanya aku bergerak ketangga
rumah aku.
Aku berbaring semula diatas katil
dikamar aku.Aku termenong mengenankkan musibah yang menimpa diri aku.Aku pasti
ada kaitan antara mimpi dan perbuatan aku mengasah keris dengan meggunakan batu
asah.Aku menggeleng kepala.Baru aku terfikir....apalah bodohnya aku ini.
Mengasah keris dengan batu..?.Ya Allah apa yang sudah aku perbuat.Aku bingkas
bangun lalu mendapatkan keris Pusaka yang aku simpan didalam meja tulis aku.Segra aku cium dan terkeluar bicara
dibibir tampa diundang.”Aku minta maaf.Aku sayangkan kamu”.Sejurus kemudian aku
cabut matanya dari sarungnya lantas aku kucup sekali lagi dipangkal keris.Aku
sendiri tak faham mengapa aku lakukan semua ini.Aku masukkan kembali matakeris
kesarongnya dan kudakap kedada aku.Terasa amat kasih dan sayang pada keris
pusaka ini.
Kasih dan sayang yang bagitu mendalam
sehingga bisa menggoncang seluruh jiwa dan raga aku.Entah.....aku sendiri tidak
faham mengapa aku jadi begini...?.Aku pula cuba mendapatkan maklumat daripada
orang tua tua kampong bagai mana hendak menjaga keris.Diantaranya saperti
dibawah:
1.Fidyah Al Fatihah kepada Nabi
Muhammad S.A.W. 1x
2.Fidyah Al Fatihah Kepada Nabi Daud
A.S. 1X.
3.Fidyah Al Fatihah kepada Nabi Tab
A.S. 1X.
4.Fidyah Al Fatihah kepada Nabi
Sulaiman, 1x.
5.Membaca Doa Nabi Allah Sulaiman
A.S.1x
6.Membaca syahadat besi 7x
7.Membaca selawat Nabi sepanjang
mengasapkan Keris. Perasapan dari kemunyan arab,atau menggunakan minyak
Zafaran,Misik atau Apel Jin.
Itu sahajalah yang dapat aku pelajari
sedikit lebih kurang dan aku dinasihatkan untuk membalut Keris dengan kain
kuning.Pada 1 hb Muharram mandikan Keris dengan menggunakan buah mengkudu
ataupun nenas muda.Setiap malam Jumaat aku akan mengusapkan secara sembunyi dan
rahsia dari pengetahuan ibu aku.Berbulan bulan lamanya.Ibu aku tidak dapat
menghidu langsung perbuatan aku ini.Pada satu malam Jumaat tepat jam 12.00
malam secara tiba tiba laci meja tulisku mengeluarkan bunyi seakan tikus
bergaduh.Waktu itu aku baru nak terlelap.Antara tidur dengan jaga aku mencari
anak kunci meja tulis aku....dan membukanya.Apabila terbuka aku terus sahaja
melihat kedalam ruang laci meja tulis ku.Semuanya berterabo,berselerakkan dan
bertaburan.Walhal kesemuanya tersusun rapi.
Puas ku perhatikan sekiranya ada
tikus yang mungkin berjaya menyelinap masuk agaknya.Tak seakorpun yang aku
temui. Mungkin ada lubang yang telah
dibuat agaknya untuk ianya mudah keluar dan masuk sesuka hatinya. Untuk itu aku
mengeluarkan keseluruhan barangan yang
ada didalam laci meja tulis.Satupun tak ketinggalan.Aku perhatikan dengan
seteliti telitinya....andainya ada lubang.Namun tiadalah satu lubangpun yang
aku temuai.Dengan itu aku masukkan semula segala buku buku aku kedalamnya dan akhirnya aku masukkan
keris Pusaka kedalamnya.Aku pastikan kedudukannya.Aku pahat didalam ingatan aku
kedudukannya jadi....kalau berkalih sedikitpun aku pasti tahu.Aku tersenyum
sendiri.Apabila semuanya telah tersusun aku menutup dan mengunci kembali laci
meja tulis aku itu.Sebagai langkah berhati hati sengaja anak kuncinya tidah aku
cabutkan.Apa apahal rasanya dapat aku bertindak pantas membuka nanti.Aku
berbaring semula diatas katil sambil membaca buku.Dalam pada itu aku memasang
telinga pada sebarang bunyi dari laci meja tulis aku itu.Dek terlampau lama
sangat aku menanti dan membaca akhirnya aku terlelap juga.Aku terjaga sewaktu
kedengaran azan Subuh berkumandang.Bergegas aku membuka laci meja tulis
ku.Tepat sebagai mana yang aku duga .Tidak syak lagi malah kali ini aku amat
yakin dan pasti.Keris Pusaka kini beraksi dan bersemangat kembali.
