SELAMAT DATANG KE ARASY MISTERI, SEMOGA PERKONGSIAN ILMU INI DAPAT DI MANAFAATKAN BERSAMA, DI HARAP TIDAK ADA PENYALAH GUNAAN UNTUK KEGUNAAN KEARAH KEMUNGKARAN. INSYAALLAH. SEBARANG CADANGAN ATAU PANDANGAN ANDA BOLEH DIKONGSIKAN ARASY MISTERI 013-2554392 / 012-9715794 / ARASHMISTERI@GMAIL.COM TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWATI ARASY MISTERI

PENGESAHAN KETURUNAN AL MARHUM SULTAN ABDULSAMAD.


Pada satu hari aku telah pergi melawat salah seorang dari guru aku yang menetap diKg:Sungai Sekawang Pasir Panjang Port Dikson Negeri Sembilan.Beliau juga merupakan Khalifah Gayung diNegeri Sembilan.Sudah agak lama juga aku tidak mengadap Guru kesayangan aku ini.Agaknya dah hampir 6 bulan .Aku juga merupakan anak murid dan anak angkat kesayangan Guru.Raja Abdul Manaf Bin Raja Daud.Itulah namanya.Sewaktu aku bertemu dan menjadi anak muridnya mungkin telah ramai individu lainnya yang telahpun menjadi anak didiknya.Tetapi sayang seribu kali sayang tidak seorangpun  yang mencapai tahap tertinggi atau khatam.

Disini juga aku banyak melakukan perbincangan atau MUZAKARAH bersamanya membahas berkenaan ilmu Seni Silat dan Kebatinan.Ada kalanya  dari lepas isyak sehingga azan Subuh.Tapi kedatangan aku pada kali ini tidak lagi membahas atau berbincang.Tetapi lebih kepada menimba pengalaman orang lama mengharungi kehidupan dizaman dahulu.Terlalu banyak pengalaman yang aku perolihi.Semakin lama semakin menarik cerita cerita yang disampaikan.Aku pula amat terhuja.Sedang kami asik berbual kedengaran orang memberi salam dari luar rumah.”Assalamualaikum”.Lantas kami menjawap salam.Kelihatan 2 lelaki berusia 40 han telahpun tercegat ditepi pintu hadapan rumah.

Guru mempersilakannya masuk dan berjabat tangan.”Kenalkan ini anak murid dan juga anak angkat kesayangan saya”.Kata guru kepada tetamu barunya.Akupun berjabat salam dengan kedua  tetamu.Selepas itu aku terus meninggalkan Guru bersama tetamunya.Aku tidak mahu menggangu atau menjadikan tetamu tidak selise dengan kehadiran aku.Mungkin ada perkara yang nak dibincangkan.Ataupun hendak berubat.Aku duduk diruang tengah rumah bersama Aman anak bungsu Guru.Kami berbual berdua.Sedang asik berbual Guru memanggil aku.Dengan pantas aku mendapatkannya.Guru suroh aku duduk disebelahnya.Aku lihat diatas meja terdapat sebilah Keris dan 1 biji batu kecil berwarna merah diletakkan atas piring.Guru mengarahkan aku menulis doa Nabi Allah Sulaiman diatas sekeping kertas.

Aku akur dan segra menulisnya.Dalam hati aku berkata nasib baik aku dah hafal dan ingat,kalau tidak pasti aku akan malu kepada Guru dan tetamu yang datang.Guru aku ni suka menguji secara sepontan dan didalam keadaan bersahaja.Malah dia suka menguji anak muridnya untuk mengetahui rahsia disebalik sikap seseorang.Tengok ajelah tadi tu.Saje dia memperkenalkan aku kepada tamunya secara sedemikian.Katanya akulah murid dan anak angkat kesayangannya. Sebenarnya Guru saja nak melihat sikap aku sama ada akan timbul sifat banga diri atau bermegah megah.Itulah sifat GURU ARIF yang bijak sana.Selesai menulis akupun serahkan kertas tersebut kepada guru.Aku minta izin berlalu dari situ sekiranya tidak ada apa apa lagi pekerjaan.”Duduk disini,belum selesai lagi” Kata guru aku.Akupun akur terus duduk disebelahnya.Kedua tetamu tersebut tersenyum melihat gelagat aku yang agak pemalu dan penyegan.”Adik rupanya duduk diJugra ye”.