Pastinya satu cabaran buat,orang baru
saperti aku.Yang pasti aku kini terpaksa menghadapi sebilah Keris yang
mempunyai Tenaga Mistik dan Misteri sekali.Bukti menunjukkan Keris Pusaka boleh
bergerak sendiri.Bermakna ianya boleh berjalan,terbang.menari.mencantas,menikam
dan apa saja mengikut kehendaknya.Waaaaah...masalah ni.?.Apa mungkin aku dapat
mengatasi apapun masalah yang bakal ditimbulkan oleh Keris Pusaka...?.Apakah
aku mampu..?.Sepontan itu juga aku mula teringat kejadian diBatu Hampar, bila
mana aku tak jadi membuangkan keris Pusaka.Dan dosanya aku membohongi ibu.Aku
katakana Keris Pusaka telah ku buang ditengah sungai diBatu Hampar.Ya
Allah...apa yang telah aku perbuat..?.Kepala ku mulai ligat berputar mencari
jawapan dan tindakan yang perlu.
Hati kecil aku meronta ronta seiring
ligat putaran kepala aku.Mencari jawapan pasti.Menerjah sejuta kehendak
mengatasi.Menyusup sejuta rasa mendepangi.Biarpun tidak pasti.Ahhh...aku
lemas.Kepala ku mula terasa berdenyut denyut.Mata ku terasa amat berat.Sehabis
berat untuk membukanya semula.Terkatup rapat keduanya bila sudah tak
bermaya.Namun tidak dapat menghalang otak benak mentaji aku dari terus
melakukan carian kepada jawapan dan tindakan yang diperlukan.Tiba tiba berbisik
hati kecil aku.”Ikat KERIS dengan SARONGNYA (ulunya diikat kepada
sarongnya).Pasti tak boleh dicabut,nak terbang,melibas,menikam dll.Setidaknya
keselamatan aku terjamin dan......untuk sementara waktu.Tampa disuroh bibir
mengukir senyuman.Tanda akur pada kata hati kecil.Otak benak mentaji aku mulai
sirna.Berhenti tampa perlu dicari lagi.Aku pasti...
Lantas keris Pusaka aku tambat
kemas.Aku simpul mati beberapa kali.LIlitan demi lilitan tersusun rapat
bersimpang siul.Disimpul mati.Aku pasti keris Pusaka tidak akan mungkin
bertindak lagi mengikut kehendak sendiri.Lapang rasa dihati.Sudah tiada apa
yang perlu dibimbangkan.Setidak tidaknya buat seketikanya.Aku kemudian
membungkus Keris Pusaka dengan kain kuning lalu aku simpan semula kedalam laci
meja tulis aku itu.Aman damai dan tenteram rasanya bila Keris Pusaka telah
disimpan didalam laci meja.Hampir 1 minggu keadaan lengang,aman dan damai.Tidak
ada apa apa yang mencurigakan atau berlakunya perkara yang pelik pelik.Malah
aku langsung tidak membuka laci meja tulis aku itu. Masuk minggu kedua.....keadaan
sama sahaja.Senyap sunyi aje.Macam negeri dilangar garuda.
Timbul pula tanda tanya dihati.Apa
sudah berlaku didalam laci meja setelah
diiekat dengan sekuat kuatnya.?.Apakah mungkin ia sahaja mendiamkan
diri..?Walhal menanti masa dibuka iekatan lalu bertindak..?.Atau dia kembali
ketempat asalnya..?.Atau berbagai bagai andayan yang muncul dalam fikiran
aku.Aku rasa aku perlu membukanya.Takpayah tertanya Tanya.Akupun terus membuka
kunci laci dan pintunya.Dengan pantas aku melihat kedalamnya haaaa.Keris Pusaka
telah menghilangkan diri.Nyata, sudah tiada lagi.Aku macam tak percaya ianya
hilang bagitu sahaja.Menong aku dibuatnya.Akupun tak tahu nak buat apa,atau nak
cakap apa..?.Pelik tetapi benar.Bagai mana Keris Pusaka boleh hilang sedangkan
pintu dan kunci laci meja tidak pernah aku buka..?.Atau ada orang lain yang
membukanya..?.