Salah seorang tetamu tersebut mengemukakan pertanyaan.”Ya saya tinggal diJugra.Dikg:Permatang Pasir.”Aku menjawap.Kemudian Guru aku lihat mengambil dan mengeluarkan keris dari sarungnya yang berada diatas meja.Aku lihat dipangkal keris itu berlubang sehingga boleh dimasukkan jari telunjuk.Dalam hati saya berkata.”Sayang 1000 kali sayang keris ini sudah cacat kerana berlubang dipangkal”.Itulah penilayan saya.Saya lihat Guru menuangkan air zam zam ditengah lubang keris tersebut. Terbeliak biji mata saya bila melihat air zam zam tersebut bertakung dilubang tersebut.Tidak tembus kebawah walau setitikpun.Pelik bin Ajaib juga.Kemudian Guru berkata.”inilah keris Semiyang atau dipanggil keris Temiang.

Barulah aku sedar bahawa guru mahukan aku menimba ilmu pengetahuan hari itu.Guru kemudiannya menyarungkan kembali Keris tersebut kedalam sarungnya dan berkata.”Simpan dan jaga baik baik”.Kemudian guru mengambil pula batu bewarna merah diletakkannya didalam gelas.Difidyahkan Al Fatihah kepada  nabi Haidir dan nabi Sulaiman.Kemudian dicurahkannya air zam zam kedalam gelas itu.Dibiyarkan sebentar.Kemudian Guru berkata.”Batu Delima,tapi masih terlalu muda”.Guru mengangkat gelas tersebut ditayangkan pada cahaya lampu Kalimantang.”Lihat pada permukaan airnya nampak tak warna merahnya “.Kata Guru sambil bangun menayangkan gelas tersebut  kepada lampu Kalimantang.Kami semua bangun melihatnya.Memang benar.Terdapat cahaya bewarna merah pada permukaan air.

Kemudian Guru mengeluarkan semula batu tersebut dengan menggunakan sudu.Sekali lagi gelas ditayang pada lampu.Kali ini kami semua melihat dipermukaan air sudah tiada lagi  cahaya berwarna merah.Guru meletakkan gelas tersebut atas meja semula dan mengambil batu tersebut digenggamnya erat.Kelihatan Guru membaca Doa nabi Sulaiman dan mengembuskan dengan hawa mulut pada genggaman tangannya sebanyak 3 kali.Kemudian dibacanya dan dihembusnya lagi sampai cukup 3 kali.Barulah dimasukkan kedalam gelas yang tadi semula.Wahhhh nampak lebih cahaya merah pada permukaan air dari sebelumnya.Lama lama kemudian seluruh air dalam gelas tersebut bertukar menjadi samar samar merah jambu.Sesuatu yang aku tidak pernah saksikan selama ini.

Batu Delima kamu ini masih muda.Kenalah jaga baik baik.Buatlah macam mana  yang sudah dinyatakan tadi.”Kata Guru pada empunya barang sambil menghulurkan semula batu tersebut kepada tuan barang.’Oh ye berkenaan pertanyaan sama ada kamu dari Keturunan Sultan Abdul Samad atau bukan,mudah sahaja.Tok tuliskan.Kau buatlah apa yang Tok tulis itu diBatu Hampar jugra.Kamu bila nak pergi bawa anak murid tok ni.Dia akan tunjukkan tempatnya.Kalau boleh dalam 3 atau 4 hari lagi.Tok tak nak cakap lebih.Kau sendiri akan tahu dan mendapat buktinya ye atau tidak.Itu lebih baik.”Kata guru sambil tersenyum.Aku lihat ke2 tamu ni macam bingung sampai berkerut dahi masing maing.”Baiklah Tok kalau macam tu,hari khamis petang jam 3.00 kami datang.”Kata tetamu tersebut sambil minta diri untuk pulang.

Apa bila tetamu sudah pulang guru menceritakan kepada aku dari awal hingga akhirnya.Barulah aku faham duduk perkara sebenar.Dari itu fahamlah aku bahawa guru minta tolong aku membawa tetamu yang datang tadi keBatu Hampar  dan sekali gos memudahkan aku untuk pulang kerumah ku diPermatang Pasir.Sekiranya aku masih mahu tinggal dirumah guru maka tetamu tersebut akan menghatar aku kembali kerumah guru.Jadi secara kebetulan aku sememangnya nak balik pada waktu tersebut.Jadi akupun bersetuju dengan permintaan Guru.Sampai pada waktu yang dijanjikan tepat pada waktunya tetamu tersebutpun datang.Akupun bertolak pulang bersamanya.Didalam perjalanan kami berbual mesra.Dapatlah aku tahu latar belakang tetamu ni.Kedua tetamu ni rupanya adik beradik.