Siapapula gerangannya..?.Aku rasa
kemungkinannya tidak.Anak kunci laci hanya aku yang tahu dimana tempat
simpanannya.Malah ibu dan kakak aku sendiri tak pernah masuk kekamar aku.Tak
mungkin ibu dan kakak aku yang mengeluarkan keris Pusaka.Sekiranya ini terjadi
pasti ibu tidak akan mendiamkan diri dan pastinya aku telah dihukum..?.Jadi
siapa empunya angkara..?.Saban hari aku memikirkannya,setiap kali ibu memanggil
aku, pasti jantung aku berdegup kencang.Terasa takut dan gementar.Aku takut
rahsia aku terbungkar.Malah aku kini terasa menyesal yang amat sesal, seribu
kali penyesalan kerana telah menipu ibu kandung aku sendiri semata mata kerana
sebilah Keris.Sesuatu yang bodoh dan tidak wajar aku lakukan.Sesuatu yang aku
sendiri tidak menyangka....telah aku lakukan.
Namun....nasi telah menjadi
bubur.Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.Aku termenung dan
menarik nafas panjang.Seumur hidup aku
inilah pembohongan terbesar yang pernah aku lakukan buat ibu tersayang.Aku kini
sedar dan insaf.Seandainya ditakdirkan Keris Pusaka kembali ketempat asalnya
diPalimbang.Aku merelakannya.Kasih sayang seorang ibu tidak ada tolok
bandingnya diatas muka bumi ini.Tiada penggantinya.Jasa dan pengurbanannya
tidak mungkin dapat aku balas .Tampa sedar air mata aku berlinangan.Hati ku
terasa amat pilu dan sayu.Semuga kehilangan ini memberikan aku sejuta
pengajaran.Sejak itu aku mulai lebih perihatin kepada ibu.Aku lebih menyangi
dan lebih dekat padanya.Terasa antara kami amat akrab.Aku sendiri terasa hidup
aku amat bermakna dan amat senang bersama.
Sehingga satu hari aku dikejutkan
dengan satu pertanyaan oleh ibu.”Akhir akhir ini ibu lihat kau semacam aje
ni.Mesti ada apa apa..?.Baik kau cakap dengan Ibu.”Aku tersentak dan tergamam
dibuatnya.Pertanyaan yang begitu sepontan dan mengejutkan aku.Aku benar benar
kaku.Lidah aku kelu.Kata ibu lagi.”Kalau apapun,walau apapun.Lebih baik
berterus terang.”Aduhhhhh.nilunya terasa sampai ketulang hitam.Nak diberitahu
duduk perkara sebenar aku tak punya keberanian yang secukupnya.Aku takut sangat
ibu akan marah dan berasa amat sedih bila mengetahui perkara sebenar.Aku tak
sangup melihat ibu menitiskan air matanya.Aku lebih rela dipukul separuh
mati.Dari melihat ibu menangis kerana perbuatan aku.Lantas aku menjawap.”Tak
ada apa apa”.Sambil memberikan senyuman tawar.
Ibu ku hanya tersenyum.Aku mula sedar
bahawa ibu mungkin perasan perubahan diri aku agaknya.Apapun aku terpaksa
berselindung disebalik semua yang telah berlaku.Didalam hati aku berdoa agar
segala galanya telah berakhir.Biarlah hendaknya ini kali pertama dan yang
terakhir.Saban hari aku merasakan hidup sebagai orang yang bersalah dan berdosa
kepada ibu yang aku sayang.Ibu...maafkan anak mu ini.Pada satu malam sedang aku
tigur lena diulit mimpi.Aku terjaga bila mana berlakunya gegaran dikamar bilik
tidur ku bagaikan gempa bumi beberapa saat.Kejadian ini berlaku tepat jam 3.00
pagi.Apabila gegaran itu berhenti terdengar didalam laci meja tulis aku bunyi
ketukan sebanyak 3 kali berturut turut.Aku amat pasti akan bunyi
tersebut,lantas aku segra menghampirkan diri kelaci meja tulis ku.Aku tekapkan
telinga aku kedinding laci meja ku.Aku pertajamkan pendengaran aku,mendengar
penuh teliti dan hati hati.Tiba tiba kedengaran bunyi suara orang
tertawa.Sepontan meremang seluruh bulu roma aku dibuatnya.Aku termenung seketika......malah
aku juga berfikir apakah yang aku dengar itu satu kebetulan dari rasa dan
perasaan takut yang mendatang ataupun sesuatu yang berkaitan dengan Keris
Pusaka yang menghilang entah kemana.Aku benar benar terasa pelik dengan apa yang aku dengar....pelik
tapi benar.Aku padukan keyakinan dan semangat.Aku berdoa padaAllah S.W.T. agar
diri ini dilindungi dari segala musibah.Aku membaca ayat Al Qursey. Dan 4
Kul.Aku berserah diri pada Allah S.W.T.Aku hidupkan segra Zikirullah
Allah,Allah,Allah.Aku bulatkan keyakinan dan kepercayaan.
“Allah pelindung aku,Allah banteng
pertahanan dan kekuatan aku.Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin
Allah S.W.T. jua.” Zikirullah tetap beralun memenuhi setiap alam hening
aku.Allah,Allah,Allah.Terasa serap bagai semangat dan kekuatan yang Jitu
diseluruh tubuh badan aku.Aku kini telah bersedia menempuhi apa sahaja
kemungkinan.Lantas akupun membuka laci meja tulis aku dengan amat perlahan dan
berhati hati.Sesungguhnya aku terperanjat dengan apa yang aku lihat.Tidak berkijip
biji mata ku,mulut aku yang separa terlopong kaku tidak bergerak.Terasa fikiran
aku terhenti beberapa saat.Berbicara hati kecil aku.”Keris Pusaka telah
kembali”.Sepontan dengan itu dengan pantas aku menutup segra pintu laci meja tulis aku dan lantas aku menguncinya.
Fikiran aku mula tidak tenteram dan berkecamuk.Aku mula dihujani dengan
berbagai bagai pertanyaan dan persoalan mengenai Kehadiran Keris Pusaka yang
aku tidak duga dan jangkakan.Aku mulai resah dan gelisah.Kepada siapa aku ingin
mengadu atau meminta bantuan..?.Yang paling aku takut dan tidak sanggup aku
bayangkan adalah seandainya Keris Pusaka mengamuk terbang keudara.Sudah pasti
aku dan ibu akan menjadi sasaran kemarahan dan amukan menggila Keris
Pusaka.Sekiranya aku terbunuh oleh Keris Pusaka.Aku terpaksa terima dengan hati
yang berat dek kesalahan yang aku lakukan sendiri.Tetapi.....aku tidak akan
dapat menerima, malah menyesali seandainya terjadi sesuatu perkara yang tidak
diingini menimpa ibu aku.
Sebak dada ku.Tampa diundang berjurayan
titis titis air mata penyesalan.Terasa awan mendung berarak menutup ruang hidup
aku.Segala kemungkinan bakal berlaku.Aku rasa saat ajal aku telah hampir.Aku
terpaksa pasrah.Biarlah aku terkurban asalkan ibu tersayang terselamat dari
amukan dan kemarahan Keris Pusaka.Terbayang dimata aku percikan darah membasahi
bumi dan tubuh badan aku dari tusukan dan tikaman Keris Pusaka yang sudah
menggila dahagakan darah manusia.Aku menggelepar menanggung kesakitan dek padah bisa pamor keris Pusaka.Aku didalam
pangkuan ibu.Terbayang ibu menangis dan meratap disaat saat akhir aku akan
pergi juga meninggalkannya.Pastinya aku akan berkata.”Ibu maafkan aku kerana
mendustai perintah ibu agar membuang keris tersebut diBatu Hampar tidak aku
tunaikan.Sebaliknya aku berdusta.Ampunkan segala dosa dosa ku.Halalkan air
susu yang ibu susukan kepada aku sewaktu
kecil .Dan halalkan makan dan minum aku selama ini.”Aku juga boleh bayangkan
keadaan ibu waktu itu,pasti amat sedih dan pilu yang tidak terhingga.
Entah mengapa aku terfikir dan segra
muncul dalam bayangan seandainya ibu pula yang menjadi sasarannya.Keris Pusaka
menggila darah manusia.Meluncur dan menyusuk jantung ibu.Ibu rebah kebumi.Darah
merah mengalir dibumi juga pakayan ibu.Sudah pasti ibu akan mengalirkan air
mata dan mengerang kesakitan.Aku dimasa itu mendakap erat tubuh ibu.Pastinya
aku akan memujuk ibu, dan mengiringi pemergian ibu dengan bimbingan
Sahadah.Penuh syahdu.Disaat itu....dengan linangan air mata,serta sebak didada
ku bisikkan 2 kalimah sahadah ditelinga ibu.Ibu lantas menurut dengan nada
suara yang amat perlahan namun jelas ditelinga aku.Ibu menutup mata buat
selamanya.Ibu pergi tak kembali lagi.Aku menjerit sekuat hati.”Ibuuuuu.”Bergema
bukit Jugra menyambut jeritan ku.Aku tersadar.