Siabang bernama Abdul Rahman dan siadik bernama Abdul Rahim.Dua beradik ni telah memperuntukkan masa hampir 5 tahun mencari maklumat dan bukti menyatakan keluarganya dari keturunan Sultan Abdul Samad.Sedangkan Datoknya meminta agar perkara berkaitan keturunan Sultan hendaklah dirahsiakan dari pengetahuan anak cucu cicitnya apa bila dia meninggal dunia.Namun rahsia ini terbongkar juga satu hari apabila bapanya sakit kuat.Dalam keadaan tidak sedar diri bapanya meracau dan membuka rahsia sebenar.Sejak itulah Rahman dan Rahim berusha mencari kebenaran.Dalam tempoh 5 tahun ke2 ni dah menjelajah banyak tempat dan bertemu ramai orang.Semuanya gagal memberi bukti.Tapi kali ini Rahman dan Rahim rasa bagaikan pencariannya akan berakhir bila mendapat bantuan Guru ku.
  
Didalam rancak berbual tak sedar kami telahpun sampai kepekan Kg:Permatang Pasir.Kami singgah minum.Lepas minum kamipun melakukan amanah yang diberikan guru.Pertama kami pergi ke makam Al Marhum Sultan Abdul Samad membaca Yassin.Kemudian bermunajat kepada Allah S.W.T.  agar dikabulkan hajat serta berkat.Kemudian kamipun terus keBatu Hampar.Disana Rahman dan Rahim membuat apa yang diamanahkan Guru.Aku tidak boleh bersama mereka.Dari itu aku kenalah menjarakkan diri dalam 50 kaki.Akupun tak mahu engkar amanah guru.Tugas aku hanya membawa 2 beradik ni keBatu Hampar dan membuat pagar Ghaib untuk 2 beradik ini duduk berzikir dan buat apa yang patut.Aku juga ditugaskan menjaga keselamatan 2 beradik ni.1 jam sudah berlalu.Adik beradik ni tak berhenti berzikir.

Aku lihat jam sudah pukul 6.00 petang.Aku melihat air sungai sudah mulai pasang.Tiba tiba Jantung ku kuat berdegup.Aku sendiri  tidak tahu mengapa.Aku segra memerhatikan ke2 beradik tu,tetap berzikir dan tetap berada ditempatnya.Namun jantung ku semakin kuat berdegup.Aku lihat kembali kearah sungai yang airnya mengalir lemah.Tiba tiba ditengah sungai airnya berkocak dan bergelombang.Ribut pula mula melanda namun tidaklah kuat sangat. Semakin lama semakin  menghampiri kedua tebing sungai airnya berkocak dan bergelombang.Bagaikan ada sesuatu yang besar akan muncul dari dasar sungai.Kalau tengok filem,mungkin kapal selam ataupun raksakse.Tapi tak masuk akal diBatu Hampar ni kemungkinan ini berlaku.

Aku TERPERANJAT BEROKKKKKKKKK.Apa tidaknya ,bila air tenang terlihat oleh aku moncong diseberang sini.Ekornya diseberang sana .Berwarna putih.Maka ke2 beradik inipun aku arahkan keluar dari tempat berzikir dan menghampiri tebing menyaksikan tanda bukti yang dicari selama ini.Bukan main kepalangnya terperanjat bercampur terhujanya ke2 beradik ini.Lalu saya mengingatkan ke2nya untuk menyudahkan kerja terakhir.Kalau tidak JELMAAN BUAYA PUTIH ini tidak akan kembali ketempat asalnya.Dipercayai jelmaan Buaya putih tersebut adalah jin kerajaan sewaktu zaman Al Marhum Sultan Abdul Samad.Alhamdulillah, ke2 beradik ini dapat menjalankan kerja terakhir maka jelmaan tersebutpun kembali ke tempat asalnya.Wallahhuaklam.

Kesimpulan:
Berhati hati didalam mencari satu satu maklumat atau kebenaran

Penawar Mata,Penaik Seri Wajah Lelaki & Perempuan

 Toner Mata Nur Theraphy


Klik untuk maklumat lanjut

Toner mata nur theraphy merupakan toner mata yang didatangkan dalam bentuk titis yang dibuat dari Air zam-zam, air mawar, herba terpilih , 30 juzuk Al-Quran dan doa pilihan

KEGUNAAN

  • Meningkatkan kadar kelembapan mata
  • Pencuci mata
  • Menyingkir kekotoran (habuk dan bahan asing)
  • Menigkatkan kesegaran mata / Mata lesu / Keletihan mata
  • Mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata
  • Mengatasi mata merah dan meradang.
  • Menggurangkan bengkak mata
  • Merawat jangkitan mata
  • Mencantikkan mata
  • Memperbaiki keadaan penglihatan


Klik untuk maklumat lanjut


SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN MENIMPA.SESAL DAHULU PENDAPATAN,SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.JANGANLAH SAMPAI NASI MENJADI BUBUR.UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA TERSAYANG.TIADA GUNANYA WANG RINGGIT DAN HARTA YANG MENGGUNUNG APABILA MUSIBAH INI TELAH MENYELUBUNGI HIDUP ANDA.