“Hey Ya Allah,rupa rupanya aku
mengalamun terlalu jauh.Subhanallah.”Hati kecil aku bersuara gemersik.”Semuga
Allah melindungi Ibu tersayang dan jua diri aku ini dari segala malapetaka atau
musibah dari Keris Pusaka.Kepada engkau aku bermuhun pertulungan dan
perlindungan.Kerana engkaulah tempat yang terbaik aku puhunkan bantuan dan
perlindungan Ya Allah.”Keadaan sunyi sepi,hanya kedengaran bunyi cengkerik
bertingkah bersulam bunyi riyang riyang beralunan serta bunyi ierama Katak
memanggil hujan.Menderu angin sepoi sepoi bahasa.Terasa dingin diseluruh tubuh
badan aku nyaman dan menyegarkan.Aku harus mencari jalan agar tidak berlaku apa
apa perkara yang tidak diingini.Keris Pusaka tidak boleh keluar dari laci meja
tulis aku sesuka hatinya.
Aku kena pastikan perkara ini
berlaku.Aku memikirkan bagaimana caranya untuk memastikan perkara ini akan
terjadi.Puas aku fikirkan akhirnya aku membuat keputusan untuk segra
membuangkan Keris Pusaka.Sebagai mana permintaan ibu diawalnya.Aku lebih rela
kehilangan Keris Pusaka dari kehilangan ibu tersayang atau mungkin nyawa aku
sendiri yang akan diragutnya.Biarlah dia bersemadi selamanya ditengah tengah
Sungai Batu Hampar.Aku membuat keputusan muktamat untuk membuangnya besok jam 5.00 petang.Besoknya jam 4.00 petang lagi
tiba tiba bapa saudara aku dari Kg:Sungai Udang Kelang datang kerumah aku.Aku
memanggilnya dengan nama Ucu Tuah.Dia ni seorang pengamal perubatan
tradiosional Melayu dan guru silat.Dari cerita saudara mara beliau ini dari
kecil sudah merantau.
Menghabiskan usia mudanya dengan
menuntut ilmu dibanyak Negara.Hari itu beliau didalam perjalanan keMakam Al
Marhum Sultan Abdul Samad Jugra.Singgah kerumah aku bertanya khabar kami
sekeluarga dan saudara mara semua kepada ibu aku.Beliau sempat juga bertemu aku
dan berkata.”Sementara Ucu ada dimakam sehari dua ni eloklah kau datang.Balik
dari sini nanti Ucu akan keBerunai.Tak tau berapa lama.”Datang cepat..”Aku
hanya tersenyum tampa menjawap sepatahpun.Dihati kecil aku berkata inilah ruang
dan peluang untuk aku menyelesaikan masalah berkaitan Keris Pusaka.Aku menaruh
harapan yang begitu tinggi agar Ucu Tuah aku dapat membantu aku menyelesaikan
masalah tersebut.Besok petangnya aku pergi kemakam bertemu Ucu Tuah aku bersama
Keris Pusaka.
Dimakam aku menerangkan kepada Ucu
Tuah apa yang telah berlaku dari awal hinggalah akhir.Aku lihat Ucu Tuah amat
terhuja mendengar cerita aku.Tidak sabar dia bertanyakan Keris Pusaka tersebut
sama ada masih aku simpan atau sebaliknya.Aku segra mengeluarkan Keris Pusaka
tersebut dari beg galas lalu aku berikan kepadanya.Tidak aku duga , berlakunya
sesuatu diluar jangkaan .Aku dan Ucu Tuah TERPERANJAT BEROK.Ucu Tuah
terpelanting dan tersungkur disudut makam.Kelihatan mukanya merah padam,seluruh
tubuh badannya menggelepar menggelitik bagai menahan kesakitan yang amat sangat.Aku
pula kebingungan.Terkaku terpaku dan terkeliru dengan apa yang sudah
berlaku.Fikiran aku menjadi kosong dan membeku.Aku hanya mampu melihat Ucu Tuah
menggelitik menanggung kesakitan sendirian.
Kesakitan yang aku sendiri tidak
pasti mengapa dan kenapa..?.Yang aku pasti ianya berlaku apabila aku
menyerahkan Keris Pusaka kepada beliau.Dan yang pasti beliau kini menanggung
kesakitan yang teramat dahsyat.Boleh aku umpamakan bagaikan terkena patukan
ular berbisa.Aku lihat anak murid Ucu Tuah seramai 12 orang yang dibawanya
bersamanya hanya mampu bersikap cemas dan kelam kabut sesame sendiri.Tiba tiba
aku melihat Ucu Tuah membuka pencak silat menepuk lantai 3 kali lalu duduk
bersila ala Panglima.Aku kehairanan malah kebingungan.Mengapakah Ucu Tuah berubah
sikap dan tingkah lakunya..?.Dari menggelepar menggelitik kesakitan kepada
keadaan berpencak silat dan duduk ala
Panglima.Aku memerhatikan gerak gerinya dengan penuh hati hati.
Ucu Tuah seolah olah diresapi satu
semangat yang kuat.Aku lihat urat urat tangannya semua menimbul.Mukanya merah
menyala bagaikan orang minum tuak.Malah matanya juga merah bersaga.Susuk
tubuhnya bagaikan membesar dan mengembang.Aku lihat Ucu Tuah menjadi seorang
lelaki yang berbadan tegap dan sase.Bagaikan Hulubalang Melaka.Bila berkata
suaranya bergema.Aku melihat secara sepontan Ucu Tuah aku mengambil kain kuning
penutup batu nisan Al Marhum lantas membaca sesuatu.Berkumat kamit mulutnya
beberapa ketika.Dikebasnya 3 kali ketangan kanan dan kirinya.Kemudiannya beliau
mengebas Keris Pusaka sebanyak 3 kali juga.Keris Pusaka yang terletak diatas
lantai marmar makam tidak langsung disentuh oleh Ucu Tuah.Beliau merenong tajam
dan membaca sesuatu kearah Keris Pusaka.
Aku melihat diantara Ucu Tuah dan
Keris Pusaka bagaikan saling berhubungan.Hampir 10 minit berlalu.Barulah Ucu
Tuah bangun mengambil beras kunyet lalu dilemparkannya kepada Keris Pusaka
tersebut sebanyak 3 kali sambil mulutnya berkumat kamit membaca
sesuatu.Selesai membaca aku lihat Ucu
Tuah menepok tangan kanannya kepeha kirinya
sebanyak 3 kali sambil berkata.”Aku perintah engkau taat kepada aku.Cepat
kemari.”Aku lihat Keris Pusaka terus bergegar gegar diatas lantai marmar dan
perlahan lahan Keris Pusaka bergerak keluar dari sarongnya.Kini ia terawang
awang diudara separas dada aku.Mata
keris Pusaka tepat menuju kearah dada aku.Aku jadi takut bukan kepalang.Rasa
nak terkencing dibuatnya.Dalam diam aku cuba mengawal perasaan takut.Aku
hidupkan Zikirullah Allah,Allah,Allah.Aku juga mempersiapkan diri dari sebarang
kemungkinan.Aku merancang didalam diam tampa sepatahpun kata bicara.Seandainya
Keris Pusaka bertindak meluncur laju kearah aku,tindakan pertama dan bijak sana
yang perlu aku ambil adalah cuba menepis dan menangkapnya ataupun mengilak
(kilas) sambil cuba menangkap Keris tersebut.Terbayang sekilas pembelajaran
seni silat yang pernah aku pelajari.Aku yakin mampu melakukannya.Aku menarik
nafas dalam dalam dan aku lepaskan perlahan lahan.Aku perkuatkan semangat aku
sebaik mungkin.Terasa bagaikan aku berhadapan dengan perkara yang menentukan
hidup dan mati aku.Titisan titisan peluh mula keluar merecik diseluruh wajah
dan tubuh badan aku.Peluh yang terasa kedinginannya.Mata aku tetap tidak
berganjak merenong Keris Pusaka yang terawang awing.Sepontan kedengaran bunyi
letupan kecil dilantai marmar.Aku tersentak seketika.
“Akur perintah aku kerana aku tahu
asalusul mu.”Kata Ucu Tuah sambil menepok lantai marmar sehingga menghasilkan
bunyi letupan kecil.Secara tiba tiba Keris Pusaka jatuh kelantai terus kaku
tidak bergerak.Sejurus kemudian aku lihat dengan sendirinya Keris Pusaka
perlahan lahan memasuki sarungnya.Aku melihat Ucu Tuah bingkas bangun lantas
menghampiri Keris Pusaka lalu dirimbasnya kain Kuning sebanyak 3 kali kepada
Keris tersebut.Mulutnya berkumat kamit dan seolah olah berhubung dengan sesuatu
yang aku sendiri tidak pasti.Hampir 10 minit keadaan tersebut.Aku lihat semua
anak muridnya mendiamkan diri dan tekun memerhati segala apa yang terjadi.Aku
pula kini terasa agak berlapang dada sedikit.Terlepas dari musibah yang amat
membimbangkan diri.