SEGALA KEINDAHAN,KENIKMATAN DAN APA SAJA YANG ANDA MILIKI TIDAK AKAN MEMBAWA ERTI APA -APA ATAUPUN HILANG DENGAN SEKELIP MATA.SEDARLAH WAHAI ANAK BANGSA KU.PERIHATINLAH KEPADA KEHIDUPAN YANG SERBA MENCABAR INI.KEPERIHATINAN KEPADA KESIHATAN DANKESELAMATAN ADALAH IBU ATAU TERAS KEPADA KEHIDUPAN YANG BERJAYA DAN SEMPURNA.


DIDUNIA DAN DIAKHIRAT.DILIPUTI DENGAN TAUFIK DAN HIDAYAH.DILIMPAHI NIKMAT DAN HIKMAH IMAN DAN ISLAM SEPANJANG KEHIDUPAN. DENGAN IZIN LIMPAH KURNIA DAN RAHMAT ALLAH S,W,T.INSYAALLAH.





Semua persoalan anda sendiri mungkin ada jawapannya. Tetapi anda tidak ada jalan penyelesayan.Ataupun gagal untuk menyelesaikannya.Dari itu ARASY MISTERI berusha membantu anda.Ingatlah setiap masalah ada jalan menyelesaikannya.Ada waktu dan ketikanya keluarga,saudara mara, dan rakan terdekatpun tidak dapat membantu atau meringankan bebanan kita.Atau kita sendiri malu dan merahsiakan dari pengetahuan orang lain.Justeru itu jadikanlah ARASY MISTERI sebagai panduan,pedoman,mencurah permasalahan rumah tangga,permasalahan remaja,anak anak dan kekeluargaan kepada ARASY MISTERI.Inilah bidang kami,yang tuhan kurniakan.Kami cuba membantu dan berkongsi permasalahan anda.





haruman pengikat kasih sayang (Aura Kasih ), menaikkan seri wajah (Aura Seri ) & menghindari gangguan dari makhluk halus (Aura Sufi) yang telah di doakan dengan ayat-ayat al-quran & doa-doa terpilih.insaallah dengan izin allah serba sedikit permasalahan diatas dapat diperbaiki.




RAHSIA RUMAH TANGGA BAHAGIA:

Didalam masyarakat atau kehidupan orang dizaman dahulu,amat menitik beratkan persoalan berumah tangga dan kebahgiaannya.Orang berilmu dari Suku Kaum Bugis akan menerapkan atau mengajar anak anaknya sama ada lelaki atau perempuan keseluruhan ilmu pengetahuan berkaitan rumah tangga.Dari tujuan,matlamat,tanggung jawab,pantang larang dan ilmu Kebatinan berumah tangga itu sendiri.Tidak ada insan didunia ini tidak mengira bangsa dan agama yang mahukan rumah tangganya roboh,huru hara,tidak tenteram atau aman damai.Keseluruhan mahukan rumah tangga yang berkekalan aman dan bahgia hingga keakhir hayat.


More..




ALAM PENGASIH


ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH. PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS

Sebelum ini,telah diterangkan secara panjang lebar dan terpeinci bahawa Suku Kaum Bugis menjalani kehidupannya dengan penuh PERADAPAN.Ini adalah untuk menepati Matlamat atau Sasaran didalam hidupnya.Dimana ikhtiar atau usha dunia dan akhirat akan diselaraskan bersama.Bagitu juga dengan ALAM PENGASIH,MINYAK PENGASIH, PEMBENCI,PENUNDUK DAN PELARIS.Setiap satu daripadanya mempunyai Matlamat dan caranya yang tersendiri.Masyarakat Melayu hari ini agak sensitive,tidak senang,gusar,takut,tidak percaya,atau membuat andayan yang nagetif terhadap ilmu ini.Malah ada yang mendakwa ilmu ini Syirik atau salah disisi agama.Bergantunglah kepada ilmu individu itu sendiri.Hanya ilmu pengetahuan yang menyeluruh atau meliputi sahaja dapat membuat keputusan tepat dan meyakinkan.