Aku lihat Ucu Tuah memegang erat
Keris Pusaka tampa sebarang permasalahan lagi.Dikucupnya 3 kali lantas dibalut
dengan kain kuning dan kemudiannya diekat dengan kain kuning yang dikoyak
sedikit dijadikan sebagai pengikat atau tali.Kemudian Ucu Tuah memanggil aku
dan menyuroh aku duduk dekat dengannya.Aku menduga kemungkinan Ucu Tuah akan
menyerahkan kembali Keris Pusaka kepada aku dan memberitahu aku bagai mana
hendak menjaga atau menyelenggara Keris Pusaka tersebut.Tampa membuang masa
akupun segra bingkas bangun dan duduk dihadapannya.Ucu Tuah tersenyum sambil
menepuk nepuk bahu aku lalu berkata.”Kamulah yang akan menjadi pewaris Keris
Pusaka Palimbang ini.Namun....bukan sekarang masanya.Ianya perlu dijaga dengan
baik dan betul bersama kemantapan ilmu
kebatinan yang tinggi.Sementara ini biar Ucu Tuah yang tolong jaga.”
Aku tergamam seketika, tidak tahu nak
cakap apa.Lidah aku menjadi kelu dan fikiran aku berserabut dibuatnya.Mungkin
disebabkan aku tidak menyangka akan keputusan mengejut dan diluar jangkaan
terjadi agaknya..?.”Apa kamu keberatan atau tidak percaya dengan Ucu..?”Katanya
secara sepontan.Aku masih terkaku dan mendiamkan diri.Aku merasakan aku amat
sayang dan tidak mampu berpisah dengan Keris Pusaka.Dan aku merasakan terlalu
pantas masa berlalu untuk aku akhiri semua ini dengan perasaan yang berat dan
teramat sedih.Berpisah tampa kerelaan diri.Terkenangkan musibah yang mungkin
berlaku dan yang telah berlaku aku terasa serba salah untuk bersama dengan
Keris Pusaka semula.Sepantas kilat bayangan wajah ibu muncul seketika.Aku jadi
lebih tertekan dan serbasalah dibuatnya.
Ucu Tuah bersuara lagi.”Kau masih
muda dan tidak mampu menjaganya.Usah fikir panjang.Usia kamu 25 tahun nanti
kamu ambillah semula.Waktu itu kamu sudahpun mantap dan bersedia
memilikinya.Percayalah”.Didalam keadaan itu aku sudah tiada pilihan lain selain
bersetuju sahaja dengan permintaan Ucu aku itu.Aku terpaksa akur pada
kenyataan...bahawa aku masih muda dan tidak berkemampuan.Walaupun berat hati
namun demi kebaikan aku serta ibu,aku terpaksa melepaskannya juga kepada Ucu
Tuah.Maka .....berpisahlah Keris Pusaka
dari kehidupan aku sekeluarga..Salepas dari hari itu aku tidak pernah
lagi bertemu dengan Ucu Tuah.Dalam tempoh masa itu jugalah aku banyak merantau dan
belajar segala ilmu yang berada dialam kemelayuan, bersangkutan dengan
Kebatinan,Seni Silat dan perubatan tradisional melayu.
Direngkaskan cerita apabila usia aku
mencapai ke 25 tahun.Aku pergi kerumah Ucu Tuah disg;Udang Kelang bertemu
beliau dan bertanyakan Keris Pusaka Palimbang.Beliau dengan bersahaja mengajak
aku memasuki bilik rawatan dimana didalam bilik inilah rawatan pesakit
dijalankan dan terhimpunnya segala khazanah senjata lama.Kalau dikira agaknya
mencapai ratusan bilah.Dari Keris,pedang,parang,badik,sundang,tombak,tumbok
lada,kerambit dan lain lain.Aku tidak menyangka sama sekali yang beliau
mempunyai banyak sekali koleksi senjata senjata lama.Puas aku memerhati
diseganap pelusuk bilik tersebut namun Keris Palimbang tidak juga kelihatan.Aku
bertanya kepada Ucu Tuah sama ada dia
menyimpan Keris Palimbang ditempat lain..?.Dengan segra beliau mengambil
sebilah keris lalu diberikannya pada aku.
Katanya.”Inilah keris Palimbang kepunyaan moyang kamu.Ambillah dan bawalah
pulang.”Aku tersentak dan kecawa dengan percakapan beliau.Aku pasti Keris
tersebut bukannya Keris moyang aku.Ianya hampir serupa atau hampir sama
sahaja.Aku amat pasti tentang itu.Ianya telah ditukar ataupun ianya telah lama
dijual kemungkinan kepada orang lain.Nasi telah menjadi bubur.Aku amat
menyesali akan sikap Ucu Tuah aku yang tidak amanah dan mendustai akan
aku.Disebabkan rasa kecawa dan hampa aku terus memuhun diri untuk beredar dari
rumah beliau tampa mahu menyentuh persoalan berkaitan Keris Tersebut.Biarlah
ianya berakhir disitu.Buat aku yang telahpun berguru ilmu dunia dan akhirat
dengan beberapa guru yang arif aku tidak terkejut dengan semua ini.
Sebagai mana pesanan atau kata kata
hikmah dari beberapa guru aku,yang aku jadikan panduan atau peduman diantaranya
adalah saperti yang tertera dibawah ini.Akan aku pegang dan aku ingati sehingga
keakhir hayat aku.
1.Ada hikmah disebalik satu satu
kejadian.
2.Sifat orang orang Munafik
diantaranya apabila berjanji ianya mungkir dan tidak beramanah serta pendusta.
3.Setinggi manapun keilmuan seseorang
ianya tetap bersifat baharu.Yakni hamba Allah S.W.T.Segalanya tertakluk kepada
izin dariNya jua.
4.Kehidupan seseorang insan tidak
mengira kedudukannya samaada kaya miskin,kuat lemah,cantik hodoh,hitam putih
dan lain lain itu merupakan pemberian Allah kepada hambanya sebagai ujian
didunia kepada hambanya.Diuji setiap hambanya tidak terkecuali walau
seorangpun,dengan berbagai ujian didalam kehidupan.Sewaktu senang (kaya,sihat
tubuh badan) susah (miskin,sakit,ditimpa musibah.kematian,kehilangan,kemusnahan..dll)
Disinilah manusia diuji tahap
keimanan,ketakwaan,kejujuran,keikhlasan dan amanah seseorang kepada Allah
S.W.T.
5.Segala MAHA adalah miliknya.
Maha pengasih.Maha penyayang.Allah
tidak berlaku zalim kepada hambanya.Sebaliknya manusialah yang berlaku zalim
kepada Tuhannya.Melakukan berbagai kerosakan dimuka bumi.Melanggar segala
perintahnya dan melakukan segala yang ditegah olehnya.Ketahuilah oleh kamu
bahawa kerosakan dimuka bumi berlaku disebabkan oleh hasil kerja kerja tangan
manusia itu sendiri.Bukanlah disebabkan takdir darinya.
6.Memahami secara mendalam dan tepat
akan SURATAN TAKDIR.
Secara tepatnya istilah SURATAN
TAKDIR pada pendapat para ulamak menyatakan sesuatu yang terjadi atau berlaku
itu adalah dari ketentuan atau kehendak Allah S.W.T.kepada manusia dan alamnya
dari sudut ilmu fekah atau syariat semata mata.Namun harus difahami dengan
sedalam dalamnya bahawa Allah S.W.T. itu maha mengetahui,maha pengasih
penyayang dan maha adil.Allah tidak berlaku zalim dan pilih kasih terhadap
hambanya.Kepada hambanya dan seluruh alam semesta didunia ini.Selain sebagai
ujian kepada manusia ianya juga sebagai tanda segala MAHA itu adalah
miliknya.Betapa luasnya KEBESARAN,KEILMUAN dan KEAGUNGANNYA.Wajib kepada
manusia untuk berusha berdoa dan berikhtiar sehingga tahap paling MAKSIMAM
zahir dan batinnya.Dan diakhiri dengan berserah diri atau bertawakal kepada
Allah S.W.T.Apabila telah sampai kekemuncaknya segala ikhtiar atau usha dan doa
telah dilaksanakan,berlaku juga kejadian atau musibah tersebut....maka itulah
yang sebenarnya SURATAN TAKDIR.Haruslah jelas perkara ini sejelas jelasnya.
7.Berilmu beramal,beriman bertauhid
dan bertakwa kepada Allah S.W.T.Melakukan segala yang diperintahkan Allah dan
meninggalkan segala larangannya didalam penghidupan.Hidup sebagai bangsa Melayu
yang beragama Islam bertetaskan ajaran Islam merangkumi keilmuan menyeluruh.Ilmu
usul,fekah dan tasauff.Berpaksikan sariat,Tarikat,Hakikat dan Makrifat secara
khusus.
8.Menegakkan KEBENARAN dan MENENTANG
KEBATILAN,KEMUNGKARAN dan KEMAKSIATAN dengan bijak sana dan berhemah.
9.Musuh paling nyata SYAITAN,IBLIS
dan Jin.Serta sekutu dan bala tenteranya dari kalangan manusia yang
menyekutukan Allah S.W.T.
10.Mengambil kira didalam
kehidupannya akan FAKTA dan SEJARAH sesuatu itu,sama ada bangsa atau tanah
airnya.
Anda juga mungkin meminati untuk membaca cerita-cerita misteri yang lain sila Klik Disini
Hak cipta penulisan adalah hak arash misteri.Sebarang cetakan, olahan semula, terbitan majalah, terbitan sebarang media dan copy paste hendaklah mendapat keizinan arash misteri.